Saturday, February 14, 2009

Petikan Buku Terbaru-Teman dalam Gua

BAB LIMA

Peranan ‘Ali dalam peristiwa Hijrah.


FASAL SATU

‘Ali tinggal di Makkah untuk memulangkan barang-barang amanah orang ramai.

Perkara paling penting yang dilakukan oleh ‘Ali dalam peristiwa Hijrah ialah tidur di tempat tidur Rasulullah s.a.w. pada malam kaum kafir Quraisy merancang membunuh baginda dengan serangan bersenjata ketika baginda sedang tidur.
Setelah Nabi s.a.w. telah berhijrah ke Madinah, ‘Ali masih tinggal di Makkah untuk memulangkan barang-barang amanah kepada tuan punya barang itu. Ini kerana penduduk Makkah dan kawasan sekelilingnya mengamanahkan barang-barang berharga mereka kepada Nabi s.a.w. untuk disimpan supapaya selamat daripada pencuri.
Satu perkara yang menghairankan ialah golongan Musyrikin itu menaruh kepercayaan kepada Rasulullah s.a.w. dengan menyimpan harta mereka di rumahnya, walaupun baginda berlainan agama dengan mereka dan mereka memusuhinya di dunia, tetapi mereka tetap memanggilnya dengan al-Sadiq al-Amin (orang yang benar dan amanah).
Sebagai meneruskan tugas Nabi s.a.w. menunaikan amanah orang ramai dan suruhan agama, maka Rasulullah s.a.w. telah mewakilkan ‘Ali memulangkan amanah itu kepada tuannya dan dengan itu ‘Ali mestilah tinggal di Makkah dahulu.
Inilah sebabnya ‘Ali masih tinggal di Makkah walaupun menghadapi penuh bahaya, demi tugas untuk memulangkan barang-barang amanah itu. Setiap hari ia menyeru orang ramai supaya datang mengambil harta mereka di tengah-tengah kekaguman penduduk Makkah dan pembesarnya.
Mereka kagum kerana kebanyakan mereka yang meninggalkan harta amanah itu adalah mereka yang menentang Allah dan Rasul-Nya serta menghalau Rasulullah s.a.w., oleh itu bagaimana pula Nabi s.a.w. boleh memulangkan harta mereka serta mendedahkan ‘Ali b. Abi Talib sepupunya kepada bahaya yang boleh mengorbankannya?
Amalan mulia ini merupakan contoh kebaikan abadi yang ditinggalkan oleh Saiyid al-Mursalin dalam memelihara amanah dan memulangkan amanah kepada tuannya tanpa menggunakan sebarang dalih atau alasan.
Para wasi dan orang salihin telah mengikut jejak langkah Nabi s.a.w. ini dengan niat mengikut kemuliaan akhlaknya. Oleh itu Imam Ja’far al-Sadiq yang merupakan cucu cicit Rasulullah s.a.w. berkata, “Kalau pembunuh bapaku (datukku) Husain b. ‘Ali meninggalkan pedang yang membunuh Husain itu kepadaku sebagai amanah, nescaya aku kembalikan pedang itu kepadanya.”[1]


FASAL DUA

Siapakah yang membawa tiga Fatimah berhijrah ke Madinah?

‘Ali b. Abi Talib keluar membawa tiga Fatimah, iaitu Fatimah bt. Rasulullah s.a.w., Fatimah bt. Asad, iaitu ibu kepada ‘Ali dan Fatimah bt. al-Zubair b. .Abd al-Muttalib, mereka dibawa oleh ‘Ali dari Makkah menuju Madinah.[2]
Ini menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. tidak ada anak perempuan yang dikatakan adik kepada Fatimah bernama Umm Kulthum. Ia adalah rekaan Bani Umaiyah yang mengatakan Umm Kulthum ini dikahwinkan dengan ‘Uthman b. Affan al-Umawi.[3]
Kaum Musyrikin dapat mengejar ‘Ali di suatu tempat bernama Dajnan. Mereka terdiri daripada lapan orang penunggang kuda dan seorang daripadanya bernama Janah maula al-Harith b. Umaiyah. ‘Ali pun meninggalkan tiga orang perempuan yang dibawanya itu dan bersemuka dengan gerombolan yang datang sambil menghunus pedangnya.
Gerombolan itu menyuruhnya pulang ke Makkah semula, lalu kata ‘Ali, “Kalau aku tidak mahu.”?
Mereka menjawab, “Kamu akan dipaksa juga pulang dengan kekerasan dan kamu akan dihina lebih dari mayat yang dibinasakan.” Kemudian mereka yang menunggang kuda itu bergerak hendak menyerang, lalu ‘Ali datang menghadangnya.
Janah menghayun pedangnya kepada ‘Ali, tetapi ‘Ali mengelak. Kemudian ‘Ali membalas dengan tetekan pedang lalu mengenai tengkuknya dan pedang itu pun terus membelah hingga ke pelana kudanya. Seterusnya ‘Ali menunjukkan pedangnya sambil mengucapkan serangkap sya’ir seperti berikut:


Maksudnya, “Berikan laluan seorang mujahid, sungguhnya aku tidak menyembah kecuali wahid, (Allah yang satu).”
Gerombolan itu pun berundur dan berpecah sambil berkata, “Kamu tidak perlukan kami wahai Ibn Abi Talib.”
‘Ali menjawab, “Sesungguhnya aku hendak pergi berjumpa dengan sepupuku Rasulullah s.a.w. di Yathrib, sesiapa yang inginkan supaya dagingnya dikoyak dan darahnya dialirkan, ikutlah aku atau dekatilah aku.”
Kemudian ‘Ali dan rombongannya berjalan dengan secara nyata sehingga sampai ke Dajnan dan akhirnya berjumpa dengan satu kumpulan mustad’afin dari kalangan kaum Mu’minin, di antaranya ialah Umm Aiman, maulat (bekas hamba) Rasulullah s.a.w. lalu mereka beribadat menyembah Allah SWT sepanjang malam itu dengan berdiri dan duduk di atas lembungan (rusuk) mereka.
Dalam perjalanan dari Makkah ke Madinah itu ‘Ali bersolat bersama dengan jama’ah yang ada bersamanya, lalu turunlah ayat seperti berikut:




Terjemahannya, “Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk, dan semasa mereka berbaring mengereng, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata), “Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia…”[4]
“Mak Tuhan mereka perkenankan do’a mereka (dengan firman-Nya), “Sesungguhnya Aku tdak akan mensia-siakan amal orang yang beramal dari antara kamu, sama ada lelaki atau perempuan…”[5]
Apabila Nabi s.a.w. mendengar kedatangan ‘Ali, baginda berkata, “Panggil ‘Ali ke sini.”
Mereka menjawab, “Wahai Rasulullah, ia tidak berdaya bejalan lagi.”
Lalu Nabi s.a.w. datang sendiri berjumpa ‘Ali dan apabila melihat keadaan ‘Ali, ia pun memeluknya dan menangis kerana kasihan melihatnya, kakinya bengakak dan berdarah.[6]
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada ‘Ali, “Anda adalah orang pertama di kalangan umat ini yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, anda juga orang yang terakhir bersama Rasul-Nya, tidak mengasihi anda kecuali orang Mu’min yang telah diuji hatinya dengan iman, tidak membenci anda kecuali orang munafiq atau kafir.[7]
Apabila ‘Ali b. Abi Talib dan tiga Fatimah itu sampai ke Quba’ ia pun bergabung bersama Rasulullah s.a.w. dan mereka berhenti di rumah Kulthum b. Hadam.[8]
Rasulullah s.a.w. tinggal di Quba’ selama tiga hari dan mengasaskan sebuah masjid, kemudian baginda mendirikan solat Jum’at yang pertama di kampung Bani Salim di Madinah.[9]






BAB ENAM

Riwayat tentang gua yang diciptakan.

FASAL SATU

Bilakah riwayat tentang Abu Bakr di dalam gua diciptakan?

Sebenarnya riwayat tentang hadirnya Abu Bakr di dalam gua bersama Rasulullah s.a.w. diciptakan pada zaman pemerintahan Abu Bakr lagi.
Rancangan besar ini diketuai oleh ‘A’isyah, Anas b. Malik dan Abu Hurairah, serta berlakulah penulisan Manaqib (memuji seseorang), iaitu dibuat untuk mengampu atau menyanjung pihak yang memerintah. Sebaliknya mereka mengenepikan Hadith sahih begitu sahaja.
Kemudian adat menulis Manaqib ini menjadi kebiasaan untuk menaikkan nama pemerintah kaum Muslimin pada zaman kerajaan Bani Umaiyah, ‘Abbasiyah, ‘Uthmaniyah dan lain-lain.
Wang emas menjadi tarikan para penulis upahan yang mengejar kemewahan dunia dengan mencipta sebanyak mungkin riwayat tentang kelebihan para pembesar dan golongan pemerintah.
Contohnya Mu’awiyah b. Abi Sufyan telah berunding dengan Samurah b. Jundub supaya membacakan ayat berikut kepada penduduk Syria:






Terjemahannya, “Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, pada hal ia adalah orang yang sangat-sangat keras permusuhannya (kepadamu). Kemudian apabila ia pergi, berusahalah ia di bumi untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanam-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia), sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.”[10]
Ayat di atas dikatakannya turun ke atas ‘Ali b. Abi Talib dan ayat berikut berbunyi:


Terejamahnnya, “Dan ada di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata…”[11]
Ayat ini pula dikatakannya turun kepada Ibn Muljam,[12] iaitu orang yang membunuh ‘Ali. Jadi maksudnya ‘Ali adalah orang jahat dan Ibn Muljam orang baik.
Kalau penulis upahan yang membuat yang terdorong menulis riwayat yang direka sendiri, apatah lagi penyokong kerajaan dan pegawai atasan mereka. Contohny Anas b. Malik dan Abu Hurairah yang merupakan gabnor dan pegawai kerajaan Bani Umaiyah, juga ‘A’isyah yang menjadi penasihat kepada kerajaan bapanya dan kerajaan ‘Umar. Demi untuk menjaga regim, mereka terdorong untuk melindungi pihak pemerintah dengan apa cara yang mungkin untuk menghalang pihak penentang.
Dalam hal ini mencipta riwayat palsu tentang kelebihan orang yang berada di dalam gua adalah sangat mudah, ia dijalankan oleh mereka yang berada di Saqifah dan para pembantu mereka tetapi kesannya sangat berbahaya, iaitu menyelewengkan hati kaum Muslimin.
Kerajaan Abu Bakr yang menjalankan kegiatan menyerang rumah Fatimah bt. Muhammad s.a.w. sehingga cedera dan menyebabkan kewafatannya, begitu juga pembunuhan Sa’d b. ‘Ubadah ketua kaum Ansar, ini memudahkan lagi pihak tertentu menyelewengkan kisah gua tanpa perlu menumpahkan darah.
Pendeknya kerana kuasa, seseorang itu boleh melakukan apa saja, misalnya Marwan b. al-Hakam membunuh anak saudaranya al-Walid b. ‘Atabah b. Abu Sufyan dan al-Ma’mun membunuh saudaranya al-Amin demi untuk mendapatkan kuasa sebagai khalifah.
Penyelewengan riwayat dan penciptaannya lebih mudah daripada menumpahkan darah dan membunuh demi mengekalkan kuasa, sebab itulah penyelewengan riwayat lebih banyak berlaku.
Abu Bakr sendiri menyesal kerana merampas kuasa khalifah daripada ‘Ali b. Abi Talib dan menyerang rumah Fatimah serta menyebabkan kematiannya, ia berkata, “Setiap lelaki tidur sambil mendakap isterinya dengan riang gembira, tetapi aku kamu semua tinggalkan aku dengan keadaan begini. Aku tidak perlu lagi kepada bai’ah kamu, batalkanlah bai’ah kamu terhadapku.”[13]
Katanya lagi, “Alangkah baiknya kalau aku tidak memeriksa rumah Fatimah bt. Muhammad Rasulullah dan menyuruh beberapa lelaki memasukinya walaupun rumah itu dikunci dalam keadaan perang terhadapku,”[14]
Abu Bakr juga merasa menyesal di atas apa yang dilakukan oleh regimnya, demikian menurut berbagai riwayat dan Hadith, di antarnya ia berkata, “Wahai, alangkah baiknya kalau aku hanya sehelai daun.”
Abu Bakr telah membuat satu Hadith yang kononnya Rasulullah s.a.w. bersabda:


Terjemahnnya, “Kami para anbiya’ tidak meninggalkan pusaka.”[15] Sedangkan ia bertentangan dengan al-Qur’an, Kitab Allah yang mulia sebagaiman firman Allah:


Terjemahannya, “Dan Nabi Sulaiman mewarisi Nabi Dawud…”[16]
‘A’isyah pula meriwayatkan Hadith palsu dengan mengatakan Abu Bakr mengimamkan solat Subuh pada hari Isnin, iaitu hari wafatnya Rasulullah s.a.w.[17]
‘A’isyah juga meriwayatkan kehadiran bapanya Abu bakr di dalam gua dan berhijrah bersama Rasulullah s.a.w. ke Madinah sedangkan ia bercanggah dengan hakikat sebenarnya semata-mata untuk meneguhkan kerajaan bapanya yang goyah.
Kenapa ia tidak goyah? Ini dinyatakan oleh ‘Umar b. al-Khattab, “Bai’ah terhadap Abu Bakr adalah tidak disengajakan (faltah), tetapi Allah telah memelihara kaum Muslimin dari kejahatannya, sesiapa bepaling kembali dari bai’ah itu maka hendaklah ia dibunuh.”[18]
Sebab Abu Bakr mengemukakan Hadith dan riwayat seperti di atas ialah semata-mata untuk mensetabilkan kekuasaannya berdasarkan asas-asas yang diriwayatkan itu.
‘Umar pula menjalankan dasar seterusnya, iaitu dengan memberi gelaran (laqab) yang telah diberikan Rasulullah s.a.w. kepada ‘Ali b. Abi Talib, misalnya gelaran Amir al-Mu’minin dan gelaran al-Faruq,[19] dan gelaran ini diberikan pula oleh orang Yahudi kepada ‘Umar.[20]
Bani Umaiyah menyelewengkan gelaran al-Siddiq yang diberikan Nabi s.a.w. kepada ‘Ali, dengan memberikan pula gelaran itu kepada Abu Bakr.[21]`Ali pernah barkata pada zaman khilafahnya, “Akulah al-Siddiq yang lebih besar.”[22]
Penciptaan riwayat tentang kisah gua itu adalah untuk kepentingan Abu Bakr, tetapi semua riwayat tersebut tidak diterima oleh orang ramai pada zamannya dan ditolak oleh para sahabat.
Pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah, iaitu ketika keganasan dilakukan oleh pihak pemerintah dan bilangan penduduk yang lahir semakin jauh dari zaman Nabi s.a.w. maka peluang untuk menyebarkan Hadith-hadith palsu semakin luas, lalu riwayat-riwayat itu menjadi kuat dipandang oleh golongan tabi’in dan anak cucu mereka, lalu mereka mengadakan beberap perayaan berdasarkan riwayat itu.
Rancangan ini dibantu pula Mu’awiyah yang merupakan pihak pemerintah yang berkuasa pada zamannya, iaitu dengan mengadakan penulisan Manaqib bagi para khulafa’ untuk menentang hujjah-hujjah Imam ‘Ali b. Abi Talib yang berhak menjadi khalifah. Usaha ini bukanlah kerana Mu’awiyah sayangkan Abu Bakr kerana sebenarnya Mu’awiyah berpihak kepada puak ‘Umar yang bersaing dengan puak Abu Bakr.
Buktinya Mu’awiyah telah membunuh Muhammad b. Abu Bakr dan ‘A’isyah bt. Abu Bakr serta bersama-sama dalam membunuh penyokong-penyokongnya di kalangan pembesar dan lainnya.[23]
Oleh itu penerbitan Munaqib yang memuji Abu Bakr oleh Mu’awiyah bukanlah kerana kasih Mu’awiyah kepada Abu Bakr, atau kerana ingin meninggikan kedudukannya, sebaliknya Mu’awiyah dan Bani Umaiyah ingin merendahkan kedudukan Muhammad s.a.w. dan keluarganya.
Demikian keadaan politik dahulu dan sekarang, tidak ada pendirian dan tidak ada akhlak bila ia dikuasai oleh manusia yang mengejar dunia, mereka berbuat apa saja tanpa batasan dan tanpa moral.
Ketika tangan kanan Abu Bakr membakar tubuh Muhammad b. Abu Bakr, menanam ‘Abdul Rahman b. Abu Bakr hidup-hidup dan mengoyak-ngoyakkan anggota badan ‘A’isyah, tangan kirinya pula menyuruh para penulis menyebarkan tentang kelebihanAbu Bakr dan ‘A’isyah.[24]
Bagi mereka yang tidak mengenal dan tidak memahami tipu daya dan permainan politik, mereka tidak sedar tentang pakatan jahat yang berlaku di kalangan istana dan pemerintah demi untuk mengekalkan kuasa kerajaan dan memanjangkan jangka hayatnya.
Mereka yang menyokong parti Quraisy berusaha dengan berbagai cara untuk menonjolkan atau membesarkan persoalan gua Thur dan memperkecilkan persoalan al-Ghadir, sehingga kehadiran Abu Bakr di dalam gua lebih besar dan penting daripada kehadiran Ashab al-Kahfi di dalam gua mereka.
Rekaan dan pedustaan berkembang luas di dalam Sirah Nabawiyah dan kerajaan Bani Umaiyah mebuat satu lagi pembohongan dengan mengatakan Abu Bakr dilantik mengetui rombongan haji pada tahun kesembilah Hijrah.
Sedangkan sebenarnya Rasulullah s.a.w. telah memecat Abu Bakr dari mengetuai rombongan haji itu dan melantik ‘Ali menggantikan tempatnya, lalu Abu Bakr balik kepada Nabi s.a.w. sambil menangis kerana dukacita dan takut turunnya ayat al-Qur’an berkaitan dengannya.[25]


FASAL DUA

Dalil-dalil yang membuktikan hijrah Rasulullah s.a.w. bersama Ibn Bakr, bukannya Abu Bakr.

Terdapat banyak dalil yang menafikan kehadiran Abu Bakr bersama Rasulullah s.a.w. di dalam gua dan menafikan Abu Bakr berhijrah besamanya ke Madinah. Berikut ialah dalil-dalil tersebut.
1. Tidak ada pengakuan Rasulullah s.a.w. tentang adanya Abu Bakr di dalam gua bersamanya, kalau ada Abu Bakr tentulah disebutkan dan ditulis dalam Munaqibnya untuk dipuji dan dipuja. Sebaliknya ada ditulis dalam sejarah tentang cercaan Rasulullah s.a.w. beberapa kali terhadap Abu Bakr, ini menafikan adanya kehadiran Abu Bakr di dalam gua. Kami akan jelaskan dalil-dalilnya dari kurun pertama, kedua, ketiga dan keempat yang semuanya menafikan kehadirannya di dalam gua.
Abu Bakr telah kehilangan perlindungan dari Allah dan Rasul-Nya dalam banyak tempat masa, ini menyebabkan ia tidak tidak layak untuk dipuji dalam penulisan Manaqib yang besar dan banyak.
Di antara ayat al-Qur’an yang menerangkan cercaan Allah terhadap Abu Bakr ialah tentang hasadnya Abu Bakr terhadap tentera kaum Muslimin yang ramai, iaitu ketika Abu Bakr berkata, “Hari ini kita tidak akan kalah disebabkan sedikit bilangan orang.”[26]
Lalu Allah berfirman:





Terjemahannya, “…dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab jumlah bilangan kamu yang ramai; maka jumlah yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikit pun dan bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu, kemu berpaling undur melarikan diri.”[27]
Kata ‘Umar b. al-Khattab, “Sesungguhnya kaum Quraisy itu adalah manusia yang paling hasad, tetpi Abu Bakr lebih hasad lagi.”[28]
Kata ‘Umar tentang Abu Bakr dan Quraisy, “Sesungguhnya kaum Quraisy hasad kerana berhimpunnya Nubuwwah dan Khilafah pada Bani Hasyim.”[29] Ketika Nabi s.a.w. menceritakan kepada Abu Bakr, ‘Umar dan pengikut keduanya tentang kelebihan ‘Ali, mereka pun menuduh Nabi s.a.w.sebagai gila, lalu turunlah yang ditujukan kepada Abu Bakr,’Umar dan pengikut keduanya, iaitu firman Allah:





Terjemahannya, “Dan sesungguhnya orang yang kafir itu hampir-hampir menggelencer dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka semasa mereka mendengar al-Qur’an, sambil berkata, “Sebenarnya (Muhammad) itu sungguhnya orang gila.” Pada hal al-Qur’an itu tidak lain, hanyalah peringatan bagi umat manusia seluruhnya.”[30]
Kemudian pendapat itu diulang lagi ketika Rasulullah s.a.w. hampir wafat, iaitu mereka mengatakan, “Dia sedang meracau (gila).”[31]
2. ‘Umar adalah teman baik Abu Bakr, mereka berdua sama-sama bermusafir atau bermukim. Banyak dalil mengatakan ‘Umar berhijrah bersama orang Islam yang lain seperti iparnya Khunais b. Hudhafah al-Sahmi, Sa’id b. Zaid b. ‘Amr b. Nufail, Talhah b. ‘Ubaidullah, Suahib b. Sinan,[32] Hamzah b. ‘Abd al-Muttalib, ‘Abdul Rahman b. ‘Auf dan ‘Uthman b. ‘Affan.[33] Oleh itu Nabi s.a.w. mempersaudarakan mereka di Madinah selepas Hijrah, di antaranya mempersaudarakan Abu Bakr dengan ‘Umar.
3. kalau Nabi sa.w. memerlukan orang lain selain ‘Ali di Makkah nescaya ia mengambil Hamzah menjadi temannya di dalam gua ketika berhijrah, kerana Hamzah adalah seorang yang berani dan pintar. Tetapi ia hanya memadai mengambil ‘Abdullah b. Bakr.
4. Kaum Muslimin yang ada di Makkah telah berhijrah ke Madinah, di antara mereka ialah Abu Bakr dan ‘Umar.[34] Golongan kafir dan mereka yang memeluk Islam ada yang mengikuti Nabi s.a.w. kemudiannya dan ada yang berhijrah sebebelumnya tetapi tidak ada seorang pun yang mengaku dan mengatakan Abu Bakr hadir di dalam gua. Tidak ada siapa yang nampak ia pergi ke dalam gua dan berada di Jabal Thur serta berhijrah dari Makkah ke Madinah.[35].
Apa yang dikatakan tentang kehadiran Abu Bakr di dalam gua itu hanyalah andaian yang tidak berasas dan tidak benar.
Riwayat yang dusta hanya bergantung kepada kata-kata ‘A’isyah, Abu Hurairah, Anas b. Malik dan ‘Abdullah b. ‘Umar.
Mereka ini juga telah mengaku tentang pembohongan yang mereka lakukan di beberapa tempat dan ramai para ‘ulamak tidak mahu mengambil riwayat mereka.
Mereka ini adalah orang yang mendapat faedah daripada pemerintahn Abu Bakr.
5. Kata Abu Tufail ‘Amir b. Wa’ilah daripada bapanya, “Aku adalah salah seorang yang mencari dan mengejar Nabi s.a.w.ketika baginda berada di dalam gua, lalu aku melihat ke dalamnya, tetapi tidak nampak seorang manusia pun.”[36] Al-Bukhari telah menyatakan thiqqah (pecaya) kepada Ibn Tufail dalamTarikh al-Saghir begitu juga pendapat Salih b. Ahmad b. Hanbal.[37]
6. Orang kafir Quraisy melihat ke dalam gua Jabal Thur yang kecil itu dan mereka tidak melhat sesiapa pun di dalamnya, lalu mereka berkata,“Tidak ada sesiapa pun di dalamnya.”[38] Maksudnya orang Quraisy itu melihat dengan teliti ke dalam gua, tetapi tidak melihat sesiapa pun.
7. Dalam kitab al-Bidayah wa al-Nihayah oleh Ibn Kathir al-Umawi, daripada Ibn Jarir al-Tabari dinyatakan bahawa pemergian Rasulullah s.a.w. ke dalam gua itu hanya seorang diri.
Ibn Kathir berasa bimbang kerana riwayat ini menerangkan hijrah Nabi s.a.w. ke dalam gua itu hanya seorang diri, lalu ia pun berkata, “Riwayat ini sangat gharib (aneh) dan bertentangan dengan riwayat yang masyhur, iaitu baginda keluar ke sana berdua.[39]
Hadith sahih ini membatalkan semua riwayat Amawiyah yang mengatkan Abu Bakr keluar bersama Rasulullah s.a.w. dan dengan itu jelaslah hakikat yang sebenarnya.
[1] Muhammad Amin Zain al-‘Abidin, Kalimat al-Taqwa, V. h.117.
[2] Al-Bihar, IXX. h.64-67; Ibn Syahr Asyub, al-Manaqib, I.h.183-184; Tafsir al-Burhan, I.h.332-333; al-Tusi, al-Amali, II. h.83-86
[3] Rujuk kitab Nisa’ al-Nabi oleh pengarang di bawah tajuk Umm Kulthum.
[4] Surah Ali Imran ayat 191.
[5] Ibid. ayat 195.
[6] Al-Bihar, IXX. h.64-67; Ibn Syahr Asyub, al-Manaqib, I. h.182-184; Tafsir al-Burhan, I. h.332-333; al-Tusi, al-Amali, II. h.83-86.
[7] Tafsir al-Burhan, I. h.332-333; al-Bihar, IXX.h.64; al-Tusi, al-Amali,II. h.83-86.
[8] Al-Suhaili, al-Raud al-Anf, IV.h.231.
[9] Ibid. h.232
[10] Surah al-Baqarah ayat 204-205.
[11] Ibid. ayat 297.
[12] Ibn Abi al-Hadidi al-Mu’tazili, Syrah Nahj, I. h.361.
[13] Ibn Qytaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I. h.14; A’lam al-Nisa’, II. h.314; Abu Hamid al-Ghazali, Sirr al-‘Alamain.
[14] Tarikh al-Tabari, II. h.137; al-Mu’tazili, Syarh Nahj, VI. H.51; al-Baladhuri, al-Syaikahn, h.233.
[15] Ibn Syadhan, al-Idah, h.258; Abu al-Qasim al-Kufi, al-Istighathah,I. h.9; al-Murtada, al-Syafi, IV.h.57.
[16] Surah al-Naml ayat 16.
[17] Fath al-Bari, VIII. H.140; Maghazi al-Zuhri, h.132.
[18] Sulaim b. Qais, al-Saqifah, h.241; Ibn Syadhan, al-Idah, h.258; al-Bihar, XXVIII. h.219; Tarikh al-Tabari, V. h.152.


[19] Al-Hakim, al-Mustadrak, III. h.112; al-Haithami, Majma’ al-Zawa’id, IX. h.102; al-Iskafi, al-Mi’yar wa al-Muwazanah, h.185.
[20] Tarikh al-Tabari, III. h.267.
[21] Al-Haithami, Majma’ al-Zawa’id, IX. h.102; al-Hakim, al-Mustadrak, III. h.112.
[22] Al-Muqna’ah al-Mufid, h.206; Musnad Zaid b. ‘Ali, h.406; h.406; Dimyati. I’anat al-Talibin, II. h.357; Ibn Babuwaih al-Qummi,.al-Imamah wa al-Tabsirah, h.111; Ibn Quluwaih, Kamil al-Ziayarat, h.116; al-Saduq, ‘Uyun al-Rida, I. h.9; al-Tusi, Tahdhib al-Ahkam, VI. H.57; al-Hakim, al-Mustadrak, II. h.112; al-Haitami, Majma’ al-Zawa’id, IX. h.102; al-Iskafi, al-Mi’yar wa al-Muwazanah, h.185; Ibn Abi Syaibah, Musannaf, VII. h.498; Kanz al-‘Ummal, II. h.616.
[23] Rujuk kitab pengarang, Ightiyal al-Khalifah Abu Bakr wa Saiyidah ‘A’isyah.
[24] Ibid.
[25] Musnad Ahmad, XI. H.151; Kanz al-‘Ummal, I. h.247; Tafsir Ibn Kathir. II.h.543, al-Hakim, al-Mustadrak, III. h.51.
[26] Al-Zamakhsyari, Tafsir al-Kasysyaf, II. h.259; Tarikh Abi al-Fida’ I. h.208; al-Irsyad al-Mufid, II. h.140; al-Dhahabi, Maghazi, h.574; al-Bidayah wa al-Nihaya, IV. h.369; al-Waqidi, al-Maghaz, II.h.890.
[27] Surah al-Taubah ayat 25.
[28] Al-Mu’tazili, Syarh Nahj al-Balaghah,II. h.31,34.
[29] Syarh Nahj al-Balaghah, III. h.107; Tarikh al-Tabari, V. h.30; Tarikh Ibn al-Athir,II. h.63; Qisas al-‘Arab, II. h.363.
[30] Surah al-Qalam ayat 51-52; Tafsir al=Qummi, cetakan pertama. II. h.383; al-Kulaini, al-Kafi, IV. h.566; al-Bihar, XXXV. H.291.
[31] Sahih al-Bukhari, Bab Jawa’iz al-Wafd, dari kitab al-Jihad wa al-Sair
[32] Sirah Ibn Hisyam, II. h.121.
[33] Ibid.
[34] Sirah Ibn Hisyam, II. h.121.
[35] Rujuk kitab Sirah, Tafsir dan Hadith tentang perkara ini.
[36] Al-Isabah, VII. h.164.
[37] Ibid.
[38] Tarikh al-Ya’qubi, II. h.40
[39]Ibn Kathir,al-Bidayah wa al-Nihayah,II. h.219; IbnKathir, al-Sirah al-Nabawiyah, II.h.236.

No comments: