Sunday, February 15, 2009

MENGAPA AKU MEMILIH MAZHAB AHLUL BAIT


PENGANTAR PENTERJEMAH

Bersyukur kepada Allah SWT kerana akhirnya kami dapat juga menyelesaikan penterjemahan buku Mengapa Aku Memilih Ahlul Bayt AS? karangan Syaikh Muhammad Mar'i al-Amin al-Antaki, seorang bekas Kadi Besar Mazhab Syafi'i di Halab, Syria, meskipun menghadapi beberapa kesulitan. Dengan ini ia akan memberi pendedahan secara akademik terhadap permasalahan yang dipertikaikan di antara Sunnah dan Syiah berdasarkan buku-buku Ahlu Sunnah sendiri. Apatah lagi di akhir-akhir ini, lebih 20 buah buku yang bersifat anti Syiah telah diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia. Buku-buku tersebut telah ditulis oleh musuh-musuh Syiah terutamanya dari kalangan Wahabi yang menyamar sebagai Ahlu Sunnah.

Buku-buku tersebut telah meracuni fikiran orang ramai dan sebahagian para ulama yang tidak luas wawasan dan pemikiran dengan mengkafirkan Syiah secara umum kerana mencaci para sahabat, Syiah mempunyai al-Quran yang lain?, ketiga-ketiga khalifah telah merampas jawatan khalifah daripada Ali AS dan lain-lain. Sebenarnya "akidah" bahawa para sahabat yang menyalahi perintah Allah dan Rasul-Nya dengan melakukan pencurian, perzinaan, peminuman arak, perjudian, penipuan, pembohongan, pengamalan rasuah dan pencacian terhadap Nabi dan lain-lainnya, sebagai adil, thiqah boleh dipercayai dan menjadi contoh, adalah "akidah" yang bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya. Oleh itu Allah dan Rasul-Nya menolaknya, para sahabat sendiri menolaknya; al-Bukhari dan Muslim menolaknya. Kerana mereka berdua telah mencatat keburukan sebahagian para sahabat di samping kebaikan mereka di dalam Sahih-Sahih mereka. Tetapi kita Ahlu Sunnah kurang mengetahuinya. Dan apabila dikemukakan kepada kita catatan tersebut, kita menakwilkan-Nya atau menolaknya kerana akidah "keadilan atau kekebalan para sahabat di sisi hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya" dengan alasan ijtihad telah menular di dalam pemikiran kita.

Justeru al-Bukhari dan Muslim umpamanya, telah mencatat para sahabat yang menyalahi perintah Allah dan Rasul-Nya. Malah mereka juga mencatat para sahabat yang mencaci Nabi SAWAW. Tetapi jika difahami bahawa catatan mereka itu sebagai perbandingan di antara Sunnah Rasul dan Sunnah sahabat dan bukan sebagai cacian terhadap sahabat, maka ia juga mesti dilakukan terhadap Syiah. Justeru itu Syiah tidak mencaci sahabat sebaliknya menerangkan hakikat sesuatu berdasarkan nas. Justeru itu penyelesaian mengenai sahabat boleh dilakukan secara akademik yang berteraskan nas. Tetapi kita Ahlu Sunnah tidak ingin menyelesaikannya kerana kita menyedari bahawa setiap kajian yang dilakukannya, akan mendedahkan percanggahan "akidah" kita mengenai sahabat umpamanya dengan hakikat sebenar.

Bagi menutup hakikat ini, sebahagian kita meneruskan propaganda "Syiah mencaci sahabat". Dengan ini mereka dapat menyemarakkan sentimen dan kemarahan orang ramai serta pihak penguasa supaya membenci dan menentang Syiah dengan pelbagai cara. Mereka tidak lagi menghormati ilmu. Oleh itu adakah sentimen dan kemarahan yang berasaskan "akidah" yang bertentangan dengan al-Quran itu patut dilayani atau pemikiran yang berasaskan keilmuan menurut al-Quran itu harus ditentangi? Adakah sama orang yang mengkaji dengan fikiran yang terbuka dengan orang yang tidak mahu mengkaji dengan fikiran asabiyahnya?

Lantaran itu sebahagian kita terus memandang Syiah Jaafariyyah sebagai kafir atau sesat dan ia disokong pula oleh sebahagian pegawai-pegawai agama. Sepatutnya kita memandang orang Islam bersaudara serta memberi hak yang sewajarnya. Apatah lagi Rektor-rektor Universiti al-Azhar seperti Syaikh Syaltut, Salim al-Bisri, Muhammad al-Fahham, dan Abdul Halim Mahmud telah memberi fatwa-fatwa mereka yang masyhur tentang sahnya berpegang kepada mazhab Syiah Imamiyyah Ithna 'Asyariyyah (Syiah Imam 12) atau dikenali juga dengan Mazhab Jaafari.

Perhatikanlah sebagai contoh, hak-hak yang diberikan oleh saudara-saudara kita Syiah kepada mazhab Ahlu Sunnah kita dan lain-lain sekalipun banyak hukum-hukum dan akidah-akidah di dalam mazhab-mazhab tersebut menyalahi nas. Perkara 12 dalam Perlembagaan Republik Islam Iran menyatakan: "Agama rasmi bagi Republik Islam Iran ialah Islam dan mazhab Jaafari Imam 12. Adapun mazhab-mazhab Islam yang lain yang terdiri dari mazhab Hanafi, Syafi'i, Maliki, Hanbali dan Zaidi semuanya menikmati kehormatan sempurna. Dan pengikut-pengikut mazhab-mazhab tersebut pula bebas mengerjakan upacara-upacara keislaman mereka menurut fiqh mereka. Malah mazhab-mazhab tersebut diambil kira secara rasmi di dalam pengajaran, pendidikan Islam, undang-undang keluarga (perkahwinan, talak, pusaka, dan wasiat) dan perkara-perkara yang berkaitan dengan penghakiman. Dan setiap kawasan pengikut-pengikut salah satu dari mazhab-mazhab tersebut menikmati suara majoriti. Kerana hukum-hukum tempatan bagi kawasan tersebut menurut kemuslihatan majlis-majlis syura tempatan adalah sejajar dengan mazhab tersebut. Di samping menjaga hak-hak pengikut-pengikut mazhab-mazhab lain."

Ini menunjukkan kemampuan mazhab Jaafari menjadi induk kepada mazhab-mazhab lain kerana tradisi ilmu dan aliran pemikiran mazhab-mazhab lain dihormati oleh para ulama mereka, dengan memberi kebebasan yang sewajarnya. Kita belum dapati di dalam dunia Sunni kita sebuah negara yang mengamalkan sistem satu mazhab, memberi kebebasan kepada mazhab-mazhab (Sunni) yang lain di dalam pelajaran, nikah kahwin, talak, undang-undang keluarga dan lain-lain sebagaimana telah diberikan oleh mazhab Jaafari di Iran.
Ini disebabkan oleh kesempitan pemikiran kebanyakan para ulama kita apatah lagi mereka terlalu fanatik kepada mazhab yang dianuti tanpa kajian yang jujur dan mendalam meskipun terhadap mazhab Sunni yang lain. Lantaran buku ini akan menerangkan hakikat sebenar secara akademik dan ia sebagai perbandingan di antara buku-buku karangan musuh-musuh Syiah dan buku-buku karangan Syiah sendiri. Dan ia juga ditulis berdasarkan pengalamannya, di samping hujah-hujah dari al-Quran, Sunnah dan Sejarah. Rujukan-rujukan utamanya adalah diambil dari buku-buku Ahlu Sunnah wal Jamaah. Oleh itu sekiranya para ulama Ahlu Sunnah kita berbohong di dalam catatan mereka mengenai keburukan sebahagian sahabat atau sahabat menyalahi nas, maka merekalah yang berdosa, dan mereka pula tidak boleh dipercayai lagi. Dan sekiranya apa yang dicatatkan oleh mereka itu benar, kenapa kita tidak mahu menerima hakikatnya? Dan kenapa cacian dan kemarahan pula ditujukan kepada Syiah?

Semoga saudara-saudara kita Ahlu Sunnah dan saudara-saudara kita yang bermazhab Wahabi yang bermusuhan dengan Syiah membaca buku ini sehingga selesai kemudian membuat penilaian yang adil. Dan kepada mereka kita ingin mengungkapkan kata-kata khalifah Ali AS: "Manusia menjadi musuh kepada apa yang mereka tidak mengetahuinya." Baqir al-Sadr RH berkata:"Sekiranya saudara-saudara kami Ahlu Sunnah membaca buku-buku mereka, nescaya mereka sependapat dengan kami dan perselisihan dapat diselesaikan semenjak awal lagi." Dan kami berkata:"Apa salahnya tahu, kerana kalian bukan semestinya beramal dengan apa yang kalian tahu."

Oleh itu tujuan penterjemahan buku ini adalah untuk akademik yang tinggi bagi mencapai matlamat wawasan 2020 dan ia bukanlah untuk kita bertukar mazhab kerana apa yang penting ialah mencintai Ahlul Bayt Rasulullah SAWAW dengan hakikat yang sebenarnya. Buku ini juga telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa utama di Eropah dan telah dibaca oleh berbagai lapisan masyarakat Islam dan juga bukan Islam. Semoga ia akan memperluaskan wawasan pemikiran Islam di Nusantara berdasarkan keilmuan yang tinggi.

Akhir sekali, kami bertawakkal kepada Allah yang Maha Perkasa dan Maha Adil di dalam segala-galanya.









PENGANTAR EDITOR

Sesungguhnya tidak sedikit umat Islam yang terpedaya dengan fikirannya. Mereka melihat Islam dalam ruanglingkup mazhab anutannya yang amat sempit. Sedangkan dalam sistem pemikiran Islam, kandungan world view Islam tidak pernah mewakilkan kepada mazhab tertentu sebagai kayu ukurnya kecuali terdapat keterangan nas yang terang nyata.

Dunia Sunni dan Syiah telah terlalu lama dicatatkan sebagai saling bersengketa antara satu dengan yang lain. Persengketaan tersebut seolah-olahnya tidak ada masa untuk berakhir dan dicari jalan penyelesaiannya.

Apakah mungkin Quran dan Sunnah terlalu tandus hukum-hakamnya untuk menyelesaikan pertikaian di kalangan umatnya? Ataukah ada di kalangan umat ini yang tidak bersedia menerima kebenaran disebabkan kedegilan dan desakan-desakan sampingan tertentu?.

Aliran Sunni kelihatannya membawa gagasan pemikiran sempit dalam menilai Islam dan mendakwa kebenaran berada pada pihaknya. Beralaskan kepada sistem pemikiran sempit itu mereka tidak cuba melihat pandangan yang dikemukakan oleh saudaranya Syiah. Hukum yang dipakai ialah ‘syiah sesat’ tidak perlu dibincangkan lagi. Apakah ini tindakan yang adil dan betul sebagai seorang muslim?.

Saya banyak bertemu dengan para ilmuan bergelar Ustaz, Guru, Pensyarah dan bahkan Profesor dari kalangan Sunni yang menuduh dan melabelkan kafir kepada Syiah. Tidak kurang juga dari kalangan mereka yang bergelar pegawai penerangan daripada Jabatan Agama.

Apabila ditanya kepada mereka apakah hujah kekafiran Syiah?. Secara melulu dan penuh keyakinan mereka berkata:‘Syiah mengkafirkan Sahabat’, ‘Syiah mencela Sahabat Nabi’, ‘Syiah ada Quran tersendiri’ dan seumpamanya daripada dakwaan yang menampakkan kejahilan dan kedunguan mereka. Semua dakwaan tersebut tidak benar dan sampai kini tidak boleh dibuktikan. Mereka hanya boleh membawakan bahan bukti daripada tulisan-tulisan musuh Syiah dan kadang-kadang dengan hujah cetek kefahaman mereka terhadap sesuatu isu.

Saya katakan kepada mereka, kalaulah dengan hujah Syiah mengkafirkan Sahabat, maka Syiah menjadi kafir, maka orang pertama yang sepatutnya mereka ini kafirkan ialah Aisyah dan Muawiyah. Aisyah bukan sekadar mengkafirkan Sahabat malahan menganjurkan orang ramai agar membunuhnya. Aisyah berkata perihal Uthman bin Affan (Khalifah ketiga): ‘Bunuhlah si Na‘thal ini, sesungguhnya ia telah kafir’. Muawiyah pula telah mencela Sahabat (Ali bin Abi Talib) dan menjadikan peraturan pada masa pemerintahannya agar Mimbar Mesjid seluruh negara mengadakan celaan serta kutukan terhadap Imam Ali bin Abi Talib. Mengapa mereka ini mendiamkan diri terhadap dua contoh (sekadar contoh) di atas dan melenting apabila mendapati kalangan ulama Syiah ada yang memperkatakan ‘sesuatu’ tentang Sahabat menurut hakikat yang sebenarnya?.

Demikianlah terserlahnya kebodohan mereka sendiri. Kejahilan menyebabkan mereka bertindak secara emosi bukan secara akademik atau berdasarkan ilmu. Mereka tidak membaca sumber rujukan Sunni sendiri yang dengannya Syiah berhujah.

Mereka yang hanya membuat pembacaan terhadap penulisan sejarah di sebelah pihak sahaja tidak mampu menilai kebenaran. Penilaian mestilah berdasarkan kepada dua aspek yang berbeza Kebaikan boleh dinilai dengan adanya keburukan, kejahatan dapat dinilai dengan adanya kebaikan sementara kezaliman dapat dinilai dengan adanya keadilan. Mungkinkah seseorang yang jahil terhadap satu pihak yang lain boleh menilai sesuatu yang diluar pengetahuannya. Apabila penilaian dilakukan berdasarkan kejahilan, hasilnya mereka menghukum berdasarkan kejahilan yang dimilikinya. Maka kebenaran dan keadilan tidak akan diperolehi.

Menjadi intelektual muslim yang adil memerlukan kajian dan ketulusan hati. Tanpa kajian mendalam dan ketulusan hati seseorang tidak mampu melihat kebenaran. Kalaupun kebenaran itu terserlah di hadapan mereka pasti ditentangnya. Ini disebabkan hatinya telah diselaputi dengan racun-racun syaitan taksub, fanatik, ikutan kepada orang terdahulu dan seumpamanya daripada penghalang-penghalang kebenaran yang sedia bertakhta di hatinya.

Untuk menerima kebenaran tidak sukar apabila seseorang berlapang dada dan bersedia menjadikan Quran serta Sunnah sebagai hakimnya. Mereka akan menerimanya sepertimana adanya. Sebaliknya apabila seseorang itu ingin mempertahankan kebatilan, mereka akan cuba berhempas pulas mentakwilkan nas-nas dan mentafsirkan nas tersebut menurut seleranya sehingga akhirnya menjerut lehernya sendiri. Mereka tenggelam dalam kebatilan yang didokongnya sendiri dan mati dengan kebatilan tersebut mengiringinya.

Buku yang ada di tangan pembaca ini sungguh bermanfaat apabila dibaca dengan penuh situasi adab-adab seorang muslim. Berhasrat ingin melihat kebenaran dan dengan kejernihan hati memohon pertunjuk kepada Allah agar diberi cahaya kebenaran. Sebaliknya akan menjadi kegawatan kepada mereka yang tidak bersedia ke arah itu serta ingin mencari keaiban orang lain.

Menerima mazhab Ahlu Bayt bukanlah bermakna menukar agama. Akan tetapi sekadar beralih manhaj dalam ikutan dari mazhab yang tidak pernah ada jaminan Nabi s.a.w kepada mazhab yang diberi jaminannya oleh Nabi s.a.w sebagai selamat.

Sejarah yang telah lalu tidak akan boleh diubah. Ia telahpun berlaku. Bagaimanapun sikap generasi kinilah yang sepatutnya berubah dalam menanggapi sejarah tersebut.

Dalam usaha mengedit naskah terjemahan ini, teks ayat-ayat Quran dimasukkan, nama-nama buku dan istilah diitalickan, beberapa ejaan salah dibetulkan. Isi kandungan serta maksud terjemahan asal dikekalkan menurut asalnya. Editor memohon pembaikan dan islah sekiranya terdapat kekhilafan yang terlepas pandang dalam naskah ini.

Mudah-mudahan usaha ini lebih memudahkan lagi pembaca membuat rujukan dan penilaian. Amin.

Editor
Dr Abu Athinayatul Hasena
Mac 2007






























PENGHARGAAN

Pertama kali aku menghadiahkan buku ini kepada Sahib al-Risalah dan penamat para Rasul Sayyidina Muhammad SAWAW. Kedua, kepada Sahib al-Wilayah dan khalifah selepas Rasul, Ali Amirul Mukminin AS. Ketiga, kepada para imam yang suci daripada keluarganya. Keempat, kepada pengganti-pengganti mereka yang terdiri daripada ulama mujtahidin. Kelima, kepada setiap orang yang insaf dn peka terhadap mazhab dan ugama supaya mengkajinya dengan teliti dan membebaskan dirinya dari 'asabiyah.

Akhir sekali aku mengharap pahala yang sewajarnya dari Allah SWT dan mematikanku di atas Wila’ Ali Amirul Mukminin dan Ahlul Baytnya yang suci. Semoga Dia menjadikan buku ini sebagai bekalan pada hari keperluanku iaitu di hari yang tidak ada guna harta kekayaan dan anak-anak melainkan orang-orang yang datang kepada-Nya dengan hati yang sejahtera.

Syaikh Muhammad Mar'i al-Amin al-Antaki Bekas Qadi Besar Mazhab Syafi'i Halab, Syria.




























KATA PENGANTAR

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam Pencipta segala makhluk. Pengutus para Rasul kepada makhlukNya bagi memberi petunjuk kepada mereka supaya mereka mengenali Pencipta mereka serta beramal dengan syariat-Nya.

Dia melantik para Wasi bagi mengukuhkan syariat-Nya. Salawat dan salam ke atas Muhammad dan itrahnya yang suci dan keridhaan ke atas sahabatnya yang terpilih.

Wahai Tuhanku! Laknati musuh-musuh Rasul-Mu dan musuh-musuh Ahlul Baitnya yang suci. Seksalah mereka dengan neraka jahannam. Dan ambillah (nyawa) mereka dengan pengambilan yang keras.

Wa ba‘du: Sesungguhnya Allah SWT telah memberi hidayah kepada kami dan "mentakdirkan" kami memilih mazhab yang benar iaitu mazhab Ahlul Bait AS. Mazhab cucu Rasul-Nya Imam Jaafar bin Muhammad al-Sadiq AS. Dari beliaulah datangnya mazhab yang empat. Justeru itu ia adalah asal, sementara mazhab empat merupakan cabang. Kerana Abu Hanifah Nu‘man bin Thabit adalah orang yang pertama mengambil (ilmu) daripada Jaafar bin Muhammad al-Sadiq AS. Abu Hanifah berkata: Jikalau tidak ada dua tahun (sanatani) nescaya binasalah al-Nu‘man. Maksudnya dia menghadiri kuliah Imam Jaafar al-Sadiq selama dua tahun dan mengambil ilmunya.

Kemudian Malik mengambil (ilmu) daripada buku-buku Abu Hanifah. Syafi'i mengambil (ilmu) daripada Malik dan mengkaji apa yang diambil oleh Malik daripada buku-buku Abu Hanifah daripada Jaafar al-Sadiq AS. Begitu juga halnya dengan Ahmad bin Hanbal.

Lantaran itu semua mazhab empat adalah cabang kepada Imam Jaafar al-Sadiq AS. Semua buku rujukan sejarah Sunnah dan Syiah bersepakat mengenainya. Justeru itu apa yang didapati di dalam buku-buku mazhab empat yang sejajar dengan mazhab Jaafari, adalah daripada Jaafar bin Muhammad AS. Dan apa yang menyalahinya adalah daripada ijtihad mereka sendiri.

Apabila kami berpegang kepada mazhab yang mulia ini dan mengisytiharkannya kepada orang ramai, berlakulah "malapetaka" yang besar keatas kami sebagaimana aku menerangkannya nanti.

Berbagai golongan di seluruh rantau meminta supaya menerangkan sebab-sebab yang mendorongkan kami berpegang kepada mazhab Ahlul Bayt AS berserta latar belakang kami.

Lalu kami menyahut permintaan mereka dengan mengarang buku ini meskipun kami telah mengarang sebelum dan selepas berpegang kepada mazhab Ahlul-Bait AS beberapa buah karangan. Ada yang panjang dan ada yang pendek. Ada yang telah dicetak dan ada yang belum dicetak. Ia tersebar dengan pesat di seluruh negara-negara Islam. Kami telah memperkuatkan hujah-hujah kami tanpa meninggikan diri.

Syaikh Muhammad Mar'i al-Amin al-Antaki.












































BAB I

BIODATA HIDUPKU

Aku dilahirkan pada tahun 1344H/1894M di sebuah kampung bernama Unsu di Wilayah Antakiyah. Sebuah kampung yang cantik, udaranya nyaman dipenuhi oleh bermacam-macam tumbuhan seperti zaitun, anggur dan lain-lain. Di sana terdapat seorang Syaikh yang mengajar membaca dan menulis al-Quran kepada kanak-kanak. Bapaku meletakkanku di sisinya supaya aku belajar membaca dan menulis al-Quran. Selepas aku selesai membaca dan menulis, bapaku mengambilku supaya aku menolong melakukan sebahagian daripada kerja-kerjanya.

Apabila umurku meningkat remaja, aku mulai mencintai ilmu pengetahun dan para ulama. Lantaran itu apabila aku melihat sahaja seorang ulama, aku dengan segera melakukan khidmatku kepadanya menurut kemampuanku.

Kemudian terbenam dihatiku perasaan cinta kepada ilmu dan ia makin memuncak. Pada masa itu seorang syaikh bernama Syaikh Rajab adalah seorang alim tinggal berhampiran dengan kampung kami. Maka di sanalah aku dan saudaraku Ahmad belajar darinya hampir tiga tahun. Kemudian kami berpindah ke bandar Antakiyyah dan kami memasuki madrasah melalui Syaikh Nazif. Kami belajar darinya dan bapanya Syaikh Ahmad Afandi al-Tawil hampir tujuh tahun. Pada masa itu juga datang seorang alim yang dihormati bernama Syaikh Muhammad Sa'id al-'Urfiyy dari daerah Dair al-Zur. Dia telah dibuang daerah oleh pihak kerajaan Perancis sepanjang penjajahan negara Syria selepas tamatnya peperangan dunia yang pertama pada tahun 1919M. Kami sempat belajar darinya semasa dia berada di Antakiyyah.

Di Universiti Al-Azhar

Kemudian aku sampai juga di Mesir sekalipun saudaraku Ahmad telah sampai lebih awal daripadaku. Hampir sebulan kami belajar di Universiti al-Azhar, Syaikh Sai;d al-'Urfiyy pun datang. Dan kedatangannya ke Mesir banyak memberi faedah kepada kami. Dan di Universiti al-Azharlah kami menuntut berbagai-bagai ilmu pengetahun daripada Syaikh-syaikh al-Azhar yang termasyhur.

Guru-Guruku Di Universiti Al-Azhar

1. Al-Allamah al-Akbar Syaikh Mustafa al-Maraghi, Rektor Universiti al-Azhar dan Ketua Majlis Islam.
2. Al-Allamah al-Kabir Syaikh Muhammad Abu Taha al-Mihniyy.
3. Al-Allamah al-Kabir Syaikh Rahim dan Syaikh-Syaikh al-Azhar yang lain.
Pencapaian Ijazah Dari Universiti Al-Azhar

Manakalah kami tamat belajar, kami telah memperolehi beberapa ijazah yang tinggi dari Universiti al-Azhar. Dan apabila kami ingin pulang ke tanah air, beberapa orang yang terkemuka di Mesir meminta supaya kami menjadi Pensyarah di Universiti al-Azhar. Tetapi disebabkan negara kami lebih memerlukan kami apatah lagi Mesir sebuah negara ilmu yang mempunyai para ulama yang masyhur, tidak begitu memerlukan kami sedangkan negara kami hampir tidak mempunyai ulama yang berwibawa di dalam ilmu Fiqh, Tafsir dan Hadis.

Kembalinya Kami Ke Tanah Air

Kami kembali ke negara kami dan bertugas sebagai imam sembahyang jama'ah dan juma'at, mengajar, memberi fatwa dan syarahan selama lima belas tahun.

Perselisihan Di Kalangan Mazhab Empat

Selama lima belas tahun kami mengkaji tentang perselisihan (Khilaf) di kalangan empat mazhab. Aku dan saudaraku Ahmad merasai suatu kepelikan kerana kami dapati perselisihan berlaku di dalam satu masalah di dalam mazhab yang sama. Lebih-lebih lagi perselisihan yang berlaku di antara satu mazhab dengan tiga mazhab yang lain. Sehingga kami dapati satu mazhab menghalalkan satu masalah sementara mazhab yang lain pula mengharamkannya. Begitu juga satu mazhab mengatakan ia makruh sementara mazhab yang lain pula mengatakan ia sunat. Begitulah seterusnya. Sebagai contoh Syafi'i berpendapat bahawa menyentuhi perempuan ajnabi membatalkan wuduk sementara Hanafi berpendapat ia tidak membatalkan wuduk.

Malik pula berpendapat bahawa sentuhan jika dengan syahwat atau sengaja membatalkan wuduk. Jika tidak maka ia tidak membatalkan wuduk.

Syafi'i mengharuskan seseorang mengahwini anak perempuan zinanya, sementara Abu Hanifah, Malik dan Ahmad bin Hanbal mengharamkannya.

Hanafi berpendapat bahawa sedikit darah yang keluar dari tubuh badan adalah membatalkan wuduk. Sementara yang tiga lagi berpendapat bahawa ia tidak membatalkannya.

Hanafi berpendapat bahawa wuduk harus dilakukan dengan Nabiz (air kurma umpamanya) dan susu yang bercampur dengan air. Sementara tiga lagi berpendapat ia tidak harus.

Malik berpendapat bahawa memakan daging anjing adalah harus. Sementara yang tiga lagi berpendapat bahawa ia tidak harus.

Syafi'i berpendapat bahawa memakan daging serigala (Tha'lab), daging musang (dab) dan daging belut (jar'y) adalah harus. Sementara Abu Hanifah berpendapat bahawa memakannya adalah haram.

Syafi'i berpendapat bahawa landak (qunfuz) adalah halal sementara yang tiga lagi berpendapat ia haram. Dan banyak lagi perselisihan-perselisihan yang berlaku di kalangan mereka bermula dari bab fiqh hinggalah ke akhirnya.

Subhanallah! Adakah syariat Islam itu tidak lengkap sehingga mereka melengkapinya dengan perselisihan di kalangan mereka? Satu mazhab menghalalkannya, dan satu lagi mengharamkannya. Sementara yang lain pula mengharuskannya dan yang lain pula berpendapat sebaliknya.

Perhatikanlah bagaimana Syafi'i telah menyusun mazhabnya yang lama (Qadim) dan menyebarkannnya di kalangan kaum Muslimin di Iraq, Hijaz, Yaman, dan Syria. Kemudian dia berpindah ke Mesir kerana sebab-sebab tertentu. Di sana dia bergaul dengan orang Maghribi dan mengambil ilmu daripada mereka. Lalu dia berpindah dari mazhabnya yang lama dengan menyusun mazhabnya yang dia menamakannya dengan mazhab jadid (baru). Sehingga beberapa masalah sahaja tinggal pada mazhabnya yang pertama.

Aku berkata: Sekiranya mazhab pertamanya betul kenapa dia mencipta mazhab yang kedua dan sebaliknya. Begitu juga kita perhatikan Abu Hanifah memberi pendapatnya di dalam satu-satu masalah, murid-muridnya, Abu Yusuf, Muhammad dan Zufar menyalahinya. Kadangkala seorang daripada mereka sependapat dengannya. Sementara dua lagi menyalahinya. Atau ketiga-tiga menyalahinya atau bersetuju dengannya. Begitu juga Malik dan Ahmad bin Hanbal, perselisihan berlaku di kalangan mereka dalam semua masalah dan ia tentu sekali membuatkan kita berada di dalam keraguan.

Fahaman Wahabi1

Kami mendengar daripada orang Wahabi bahawa mereka melaksanakan hukum hudud dan hukum-hukum syarak yang lain dengan sepenuhnya.

Akhirnya kami berpindah ke Hijaz dan bersahabat dengan mereka beberapa kali. Tetapi sayangnya kami dapati berita-berita yang telah sampai kepada kami dahulu dari Hijaz adalah bertentangan dengan hakikat sebenar. Kerana Wahabi adalah lebih membahayakan Islam daripada yang lain. Mereka telah mengkaburkan imej Islam dengan perbuatan-perbuatan dan fatwa-fatwa ulama mereka serta layanan mereka yang jahat terhadap itrah tahirah dengan merosakkan makam-makam mereka. Malah mereka telah mencuba untuk merosakkan makam Nabi yang suci SAWAW. Tetapi ia ditentang oleh kebanyakan Mukminin di Timur dan di Barat. Justeru itu mereka tidak melaksanakannya kerana takut fitnah dan pemberontakan. Perhatikanlah fatwa-fatwa mereka yang pelik. Wahabi berkata: "Apabila seorang haj atau seorang meletakkan tangannya di atas kubur, maka dia adalah musyrik (Dia dihampiri oleh seorang polis Saudi seraya berkata: Angkatlah tangan anda wahai musyrik). Dan apabila seorang memegang kubur atau mengucupnya, atau mengambil berkat dengannya, maka dia adalah seorang musyrik (polis akan memukulnya dan menengkingnya sambil berkata kepadanya: Jangan anda melakukannya wahai musyrik).

Demikianlah di antara fikiran-fikiran cetek yang tidak sejajar dengan syariat Islam yang mulia malah ia mentertawakan. Di dalam khutbah-khutbah, mereka mengkeji amalan suci tersebut dengan perkataan: Wahai musyrik, wahai kafir, itu adalah pada peringkat pertama jika tidak, darahnya halal dan ia wajib dibunuh sebagaimana yang telah dilakukan oleh Wahabi di Hijaz, di Iraq, dan lain-lain. Apakah pendapat kalian wahai kaum Muslimin di Timur dan di Barat tentang mazhab kotor yang baru direka yang menentang Islam hakiki dan Muslimin selain daripada mereka? Maka kepada Engkaulah wahai Tuhan rayuan kami terhadap mereka.

Ringkasnya, apabila kami telah melihat perlakuan-perlakuan mereka, maka kamipun kembali ke negara kami. Dan meneruskan kerja kami dahulu. Maka berpanjanganlah keadaan kami sehingga bila wahai Tuhanku?

Disebabkan kami sentiasa di dalam keadaan syak kepada apa yang kami lihat tentang perselisihan-perselisihan yang berlaku di kalangan mazhab empat bersama mereka sendiri. Kemungkinan ia adalah di antara sebab-sebab yang membawa kepada terjalinnya hubungan kami dengan golongan Syiah.

Siapakah Syiah?
Mereka itulah golongan yang benar dan yang terpilih daripada makhluk Allah. Golongan yang berjaya yang berpegang kepada wila' Allah, Rasul-Nya dan para imam yang suci daripada Ahlul Baytnya SAWAW. Mereka mengetahui hak para imam mereka dengan sebenar-benarnya; mengetahui orang yang memusuhi mereka. Lalu memberikan setiap mereka hak mereka pula. Mereka menyembah Allah yang satu, tidak ada sekutu dan tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya.

Mereka beriman dengan risalah Nabi yang teragong Muhammad bin 'Abdullah SAWAW. Mereka beriman dengan:
1. Imam Amirul Mukminin Abul-Hasan Ali bin Abi Talib, al-Murtadha. (Lahir 23 tahun sebelum Hijrah, wafat 40H./601-661M)
2. Abu Muhammad Hasan bin 'Ali, al-Mujtaba (3-50H/625-670M)
3. Abu 'Abdullah Husain bin Ali, Saiyyidusy-Syuhada' (4-61H/626-680M)
4. Abul-Hasan 'Ali bin Husain, Zainal-'Abidin (38-95H/658-713M)
5. Abu Jaafar Muhammad bin 'Ali, al-Baqir (57-114H/478-732M)
6. Abu 'Abdillah J'afar bin Muhammad, al-Sadiq (83-148H/702-765M)
7. Abul Hasan Musa bin Jaafar, al-Kazim (128-183H/745-799M)
8. Abul Hasan 'Ali bin Musa, al-Ridha (148-203H/732-818M)
9. Abu Jaafar Muhammad bin 'Ali, al-Taqiyy al-Jawad (195-220H/810-835M)
10. Abul Hasan 'Ali bin Muhammad, al-Hadi al-Naqiyy (212-254H/827-868M)
11. Abu Muhammad Hasan bin 'Ali, al-Zakiyy al-'Askari (232-260H/846-870M)
12. Abul Qasim Muhammad bin Hasan, al-Mahdi al-Muntazar (256H/870M)

Syiah mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, khums, mengerjakan haji, berjuang di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka sebagaimana diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya, dan tidak takut kerana Allah (di atas) celaan orang yang mencela. Menyuruh perkara baik dan menegah kemungkaran. Bersegera kepada kebaikan, melakukan kewajipan dan menegah segala yang diharamkan.

Syiah Adalah Golongan Yang Berjaya
Sebab kejayaan golongan ini di samping apa yang telah disebutkan, ialah keistimewaannya daripada semua golongan Islam sebagaimana sabda Nabi SAWAW yang bermaksud:"Umatku akan berpecah kepada 73 golongan semuanya ke neraka melainkan satu golongan sahaja."

Kita dapati bahawa umat Islam semuanya mengucap: La-illaha illa lah Muhammadun Rasulullah. Sekiranya kita berkata: Semuanya berjaya, nescaya kita membohongi Hadis ini. Dan jika kita berkata: Semuanya binasa, nescaya kita membohongi Hadis tersebut. Lantaran itu golongan yang berjaya ialah golongan yang berpegang kepada Ahlul Bayt Rasulullah SAWAW. Dan dalil kejayaannya ialah wujudnya dalil-dalil daripada al-Quran dan Sunnah Nabi SAWAW dikedua-dua pihak Sunnah dan Syiah.

Lantaran itu golongan yang berjaya mesti mempunyai keistimewaan yang tidak dimiliki oleh semua golongan iaitu al-Wila' (mewalikan Ahlul Bayt AS) dan al-Bara' (membersihkan diri dari musuh Ahlul Bayt AS). Mereka juga percaya kemaksuman para imam mereka.
Dengan nama Tuhan wahai pembaca yang insaf, mulia dan mukmin. Adakah dikatakan kepada orang seperti itu kafir, musyrik, murtad dan halal darah mereka? Dikaitkan kepada mereka dengan segala tohmahan yang penuh dengan kebatilan, pembohongan yang diciptakan dan kata-kata yang bohong dan keji sebagaimana yang telah dilakukan oleh Ibn Taimiyyah, Ibn Hajar al-Haithami, al-Qusaimi, al-Hafnawi, Musa Jarullah, Ahmad Amin, al-Jabhani dan lain-lain.

Begitu juga dengan Syaikh Nuh yang telah memberi fatwa kekafiran Syiah, pembunuhan mereka, perampasan harta mereka dan lain-lain. Dia mengakhiri fatwanya yang panjang dengan kata-katanya: Sama ada mereka bertaubat ataupun tidak. Lihatlah fatwanya yang ditulis oleh Imam Syarafuddin di dalam bukunya Fusul al-Muhimmah2 bab sembilan.

Tidakkah anda mengetahui wahai pembaca yang budiman apakah dosa Syiah? Adakah disebabkan mereka tidak mengiktiraf khilafah selain dari para imam mereka atau kerana mereka berkata: Khilafah adalah untuk mereka dari awal kerasulan Muhammad SAWAW hinggalah keakhirnya dunia. Maka dengan nama Tuhan kalian katakanlah: Adakah dosa ini menyebabkan kekafiran dan kemurtadan? La haula wala Quwwata illa bi llah.

Selepas kajian yang mendalam, kami dapati bahawa bilangan Syiah hari ini lebih daripada seratus juta. Dan jikalaulah mereka tidak menghadapi pembunuhan, permusuhan daripada musuh-musuh mereka, serta berbagai-bagai kezaliman dan tekanan sepanjang abad-abad yang lalu, nescaya bilangan mereka hari ini sekurang-kurangnya seribu juta. Mereka berkembang di seluruh pelusuk dunia, timur dan barat, utara dan selatan.

Kebanyakan mereka berada di dalam negara-negara Islam. Mereka menyebarkan dakwah Islam menurut mazhab mereka. Mereka telah melakukan perkhidmatan yang besar di mana orang-orang Islam bermegah dengan khidmat mereka. Buku-buku mereka melimpahi dunia sehingga tidak terhitung banyaknya. Untuk tujuan ini lihatlah buku al-Dahri'ah ila Tasanif al-Syiah karangan Syaikh Bazrak al-Tahrani. Dan ini merupakan sebahagian kecil daripada senarai buku-buku tersebut.

Di kalangan Syiah terdapat para ulama Islam, Fuqaha', Failasuf dan ahli-ahli fikir. Sultan-sultan, menteri-menteri, sasterawan-sasterawan, penyair-penyair, penulis-penulis, pakar-pakar ilmu bintang, matematik, falak, arkitek-arkitek, doktor-doktor, ahli-ahli seni dan lain-lain. Mereka memenuhi bumi Allah yang luas dengan ilmu dan amal. Mereka mempunyai pusat-pusat pengajian tinggi, masjid-masjid yang besar yang dipenuhi oleh orang-orang yang datang bersembahyang, baik di Timur mahupun di Barat. Sebagai contoh Imam al-Akbar al-Sayyid Abul Hasan al-Musawi al-Asfahani (RH) telah membina masjid-masjid dan madrasah-madrasah di merata tempat di dunia. Begitu juga al-Imam al-Burujurdi (RH) telah menghantar pendakwah-pendakwah ke seluruh dunia dan membina masjid-masjid di Amerika, Jerman, London dan Paris. Adakah anda benar-benar mengenali Syiah wahai pencaci?

Apa yang mendukacitakan ialah kami tidak dapati di dalam buku-buku sirah, dan sejarah di kalangan Ahlu Sunnah selain daripada cacian, malah pengkafiran terhadap Syiah secara terang-terangan. Kenapa? Sebabnya kerana mereka (Syiah) adalah Musyrikin! Begitulah yang ditulis di dalam buku al-Sawa‘iq am-Muhriqah (petir-petir yang membakar) oleh Ibn Hajar al-Haithami. Semoga Allah membakar penulisnya di akhirat kelak.

Jika dikatakan kerana mereka tidak hadir sembahyang juma'at dan jama'ah, ini adalah tuduhan yang besar. Adakah harus mengkafirkan muslim yang meninggalkan juma'at dan jama'ah wahai Muslimun?

Sebab-Sebab Yang Mendorong Kami Berpegang Kepada Mazhab Ahlul Bayt As.

1. Aku fikir beramal dengan mazhab Ahlul Bayt AS diberi ganjaran yang sewajarnya di samping mendapat kebersihan jiwa tanpa sebarang syak. Apatah lagi ramai di kalangan ulama Ahlu Sunnah yang terdahulu dan sekarang telah memberi fatwa-fatwa mereka tentang keharusan berpegang kepada mazhab Syiah Jaafariyyah seperti sahabat kami Syaikh al-Akbar, Syaikh Mahmud Syaltut. Dia telah mengeluarkan fatwanya yang disiarkan pada tahun 1959M, dalam majalah Risalatul Islam yang diterbitkan oleh Dar al-Taqrib bainal Madhahib al-Islamiyyah atau Lembaga Pendekatan antara Mazhab-mazhab dalam Islam, yang berpusat di Kaherah, Mesir, nombor 3 tahun 11 halaman 227 sebagai berikut:

"Agama Islam tidak mewajibkan suatu mazhab tertentu atas siapapun di antara pengikutnya. Setiap muslim berhak sepenuhnya untukmengikuti salah satu mazhab yang manajua yang telah sampai kepadanya dengan cara yang benar dan menyakinkan. Dan hukum-hukum yang berlaku di dalamnya telah dicatat dengan teliti dan sempurna dalam kitab-kitab mazhab yang bersangkutan, yang memang dikhususkan untuknya. Begitu pula, setiap orang yang telah mengikuti salah satu di antara mazhab-mazhab itu , diperbolehkan pula untuk berpindah ke mazhab yang lain - yang manapun juga - dan dia tidak berdosa sedikitpun dalam perbuatannya itu....." Kemudian dia berkata lagi:"Sesungguhnya mazhab Jaafariyyah yang dikenali dengan sebutan mazhab Syiah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyah adalah satu mazhab yang setiap orang boleh beribadah dengan berpegang kepada aturan-aturannya seperti juga mazhab-mazhab yang lain...." "Kaum Muslimin sayugia mengerti tentang hal ini, dan berusaha melepaskan diri dari kongkongan 'Asabiyyah (fanatik) dalam membela sesuatu mazhab tertentu tanpa berasaskan kebenaran...."
2. Dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang kukuh dan terang seperti matahari di waktu siang tanpa dilindungi awan, telah menyakinkan kami bahawa mazhab Ahlul Bayt AS adalah mazhab yang benar yang telah diambil oleh Syiah daripada para imam Ahlul Bayt AS dasn daripada datuk mereka Rasulullah SAWAW daripada Jibrail AS daripada Allah SWT. Mereka tidak akan menukarkannya dengan yang lain sehingga mereka berjumpa dengan Allah SWT.
3. Wahyu telah diturunkan di rumah mereka dan Ahlul Bayt (isi rumah) lebih mengetahui dengan apa yang ada dalam rumah daripada orang lain. Lantaran itu orang yang berfikiran waras tidak akan meninggalkan dalil-dalil dari Ahlul Bayt AS dengan mengambil dalil-dalil dari orang-orang asing (di luar rumah).
4. Banyak ayat al-Quran yang menyokong dakwaan kami dan kami akan menerangkannya kepada kalian nanti.
5. Banyak Hadis yang sahih daripada Nabi SAWAW yang menunjukkan kebenaran Ahlul Bayt AS di dalam buku-buku Ahlu Sunnah dan Syiah. Sila lihat buku kami Syiah Wa Hujjahtu-hum al-Tasyayyu‘ (Syiah dan hujah mereka tentang Tasyayyu‘ dan juga buku al-Muraja‘at (Dialog Sunnah-Syiah) khususnya dialog keempat. Ia akan memuaskan hati anda jika anda orang yang insaf. Jiika tidak, keuzuran anda adalah disebabkan kejahilan anda sendiri.

DIALOG DI ANTARAKU DAN PARA ULAMA SYIAH
Ia juga merupakan sebahagian daripada sebab-sebab yang mendorongku menjadi seorang Syiah. Manakala berdialog dengan mereka, aku dapati diriku dikalahkan oleh hujah-hujah mereka, tetapi aku tetap berdegil. Aku cuba mempertahankan hujah-hujahku yang lemah walhal aku mempunyai keilmuan yang tinggi di dalam mazhab Syafi'i dan mazhab lain. Kerana aku telah menuntut di universiti al-Azhar sehingga aku memperolehi ijazah yang tinggi sebagaimana aku telah menyebutkannya.

Dialog kami mengambil masa tidak kurang daripada tiga tahun. Kemudian aku mula mengsyaki mazhab empat kerana perselisihan sesama sendiri begitu ketara sekali.3

MENGKAJI BUKU AL-MURAJA'AT (DIALOG SUNNAH - SYIAH)

Akhirnya aku mengkaji buku al-Muraja'at (Dialog Sunnah - Syiah) karangan Ayatullah al-'Uzma Sayyid Syarafuddin. Aku mengkajinya dengan teliti. Gaya bahasa dan kemanisan lafaznya mengkagumkanku dan membuatkan aku berfikir bagaiman dia dapat memberi hujah-hujah yang kuat di dalam dialognya dengan Syaikh al-Akbar Syaikh Salim al-Bisri, Rektor Universiti al-Azhar ketika itu.

Aku dapati pengarangnya ketika berhujah tidak berpegang kepada buku-buku Syiah, malah dia berpegang kepada buku-buku Sunnah wal Jamaah. Lantaran itu ia menjadi sukar bagi lawannya untuk menolaknya. Pada malam itu aku tidak dapat tidur sehingga aku puas hati bahawa kebenaran adalah bersama Syiah. Mereka berada di atas mazhab yang benar sabit daripada Rasulullah SAWAW dan Ahlul Baytnya AS. Tidak ada syubhat sedikitpun padaku. Aku percaya bahawa mereka tidaklah sebagaimana apa yang diperkatakan kepada mereka oleh tuduhan, celaan, dan kata-kata batil yang diciptakan.

Buku al-Murajaat (Dialog Sunnah Syiah) untuk saudaraku
Pada keesokannya, aku memberi buku tersebut kepada saudaraku Ahmad. Dia berkata kepadaku: Apakah ini? Aku menjawab kitab Syiah oleh pengarang Syiah. Lantas dia berkata kepadaku: Jauhkanlah buku itu dariku, sebanyak tiga kali. Ia adalah daripada buku-buku yang sesat, aku tidak perlu kepadanya. Aku benci kepada Syiah dan perkara yang berkaitan dengan Syiah. Aku berkata: Ambillah dan bacalah sahaja kerana kita tidak perlu beramal dengannya. Ia tidak akan merosakkan anda jika anda membacanya. Lalu diapun mengambil buku tersebut, mengkajinya dengan teliti. Dan akhirnya dia mengakui kebenaran mazhab Syiah. Dia berkata: Syiah di atas kebenaran. Selain daripada mereka adalah bersalah (Khāţi'un).

Kemudian aku dan saudaraku meninggalkan mazhab Syafi'i dan kami berpegang kepada mazhab Syiah Jaafariyyah. Ini disebabkan oleh dalil-dalil yang banyak dan terang. Hati kecilku menikmati ketenangan dengan berpegang kepada mazhab Jaafari, mazhab Ahlul Bayt Rasulullah SAWAW kerana aku mengetahui bahawa aku telah sampai kepada matlamat yang paling jauh iaitu berpegang kepada mazhab yang paling suci iaitu berpegang kepada mazhab keluarga suci (al-Itrah al-Tahirah).

Justeru itu aku mempercayai suatu keyakinan yang tidak dicampuri syak bahawa aku telah berjaya daripada siksaan Allah SWT. Aku bersyukur kepada Allah SWT di atas kejayaan semua keluargaku dan kebanyakan kaum kerabatku, sahabat-sahabatku dan lain-lain. Ini adalah satu kurniaan dan nikmat daripada Allah SWT yang tidak dapat dinilainya selain daripada Dia; Wilayah keluarga Rasul SAWAW kerana tidak ada kejayaan kecuali dengan mengangkat mereka sebagai auliya'. Sebuah Hadis Rasul SAWAW yang dipersetujui oleh Sunnah dan Syiah yang bermaksud:"Umpama keluargaku sepertilah bahtera Nuh, sesiapa yang menaikinya ia akan berjaya dan sesiapa yang tidak menaikinya akan tenggelam dan binasa." Aku memohon kepada Allah SWT agar merestui kami kerana mengangkat wilayah Ahlul Bayt AS dan mencintai mereka.

BEBERAPA KUMPULAN MENJADI SYIAH BERSAMA-SAMA KAMI
Sebilangan besar daripada saudara-saudara kami Ahlu Sunnah dari Syria, Lubnan, Turki dan lain-lain telah turut menjadi Syiah bersama kami. Segala puji bagi Allah yang telah memberi hidayat kepada kami dan kami tidak akan mendapat hidayah sekiranya Allah tidak memberi hidayah kepada kami.

Apabila tersebarnya berita mengenai kami, orang ramai berpusu-pusu datang kepada kami, bertanya kami sebab-sebab yang mendorong kami berpegang kepada mazhab Ahlul Bayt dan meninggalkan mazhab Syafi'i. Kami memberikan jawapan kepada mereka bahawa dalil-dalil yang kuat bersama kami. Maka sesiapa yang ingin supaya kami menerangkan kepadanya mazhab al-Haqq, maka hendaklah ia datang kepada kami.

ORANG RAMAI MEMBUAT RUJUKAN KEPADA KAMI

Dalam masa yang singkat saja, orang ramai telah datang kepada kami. Mereka terdiri daripada para ulama, guru, pegawai, peniaga dan lain-lain. Kami menjelaskan kepada mereka kebenaran mazhab Ahlul Bayt AS berdasarkan rujukan Ahlu Sunnah yang muktabar. Di kalangan mereka ada yang mendengar dan berpuas hati, kemudian berpegang kepada mazhab Ahlul Bayt AS, dengan meninggalkan mazhab yang terdahulu. Di kalangan mereka ada yang fanatik, dan terus berpegang kepada mazhabnya. Keuzurannya adalah kejahilannya, dan fanatiknya adalah kesedarannya bahawa dia tidak mampu mempertahankan mazhabnya. Demikianlah berlalunya hari-hari, kami terus berdakwah sehingga ramai orang berpegang kepada mazhab Ahlul Bayt AS di Syria, dan di Turki, al-Hamdu Lillah.

MUZAKARAH DI ANTARAKU DAN SAUDARAKU

Untuk menambahkan keyakinan, aku dan saudaraku bermuzakarah tentang mazhab Jaafari. Kadang-kadang dia jadikan dirinya sebagai seorang Syiah dan aku menjadikan diriku seorang Sunnah. Kemudian kami memulakan perbincangan. Aku mengemukakan kepadanya beberapa persoalan, maka dia memberi jawapan kepadaku mengenainya berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Di dalam perbincangan itu, aku melihat diriku dikalahkan olehnya, lalu aku melihat kebenaran bersama Syiah. Dan pada masa yang lain aku jadikan diriku sebagai seorang Syiah dan saudaraku sebagai seorang Sunnah, maka kami pun bermuzakarah di dalam beberapa masalah. Dia ketawa dan melihat dirinya dikalahkan dan berkata: Kebenaran adalah bersama Syiah. Demikianlah berulangnya muzakarah di antara kami. Dan dengan cara ini kami dapati bahawa sesungguhnya kebenaran bersama Syiah kerana kebenaran adalah tinggi dan tidak ada sesuatu yang lebih tinggi daripadanya.

Sebagai contoh manakala dia jadikan dirinya sebagai seorang Syiah, dia meminta dalil daripadaku kerana berpegang kepada salah satu daripada mazhab yang empat seraya berkata:"Apakah dalil anda berpegang kepada mazhab Syafi'i atau Hanafi, Maliki atau Hanbali? Adakah anda dapati dalil daripada ayat al-Quran seperti maksud firman-Nya (di dalam Surah al-An'am (6): 153 yang bermaksud:" dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalanku yang lurus,maka ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti jalan (yang lain) kerana jalan itu menceraiberaikan kami dari jalan-Nya." Lihatlah bagaimana Allah SWT menyuruh orang-orang Mukminin supaya berpegang kepada jalan-Nya yang lurus, dan melarang kami daripada mengambil jalan-jalan (Subul) yang bermacam-macam supaya kami tidak sesat daripada jalan-Nya.

Dia bertanya lagi: Adakah anda mendapati Hadis Sahih yang menyokong pegangan anda kepada salah satu daripada empat mazhab?

Aku menjawab: Ijmak. Maka dia berkata kepadaku: Tidak ada ijmak, kerana mereka berselisih faham pada mazhab-mazhab tersebut bagaimana pula ijmak dapat dilakukan.

Apabila dia bertanya kepadaku, aku jadikan diriku sebagai seorang Jaafari, aku memberikan dalil-dalil daripada al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya. Aku berkata: Sebuah Hadis Rasulullah SAWAW yang bermaksud:"Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang berharga, kitab Allah dan Itrah Ahlul Baytku selama kalian berpegang kepada kedua-duanya, kalian tidak akan sesat selepasku selama-lamanya. Kedua-duanya tidak akan terpisah sehingga kedua-duanya dikembalikan di Haud. Justeru itu jagalah baik-baik, bagaimana kalian memperlakukan kedua peninggalanku itu." Dan sabda Rasulullah SAWAW yang bermaksud:"Umpama Ahlul Baytku pada kalian sepertilah bahtera Nuh, sesiapa yang menaikinya berjaya, dan sesiapa yang tidak menaikinya tenggelam." Dia menyerah kalah dan berkata kepadaku: Kebenaran bersama anda.

Begitulah kami melihat kebenaran itu tetap di samping Ahlul Bayt 4 Rasulullah SAWAW.

PENGISYTIHARAN SEBAGAI SYIAH

Sebagaimana kalian telah mengetahui bahawa dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang terang terdapat di dalam buku-buku Ahlu Sunnah dan Syiah tentang kebenaran berpegang kepada mazhab Jaafari kerana ia merupakan salsilah keemasan yang tersusun rapi dan tidak dapat dipisahkan sebagaimana firman-Nya dalam (Surah al-Baqarah (2): 256 yang bermaksud:"Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam). Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus."
Sebagaimana sebuah Hadis muktabar yang diriwayatkan oleh Ali AS daripada Nabi SAWAW bersabda:"Kamilah al-Urwah al-Wusthqa (buhul tali yang amat kuat)."

Di dalam riwayat yang lain beliau bersabda:"Kamilah al-Sirat al-Mustaqim kamilah subul jalan-jalan kepada Allah." Contoh-contoh Hadis seperti ini adalah banyak. Semuanya menjelaskan kepada kita sabil (jalan) untuk berpegang kepada mazhab Syiah. Maka kami menerimanya dengan penuh kegembiraan kerana inginkan kejayaan dan kemenangan di akhirat kelak. Semoga Allah juga memberi petunjuk kepada kalian.

Sebagaimana seorang penyair bernama al-Kumait berkata dalam puisinya:
"Aku adalah Syiah Ahmad dan mazhabku adalah mazhab al-Haqq".
Imam Syafi'i berkata: Manakala aku melihat manusia berpegang kepada mazhab yang bermacam-macam di lautan kebodohan dan kejahilan.
Aku menaiki dengan nama Allah bahtera kejayaan mereka adalah Ahlul Bayt al-Mustafa. dan penamat segala Rasul Aku berpegang kepada tali Allah dengan mewalikan mereka sebagaimana Dia memerintahkan kita berpegang kepada taliNya. Telah berpecah di dalam agama tujuh puluh golongan lebih sebagaimana tercatat di dalam Hadis.
Semuanya tidak berjaya kecuali satu golongan maka katakanlah kepadaku mengenainya wahai orang yang mempunyai fikiran dan akal.
Adakah golongan yang binasa itu Ali Muhammad? atau golongan lain yang berjaya? Katakanlah kepadaku.
Sekiranya anda berkat mengenai orang-orang yang berjaya, maka jawapannya ialah satu (keluarga Muhammad dan pengikut-pengikutnya).
Dan sekiranya anda berkata tentang golongan yang binasa nescaya anda tidak boleh berbuat apa-apa lagi.
Dan sekiranya maula mereka adalah daripada mereka (Ahlul Bayt AS) maka sesungguhnya aku telah meredhai mereka dan sentiasa berteduh di bayangan mereka. Kalian tinggallah Ali untukku sebagai Wali dan Keturunannya.
Dan kalian termasuk orang-orang yang tinggal di dalam kesenangan (abadi di akhirat kelak).
Dan dia berkata lagi: Jikalau anda ingin mencari untuk diri anda satu mazhab yang akan menyelamatkan anda di hari kiamat daripada jilatan api Maka tinggallah pendapat Syafi'i dan Malik dan Ahmad dan apa yang diriwayatkan oleh Ka'ab Ahbar Maka perwalikanlah orang-orang dimana kata-kata dan percakapan mereka telah diriwayatkan oleh datuk kami daripada Jibra'il daripada Allah SWT."

Dan aku akan kemukakan kepada anda kelebihan-kelebihan al-itrah al-Tahirah dari buku-buku rujukan saudara-saudara kami Ahlu Sunnah di dalam buku ini nanti Insya Allah.

RANCANGAN-RANCANGAN JAHAT BAGI MENENTANG KAMI

Apabila kami mengisytiharkan bahawa kami telah berpegang kepada mazhab Syiah, maka ia tersebar cepat ke seluruh negara. Orang ramai mulai berpegang kepada Syiah, secara kumpulan dan ada yang secara individu. Pada masa itu beberapa kumpulan yang menentang mazhab Ahlul Bayt AS kerana kejahilan mereka mengenai mazhab tersebut, menjadi musuh kepada apa yang mereka tidak tahu. Lantaran itu mereka telah melakukan perbuatan-perbuatan serta layanan yang keji terhadap kami di mana kami merasa mahu untuk menyatakannya disebabkan kekejiannya.

Sesungguhnya kebanyakan daripada mereka menghukum kami dengan kekafiran, dan kemurtadan.5 Lantaran itu kami menentang tuduhan mereka. Lalu mereka menggalakkan orang-orang yang bodoh mereka Sufaha'u-hum menentang kami. Mereka juga menggalakkan kanak-kanak mereka supaya menyakiti kami dengan kata-kata keji dan melontar kami dengan batu seraya berkata kepada kami: Wahai penyembah al-Qarmidah. Mereka maksudkan: Wahai penyembah turbah Husainiyyah. Mereka mulai mengingatkan orang ramai melalui mimbar-mimbar masjid tentang "pergaulan kami" dengan tuduhan kekufuran dan kemurtadan. Mereka memotong mata pencarian kami. Sekiranya kami mahu menyewa rumah untuk didiami, mereka akan datang kepada tuannya dan mengugutnya pula seraya berkata: Mereka itu adalah Musyrikun. Mereka mencaci sahabat. Jangan sekali-kali anda menyewakan rumah anda kepada mereka. Dan jikalau anda menyewakannya, nescaya kami akan menyakiti anda."

Ia sungguh menghairankan seolah-olah kami telah keluar dari agama Islam dengan berpegang kepada mazhab Ahlul Bayt AS. Begitu juga dengan sekumpulan syaikh-syaikh di Halab, mereka telah menubuhkan persatuan yang mereka namakan "Persatuan dakwah Muhammadiyyah ke jalan yang lurus." Seorang daripada mereka bernama Amin Airudh telah mengarang sebuah buku dengan nama persatuan tersebut. Dia menulis di dalam kata-kata yang keji bagi menentang kami di antaranya:" Tasyayyu' telah berkembang di seluruh Halab di tahap yang menakutkan. Justeru itu kami menentang golongan tersebut." Ia telah menjadi riuh rendah kemudian ia padam kerana suara kebenaran menjadi tinggi menjulang dan suaranya sentiasa kedengaran sehingga ia berkembang dengan pesat, sehingga tidak boleh didiamkannya oleh gegaran.

Walau apapun terjadi kami tetap cekal seperti gunung yang kukuh, tidak dapat digerakkan oleh ribut taufan. Kerana kami berpegang kepada kebenaran. Kami menyeru kepada jalan Allah dengan hikmah dan nasihat yang baik dan berbincang dengan cara yang lebih baik dan perkataaan siapakah yang lebih baik daripada orang yang menyeru kepada Allah dan beramal salih dan berkata:"Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang Islam."Sesungguhnya Allah telah menolong kami menghadapi mereka dengan berkat Ahlul Bayt AS. Sebenarnya merekalah yang gagal dan rugi, malah "perbuatan" mereka di hari kiamat nanti akan dibalas.

SUATU KELUHAN

Terlintas di hatiku untuk menulis satu tajuk yang mendukacita dan memalukan tentang ahli agama yang sentiasa mencari keaiban Muslimin salihin terutamanya mengenai keaiban Syiah yang baik, pengikut Ahlul Bayt AS. Mereka adalah kuman kejahatan yang berusaha untuk melakukan kerosakan di bumi. Mereka tidak hidup dengan jiwa yang bersih bersama golongan-golongan Islam, dan menjamin hak-hak mereka.

Malah mereka menaburkan fitnah di kalangan barisan Muslimin untuk menyebarkan sebab-sebab kefasadan bagi menangguk di air yang keruh bagi mengecapi kesenangan duniawi sebagaimana yang telah dilakukan oleh orang-orang sebelum mereka. Seolah-olah berpegang kepada mazhab Ahlul Bayt AS menurut pandangan mereka yang jahat, telah terkeluar daripada agama Islam. Darahku pada masa itu menjadi halal dan penghormatan tidak ada lagi untukku.

Jikalau mereka kembali kepada pendapat yang betul dan berdiri di atas mazhab Ahlul Bayt AS, nescaya mereka mengetahui sesungguhnya Syiah berada di pihak yang benar. Sesungguhnya orang yang memperkuatkan mazhab ini adalah Nabi Muhammad SAWAW sendiri. Dan orang yang menetapkan tiang-tiangnya ialah Ali dan anak-anaknya yang disucikan oleh Allah daripada kekotoran dosa. Dialah yang menjaga mereka dari melakukan dosa kecil ataupun besar. Lantaran itu Hadis mereka ialah Hadis anak daripada bapanya daripada datuknya daripada Rasulullah SAWAW daripada Jibra'il daripada Allah SWT.

Begitulah Syiah telah mengambilnya dari tangan ke tangan, kebenaran dari kebenaran dan yang akhir mereka tidak membelakangi yang awal mereka. Adalah menghairankan sekali, orang yang benar itu dibunuh dan orang yang batil itu dilepaskan? Adakah orang yang berpegang kepada mazhab ini dicela? Dan orang yang beribada menurut cara mereka dianggap sesat, ia dikafir dan dilontarkan dengan batu?

Adakah hartanya dirampas, anak-anaknya dibunuh dan semua manfaat ditegah untuknya? Adakah dikatakan kepadanya wahai penyembah berhala sedangkan dia menyembah Allah SWT dengan kebenaran dan keyakinan. Hatinya tersimpul kepada wilayah Allah, Rasul-Nya dan para imam yang suci dan siapa yang mewalikan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, maka sesungguhnya parti Allah yang mendapat kemenangan (Surah al-Maidah (5): 56). Tetapi sudah menjadi lumrah bahawa pendusta dimuliakan sementara orang yang benar dihina.

Lihatlah apa yang dlakukan oleh Bani Umaiyyah terhadap Rasul SAWAW, itrahnya AS dan Syiah mereka yang terpilih. Abu Sufyan telah menentang Rasul SAWAW, Muawiyah menentang Amirul Mukminin Ali AS, Yazid menentang Sayyid Syuhuda Husayn AS, Bani Marwan menentang Syiah yang baik. Begitulah keadaannya sehingga Allah memotong belakang mereka.. Begitulah keadaannya di hari kami memilih mazhab Syiah dan meninggalkan mazhab Syafi'i. Berlakulah 'kiamat" dan penentangan mereka terhadap kami.

Kami tidak mencela orang yang mempunyai akhlak seperti ini. Kerana itulah cara mereka dididik. Mereka menjadi talibarut Bani Umaiyyah dan kuncu Bani Marwan. Pertalian yang rapat di antara satu sama lain di mana tidak ada perbezaan di antara akhir mereka dengan yang awal mereka sehingga tiba suatu hari orang yang zalim diberikan balasan dan orang yang dizalimi diselamatkan. Kezaliman lebih dikenali oleh orang yang cekal menghadapinya.

SIKAP IMAM AKBAR AYATULLAH AL-BURUJURDI TERHADAP KAMI

Apabila berita kesulitan hidup kami sampai kepada Sayyid Syarafuddin RH, dia mengutus surat kepada Ayatullah al-'Uzma Sayyid al-Husain al-Tabataba'i RH menerangkan keadaan kami. Lalu Ayatullah Burujurdi menolong kami. Pada hakikatnya dialah yang menyokong kami di dalam menyampaikan mazhab yang benar daripada Allah, Rasul dan itrahnya yang disucikan AS. Begitulah juga Sayyid Syarafuddin RH yang telah memainkan peranan yang tidak kurang juga pentingnya. Lantaran itu kami membuat keputusan untuk melawat Iraq dan Iran kerana sebab-sebab tertentu.

Lawatanku ke Iraq

Pada tahun 1370H/1950M, dengan taufik Allah SWT aku dapat menziarahi makam-makam yang suci di Iraq. Aku juga diberi kesempatan untuk bertemu dengan para ulama dan para mujtahid yang mulia, dengan penuh kemesraan yang aku tidak dapat membayangkannya.
Bandar Baghdad

Di Baghdad aku menjadi tetamu kepada Sayyid al-Sadr, Perdana Menteri Iraq. Sepanjang aku di Baghdad, aku berjumpa dengan kebanyakan ulama di Baghdad seperti Allamah Sayyid Hibat al-Din al-Syarastani, Sayyid Ali Naqiyy al-Hadiri, Ustaz Ahmad Amin, pengarang buku al-Takamul fi l-Islam dan lain-lain.

Bandar Kazimiyyah yang mulia

Aku juga berjumpa dengan para ulama di Kazimiyyah seperti al-'Allamah Ahmad al-Kisywan, al-'Allamah al-Sayyid 'Ali al-Sadr, al-'Allamah al-Sayyid Muhammasd al-Mahdi al-Isfahani al-Kazimi, al-'Allamah Syaikh Marzah Ali Zanjani dan lain-lain.

Bandar Karbala al-Muqaddasah

Di bandar ini aku menjadi tetami kepada al-'Allamah al-Sayyid al-'Abbas al-Kasyani. Aku juga sempat berjumpa mujtahid Sayyid Mirza Hadi al-Khurasani, Mujtahid al-Sayyid al-Hasan Aghamar, Mujtahid Syaikh Muhammad al-Khatib, Mujtahid Mahdi Syirazi, Mujtahid Muhammad Ridha al-Asfahani al-Hai'ri, Mujtahid Sayyid Muhammad al-Tahir al-Bahrani, Sayyid Murtadha daripada keluarga Tabataba'i, al-'Allamah Syaikh Muhammad 'Ali daripada keluarga Sibawaih, Sayyid al-Milani, Syaikh Jaafar al-Rasyti dan lain-lain.

Bandar Najaf al-Asyraf

Di Najaf aku menjadi tetamu kepada Ayatullah al-'Uzma Sayyid al-Muhsin al-Hakim al-Tabataba'i. Semasa di Najaf aku berjumpa para mujtahid yang masyhur seperti Ayatullah al-'Uzma Sayyid Mirzah 'Abdu l-Hadi Syirazi, Ayatullah al-'Uzma Sayyid Mahmud al-Syahrudi, Ayatullah al-'Uzma Sayyid Abu l-Qasim al-Khu'i.6Ayatullah Sayyid al-Husain al-Hamami, Ayatullah Sayyid Mirzah Agha al-Istahbanani, Ayatullah al-'Uzma Syaikh Muhammad al-Hasan al-Muzaffar, Ayatullah Syaikh Muhammad al-Baghdadi, Ayatullah Agha Bazrak al-Tahrani, Al-'Allamah 'Abdu l-Muhsin Ahmad al-Amini, Syaikh Nasrullah al-Khalkhali dan lain-lain lagi. Mereka menghormatiku sesuai dengan kedudukanku. Kemudian aku pulang dengan penuh kegembiraan.

Lawatanku ke Iran

Aku meninggalkan Iraq menuju ke Iran untuk menziarahi malam imam Ridha AS dan bertemu dengan Marja' Taqlid Ayatullah al-'Uzma Sayyid Agha Husain al-Tabataba'i al-Burujurdi. Aku berjumpa dengannya di bandar Qom al-Muqaddasah. Aku mendapatinya seorang yang tenang, mempunyai kehebatan dan keistimewaan tertentu. Dia menghormatiku sejajar dengan kedudukanku. Dan aku kembali dengan senang hati. Aku menyedari bahawa kebanyakan pemimpin-pemimpin dunia Islam dan individu-individu yang masyhur datang menziarahinya. Walaupun begitu mereka tidak dibenarkan berjumpa dengannya secara terus. Ini disebabkan kesibukannya melayani urusan Muslimin. Dia telah memberi kepadaku hadiah yang sesuai dengan kedudukannya dan kedudukanku. Selamat sejahtera di hari dia dilahirkan dan selamat sejahtera di hari dia dimatikan dan selamat sejahtera di hari dia dibangkitkan.

Bandar Qom al-Muqaddasah

Sepanjang aku berada di sini, aku sempat berjumpa dengan para mujtahid yang masyhur seperti Ayatullah Sayyid Muhammad al-Hujjah, marja' taqlid Ayatullah Sayyid Sadr al-Din Sadr, Ayatullah Sayyid Muhammad Taqi al-Khunsari, Ayatullah Sayyid Syahabuddin Najafi al-Mar'asyi, Ayatullah Sayyid Kazim Syariat Madari, Ayatullah Sayyid Muhammad Ridha Gulpaigani, Ayatullah al-'Uzma Sayyid Ruhullah al-Musawi al-Khumaini.7 Ayatullah Syaikh Mirzah Ahmad Isytiani, Ayatullah Syaikh Muhammad al-Ghurawi Kasyani dan lain-lain.

Bandar Khurasan

Di Khurasan aku menziarahi makam imam Ridha AS. Aku berjumpa marja' taqlid yang termasyhur Ayatullah al-'Uzma Muhammad al-Hadi al-Milani dan lain-lain. Aku begitu gembira dengan layanan dan sambutan mereka yang begitu mesra yang layak dengan kedudukanku. Aku meneruskan khidmatku untuk menyebarkan mazhab Ahlul Bayt AS. Meskipun aku menghadapi berbagai-bagai ugutan dan tekanan yang menyedihkan. Aku menyerahkan urusanku kepada Allah SWT. kerana Dia sebaik-baik wakil, sebaik-baik maula dan sebaik-baik pembantu. La haula wala Quuwata illabillahi l-'Azim.

NOTA KAKI:

1. Wahabi adalah golongan yang dinisbahkan kepada Muhammad bin 'Abdul Wahab yang lahir pada 1111H. Di antara ajarannya ialah pengharaman perayaan terhadap orang yang telah meninggal dunia termasuk para Nabi dan para imam. Pengharaman pembinaan di atas kubur, tawasul, syafa'at melalui para Nabi dan para wali. Untuk mengetahui aqidah-aqidah Wahabi yang menyalahi nas, lihat Tauhid dan Syirik oleh Syaikh Ja'afar Subhani, Mizan, 1987.
2. Telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia dengan jodol Isu-isu Penting Ikhtilaf Sunnah Syiah.
3. Sila lihat lampiran D
4. Untuk mengetahui dialog Imam Ridha AS dengan para ulama Baghdad dan Khurasan mengenai Ahlul Bait AS, sila lihat Lampiran A.
5. Untuk mengetahui aqidah Syiah tentang al-Quran, sila lihat lampiran C.
6. Ayatullah al-'Uzma Sayyid Abul Qasim al-Musawi al-Khu'i adalah seorang Marja' Taqlid yang mempunyai ramai pengikut di seluruh dunia. Beliau adalah dari keturuan Imam Musa al-Kazim AS, Imam Ketujuh Mazhab Ahlul Bayt (wafat pada 8hb. Ogos 1992). Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya yang mulia.
7. Ayatullah al-'Uzma Imam al-Khomaini adalah pengasas Republik Islam Iran. Pemimpin yang begitu unik di abad ini. Beliau adalah dari keturunan Imam Musa al-Kazim AS (wafat pada 3hb. Jun 1989). Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya yang mulia.













































BAB II
SYIAH DAN AL-QURAN

Syiah mengambil hukum-hukum agama mereka selepas Nabi SAWAW daripada al-Quran dan Sunnah Nabawiyyah. Adapun daripada al-Quran para mujtahid mereka mengambil hukum-hukum daripada nas-nas yang terang. Adapun nas-nas yang memerlukan penafsiran, mereka merujukkan kepada penafsiran al-Itrah yang suci.

Bagi orang yang bukan mujtahid, sama ada dia seorang muhtat yang memilih hukum untuk dirinya sendiri atau seorang muqallid yang mentaklidkan kepada seorang mujtahid yang adil menurut syarat-syarat yang ditetapkan di dalam buku-buku mereka. Apa yang paling penting baginya ialah mujtahid tersebut mestilah mengambil fiqhnya daripada Nabi SAWAW dan Ahlul Baytnya yang suci bersama al-Quran dan membuat kesimpulan dengan cahaya akal: Syiah mempunyai hujah-hujah yang kuat di dalam buku-buku mereka. Justeru itu aku kemukakan kepada kalian sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran dan Hadis-Hadis Nabi SAWAW yang menunjukkan sabitnya hak dan dakwaan mereka.

Di sini dikemukakan ayat-ayat al-Quran yang menyokong dakwaan Syiah yang telah ditafsirkan oleh para ulama Ahlul Sunnah yang sejajar dengan pentafsiran Syiah seperti berikut:

1. AYAT AL-WILAYAH

FirmanNya di dalam (Surah al-Maidah (5): 55):

"Sesungguhnya wali kamu adalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan memberi zakat dalam keadaaan rukuk."

Telah sepakat semua Ahlul Bayt AS, para ulama Tafsir dan Hadis dari golongan Syiah dan kebanyakan para ulama tafsir Ahlu Sunnah, malah keseluruhan mereka bahawa ayat ini telah diturunkan pada Amirul Mukminin Ali AS, ketika beliau memberi sadqah cincinnya kepada si miskin di dalam keadaan beliau (Ali AS) sedang solat di Masjid Rasulullah SAWAW. Peristiwa ini telah diakui oleh para sahabat pada zaman Nabi SAWAW, para tabi'in dan penyair-penyair yang terdahulu sehingga mereka memasukkan peristiwa ini ke dalam syair-syair mereka.

Di sini diperturunkan kenyataan para ulama Ahlu Sunnah mengenai perkara tersebut seperti berikut:
Al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur1 berkata: al-Khatib telah mengeluarkannya di dalam al-Muttafaq daripada Ibnu Abbas, dia berkata:'Ali AS telah menyedekahkan cincinnya dalam keadaan rukuk. Maka Nabi SAWAW bersabda: Siapakah yang memberikan kepada anda cincin ini? Lelaki ini menjawab: Lelaki yang sedang rukuk itu. Maka Allah SWT menurunkan ayat:

"Sesungguhnya wali kamu adalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan memberi zakat di dalam keadaan rukuk (Surah al-Maidah(5): 55).

Al-Tabarani telah menulisnya di dalam al-Ausat.2 Ibn Mardawaih daripada 'Ammar bin Yassir berkata: Seorang peminta sadqah berdiri di sisi Ali yang sedang rukuk di dalam sembahyang sunat. Lalu beliau mencabutkan cincinnya dan memberikannya kepada peminta tersebut. Kemudian dia memberitahu Rasulullah SAWAW mengenainya. Lalu ayat tersebut diturunkan. Kemudian Nabi SAWAW membacakannya kepada para sahabatnya. Beliau bersabda: “Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka Ali adalah maulanya. Wahai Tuhanku, hormatilah orang yang memperwalikannya dan musuhilah orang yang memusuhinya, cintailah orang orang mencintainya, bencilah orang yang membencinya, tolonglah orang yang menolongnya, tinggallah orang yang meninggalkannya dan penuhilah kebenaran bersamanya di mana saja dia berada”.

Begitu juga Abdul Razzaq, 'Abd bin Hamid, Ibn Jarir dan Abu Syaikh telah mengesahkan bahawa Ibn Mardawaih meriwayatkannya daripada Ibn Abbas, dia berkata: ayat "Sesungguhnya wali kamu adalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman.....(Surah al-Maidah (5):55) telah diturunkan ke atas 'Ali bin Abi Talib.

Hadis ini telah dikeluarkan juga oleh Ibn Abi Hatim, Abu Syaikh dan Ibn 'Asakir daripada Salmah bin Kuhail. Dia berkata: Ali menyedekahkan cincinnya dalam keadaan rukuk. Kemudian ayat (Surah al-Ahzab (33): 33) diturunkan.

Begitu juga Ibn Jarir, daripada Suddi dan 'Atbah bin Hakim telah mengeluarkan Hadis yang sama, sementara Abu Syaikh dan Ibn Mardawaih meriwayatkan Hadis ini daripada 'Ali bin Abi Talib. Dia berkata: Ayat (Surah al-Maidah (5):55) "Sesungguhnya wali kami adalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman....." adalah diturunkan kepada Rasulullah SAWAW di rumahnya. Lalu Rasulullah SAWAW keluar dari rumahnya dan memasuki masjid. Orang ramai bersembahyang di antara rujuk dan sujud, malah ada yang berdiri. Tiba-tiba datang seorang peminta sedekah, adakah seseorang telah memberikan kepada anda sesuatu? Dia menjawab: Tidak, selain daripada lelaki yang sedang rukuk iaitu 'Ali bin Abi Talib telah memberikan cincinnya kepadaku.

Ibn Mardawaih telah mengeluarkan Hadis ini melalui al-Kalbi daripada Abi Salih daripada Ibn Abbas dia berkata: 'Abdullah bin Salam dan beberapa orang Ahlul Kitab datang kepada Nabi SAWAW di waktu zuhur. Mereka berkata: Sesungguhnya jarak rumah-rumah kami jauh sekali. Kami tidak dapati orang yang ingin duduk bersama kami dan bergaul dengan kami selain di masjid ini. Dan sesungguhnya kaum kami apabila mereka melihat kami telah membenarkan Allah dan Rasul-Nya, dan meninggalkan agama mereka, lalu mereka melahirkan permusuhan mereka dan bersumpah supaya mereka tidak bergaul dengan kami, mereka tidak makan bersama-sama kami. Lantaran itu ia menimbulkan kesulitan kepada kami. Dan di kalangan mereka ada yang merayu perkara itu kepada Rasulullah SAWAW. Dan kemudian ayat yang bermaksud: Sesungguhnya wali kami adalah Allah, Rasul-Nya dan orang yang beriman..[al-Maidah (5): 55] diturunkan. Kemudian azan diadakan bagi menunaikan solat Zuhur.

Kemudian Rasulullah SAWAW keluar ke masjid, tiba-tiba beliau melihat peminta sadqah lalu beliau bersabda: Adakah seseorang telah memberikan anda sesuatu? Dia menjawab: Ya. Beliau bertanya: Siapa? Dia menjawab: Lelaki yang sedang berdiri itu. Beliau bertanya lagi: Di dalam keadaan manakah dia memberikannya kepada anda? Dia menjawab: Dalam keadaan rukuk. Beliau bersabda: Itulah 'Ali bin Abi Talib AS. Lalu Rasulullah SAWAW bertakbir dan di masa itu beliau membaca ayat al-Quran (Surah al-Maidah (5): 55):"Sesiapa yang mewalikan Allah dan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, maka sesungguhnya parti Allah itulah yang pasti kemenangan."

Al-Kanji al-Syafi'i telah menyebutkannya di dalam Kifayah al-Talib3 daripada Anas bin Malik: Sesungguhnya ada seorang peminta sedekah di masjid bertanya: Siapakah yang akan memberikan sedekah kepadanya. 'Ali yang sedang rukuk memberikan isyarat kepadanya supaya mencabutkan cincin di tangannnya. Rasulullah SAWAW bersabda: Wahai 'Umar! Sesungguhnya telah wajib baginya ('Ali) Syurga kerana Allah tidak mencabutkannya daripada tangannya sehingga Dia mencabutkan segala dosa dan kesalahan daripadanya. Dan ayat (Surah al-Maidah (5):55) diturunkan.

Kemudian penyair Hasan bin Tsabit memperkatakan syairnya:

Wahai Abul Hasan! Jiwa ragaku berkorban untukmu dan setiap pencinta petunjuk Adakah akan sia-sia orang yang memujimu? Orang yang memuji pada zat Allah tidak akan sesat
Kaulah yang telah memberi di dalam keadaan rukuk
seluruh jiwa ragaku berkorban untukmu wahai sebaik-baik orang yang rukuk.

Di antara perawi-perawi yang menegaskan bahawa ayat ini telah diturunkan pada Amirul Mukminin Ali AS ialah Fakhruddin al-Razi di dalam tafsirnya.4 Dia telah meriwayatkannya daripada 'Ata' daripada Ibn Abbas bahawa sesungguhnya ayat ini diturunkan pada 'Ali bin Abi Talib AS. Dia meriwayatkan bahawa 'Abdullah bin Salam berkata: Manakala ayat ini diturunkan, aku bertanya Rasulullah SAWAW wahai Rasulullah SAWAW! Aku melihat Ali memberikan cincinnya kepada seorang yang memerlukannya di dalam keadaan rukuk, maka kamipun mewalikannya.

Dia juga meriwayatkan daripada Abu Dhar RH bahawa dia berkata: Pada suatu hari aku menunaikan solat Zuhur bersama Rasulullah SAWAW. Maka seorang peminta sedekah di masjid meminta (sesuatu), tidak seorangpun memperdulikannya. Lantas peminta itu mengangkat tangannya ke langit dan berkata: Wahai Tuhanku persaksikanlah sesungguhnya aku telah meminta di masjid Rasulullah SAWAW, tetapi tidak ada seorangpun yang memberi sesuatu kepadaku. Dan 'Ali AS pada ketika itu sedang rukuk lalu beliau memberikan isyarat kepadanya dengan anak jari tangan kanannya yang bercincin. Maka lelaki tadi datang mencabutnya dan Ia dilihat oleh Nabi SAWAW lalu beliau bersabda: Sesungguhnya saudaraku Musa telah meminta kepada Engkau dan berkata:(Surah Taha (20): 25):

Wahai Tuhanku lapangkanlah untukku dadaku

dan jadikanlah dia sekutu di dalam urusanku (Surah Taha (20): 32).

Maka ayat (Surah al-Qasas (28): 35):

"Kami akan membantumu dengan saudaramu dan kami berikan kamu berdua kekuasaan yang besar" diturunkan.

"Wahai Tuhanku, aku adalah Muhammad Nabi kalian dan pilihan kalian, maka lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku dan jadikanlah untukku seorang pembantuku (wazir) daripada keluargaku 'Ali dan perkukuhkanlah dengannya kekuatan." Abu Dhar berkata:"Demi Allah sebaik saja Rasulullah SAWAW selesai membaca doa itu, Jibra'il turun dan berkata: Wahai Muhammad "Sesungguhnya wali kamu adalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat, dan memberikan zakat di dalam keadaan rukuk (al-Maidah (5): 55).
Hadis ini juga telah diriwayatkan oleh al-Syablanji di dalam Nur al-Absar5 sanadnya sampai kepada Abu Dhar. Di antara orang-orang yang meriwayatkan Hadis ini diturunkan pada Amirul Mukminin 'Ali AS ialah al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul,6 al-Zamakhsyari di dalam tafsirnya al-Kasysyaf7 bahawa ayat ini diturunkan kepada 'Ali ketika peminta sedekah meminta kepada beliau di dalam keadaan rukuk di dalam solatnya, maka beliaupun mencampakkan cincinnya. Ibn Hajar al-Asqalani, di dalam al-Kafi al-Syafi fi Takhrij Ahadis al-Kasysyaf8 ketika mengeluarkan Hadis ini, dia berkata: Hadis ini telah diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Salmah bin Kuhail dia berkata: 'Ali bersedekah dengan cincinnya dalam keadaan rukuk. Maka ayat "Sesungguhnya wali kamu adalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman" [al-Maidah (5): 55] diturunkan.

Hadis ini juga diriwayatkan daripada Ibn Mardawaih dan Sufyan al-Thauri daripada Ibn Sinan daripada al-Dhahak daripada Ibn 'Abbas, dia berkata:"Ali AS sedang menunaikan solat di dalam keadaan berdiri, tiba-tiba datang seorang peminta sedekah ketika 'Ali sedang rukuk. Maka beliaupun memberikan cincinnya kepada orang itu. Lalu ayat yang bermaksud:"Sesungguhnya wali kamu adalah Allah, Rasul-Nya....."[al-Maidah (5): 55] diturunkan.

Abu Bakar Ahmad bin 'Ali al-Razi al-Hanafi di dalam Ahkam al-Quran 9 mengeluarkan beberapa riwayat yang menunjukkan bahawa ayat ini diturunkan mengenai hak 'Ali AS. Sanad-sanadnya berakhir kepada Mujahid, Suddi, Abu Jaafar, 'Atbah bin Abi Hakim dan lain-lain.

Al-Qurtubi al-Andalusi di dalam al-Jami' li Ahkam al-Quran,10 memindahkan Hadis ini daripada Imam al-Baqir AS bahawa ayat ini diturunkan kepada Amirul Mukminin 'Ali AS dan keluarganya. Dia berkata: Mereka memberi zakat di dalam keadaan rukuk menunjukkan bahawa sedekah sunat dinamakan zakat kerana 'Ali AS telah bersedekah sunat dengan cincinnya semasa rukuk.

Rasyid Ridha yang bermazhab Wahabi di dalam tafsirnya al-Manar,11 al-Alusi di dalam Ruh al-Ma'ani12 menyatakan bahawa ayat ini diturunkan kepada hak Amirul Mukminin 'Ali AS dengan berbagai riwayat yang berakhir setengahnya kepada Ibn 'Abbas dan setengahnya kepada Abdullah bin Salam.

Muhibbuddin al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba,13 telah meriwayatkan beberapa riwayat yang sahih di dalam bab ini. Begitu juga dengan Sibt Ibn al-Jauzi di dalam tulisannya Tadhkirah al-Huffaz.14

Fakhruddin al-Razi di dalam Mafatih al-Gha'ib,15 mengatakan bahawa ayat ini menunjukkan bahawa imam selepas Rasulullah SAWAW ialah 'Ali bin Abi Talib AS. Justeru itu untuk mengukuhkannya, aku berkata: Bahawa sesungguhnya ayat ini menunjukkan bahawa apa yang dimaksudkannya ialah seorang imam. Dan apabila Ia menunjukkan sedemikian maka imam tadi mestilah 'Ali bin Abi Talib AS.

Al-Bahrani di dalam Ghayah al-Maram16 telah mengemukakan Hadis-Hadis yang menunjukkan ayat ini telah diturunkan kepada Amirul Mukminin 'Ali AS. Dia meriwayatkan sebanyak dua puluh empat Hadis menurut saluran Ahlu Sunnah dan dua puluh Hadis menurut saluran Syiah.

Begitu juga al-Allamah al-Amini di dalam al-Ghadir 17 telah mencatat enam puluh enam nama-nama ulama Ahlu Sunnah yang masyhur yang telah menyebutkan Hadis ini dan mereka pula menegaskan bahawa ayat ini telah diturunkan kepada Amirul Mukminin 'Ali AS dengan menyebutkan perawi-perawinya sekali.

Aku berkata: Ini sahajalah peluang yang mengizinkan kami menyebutkan kata-kata Ahlu Sunnah di dalam bab ini. Adapun sahabat-sahabat kami Imamiyyah, Syiah keluarga suci, mereka bersepakat di dalam buku-buku Hadis, Tafsir dan ilmu Kalam bahawa ayat tersebut diturunkan pada hak 'Ali AS. Sesungguhnya beliaulah yang dimaksudkan dengan ayat ini. Tidak seorangpun menyalahinya. Kadangkala mereka mendakwa bahawa Hadis ini telah sampai ke peringkat kemutawatirannya. Lantaran itu tidak ada ruang dan helah bagi seseorang itu untuk mengesyaki dan menolaknya melainkan Ia seorang pemarah, penentang ataupun terlalu rendah daya pemikirannya.

Aku berkata: Ayat ini menentukan bahawa sesungguhnya imam dan khalifah selepas Rasulullah SAWAW ialah 'Ali bin Abi Talib AS kerana Allah SWT mengiringi wilayah 'Ali dengan wilayah-Nya dan wilayah Rasul-Nya.

Perkataan innama (bahawa sesungguhnya) di dalam ayat tersebut memberi maksud al-Hasr dengan persetujuan ahli bahasa. Lantaran itu wilayah adalah ditentukan untuk mereka. Dan maksud dengan wali di sini adalah orang yang paling utama (aula) untuk mengurus sesuatu dan seseorang itu tidak dikatakan aula (lebih utama) melainkan apabila dia adalah khalifah dan imam. Ini adalah pengertian yang masyhur menurut ahli bahasa.

Dari segi syarak mereka berkata: Sultan adalah wali kepada orang yang tidak mempunyai wali. Dan mereka berkata: Wali darah dan wali mayat, si anu adalah wali urusan rakyat dan si anu adalah wali bagi orang yang kurang daya kecerdikan. Nabi bersabda: Mana-mana perempuan yang mengahwini dirinya tanpa keizinan walinya, maka nikahnya adalah batil. Apa yang dimaksudkan dengan wali di dalam contoh-contoh tadi ialah al-Aula sebagaimana kata Mibrad di dalam buku al-'Ibarah tentang sifat-sifat Tuhan bahawa wali ialah aula.
Wali sekalipun sah dikaitkan dari segi bahasa dengan al-Nasr (pembantu) dan muhibb (pencinta) tetapi kedua-kedua pengertian itu tidak sesuai di tempat ini kerana kedua-duanya adalah umum, tanpa terbatas kepada orang yang dikehendaki di dalam ayat yang mulia ini iaitu firman-Nya di dalam (Surah al-Taubah (9):71):

"Dan mukminin dan mukminah setengah mereka menjadi Auliya' ke atas setengah yang lain."

Jika ditanya bagaimana dikehendaki dengan al-Ladhi na amanu (orang-orang yang beriman) itu Imam Amirul Mukminin AS seorang sahaja, sedangkan perkataan itu adalah umum? Maka kami menjawabnya:

1. Banyak terdapat di dalam percakapan Arab penggunaan perkataan jamak tetapi dikehendaki seorang sahaja berserta Qarinah dan sebaliknya. Ini adalah masyhur di kalangan mereka. Di dalam al-Quran firman-Nya (Surah Ali Imran(3): 173):
   •• • ••    
"Orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan sesungguhnya "manusia" telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada "mereka."

Apa yang dimaksudkan dengannya ialah Nu'aim bin Mas'ud al-Asyja'i sahaja dengan ijmak ahli Tafsir dan Hadis.

2. Sesungguhnya Allah SWT telah mensifatkan al-Ladhi na amanu di dalam ayat yang mulia ini dengan sifat yang tidak menyeluruh kepada semua iaitu yuqimu s-Solah wa yu'tuna z-Zakat wa hum raki'un (yang mendirikan solat dan menunaikan zakat di dalam keadaan rukuk).
3. Ahli bahasa menggunakan perkataanjamak kepada seseorang adalah untuk ta'zim (penghormatan) sebagaimana disebutkan oleh al-Tabrisi di dalam Tafsirnya 18 mengenai ayat ini dengan menerangkan bahawa penggunaan perkataan jamak kepada Amirul Mukminin 'Ali AS adalah untuk tafkhim (kemuliaan) dan penghormatan. Dia berkata: Cara ini adalah paling masyhur di dalam percakapan mereka tanpa memerlukan dalil lagi.
4. Apa yang pasti jika dikehendaki dengan "semua" (jami') ialah penyatuan wali dan mutawalli tetapi yang lazimnya ialah menyalahi kedua-duanya.

Al-Zamakhsyari di dalam al-Kasysyaf 19 mengatakan bahawa ayat ini diturunkan kepada Amirul Mukminin 'Ali AS. Jika anda bertanya: Bagaimana boleh ayat tersebut untuk 'Ali AS sedangkan perkataaan di dalam ayat itu adalah jamak? Aku menjawab: Ia dibawa dengan perkataan jamak sekalipun sebabnya seorang lelaki sahaja adalah untuk menerangkan kepada orang ramai supaya mengikuti perbuatannya ('Ali AS). Maka dengan ini, mereka akan mendapat pahala setanding dengan pahalanya. Dan menyedarkan bahawa tabiat Mukminin mestilah mempunyai matlamat bagi melakukan kebaikan, ihsan, dan melayani fakir miskin sehingga tidak menangguhkannya meskipun di dalam solat sehingga selesai solat.

Jika ditanya: Sesungguhnya Amirul-Mukminin 'Ali AS telah menunaikan solat menghadapi Tuhannya dengan sepenuh hatinya tanpa merasai sesuatu di luar solatnya. Maka bagaimana beliau "merasai" perkataan peminta sadqah dan memahaminya. Maka jawapannya: Fahamannya tentang percakapan peminta sedekah tidak menafikan kekhusyukannya di dalam solat kerana ia ibadah di dalam ibadah. Tidak ada jawapan yang lebih baik daripada apa yang telah dijawab oleh Abul Faraj al-Jauzi ketika ditanya mengenainya:

Dia menuang dan meminum tanpa dilalaikan oleh kemabukkannya daripada minuman dan tidak melupai gelasnya. Kemabukan yang mematuhinya sehingga membolehkannya (melakukan) perbuatan orang yang segar, maka ini seunik-unik manusia.

Al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul mencatatkan wa man yatawalla iaitu sesiapa yang mencintai Allah dan Rasul-Nya dan al-lladhina amanu iaitu 'Ali, fa inna hizballah (sesungguhnnya parti Allah) iaitun Syiah Allah dan Rasul-Nya dan walinya hum al-Ghalibun (mereka yang pasti menang) iaitu merekalah yang mendapat kemenangan.(Di dalam naskhah yang lain) al-'Alimun (mengetahui) sebagai ganti al-Ghalibun yang mendapat kemenangan. Dan di dalam perkiraannya (al-Hisab);"Sesungguhnya wali kami adalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat, mengeluarkan zakat di dalam keadaan rukuk penilaiannya ialah Muhammad SAWAW selepasnya 'Ali bin Abi Talib dan itrahnya AS.

Di dalam al-Kafi daripada Jaafar bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya AS, beliau berkata: Manakala ayat innama wa liyyukumu llah wa Rasuluh diturunkan beberapa orang sahabat Rasulullah SAWAW berkumpul di Masjid Madinah. Sebahagian mereka berkata kepada sebahagian yang lain: Apa pendapat kalian tentang ayat ini? Sebahagian mereka menjawab: Sekiranya kita mengingkari ayat ini nescaya kita mengingkari kesemuanya (al-Quran). Dan sekiranya kita mempercayainya, maka ia merupakan satu kehinaan kepada kita manakala 'Ali menguasai ke atas kita. Mereka menjawab: Sesungguhnya kalian telah mengetahui bahawa Muhammad adalah benar apa yang diucapkannya. Justeru itu kita menjadikannya wali tetapi kita tidak akan mematuhi 'Ali tentang yang diperintahkannya. Maka turunlah ayat (Surah al-Nahl (16): 83):

"Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya, dan kebanyakan mereka adalah kufur"

iaitu wilayah Muhammad SAWAAW (dan kebanyakan mereka mengingkarinya) iaitu wilayah 'Ali AS.

Al-Saduq di dalam al-Amali berkata: Umar bin al-Khattab berkata: Aku telah bersedekah cincin dalam keadaan rukuk supaya diturunkan (ayat) sebagaimana telah diturunkan kepada 'Ali bin Abi Talib AS, tetapi ia tidak juga turun..

Aku berkata: Apabila anda mengetahui dalil-dalil Sunnah dan Syiah yang telah aku kemukakan, maka aku berkata: Tidak harus mendahului selain daripada 'Ali ke atas 'Ali sebagaimana tidak harus mendahului seseorangpun ke atas Nabi SAWAW kerana sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan Muhammad dan 'Ali bersama-Nya di dalam ayat al-Wilayah. Adapun orang-orang yang bertentangan dengan kami sekalipun mereka mengetahui sesungguhnya ayat al-Wilayah telah diturunkan pada 'Ali AS secara Qat'i sebagaimana telah aku kemukakan tadi, mereka sengaja mengubah maknanya menurut mazhab mereka dan hawa nafsu mereka.

2. AYAT AT-TATHIR

FirmanNya di dalam (Surah al-Ahzab (33): 33):

"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan segala dosa dari kamu ('an-kum) wahai Ahlul Bayt, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."

Menurut tafsir-tafsir Syiah, ayat ini diturunkan secara khusus kepada Ahlul Bayt AS sahaja. Sementara orang lain tidak termasuk di dalam ayat-ayat tersebut. Manakala tafsir-tafsir Ahlu Sunnah pula, ada yang mengakui bahawa ayat tersebut dikhususkan untuk Ahlul Bayt AS sahaja, ada yang menyatakan ayat tersebut termasuk isteri-isteri Nabi (SAWAW), dan ada yang mengatakan ia dikhususkan kepada isteri-isterinya (SAWAW) sahaja. Lantaran itu ia bertentangan dengan kaedah Bahasa Arab yang tidak menggunakan Dhamir Ta'nith (gantinama perempuan) untuk perempuan di dalam ayat tersebut. Malah Allah SWT menggunakan Dhamir Tadhkir (gantinama lelaki) iaitu perkataan 'an-kum (daripada kamu) dan perkataan yutahhira-kum membersihkan kamu (lelaki).

Kaedah ini memang diketahui oleh penuntut-penuntut yang kecil dan kebanyakan orang awam. Di dalam ertikata yang lain, jikalau Allah SWT di dalam ayat tadi menghendaki isteri-isteri Nabi (SAWAW), nescaya Dia menggunakan dhamir Ta'nith, 'an-kunna (daripada kamu isteri-isteri) dan yutahhirakunna Dia membersihkan (kamu isteri-isteri) sebagaimana Dia menggunakan dhamir Ta'nith sebelumnya (Surah al-Ahzab (33):32. Lantaran itu Allah telah menggunakan dhamir tadhkir untuk mengeluarkan isteri-isteri daripada ayat tersebut.

'Ali bin Ibrahim di dalam Tafsirnya 20 daripada Zaid bin 'Ali AS dia berkata: Sesungguhnya orang-orang yang jahil mengatakan bahawa Allah menghendaki dengan ayat ini isteri-isteri Nabi SAWAW. Pada hakikatnya mereka berbohong dan mereka berdosa. Demi Allah sekiranya Dia maksudkan isteri-isteri Nabi SAWAW, nescaya Dia akan berkata: an kunna al-Rijs (daripada kalian isteri-isteri) dan yutahhira kunna (membersihkan kalian isteri-isteri dengan sebersih-bersihnya. Dan Dia menggunakan perkataan muannathan (ganti nama perempuan) sebagaimana Dia berfirman: Wazkurna mayutla fibuyuti-kunna, wa la Tabarrajna, wa lastunna Kaahadin min l-Nisa.' Oleh itu ayat Tathir (Surah al-Ahzab (33):33):

Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - Wahai "Ahlul Bait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Wahai Nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu: "Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya Aku berikan kepada kamu pemberian Mut'ah (sagu hati), dan Aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya.

"Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan Rasul-Nya serta (Nikmat kemewahan) di negeri akhirat maka Sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu: pahala yang besar".

Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. dan (hukuman) yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.

Dan Dia juga telah mengancam mereka dengan firman-Nya (Surah al-Tahrim (66):4-5):

"Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong (untuk menerima kebaikan); dan jika kamu berdua bantu membantu menyusahkan Nabi, maka sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibril dan orang-orang Mukmin yang baik; dan selain dari itu malaikat-malaikat adalah penolongnya pula. Jika Nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang patuh, yang beriman, yang taat, yang bertaubat, yang mengerjakan ibadah, yang berpuasa, yang janda dan yang perawan."

Inilah adalah menurut apa yang difirmankan-Nya (al-Mantuq). Adapun mafhumnya: Wahai-wahai isteri-isteri Nabi kalian tidaklah mukminat, qanitat, ta'ibat, sekiranya kalian masih menyakitinya SAWAW. Dan diriwayatkan bahawa Nabi SAWAW tidak mencampuri mereka selama sebulan kerana mereka menyakiti hatinya SAWAW. Rujuklah kepada tafsir-tafsir Ahlu Sunnah mengenai ayat ini.

Dan apa yang jelas terdapat di kalangan isteri-isteri tersebut yang telah memerangi Khalifah 'Ali, Hasan dan Husain AS. Memerangi mereka bererti memerangi Allah menurut Hadis Rasulullah (SAWAW): Jangan anda melupai bahawa 'Aisyah telah mengetuai angkatan bersenjata kerana memprotes jenazah Hasan untuk disemadikan di samping datuknya Rasulullah SAWAW.21 Jikalau 'Aisyah masih hidup di hari peperangan Husain AS di Karbala, nescaya dia akan memerangi Husain bin 'Ali AS pula kerana sifatnya yang sentiasa memerangi Ahlul Bayt AS.

Justeru itu tidak hairanlah jika Ibn 'Abbas berkata kepada 'Aisyah:
Anda menaiki unta, menaiki baghal, dan sekiranya anda hidup anda akan menaiki gajah. Bagi anda sepersembilan daripada seperlapan tetapi anda memiliki kesemuanya.

Iaitu anda memiliki rumah anda sedangkan anda memiliki sepersembilan daripada seperlapan dan bakinya adalah untuk isteri-isterinya (SAWAW). Dan tujuh perlapan adalah untuk Fatimah kemudian untuk anak-anaknya.

Jikalau setengah daripada isteri-isteri beliau bertindak begitu keadaannya, bagaimana mereka termasuk di dalam ayat at-Tathir yang disucikan daripada segala dosa? Telah diriwayatkan bahawa 'Aisyah RD berkata kepada Nabi SAWAW di dalam keadaan marah:"Tidakkah anda sahaja yang menyangka anda seorang Nabi Allah?".22

Adakah mereka layak dengan tindakan mereka yang menyalahi peradaban sebagai isteri, lebih-lebih lagi suami mereka itu adalah Rasulullah SAWAW, dimasukkan ke dalam ayat Tathir (Surah al-Ahzab (33):33) daripada dosa sedangkan mereka berlumuran dengannya? Jikalau ayat itu termasuk "isteri-isteri" khususnya 'Aisyah, nescaya dia berpesta dan memberitahukannya kepada orang yang masih hidup dan orang yang telah mati. Dan tentu sekali Ummu Salamah lebih berhak untuk dimasukkan di dalam ayat tersebut. Kerana kedudukannya di sisi Rasulullah SAWAW dan ayat Tathir ini telah diturunkan di rumahnya. Manakala mereka tidak dimaksudkan di dalam ayat tersebut, Rasulullah SAWAW mengeluarkannya (Ummu Salamah) dengan menarikkan al-Kisa' daripada tangannya lantas Ummu Salamah bertanya: “Apakah boleh aku menyertai bersama mereka?”. Nabi menjawab: “Tidak. Berdirilah di tempat anda. Mudah-mudahan anda berada di dalam kebaikan”.

Sebagaimana juga beliau menegah 'Aisyah dan Zainab dari memasuki bersama mereka dan memberi jawapan kepada mereka berdua sebagaimana jawapan beliau terhadap Ummu Salamah.

Rasulullah SAWAW telah menutup ke atas 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain dengan al-Kisa'(pakaian/gebar) dan mengangkatkan tangannya ke atas mereka sambil membaca ayat Tathir yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan segala dosa dari kami ('an-kum) wahai Ahlul Bayt, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya" adalah semata-mata untuk memisahkan mereka daripada isteri-isteri dan orang-orang Islam yang lain, dan sabdanya aku bermaksud: Wahai Tuhanku, mereka itulah Ahlul Baytku.

Di dalam riwayat yang lain (Ahli) keluargaku iaitu tidak ada selain daripada mereka. Penafsir kepada ayat ini ialah Rasulullah SAWAW sendiri. Manakah penafsiran yang diterima selepas penafsirannya? Adakah orang yang datang dengan al-Quran (Nabi SAWAW) yang mengeluarkan isteri-isterinya daripada ayat al-Tathir lebih diterima penafsirannya? Atau sebaliknya orang yang tidak mengetahui takwilannya sehingga memasukkan isteri-isterinya atau sebaliknya di dalam ayat tersebut?

Dan juga dalil yang lebih kuat bahawa isteri-isteri Nabi SAWAW tidak termasuk Ahlul Baytnya ialah Nabi SAWAW tidak membawa mereka keluar di Hari Mubahalah dengan Kristian Najran kerana beliau menjanjikan mereka untuk membawa wanita-wanitanya bersama sebagaimana firman-Nya di dalam (Surah Ali Imran (3):61):

“.....maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita mengajak anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta".

Sebagaimana ketua Kristian Najran berpidato kepada kumpulannya: Sekiranya Muhammad keluar dengan Ahlul Baytnya, maka jangan kalian lakukan mubahalah. Dan sekiranya beliau keluar dengan sahabat-sahabatnya, maka lakukanlah mubahalah. Semua ahli tafsir dan sejarah bersepakat bahawa Nabi SAWAW tidak keluar bersamanya untuk bermubahalah selain daripada membawa Ali, Fatimah, Hasan dan Husain AS. Justeru itu merekalah Ahlul Baytnya bukan orang lain. Sekiranya ada orang lain selain daripada mereka nescaya Nabi SAWAW akan mengajak mereka keluar untuk "bermubahalah" bersama di saat yang paling genting bagi menentang kebatilan.

Oleh itu orang yang Nabi SAWAW bermubahalah bersama mereka bagi menentang Nasara Najran ialah orang yang Allah telah menghilangkan daripada mereka kekotoran di dalam al-Quran yang mulia. Lagipun apabila perkataan Ahlul Bayt AS diucapkan secara langsung bererti al-itrah al-Tahirah AS; 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Ali tidak termasuk isteri-isteri. Justeru itulah Nabi SAWAW memaksudkan mereka semenjak beliau mewasiatkan mereka dan menerangkan kelebihan-kelebihan mereka di dalam Hadis-Hadisnya yang mutawatir di dalam buku-buku Sahih "mereka." Dan tidak seorang pun memasukkan "isteri-isteri" di dalam Hadis-Hadis tersebut. Di antaranya dua Hadis yang muktabar yang diriwayatkan oleh jumhur Muslimin"

1. Hadis Thaqalain: Sabda Nabi SAWAW yang bermaksud: Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang berharga; Kitab Allah dan 'Itrahku (Ahlul Baytku) selama kalian berpegang kepada kedua-duanya kalian tidak akan sesat selama-lamanya.23

2. Hadis al-Safinah: Sesungguhnya yang bermaksud: Umpama Ahlul Baytku sepertilah Bahtera Nuh, siapa yagn menaikinya akan berjaya, dan siapa yang tidak menaikinya akan sesat selama-lamanya.24

Adapun menjadi kebiasaan kepada kaum Muslimin apabila mereka menyebutkan Ahlul Bayt di dalam majlis-majlis mereka, mereka tidak maksudkan isteri-isteri Nabi SAWAW.

Begitu juga penyair-penyair Ahlu Sunnah dan Syiah apabila mereka menyusun syair memuji Ahlul Bayt AS mereka maksudkan lima Ahlul Kisa': Muhammad SAWAW, Fatimah, 'Ali, Hasan dan Husain AS. Perhatikanlah kenyataan yang dibuat oleh Imam Syafi'i mengenai Ahlul Bayt AS:

Wahai Ahlul Bayt Rasulullah cintamu suatu fardhu daripada Tuhan di dalam al-Quran telah diturunkan.
Memadailah kebesaran Nabimu, sesungguhnya kami
siapa yang tidak bersalawat ke atas kamu tidak sah sembahyangnya.

Dimaksudkan dengan Ahlul Bayt AS ialah 'Ali, Fatimah, Hasan, dan Husain AS. Demikianlah juga beribu-ribu karangan para ulama Ahlu Sunnah menjelaskan bahawa maksud Ahlul Bayt ialah Nabi SAWAW dan keturunan 'Ali yang disucikan.

Ya, memang terdapat orang-orang seperti 'Ikramah al-Barbari, Muqatil dan lain-lain yang terkenal dengan pembohongan ke atas Rasulullah SAWAW telah membuat Hadis-Hadis palsu. Rasulullah SAWAW bersabda maksudnya: “Akan banyak pembohongan ke atasku, siapa yang membohongi ke atasku dengan sengaja maka hendaklah ia menyediakan tempatnya di neraka.”

Oleh itu mengkhususkan "isteri-isteri" atau meletakkan mereka bersama Ahlul Bayt AS di dalam ayat Tathir (Surah al-Ahzab (33): 33) adalah rekaan musuh-musuh Ahlul Bayt. Malah mereka mencipta perkara-perkara yang berlawanan dengan Ahlul Bayt AS, perkara ini adalah jelas. Lantaran itu menolak Hadis-Hadis palsu dan membersihkan buku-buku sirah dan sejarah daripadanya adalah perkara yang wajib dilaksanakan.

Justeru itu ia suatu kepastian bahawa ayat Tathir dan pembersihan kekotoran daripada mereka adalah istimewa untuk para imam Ahlul Bayt AS. Mereka adalah zuriat Rasulullah SAWAW dan mereka lebih berhak dengannya. Justeru itu perkataan innama di dalam ayat tersebut bermaksud al-Hasr (pengkhususan kepada mereka sahaja).

Ayat ini juga dengan jelas menunjukkan bersihnya "itrah Nabi SAWAW daripada keaiban dan kemaksuman mereka daripada dosa-dosa. Dan aku akan menerangkan dalam buku ini bahawa imamah tidak layak melainkan bagi mereka yang bersih daripada segala keaiban dan dosa. Justeru itu sabitnya imamah bagi 'Ali dan anak-anaknya AS sama ada mereka memegang jawatan itu ataupun tidak disebabkan orang ramai tidak menyokong mereka sebagaimana sabdanya: "Hasan dan Husain kedua-duanya imam sama ada mereka memegang jawatan ataupun tidak" kerana kedua-duanya telah dilantik oleh Allah SWT. Dan sesiapa yang mempunyai kedudukan sedemikian, keimamahannya tidak akan dicacatkan oleh penentangan orang ramai terhadapnya. Kerana imamah bukanlah melalui perlantikan orang ramai, malah melalui nas daripada Allah SWT.

Imam al-Bahrani di dalam Ghayat al-Maram25 telah mencatat lebih daripada satu ratus dua puluh Hadis mengkhususkan Ahlul Bayt AS dengan "mereka" bukan isteri-isteri Nabi SAWAW dan lebih sepertiga daripada Hadis-Hadis tersebut adalah menurut saluran Ahlu Sunnah. Oleh itu buatlah rujukan kepada buku-buku tersebut wahai pembaca yang budiman.

Al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur26 menegaskan bahawa ayat tersebut diturunkan kepada lima orang Ahlul Kisa’ melalui dua puluh saluran. Al-Tabari di dalam Jami' al-Bayan27 menyatakan ia diturunkan kepada Nabi SAWAW, Fatimah, 'Ali, Hasan dan Husain melalui enam belas saluran. Al-Sayyid Syihabuddin dan al-Mar'asyi al-Najafi di dalam Ta'liqatuhu 'Ala Ihqaq al-Haq yang dikarang oleh Kadi Nur Allah al-Tastari RH telah menyebutkan riwayat-riwayat dan Hadis-Hadis yang banyak semuanya menurut saluran Ahlu Sunnah wal Jamaah bahawa ayat tersebut telah diturunkan kepada lima orang Ahlul Kisa'; Muhammad, Fatimah,'Ali, Hasan dan Husain AS.

Di sini diperturunkan beberapa riwayat Ahlu Sunnah yang menunjukkan bahawa ayat Tathir diturunkan kepada lima orang Ashabul Kisa' seperti berikut:
1. Ahmad bin Hanbal telah mencatat dalam Musnadnya29 daripada Anas bin Malik bahawa Nabi SAWAW telah melalui rumah Fatimah AS selama enam bulan. Apabila beliau keluar untuk sembahyang Subuh, beliau bersabda: wahai Ahlul Bayt! Sesungguhnya Allah menghendaki untuk menghilangkan daripada kamu kekotoran Ahlul Bayt dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. Al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul30 telah menafsirkan ayat tersebut dengan menyatakan bahawa ia diturunkan kepada lima orang Ashabul Kisa'.

2. Ibn Jarir telah mencatat di dalam Tafsirnya begitu juga Ibn al-Mundhir, Ibn Abi Hatim, Ibn Mardawaih, al-Tabarani, dan lain-lain. Al-Tirmidhi dan al-Hakim menyatakan kesahihan Hadis tersebut. Begitu juga al-Baihaqi di dalam Sunannya dengan bermacam-macam saluran. Ummu Salamah berkata: Ayat Tathir telah diturunkan di rumahku. Di dalam rumah itu ada 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Maka Rasulullah SAWAW menyelimutkan mereka dengan al-Kisa' (kain gebar berwarna hitam) dan bersabda: Wahai Tuhanku, mereka itulah Ahlul Baytku. Justeru itu hilanglah daripada mereka kekotoran dan bersihlah mereka dengan sebersih-bersihnya.

3. Muslim di dalam Sahihnya31 bab 'Fadhl Ahlul Bayt AS' meriwayatkan daripada 'Aisyah dia berkata: Rasulullah keluar di waktu pagi, di atasnya bahunya kain hitam, maka datanglah Hasan bin 'Ali, maka beliau memasukkan ke dalamnya. Kemudian datang Husain, maka dia memasukkan bersamanya, kemudian datang 'Ali, maka beliau memasukkannya. Kemudian beliau bersabda: Sesungguhnya Allah menghendaki untuk menghilangkan daripada kamu kekotoran dosa Ahlul Bayt dan membersihkan mereka dengan sebersih-bersihnya". Hadis ini telah dikeluarkan oleh Ahmad daripada Hadis 'Aisyah di dalam Musnadnya. Dan ia juga telah dikeluarkan oleh Ibn Jarir, Ibn Abi Hatim, al-Hakim pengarang al-Jami' bayna al-Sahihain, dan pengarang al-Jami' bayna al-Sihah al-Sittah. Dan sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, hendaklah membuat rujukan kepada Rasyfah al-Sadi karangan Abu Bakar Syahabuddin dan Muraja'at (Dialog Sunnah-Syiah) karangan Sayyid Syarafuddin al-Musawi tentang pengkhususan ayat Tathir kepada lima Ahlul Kisa'. Dan ia sudah mencukupi bagi orang yang mempunyai mata hati.

Di sini aku akan mengemukakan sebahagian daripada nas-nas yang menerangkan tentang terkeluarnya isteri-isteri Nabi SAWAW dari ayat al-Tathir dan ia tidak bertentangan dengan nas-nas yang telah lepas yang mengkhususkan ayat tersebut kepada lima orang AS. Sesungguhnya apa yang dikemukakan di sini adalah berdasarkan kepada penerangan Nabi SAWAW sendiri bahawa isteri-isterinya adalah terkeluar daripada ayat tersebut di antaranya:

Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya32 daripada 'Abdul Malik daripada 'Ata ibn Abi Rabah dia berkata: Orang yang telah mendengar Ummu Salamah meriwayatkan kepadaku bahawa dia berkata: Sesungguhnya Nabi SAWAW berada di rumahnya. Maka Fatimah mendatanginya dengan bekas yang berisi makanan, maka dia memberikan kepadanya. Lalu beliau bersabda: Panggilkan suami anda dan dua anak lelaki anda. Dia berkata: Maka datanglah 'Ali, Hasan dan Husain, maka merekapun masuk dan memakan makanan tersebut. Nabi SAWAW berada di atas tempat tidurnya di penjuru di bawah al-Kisa' Khaibar. Dia bersabda: Aku sedang sembahyang di dalam kamarku, maka Allahpun menurunkan ayat (Surah al-Ahzab (33):33):

"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan segala dosa dari kamu wahai Ahlul Bayt dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."

Maka dia berkata: Beliau (Nabi SAWAW) mengambil al-Kisa' dan membentangkannya ke atas mereka. Kemudian beliau mengeluarkan tangannya mengangkat ke langit sambil berkata: Wahai Tuhanku mereka itulah Ahlul Bayt dan orang istimewaku. Hilanglah daripada mereka kekotoran dan bersihlah mereka dengan sebersih-bersihnya. Dia berkata: Aku memasukkan kepalaku di dalamnya maka aku berkata: Aku bersama kalian wahai Rasulullah. Beliau bersabda: Sesungguhnya anda akan mendapat kebaikan di akhirat kelak. Ahmad berkata selepas meriwayatkan Hadis ini, Abdul Malik berkata: Abu Laila telah meriwayatkan kepadaku daripada Ummu Salamah seperti Hadis 'Ata. 'Abdul Malik berkata: Daud bin Abi 'Auf al-Jahaf telah meriwayatkan kepadaku daripada Hausyab daripada Ummu Salamah seumpamanya.

Ibn Kathir di dalam Tafsirnya33 telah meriwayatkan Hadis ini. Al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul34 daripada 'Ata. Ibn al-Sibagh al-Maliki dalam al-Fusul al-Muhimmah35 meriwayatkannya daripada al-Wahidi.

Al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur,36 Ibn Jarir, Ibn al-Mundhir, Ibn Abi Hatim, al-Tabari dan Ibn Mardawaih daripada Ummu Salamah RD isteri Nabi SAWAW: Sesungguhnya Rasulullah SAWAW berada di rumahnya (Ummu Salamah) di atas tempat tidur dan di bawahnya al-Kisa' Khaibar. Maka Fatimah membawa kepadanya bekas yang berisi makanan. Maka Rasulullah SAWAW berkata: Panggillah suami anda dan dua anak lelaki anda, Hasan dan Husain. Maka beliaupun memanggil mereka dan ketika mereka sedang makan, tiba-tiba diturunkan ke atas Rasulullah (Surah al-Ahzab (33):33):

"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan segala dosa dari kamu wahai Ahlul Bayt dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."

Maka Nabi SAWAW mengambil al-Kisa' dan membentangkannya ke atas mereka kemudian beliau mengeluarkan tangannya daripada al-Kisa' dan memberi isyarat ke langit sambil bersabda:"Wahai Tuhanku! Mereka itulah Ahlul Baytku dan orang istimewaku. Oleh itu hilanglah daripada mereka kekotoran dan bersihlah mereka dengan sebersih-bersihnya. Beliau berkata sebanyak tiga kali. Ummu Salamah berkata: Aku memasukkan kepalaku ke dalam al-Kisa' maka aku berkata; Wahai Rasulullah! Aku bersama kalian? Beliau menjawab: Sesungguhnya anda akan mendapat kebaikan (di akhirat kelak). Beliau mengulanginya sebanyak dua kali.

Hadis ini telah juga diriwayatkan oleh Sayyid Muhsin al-Amini di dalam A'yan al-Syiah37 daripada Usd al-Ghabah. Al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur juga mengatakan: Al-Tabarani telah mengeluarkan Hadis ini daripada Ummu Salamah RD, sesungguhnya Rasulullah SAWAW bersabda kepada Fatimah AS: Panggillah suami dan dua anak lelaki anda. Maka beliaupun datang bersama mereka semua. Kemudian beliau bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka itulah ali Muhammad (keluarga Muhammad). Di dalam perkataan lain: Jadikanlah salawat Engkau ke atas ali Muhammad sebagaimana Engkau telah menjadikannya untuk ali Ibrahim Innaka hamidun majid.

Maka Ummu Salamah berkata: Akupun mengangkat al-Kisa' supaya aku masuk bersama mereka. Tetapi beliau menariknya daripada tanganku dan bersabda: Sesungguhnya anda akan mendapat kebaikan (di akhirat kelak). Hadis ini telah diriwayatkan oleh Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya38 daripada Ummu Salamah. Al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib39 daripada Ahmad di dalam Manaqib 'Ali AS dan daripada Syahr bin Hausyab daripada Ummu Salamah RD.

Al-Tabarani di dalam Dhakha'ir al-'Uqba,40 al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-Ummal,41 Ibn Kathir di dalam Tafsirnya,42 Ibn Sibagh al-Maliki di dalam al-Fusul al-Muhimmah,43 al-Tirmidhi di dalam Sahihnya,44 al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah,45 al-Syablanji al-Syafi'i di dalam Nur al-Absar,46 Syaikh Muhammad al-Siban di dalam As'af al-'Raghibin Hamisy Nur al-Absar,47 dan lain-lain pembesar-pembesar ulama Ahlu Sunnah yang meriwayatkan Hadis tersebut dengan sedikit perbezaan dari segi lafaz.

Nas-nas yang sahih dan mutawatir yang dikemukakan adalah diriwayatkan oleh semua lapisan Muslimin dan ia merupakan bukti-bukti yang jelas dan hujah-hujah yang kuat tentang terkeluarnya isteri-isteri Nabi SAWAW daripada ayat tersebut dan ia diturunkan kepada lima manusia suci Ashabul Kisa' dan sama sekali tidak dapat diingkari melainkan oleh orang-orang yang fanatik (muta'assib) kepada kebatilan.

Apa yang telah aku kemukakan tentang terkeluarnya 'isteri-isteri' daripada ayat al-Tathir dan turunnya ayat tersebut ke atas lima manusia suci Ahlul Kisa' AS, adalah mencukupi untuk menolak sangkaan yang menyatakan ia diturunkan ke atas 'isteri-isteri' secara khusus atau secara perkongsian (al-isytirak). Dan sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat yang lebih daripada apa yang telahku kemukakan, maka buatlah rujukan kepada bukuku yang berjudul al-Syiah wa hujjatu hum fi al-Tasyayyu' (Syiah dan hujah mereka tentang Tasyayyu').

Oleh itu aku ingin menegaskan bahawa apa yang telah aku kemukakan adalah menunjukkan bahawa ayat al-Tathir adalah dikhususkan kepada lima Ashab al-Kisa' dan juga menunjukkan bahawa mereka adalah maksum daripada segala dosa. Dan ia menunjukkan bahawa khalifah selepas Rasulullah SAWAW secara terus ialah 'Ali bin Abi Talib AS. Selepas beliau ialah Hasan, kemudian Husain, kemudian sembilan daripada anak-anak Husain AS secara berturut-turut menuruti nas-nas yang wujud dalam buku-buku Sunnah dan Syiah.

Dalilku di atas dakwaan tersebut ada dua perkara:

1. Al-'Ismah adalah menjadi syarat pada seorang imam menurut Syiah kerana imam yang diikuti selepas Nabi SAWAW bila tidak maksum, tidak boleh dipercayai kata-katanya. Oleh itu sabitnya 'ismah imam seperti sabitnya 'ismah Nabi SAWAW. Ayat tersebut telah menunjukkan kemaksuman Amirul Mukminin Ali dan dua anaknya Hasan dan Husain AS. Justeru itu, terbukti bahawa jawatan khalifah adalah untuk mereka bukan selain daripada mereka. Mereka itulah para imam dan khalifah-khalifah selepas Rasulullah SAWAW. Setiap orang daripada mereka mengnaskan kepada imam selepasnya. Begitulah seterusnya sehingga sampai kepada Imam Mahdi al-Muntazar AS. Oleh itu berpegang kepada pendapat mereka adalah wajib kerana orang lain tidak maksum. Dan apabila tidak wujudnya 'ismah maka berlakulah kesalahan. Oleh itu ia tidak sah untuk menjadi khalifah yang mengendalikan syariat Rasulullah SAWAW tanpa 'ismah.

2. Imam Amirul Mukimin telah berulang-ulang kali menuntut jawatan khalifah untuk dirinya di tempat-tempat yang bermacam-macam. Di antaranya beliau berkata di dalam khutbah al-Syiqsyiqiyyah48 yang dicatat oleh jumhur Muslimin Sunnah dan Syiah seperti berikut:

"Demi Allah Ibn Abi Qahafah (Abu Bakar ibn Abi Qahafah) telah mengenakan pakaian khalifah itu, padahal ia mengetahui dengan yakinnya bahawa kedudukanku sehubungan dengan (kekhalifahan) itu sama seperti hubungan pasak dengan roda. Air mengalir menjauhiku dan burung tidak dapat terbang kepadaku. Aku memasang tirai (terhadap kekhalifahan) dan melepaskan diri daripadanya."

"Aku pun mulai berfikir, apakah aku akan menyerangnya atau aku harus menanggung cubaan sengsara kegelapan yang membutakan itu hingga orang dewasa menjadi daif, orang muda mejadi tua, dan mukmin yang saleh hidup dalam kongkongan sehingga ia menemui Allah (di saat kematiannya). Aku pun berpendapat bahawa adalah lebih bijaksana untuk menanggungnya dengan tabah. Lalu aku menempuh jalan kesabaran, walaupun mata rasa tertusuk-tusuk dan kerongkong rasa tercekik. Aku menyaksikan perampasan terhadap warisanku hingga yang pertama (Abu Bakar) menemui ajalnya; namun ia menyerahkan kekhalifahan itu kepada Ibn Khattab (Umar al-Khattab) sendiri. (Lalu Ali mengutip syair A'isya:)

"Hari-hariku kini berlalu di punggung unta,
Dan berlalu sudah hariku bersama Jabir, saudara Hayyan.

"Sungguh aneh, semasa hidupnya ia ingin terbebas dari jawatan khalifah, tetapi ia mengukuhkannya kepada yang lain itu (Umar) setelah kematiannya. Tidak syak lagi kedua orang ini hanya berbahagi puting susu di antara keduanya sahaja. Yang satu ini (Umar) mengunci kekhalifahan rapat-rapat, di mana ucapannya sombong dan sentuhannya kasar. Kekeliruan sangat banyak, dan kerana itu maka dalihnya pun sangat banyak. Orang yang berhubungan dengan kekhalifahan itu ibarat menunggang unta yang degil. Apabila penunggang itu menarik kekangnya maka muncung unta itu akan robek; dan apabila penunggang itu membiarkannya maka ia sendiri akan jatuh terlempar. Sebagai akibatnya, demi Allah, rakyat terjerumus ke dalam ketidakpedulian, kejahatan, kegoyahan dan penyelewengan. Sekalipun demikian, aku tetap bersabar dalam waktu yang lama dengan cubaan yang keras, hingga ketika (Umar) menemui ajalnya ia menyerahkan urusan kekhalifahan itu kepada satu kelompok dan menganggap aku sebagai salah seorang daripada mereka."

"Tetapi, Ya Allah! Apa urusanku dengan syura ini! Di manakah keraguan tentang diriku dibandingkan dengan yang pertama dari antara mereka (Abu Bakar) sehingga sekarang aku harus dipandang sama dengan orang-orang ini? Namun, aku terus merendah sementara mereka merendah, dan membumbung tinggi ketika mereka terbang tinggi. Seorang dari mereka berpaling menentangku kerana hubungan kekeluargaannya, sedangkan yang lainnya cenderung memihak ke jalan lain kerana hubungan iparnya, dan ini, dan itu, sampai yang ketiga dari orang-orang ini berdiri dengan dada membusung di antaranya (Bani Umayyah) pun bangkit menelan harta Allah, bagaikan unta memakan dedaunan musim semi, sampai talinya putus, tindak tanduknya mengakhirinya dan keserakahannya menyebabkan ia terguling."

"Pada saat itu tiada yang mengejutkan aku lebih daripada (tindakan) orang ramai yang berpusu ke arahku dari segala penjuru seperti serbuan sekumpulan rubah (hyena) sehingga Hasanain (Hasan dan Husayn, dua putra Fatimah dan Ali) terinjak dan kedua bahagian bahu pakaianku terkoyak. Mereka berkumpul di sekelilingku seperti kawanan domba dan kambing. Ketika aku memegang tampuk pemerintahan sebahagian memutuskan bai'ahnya (nakatsa) dan sebahagian lagi mengingkarinya (maraqa) dan yang lain bertindak salah (qasata), kerana mereka tidak mendengar firman Allah SWT yang berbunyi [bermaksud]:

"(Kebahagian) di negeri akhirat Kami sediakan bagi mereka yang tidak suka menyombongkan diri dan melakukan kerosakan di bumi. Dan kesudahannya (adalah baik) bagi mereka yang bertaqwa." [Surah al-Qasas(28):83]

Tidak, demi Allah, mereka mendengarnya dan memahaminya tetapi dunia terlihat berkilau di mata mereka dan hiasan dunia menggoda mereka. Lihat, demi Dia yang mengembangkan biji-bijian dan menciptakan makhluk hidup, apabila orang-orang tidak datang kepadaku dan pendukung-pendukung tidak menegakkan hujah dalam bentuk penolong itu (pasukan yang membantu Ali) dan bila tidak ada perjanjian Allah dengan ulama bahawa mereka tidak boleh bungkam terhadap kerakusan seorang yang zalim dan kelaparan orang yang dizalimi maka aku akan melemparkan tali kekang (kekhalifahan) itu dan akan aku beri minum kepada yang terakhir dengan piala yang aku gunakan untuk orang yang pertama. Maka akan kamu lihat bahawa dalam padanganku duniamu tidak lebih dari bersinnya seekor kambing." 49

Begitu juga anak perempuan Rasulullah, dan kedua-dua anaknya Hasan dan Husain dan sembilan anak-anak Husain AS menuntut khalifah untuk Amirul Mukminin AS. Lantaran itu, ia menjadi kewajipan kepada umat membenarkan mereka kerana kemaksuman mereka. Dan tidak harus ke atas mereka pembohongan kerana pembohongan adalah suatu kekotoran (rijsun) yang dinafikan daripada mereka oleh ayat tersebut.

Oleh itu jelaslah sabitnya khalifah selepas Rasulullah SAWAW bagi 'Ali bin Abi Talib AS. Dan ia bukanlah mencukupi dengan ayat-ayat at-Tathir sahaja, malah banyak dalil-dalil dan hujah-hujah yang kuat yang menunjukkan 'Ali AS berhak menjadi khalifah selepas Rasulullah SAWAW sehingga diakui oleh musuh-musuhnya dan diketahui oleh yang terdekat dan yang jauh.

Dan buku-buku mengenainya telah ditulis dengan banyak. Di antaranya buku karangan Ayatullah al-'Uzma Muhammad bin Yusuf bin al-Mutahhar dikenali dengan al-'Allamah al-Hilli RH. Dia telah menulis dua ribu dalil menyokong 'Ali AS. sebagai khalifah selepas Rasulullah SAWAW. Satu daripadanya mengandungi dalil-dalil aqliyyah dan seribu lagi mengandungi dalil-dalil naqliyyah. Dan dia menamakan bukunya al-Faini.

3. AYAT AL-MUBAHALAH
Iaitu firman-Nya yang di dalam (surah Ali Imran (3): 61):
"Sesiapa yang membantahmu mengenai (kisah 'Isa) sesudah datang ilmu (yang menyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, wanita-wanita kami dan wanita-wanita kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubalahah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta."

Semua ulama Tafsir Sunnah dan Syiah bersepakat bahawa ayat al-Mubahalah diturunkan kepada lima manusia suci; Muhammad, 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Di sana terdapat para sahabat lelaki tetapi beliau tidak memanggil seorang pun daripada mereka selain daripada 'Ali, Hasan dan Husain. Kemudian di sana juga terdapat Ummahat al-Mukminin dan wanita-wanita Bani Hasyim, tetapi beliau tidak memanggil seorangpun daripada mereka selain daripada anak kandungnya Fatimah al-Zahra' AS.

Satu hakikat yang tidak dapat disembunyikan lagi oleh orang yang mempunyai pandangan yang tajam bahawa maksud perkataan anfusana (diri kami) di sini ialah saudara Rasulullah SAWAW yang kedudukannya di sisi Rasulullah SAWAW samalah dengan kedudukan Harun di sini Musa. Beliau ialah Imam Amirul Mukiminin 'Ali AS kerana Allah menjadikannya ('Ali AS) di dalam ayat ini nafs Muhammad SAWAW (diri Muhammad itu sendiri).

Demi Allah sesungguhnya itu adalah keistimewaan yang besar yang dikhususkan oleh Allah SWT kepada mereka dan tidak ada orang lain selain daripada mereka dari umat ini. Ibn Hajar telah menyebutkannya di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah dalam bab kesebelas, riwayat daripada al-Daruqutni bahawa 'Ali ketika dalam majlis Syura ('Umar) telah berhujah dengan menyatakan: “Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian seorang yang lebih hampir kepada Rasulullah dari segi kekeluargaan selain daripadaku? Dan siapakah yang telah dijadikan dirinya oleh beliau seperti dirinya sendiri? Anak-anaknya seperti anak-anaknya dan wanita-wanitanya seperti wanita-wanitanya selain daripadaku? Mereka menjawab: Allahuma la. Wahai Tuhanku! Tidak ada seorangpun selain daripada anda sekeluarga.”

Seorang penyair yang memuji Imam 'Ali AS mengemukakan syairnya:

“Dia di dalam ayat al-Tabahul adalah diri Nabi sendiri
tiada selain daripadanya ('Ali) yang dimaksudkan dengannya.”

Kemudian Hadis al-Mubahalah adalah masyhur dan disebutkan oleh Ahli Tafsir, Hadis dan Sirah. Mereka menulis peristiwa itu pada tahun kesepuluh Hijrah iaitu tahun Mubahalah. Fakhruddin al-Razi di dalam Mafatih al-Ghaib50 berkata: Ketahuilah, sesungguhnya riwayat ini adalah seperti disepakati kesahihannya di kalangan Ahli-ahli Tafsir, Hadis dan lain-lain.

Al-Zamakhsyari di dalam al-Kasysyaf51 mengenai ayat al-Mubahalah berkata: Ia diriwayatkan manakala Rasulullah SAWAW menyeru Kristian Najran untuk bermubahalah, mereka berkata: Kami akan pulang dan kami akan membuat keputusannya. Manakala mereka pergi, mereka berkata kepada 'Aqib seorang yang pintar di kalangan mereka, wahai hamba al-Masih apa pandangan anda? Dia menjawab: “Demi Allah sesungguhnya kalian telah mengetahui bahawa sesungguhnya Muhammad adalah seorang Nabi yang diutuskan. Dia telah mendatangi kalian dengan keterangan daripada Tuhan kalian. Demi Allah tidak ada satu kaumpun yang pernah bermubahalah dengan seorang Nabi sehingga yang kecil dan besar mereka dapat hidup. Sekiranya kalian lakukan, nescaya kalian akan binasa. Dan sekiranya kalian enggan bermubahalah maka dia akan membiarkan agama kalian dan kalian kekal dengan agama kalian. Lantaran itu ucaplah selamat tinggal kepada lelaki itu dan kembalilah ke tempat kalian.”

Maka merekapun datang kembali menemui Rasulullah SAWAW. Pada ketika itu beliau sedang mendukung Husain, memegang tangan Hasan, Fatimah berjalan di belakangnya dan 'Ali di belakang Fatimah AS. dan bersabda: “Tidakkah aku telah menyeru kalian maka berimanlah. Lalu Uskup Najran menjawab: “Wahai kaum Nasara! Sesungguhnya aku sedang melihat kepada muka-muka mereka, sekiranya Allah mahu menghilangkan bukit dari tempatnya, nescaya Dia akan menghilangkannya melalui kemuliaan wajah-wajah mereka. Justeru itu janganlah kalian bermubahalah, nanti kalian akan binasa, dan tidak tinggal lagi seorang Nasranipun di bumi ini hingga di Hari Kiamat.” Mereka berkata: Wahai Abu Qasim, kami fikir kami tidak akan bermubahalah dengan anda sebaliknya kami mengakui anda di atas agama anda sementara kami kekal di atas agama kami. Nabi SAWAW menjawab:"Sekiranya, kalian enggan bermubalahah, maka masuklah Islam. Kalian akan dilayani dengan baik dan mendapat hak seperti mereka."

Lantas mereka menolaknya, kemudian beliau SAWAW bersabda: “Aku melepaskan kalian.” Mereka menjawab: Kami tidak mampu untuk memerangi Arab, justeru itu kami membuat perdamaian dengan anda supaya anda tidak memerangi kami, menakut-nakutkan kami dan memaksa kami supaya meninggalkan agama kami. Sebagai balasan kami akan memberikan kepada anda setiap tahun dua ribu hillah, seribu pada bulan Safar, dan seribu pada bulan Rajab, dan tiga puluh baju besi biasa.”

Maka beliau SAWAW mengadakan perdamaian dengan mereka dengan syarat-syarat tersebut. Beliau bersabda: “Demi diriku di tangan-Nya sesungguhnya kebinasaan telah jelas ke atas ahli Najran. Dan sekiranya mereka bermubahalah, nescaya mereka bertukar menjadi kera dan babi serta lembah ini menjadi api membakar mereka. Allah SWT akan melenyapkan Najran dan penduduk-penduduknya sekali sehingga burung yang hinggap di atas pokok." Manakala genap setahun mereka dibinasakan (kerana tidak menepati janji mereka).

Daripada 'Aisyah RD: Sesungguhnya Rasulullah SAWAW keluar dengan meletakkan kain hitam di atasnya. Maka Hasan pun datang, lalu beliaupun memasukkannya, kemudian datang pula Husain maka beliau memasukkannya, kemudian Fatimah, kemudian 'Ali, lalu beliau membaca ayat at-Tathir (Surah al-Ahzab (33):33) "Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan segala dosa dari kamu wahai Ahlul Bayt dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."

Ini menunjukkan tidak ada dalil yang lebih kuat daripada ini tentang kelebihan Ashab al-Kisa' AS. Aku berkata: Ia suatu kemuliaan yang sejati dan penghormatan yang agung di mana Dia tidak akan mengurniakan seorangpun dengannya sebelum dan selepas mereka. Dan ketahuilah sesungguhnya Hadis-Hadis muktabar yang diriwayatkan adalah mutawatir tentang turunnya ayat ini mengenai Ahlul Bayt AS, 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain AS. Ia telah dicatat oleh Ahli-ahli Tafsir, Hadis dan Sirah. Semuanya mencatat peristiwa-peristiwa tahun kesepuluh Hijrah iaitu Tahun Mubahalah.

Di sini aku ingin mengemukakan kepada pembaca yang budiman, sebahagian daripada nama-nama para imam Ahlu Sunnah wal Jamaah yang menulis mengenai seperti berikut:
Muslim di dalam Sahihnya52 mengatakan bahawa Qutaibah bin Said dan Muhammad bin 'Ubbad telah memberitahu kepada kami dengan lafaz yang hampir sama. Mereka berdua berkata: Hatim telah memberitahu kami (iaitu anak lelaki Ismail) daripada Bakir bin Miswar daripada 'Amir bin Saad bin Abi Waqqas daripada bapanya dia berkata: Muawiyah bin Abu Sufyan memerintahkan Saad bahawa dia berkata: Apa yang menegah anda dari mencaci Abu Turab ('Ali AS)? Maka dia menjawab: Aku mengingati tiga perkara di mana Rasulullah SAWAW mengucapkan kepadanya. Justeru itu aku sekali-kali tidak akan mencacinya kerana jikalaulah aku mempunyai satu perkara sahaja adalah lebih aku cintai daripada segala nikmat; sehingga dia berkata: Manakala turun ayat al-Mubahalah: Maka katalah: "Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, wanita-wanita kami dan wanita-wanita kamu." Maka Rasulullah SAWAW menyeru 'Ali, Fatimah, Hasan, dan Husain. Dia bersabda: Allahumma Haula' Ahli (Wahai Tuhanku! Mereka itu adalah ahli keluargaku).

Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya53 berkata:'Abdullah telah memberitahu kami dia berkata: Bapaku memberitahuku dia berkata: Qutaibah bin Said dan Hatim bin Isma'il telah memberitahu kami daripada Bakir bin Mismar daripada Amir bin Saad daripada bapanya dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAWAW bersabda kepadanya: Dia berkata: Manakala turun ayat al-Mubahalah maka beliau SAWAW menyeru 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain dan bersabda:Wahai Tuhanku, mereka itulah keluargaku.

Al-Tabari di dalam Jami' al-Bayan54 telah mengeluarkan banyak Hadis mengenai ayat al-Mubahalah dengan saluran yang bermacam-macam daripada Zaid bin 'Ali, al-Suddi, Qatadah, Thana bin Zaid dan daripada al-Yasykari.

Al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur55 daripada Jabir dia berkata di akhirnya: Jabir berkata maksud: Anfusana wa anfusakum (diri kami dan diri kamu) adalah Rasulullah SAWAW dan 'Ali AS wa abna’a na (anak-anak lelaki kami) ialah Hasan dan Husain dan Nisa’a na (wanita-wanita kami) ialah Fatimah.

Al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul56 berkata pada akhirnya: Sya'bi berkata: Abna’a na (anak-anak lelaki kami): Hasan dan Husain dan Nisa’a na (wanita-wanita kami): Fatimah, Wa anfusa na (diri-diri kami): 'Ali bin Abi Talib AS.

Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah57 meriwayatkan bahawa 'Ali bin Abi Talib AS adalah nafs Rasulullah (diri Rasulullah sendiri) sejajar dengan nas tersebut.

Al-Syablanji di dalam Nur al-Absar58 menyatakan bahawa maksud Nisa’a na (wanita-wanita kami) ialah Fatimah, Abna’a na (anak-anak lelaki kami) ialah Hasan dan Husain, Anfusa na (diri-diri kami) ialah nafsu hu dirinya sendiri dan diri 'Ali AS.

Muhibbudin al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba.59 Al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib.60 al-Hakim di dalam al-Mustadrak.61 Abu Nu'aim di dalam Dala'il al-Nubuwwah.62 al-Baghawi di dalam Ma'alim al-Tanzil.63 Fakhruddin al-Razi di dalam Mafatih al-Ghaib.64 Al-Dhahabi di dalam al-Talkhisnya.65 Ibn al-Athir al-Jazari di dalam Usd al-Ghabah.66 Sibt al-Jauzi di dalam Tadhkirah al-Huffaz.67 Al-Qurtubi di dalam Jami' li Ahkam al-Quran.68 Al-Baidawi di dalam Anwar al-Tanzil.69 Ibn Hajar al-'Asqalani di dalam al-Isabah.70

Syaikh Muhammad bin Talhah al-Syafi'i di dalam Matalib al-Su'ul,71 menyatakan bahawa ayat al-Mubahalah telah diriwayatkan oleh perawi-perawi yang thiqah bahawa ia diturunkan pada 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain AS.

Dan ramai lagi bilangan para imam Ahlu Sunnah yang aku tidak dapat menyebut nama mereka di dalam buku ini. Semuanya menegaskan bahwa ayat ini diturunkan kepada lima manusia yang suci. Imam Bahrani telah menyatakan di dalam Ghayah al-Maram72 bahawa ayat ini telah diturunkan kepada 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain AS. melalui sembilan belas Hadis menurut Ahlu Sunnah dan lima belas Hadis menurut Syiah. Ayatullah al-Najafi dalam Ta'liqatuhu 'Ala Ihqaq al-Haq73 telah menyebut nama-nama para ulama Ahlu Sunnah yang menyatakan bahawa ayat al-Mubahalah diturunkan kepada lima manusia yang suci.

Justeru itu aku membuat kesimpulan bahawa khalifah yang wajib selepas Rasulullah SAWAW ialah 'Ali bin Abi Talib AS kerana 'Ali di dalam ayat tersebut ialah nafs Muhammad SAWAW. Dengan ilmunya, akhlaknya, kemuliaannya, keberaniannya, lemah lembutnya, kasihan belasnya terhadap orang-orang yang lemah, garangnya terhadap orang yang zalim dan kedudukannya yang tinggi di sisi Allah selain daripada kenabian, bersandarkan sabda Nabi SAWAW maksudnya: "Anda di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa hanya tiada Nabi selepasku." Lantaran itu seorangpun tidak harus mendahuluinya kerana 'mendahuluinya' sepertilah mendahului Rasulullah SAWAW. Oleh itu berwaspadalah anda dan insaflah wahai pembaca yang budiman.

4. AYAT AL-MAWADDAH
Iaitu firman-Nya dalam (Surah al-Syu‘ara’ (42): 23):
"Katakanlah: Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan (al-qurba). Dan siapa yang mengerjakan kebaikan (al-Hasanah) akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri."

Ahli Tafsir Syiah bersepakat bahawa ayat tersebut diturunkan secara khusus kepada Ahlul Bayt; 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Demikian juga kebanyakan Ahli Tafsir Ahlu Sunnah wal Jamaah di dalam buku-buku Sahih dan Musnad mereka mengakui bahawa ayat tersebut diturunkan kepada 'itrah yang suci. Tetapi terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang membuat pentafsiran yang menyalahi apa yang diturunkan Allah SWT.

Ahlul Bayt AS dan para ulama Syiah bersepakat bahawa perkataaan al-Qur'ba di dalam ayat tersebut ialah kerabat Rasulullah SAWAW; 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Merekalah orang yang paling rapat dengan Rasulullah SAWAW. Dan perkataan al-Hasanah (kebaikan) bererti kasih sayang kepada mereka dan menjadikan mereka imam, kerana Allah amat mengampuni orang yang mewalikan mereka.

Dan ini adalah satu perkara yang disepakati oleh kami kerana ia merupakan suatu kepastian kerana banyak Hadis-Hadis muktabar mengenainya. Kami akan kemukakan kepada pembaca kami yang budiman beberapa Hadis yang muktabar menurut Ahlu Sunnah wa l-Jama'ah seperti berikut:

Ahmad bin Hanbal telah meriwayatkan di dalam Manaqib, al-Tabarani, al-Hakim dan Ibn Abi Hatim daripada 'Abbas sebagaimana telah diriwayatkan oleh Ibn Hajar di dalam pentafsiran ayat 14 daripada ayat-ayat yang telah dinyatakan di dalam fasal pertama daripada bab sebelas daripada al-Sawa'iqnya dia berkata: Manakala turunnya ayat ini mereka bertanya: Wahai Rasulullah! Siapakah kerabat anda yang diwajibkan ke atas kami mengasihi mereka? Beliau SAWAW menjawab: 'Ali, Fatimah dan dua anak lelaki mereka berdua.

Hadis ini juga telah dicatatkan oleh Ibn Mardawaih,74 diriwayatkan daripada Ibn 'Abbas oleh Ibn Mundhir, al-Muqrizi, al-Baghawi, al-Tha'labi di dalam tafsir-tafsir mereka. Al-Suyuti di dalam Durr al-Manthur, Abu Nu'aim di dalam Hilyahnya, al-Hamawaini di dalam al-Fara'id, al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul dan Ibn Maghazili di dalam al-Manaqib, al-Zamakhsyari di dalam al-Kasysyaf,75 Muhibbuddin al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba,76 Talhah al-Syafi'i di dalam Matalib Su'ul,77 Abu Sa'id di dalam Tafsirnya,78 al-Nasafi di dalam Tafsirnya,79 Abu Hayyan di dalam Tafsirnya,80 Ibn Sibagh al-Maliki di dalam Fusul al-Muhimmah,81 al-Hafiz al-Haithami di dalam al-Majma',82 al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib.83

Al-Qastalani di dalam al-Mawahib, berkata: Allah memastikan kasih sayang kepada semua kerabat Rasulullah SAWAW dan mewajibkan kasih sayang sebahagian daripada Ahlul Baytnya AS dan zuriatnya. Justeru itu Dia berfirman dalam (Surah al-Syura'(42): 23)

"Katakanlah: Aku tidak meminta upahmu sesuatu upahpun ke atas seruanku kecuali kasih sayang kepada kekeluargaan."

al-Zarqani di dalam Syarh al-Mawahib,84 al-Syablanji di dalam Nur al-Absar,85 Ibn Hajar di dalam Sawa'iq al-Muhriqah,86 al-Suyuti di dalam Ihya’ al-Mayyit pada kitab Hamisy al-Ithaf.87

Al-Bukhari di dalam Sahihnya,88 daripada Ibn 'Abbas RD bahawa dia ditanya mengenai firman-Nya:..."kecuali kasih sayang kepada kekeluargaan." Dia menjawab: Ia adalah kerabat Rasulullah SAWAW. Al-Tabari di dalam Tafsirnya,89 daripada Sa'id bin Jubair tentang firman-Nya, Surah al-Syura'(42):23):

"Katakanlah: Aku tidak meminta upahmu sesuatu upahpun ke atas seruanku kecuali kasih sayang kepada kekeluargaan."

Dia menjawab: Ia adalah kerabat Rasulullah SAWAW.

Ibn Hajar al-'Asqalani di dalam al-Kafi al-Syafi fi Takhrij Ahadith al-Kasysyaf,90 berkata: al-Tabarani, Ibn Abi Hatim dan al-Hakim telah meriwayatkannya dalam Manaqib al-Syafi'i daripada Husayn Asyqar daripada Qais bin al-Rabi' daripada A'masy daripada Said bin Jubair daripada Ibn 'Abbas ditanya: Wahai Rasulullah! Siapakah kerabat anda yang diwajibkan ke atas kami mengasihi mereka? Beliau menjawab:'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain.

Al-Qunduzi al-Hanafi dalam Yanabi' al-Mawaddah,91 berkata: Ahmad telah meriwayatkan dalam Musnadnya dengan sanadnya daripda Sa'id bin Jubair daripada Ibn 'Abbas RD bahawa ayat ini diturunkan kepada lima orang. Al-Tabrani di dalam Mu'jam al-Kabirnya menyatakan ayat ini diturunkan kepada lima orang.

Ibn Abi Hatim di dalam Tafsirnya dan al-Hakim di dalam al-Manaqibnya menyatakan ayat ini diturunkan kepada lima orang. Al-Wahidi di dalam al-Wasit, Abu Nu'aim di dalam Hilyah al-Auliya', al-Tha'labi di dalam Tafsirnya, al-Hamawaini di dalam Fara'id al-Simtin, Abu Bakar bin Syahabbuddin al-Syafi'i dalam Rasyfah Sadi92 semuannya meriwayatkan bahawa ayat tersebut di turunkan kepada lima orang.

Al-Mulla di dalam Sirahnya meriwayatkan sebuah Hadis: "Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ke atas kalian kasih sayang terhadap kerabatku dan aku bertanyakan kalian tentang mereka di hari esok." Ahmad di dalam Manaqib dan al-Tabarani di dalam al-Kabir meriwayatkan daripada 'Abbas RD dia berkata: Manakala turunnya ayat ini mereka bertanya: Wahai Rasulullah SAWAW siapakah kerabat kamu yang diwajibkan ke atas kami mengasihi mereka? Beliau menjawab: 'Ali, Fatimah, dan kedua-dua anak lelaki mereka.

Al-Baghawi dan al-Tha'labi meriwayatkan di dalam Tafsir mereka daripada 'Ibn Abbas RD dia berkata: Manakala turunnya ayat (Surah al-Syura (42):23), sebahagian orang ramai berkata: Beliau hanya menghendaki supaya kita mengasihi kerabatnya. Lantas Jibrail memberitahukan Nabi SAWAW tentang tuduhan mereka. Maka turunlah ayat (Surah al-Syura'(42):24):

"Bahkan mereka mengatakan: Dia (Muhammad) telah mengada-adakan dusta terhadap Allah."

Maka sebahagian mereka pula berkata: Wahai Rasulullah kami menyaksikan sesungguhnya anda adalah seorang yang benar. Maka turunlah pula (Surah al-Syura' (42):25):
"Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Al-Tabarani di dalam al-Ausat dan al-Kabir telah meriwayatkan daripada Abu Tufail sebuah khutbah Hasan AS:Kami daripada Ahlul Bayt yang telah difardhukan Allah untuk mengasihi mereka dan menjadikan mereka pemimpin. Maka beliau berkata: Di antara apa yang telah diturunkan ke atas Muhammad SAWAW ialah: Katakanlah:

"Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun ke atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan."

Di dalam riwayat yang lain: Kami adalah daripada Ahlul Bayt yang telah fardhukan Allah ke atas setiap Muslim mengasihi mereka. Maka turunlah ayat (Surah al-Syura (24):23):

"Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun ke atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan." Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri."

Al-Suddi meriwayatkan daripada Ibn 'Abbas mengenai firman-Nya:"Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri" dia berkata: al-Mawaddah adalah (cinta) terhadap kerabat keluarga Muhammad SAWAW.

Al-Hakim di dalam al-Mustadrak93 tanpa menyebut sanad-sanadnya daripada 'Umar bin 'Ali daripada bapanya daripada 'Ali bin Husain dia berkata:Hasan bin Ali berpidato ketika pembunuhan 'Ali AS. Beliau memuji Tuhan hingga akhirnya beliau berkata:"Kami adalah daripada Ahlul Bayt yang dihilangkan kekotoran mereka oleh Allah dan membersihkan mereka dengan sebersih-bersihnya. Dan kamilah Ahlul Bayt yang difardhukan Allah ke atas setiap Muslim supaya mengasihi mereka. Maka beliau berkata: Allah berfirman kepada Nabi-Nya: Katakanlah 'Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun....."

Al-Dhahabi juga meriwayatkan Hadis tersebut di dalam al-Talkhisnya.94 Al-Zamakhsyari di dalam al-Kasysyaf95 berkata: Manakala ayat tersebut diturunkan, ada orang bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah kerabat anda yang diwajibkan ke atas kami mengasihi mereka? Beliau menjawab: 'Ali, Fatimah, dan kedua-dua anak lelaki mereka.

Dan diriwayatkan daripada 'Ali AS: Aku mengadu kepada Rasulullah SAWAW tentang hasad dengki manusia terhadapku. Maka beliau menjawab: Tidakkah anda meredai bahawa anda di kalangan empat orang yang pertama akan memasuki syurga? Aku, anda, Hasan dan Husain.....

Al-Karimi meriwayatkan daripada 'Aisyah dengan sanadnya daripada 'Ali RD. al-Tabarani meriwayatkannya daripada Abi Rafi' di dalam Takhrij al-Kasysyaf daripada Nabi SAWAW: Diharamkan syurga ke atas orang yang menzalimi Ahlul Baytku dan menyakitiku pada itrahku. Hadis ini juga telah diriwayatkan oleh al-Tha'labi di dalam al-Takhrij al-Kasysyaf. Al-Khawarizmi di dalam Maqtal al-Husain,96Ibn Batriq di dalam al-Umdah97 daripada Musnad Ahmad dengan membuang beberapa sanad daripada Sa'id bin Jubair daripada Ibn 'Abbas bahawa ayat tersebut telah diturunkan kepada lima orang.

Muhammad bin Talhah al-Syafi'i dalam Matalib al-Su'ul98 berkata: Merekalah dhawil Qurba di dalam ayat tersebut, ia telah diterangkan dan diperakui oleh perawi-perawi Hadis di dalam musnad-musnad mereka daripada Jubair daripada 'Ibn 'Abbas manakala turun firman-Nya: "Katakanlah: Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan. Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri." Mereka bertanya wahai Rasulullah SAWAW: Siapakah mereka yang diwajibkan ke atas kami mengasihi mereka? Beliau SAWAW menjawab:'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain.

Al-Wahidi dan al-Tha'labi meriwayatkan Hadis ini dengan sanadnya al-Tha'labi menyatakan: Ketika Rasulullah SAWAW melihat kepada 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain beliau bersabda: Aku memerangi orang yang memerangi kalian dan berdamai dengan orang yang berdamai dengan kalian. Al-Hijazi di dalam al-Wadih99 berkata: Mereka itu ialah 'Ali, Fatimah kedua-dua anak lelaki mereka berdua. Dia berkata lagi: Pengertian ini telah diriwayatkan oleh Rasulullah SAWAW yang telah diterangkan oleh Allah SWT.

Al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib100 dengan membuang beberapa sanad daripada Jabir bin 'Abdullah, berkata: Seorang badwi datang kepada Nabi SAWAW dengan berkata: Wahai Muhammad bentangkan ke atasku Islam. Maka dia berkata: Kami naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Dia yang Tunggal tiada sekutu bagi-Nya dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan pesuruh-Nya. Dia bertanya: Adakah anda meminta upah dariku ke atasnya? Beliau menjawab: Tidak! Melainkan mengasihi kerabatku. Dia bertanya: Kerabatku atau kerabat anda? Beliau menjawab: Kerabatku. Dia menjawab: Sekarang aku membai'ah anda, dan bagi orang yang tidak mencintai anda dan mencintai kerabat anda, maka laknat Allah ke atas mereka. Maka Nabi SAWAW bersabda: Amin.....Buatlah rujukan kepada buku-buku Hadis karangan Ahlu Sunnah wal Jamaah, nescaya anda akan mendapati Hadis-Hadis yang banyak mengenainya.

Ayatullah Mar'asyi al-Najafi di dalam Ta'liqat 'Ala Ihqaq al-Haqa'iq101 karangan al-Sa'id al-Syahid Nur Allah al-Tastari, telah mengumpulkan Hadis-Hadis yang banyak dari rujukan-rujukan Ahlu Sunnah dengan menyebutkan perawi-perawi mereka. Begitu juga al-'Allamah al-Amini di dalam al-Ghadir.102

Justeru itu rujukan-rujukan Ahlu Sunnah sendiri telah mengukuhkan dakwaan Syiah kerana terdapat Hadis-Hadis yang muktabar dan mutawatir tentang hak 'Ali dan keluarganya AS. Sesungguhnya kebenaran terserlah. Wal hamdulillah.

Ringkasnya, dengan ayat ini orang yang menjadi imam dan khalifah selepas Rasulullah SAWAW secara langsung ialah imam Amirul Mukmimin 'Ali AS. Kerana ayat tersebut membuktikan bahawa mengasihi 'Ali AS adalah wajib kerana Allah memberikan pahala kepada orang yang mengasihi kerabatnya. Oleh itu jika kesalahan berlaku daripada mereka maka kasih sayang kepada mereka wajib dihentikan kerana firman-Nya di dalam (Surah al-Mujadalah(58): 22):

"Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya."

Dan selain daripada 'Ali AS adalah tidak maksum. Oleh itu, beliaulah imam secara langsung. Ayatullah al-'Uzma al-Syahid al-Nur al-Tastari di dalam buku Ihqaq al-Haqa'iq berkata: Orang-orang Syiah mengemukakan dalil-dali tentang keimamahan 'Ali AS terhadap Ahlu Sunnah bukanlah suatu perkara yang wajib, malah ia suatu amalan sukarela kerana Ahlu Sunnah wal Jamaah telah bersetuju sesama mereka tentang keimamahan 'Ali AS selepas Rasulullah SAWAW. Tetapi perbezaannya Syiah menafikan wasitah103 sedangkan Ahlu Sunnah menetapkannya. Justeru itu ia dikemukakan oleh orang-orang yang menetapkannya (al-Muthbit) dan bukan orang yang menafikannya sebagaimana telah ditetapkan di dalam kaedah usul fiqh melainkan mereka telah mencari ijmak dengan mengingkari keimamahannya secara mutlak. Lantaran itu Syiah wajib mengemukakan dalil. Dan Allah adalah Penunjuk kepada jalan yang benar.

5. AYAT SALAWAT
Iaitu firman-Nya di dalam (Surah al-Ahzab (33):56):

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."

Syiah bersepakat bahawa ayat ini telah diturunkan kepada Nabi SAWAW dan Ahlul Baytnya AS. Begitu juga sebahagian besar ulama Ahlu Sunnah sependapat dengan Syiah bahawa ayat tersebut diturunkan kepada Muhammad, 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain AS.

Imam Syafi'i dalam Musnadnya berkata: Ibrahim bin Muhammad telah memberitahukan kami bahawa Safwan bin Sulaiman telah memberitahu kami daripada Abi Salmah daripada 'Abdu r-Rahman daripada Abu Hurairah dia bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kami bersalawat ke atas anda? Maka Rasulullah SAWAW menjawab: Kalian berkata: Allahumma Salli 'Ala Muhammad wa Ali Muhammad.104

Ibn Hajar di dalam al-Sawa'iq ah-Muhriqah105 mencatat riwayat daripada Ka'ab bin ‘Ujrah. Dia berkata: Apabila turun ayat ini, kami bertanya wahai Rasulullah! Kami mengetahui bagaimana kami memberi salam ke atas anda. Tetapi kami tidak mengetahui bagaimana kami bersalawat ke atas anda? Maka beliau SAWAW bersabda: Kalian katakanlah Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad. Dan diriwayatkan daripada Nabi SAWAW, beliau bersabda: Janganlah kalian bersalawat ke atasku dengan salawat yang terputus. Lalu mereka bertanya: Apakah salawat terputus itu? Beliau menjawab: Kalian berkata: Allahumma salli 'ala Muhammad, kemudian kalian berhenti. Justeru itu katakan: Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad.

Al-Qurtubi di dalam Jami' li-Ahkam al-Quran106 menegaskan bahawa Ahlul Bayt Nabi SAWAW dihubungkaitkan dengan Nabi SAWAW di dalam salawat ke atasnya. Sementara Ibn 'Arabi di dalam Ahkam al-Quran107 mengatakan bahawa ayat al-Mawaddah diturunkan kepada Nabi SAWAW dan Ahlul Baytnya yang disucikan.

Di sini dikemukakan sebahagian daripada riwayat-riwayat para ulama Ahlu Sunnah yang mengatakan bahawa ayat tersebut diturunkan kepada Nabi SAWAW dan Ahlul Baytnya seperti berikut:

1. Al-Bukhari dalam Sahihnya, VI, hlm. 12
2. Al-Wahidi dalam Asbab al-Nuzul, hlm. 271.
3. Al-Baghawi dalam Ma'alim al-Tanzil, V, hlm. 225.
4. Al-Hakim dalam al-Mustadrak, III, hlm. 148.
5. Fakhruddin al-Razi dalam Mafatih al-Ghaib, XV, hlm. 226.
6. Al-Hafiz Abu Nu'aim al-Isfahani dalam Akhbar Isfahani, I, hlm. 31.
7. Al-Hafiz Abu Bakar al-Khatib dalam Tarikh Baghdad, VI, hlm. 216.
8. Ibn 'Abd al-Barr dalam Tajrid al-Tawhid, hlm. 85.
9. Al-Nisaburi dalam al-Tafsir, XX, hlm. 30.
10. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma'ani, XXII, hlm. 22.
11. Muhibuddin al-Tabari dalam Dhakha'ir la-'Uqba, hlm. 19.
12. Al-Nawawi dalam Riyadh al-Salihin, hlm. 155.
13. Ibn Kathir dalam al-Tafsir, III, hlm. 506.
14. Al-Qurtubi dalam al-Jami' li Ahkam al-Quran, XX, hlm. 27.
15. Al-Khazin dalam al-Tafsir, V, hlm. 226.
16. Al-Suyuti dalam al-Durr al-Manthur, V, hlm. 215; Bughyah al-Wu'at, hlm. 442.
17. Al-Syaukani dalam Fath al-Qadir, IV, hlm. 293.
18. Abu Bakar al-Hadhrami dalam Rasyfah al-Sadi, hlm. 24.
19. Al-Sayyid Ibrahim Naqib, dalam al-Bayan wa Ta'rif, I, hlm. 134.
20. Muhammad Idris al-Hanafi dalam al-Ta'liq al-Sahih fi Syarh al-Masabih, I, hlm. 401 & 402 telah meriwayatkan Hadis ini dengan sanad yang banyak dan bermacam-macam. Semuanya meliputi salawat ke atas Nabi SAWAW dan Ahlul Baytnya.

Aku berpendapat: "menyebut mereka" di dalam sembahyang dan bukan orang yang selain daripada mereka adalah dalil yang terang betapa tingginya kedudukan mereka. Lantaran itu tidak sah sembahyang seorang mukallaf sama ada dahulu ataupun sekarang tanpa pengucapan salawat ke atas mereka Ahlul Bayt AS sama ada dia seorang yang bergelar al-Siddiq (Abu Bakar), al-Faruq (Umar atau dhunur atau anwar ('Uthman).

Al-Nisaburi dalam Tafsirnya108 menyatakan ayat al-Mawaddah sudah cukup sebagai tanda penghormatan kepada Ahlul Bayt Rasulullah SAWAW kerana tasyahhud di akhiri dengan 'menyebutkan' mereka dan selawat ke atas mereka pada setiap sembahyang.

Muhibbuddin al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba109 meriwayatkan daripada Jabir dia berkata: Jika aku sembahyang dan tidak berselawat ke atas Muhammad dan Ahlul Baytnya, maka aku fikir sembahyangku tidak diterima.

Kadi 'Iyad telah menyatakan di dalam al-Syifa' daripada Ibn Mas'ud secara marfu': Sesiapa yang mengerjakan solat tanpa berselawat ke atasku dan Ahlul Baytku (di dalamnya), nescaya solatnya tidak diterima.110

Ibn Hajar di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah111 menyatakan bahawa al-Daruqutni dan al-Baihaqi meriwayatkan Hadis: Sesiapa mengerjakan solat dan tidak berselawat ke atasku dan Ahlul Baytku, maka solatnya tidak akan diterima." Hadis ini merupakan sumber rujukan Imam Syafi'i rd. yang mengatakan bahawa selawat ke atas Al (Ahlul Bayt) adalah sebahagian daripada kewajipan solat seperti mana selawat ke atas Nabi SAWAW. Pada hakikatnya ia adalah lemah kerana sumber rujukan yang sebenar ialah Hadis Nabi SAWAW yang disepakati: Katakanlah Allahumma salli 'ala Muhammad wa 'ali Muhammad. Perintah (amr) di dalam Hadis tersebut adalah wajib.

Fakhruddin al-Razi di dalam Mafatih al-Ghaib112 menegskan bahawa selawat ke atas Ahlul Bayt AS adalah satu kedudukan yang tinggi. Oleh itu selawat ke atas mereka dijadikan sebagai penamat tasyahhud. Dan sabdanya: 'Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad wa r-ham Muhammad wa 'Ali Muhammad,' adalah suatu kemuliaan yang tidak boleh terjadi kepada selain daripada keluarga Muhammad SAWAW. Ini menunjukkan bahawa cinta kepada Muhammad dan 'Ali Muhammad adalah wajib. Dan beliau bersabda: Ahlul Baytnya SAWAW menyamai di dalam lima perkara:

i. Di dalam selawat ke atas Nabi SAWAW dan ke atas mereka (Tasyahhud).
ii. Di dalam Salam (Salam).
iii. Di dalam kesucian (at-Taharah)
iv. Di dalam pengharaman (Sadqah)
v. Di dalam kasih sayang (al-Mahabbah)

Apa yang telah kami kemukakan tadi menunjukkan bahawa selawat ke atas mereka adalah dituntut di dalam solat. Dan banyak lagi Hadis-Hadis di dalam buku-buku Ahlu Sunnah yang menjelaskan hakikat ini.

Setelah aku membaca kesemua rujukan-rujukan di atas, aku dipenuhi kehairanan. Kenapa 'mereka' mendahului orang yang bukan Ahlul Bayt daripada Ahlul Bayt? Dan apa yang lebih menghairan ialah kata-kata Ibn Abi al-Hadid di dalam muqadimmah Syarh Nahj al-Balaghah113 di mana dia berkata: Segala puji bagi Allah yang telah mendahului al-Mafdhul (kurang baik) ke atas al-Fadhil (lebih baik).' Kata-katanya adalah menyalahi al-Quran dan Sunnah Nabi SAWAW kerana Allah tidak meredai pengutamaan al-mafdhul ke atas al-Fadhil (pengutamaan Abu Bakar, Umar, dan Uthman ke atas 'Ali) begitu juga Rasul-Nya, dan orang yang mempunyai akal yang sejahtera dan mempunyai hati yang bebas.

Dan apa yang menghairankan juga ialah kenapa mereka begitu berani mencaci Syiah Ahlul Bayt Rasulullah SAWAW yang mewalikan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Sebagaimana firman-Nya di dalam (Surah al-Maidah (5): 56):

"Sesiapa yang mewalikan Allah dan Rasul-Nya, maka parti Allah pasti mendapat kemenangan." Syiah mengambil apa yang datang daripada Allah dan Rasul-Nya, mereka tidak berganjak walau sedikitpun.

Ringkasnya Khilafah 'Ali AS sabit selepas Rasulullah SAWAW menurut ayat Salawat kerana Allah SWT mengiringinya ('Ali) bersama Rasulullah SAWAW dalam selawat ke atasnya. Justeru itu tidak seorangpun harus mendahuluinya sebagaimana ia tidak harus mendahului Rasulullah SAWAW. Berfikirlah wahai pembaca yang budiman jika anda orang yang berfikiran bebas.

6. AYAT TABLIGH ATAU HADIS AL-GHADIR
Iaitu firman-Nya (Surah al-Mai'dah (5:67):

"Hai Rasul, sampaikan apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, bererti) kamu tidak menyampaikan anamatNya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir."

Allah SWT telah memerintahkan Nabi-Nya di Ghadir Khum supaya menyampaikan ayat yang mulia ini kepada umat Muslimin. Semua ahli Tafsir Sunnah dan Syiah bersepakat bahawa ayat ini diturunkan di Ghadir Khum mengenai 'Ali AS bagi melaksanakan urusan Imamah. Ia merupakan nas bagi jawatan khalifah yang besar dan pimpinan agama yang mulia. Tidak akan mengesyakinya melainkan orang yang mengikut hawa nafsu atau kerana fanatik kepada mazhab yang dianuti. Sikap tersebut adalah menyalahi Qur'an dan mengingkari Hadis-Hadis Nabi SAWAW yang mutawatir yang disepakati kesahihannya kecuali orang fanatik yang dikuasai oleh nafs al-Ammarah. Lantaran itu dia akan binasa kerana pengingkarannya terhadap asas agama.

Al-'Allamah al-Sayyid al-'Abbas al-Kasyani menyatakan di dalam buku Masabih al-Jinan114 bahawa hari perayaan al-Ghadir adalah perayaan Allah yang besar dan perayaan Ahlul Bayt Muhammad SAWAW. Ia sebesar-besar perayaan dan semulia-mulia perayaan di sisi mereka. Iaitu hari di mana Rasulullah SAWAW telah melantik 'Ali sebagai imam dan khalifah selepasnya dengan kehadiran beribu-ribu kaum Muslimin yang datang dari segenap pelusuk dunia.

Beliau telah memerintahkan mereka supaya membai'ahnya dan menyerahkan kepadanya urusan pemerintahan Mukminin. Peristiwa ini berlaku semasa Haji Wida' di suatu tempat bernama Ghadir Khum, tiga batu dari Juhfah berhampiran Rabigh selepas beliau kembali daripada mengerjakan haji di antara Mekah dan Madinah. Jibra'il datang kepada beliau untuk tujuan tersebut. Nabi SAWAW merasa takut untuk menyalahi kaumnya, lalu beliau berdoa: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku masih baru dengan zaman Jahiliyyah. Apabila aku melakukan perintah ini, mereka akan berkata: Beliau melakukannya kepada sepupunya. Kemudian Jibra'il AS datang kepadanya kali kedua di mana lima jam berlalunya siang dan berkata: Ya Muhammad! Sesungguhnya Allah menyampaikan salam kepada anda dan berfirman maksudnya:

“Wahai Rasul Allah! sampaikanlah apa Yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; (iaitu tentang 'Ali)dan jika Engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah Engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum Yang kafir”. (Surah al-Ma’idah (5): 67)

Bilangan hadirin adalah melebihi satu ratus ribu orang. Jibra'il memberitahu Nabi SAWAW supaya orang ramai berhenti di tempat itu, dan mengisytiharkan 'Ali sebagai khalifah kepada mereka, dan menyampaikan kepada mereka bahawa sesungguhnya Allah SWT telah memeliharanya ('Asamahu) daripada orang ramai. Manakala tiba di Ghadir Khum, azan berkumandang di udara dan solat berjama'ah didirikan.

Di hari itu panas terik, sekiranya daging dicampakkan ke tanah nescaya ia akan masak. Nabi SAWAW menyuruh mereka supaya menyusun batu seperti mimbar kemudian diteduhi dengan kain di atasnya. Lalu beliau berdiri di atasnya manakala mereka berhimpun, beliau memberi khutbahnya yang paling bersejarah, menguatkan suaranya supaya dapat didengari oleh seratus ribu lebih Muslimin yang datang dari setiap pelusuk. Selepas memuji Allah, beliau menyampaikan nasihat dan mengisytiharkan kepada ummah tentang kematiannya seraya berkata: Aku telah dipanggil dan hampir aku menyahutinya dan denyutan jantung hatiku kian memuncak di hadapan kalian." Kemudian beliau mengangkat tangan 'Ali AS sehingga orang ramai melihat keputihan ketiak Rasulullah SAWAW sambil berkata: Wahai manusia! Tidakkah aku lebih aula daripada diri kalian? Mereka menjawab: Ya! Wahai Rasulullah (SAWAW). Beliau bersabda: Wahai Tuhanku, siapa yang telah menjadikan aku sebagai maulanya, maka 'Ali adalah maulanya. Wahai Tuhanku, cintailah mereka yang mewalikannya dan memusuhilah mereka yang memusuhinya. Dan tolonglah orang yang menolongnya. Hinalah orang yang menghinanya. Marahilah orang yang memarahinya. Cintailah orang yang mencintainya. Muliakanlah orang yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah menyempurnakan bagi kalian agama kalian dengan wilayah dan imamahnya. Tidak memarahi 'Ali melainkan orang yang celaka. Tidak mewalikan 'Ali melainkan orang yang bertakwa. Wahai manusia! Janganlah kalian kembali selepasku dalam keadaan kafir, bunuh membunuh sesama kalian. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang berharga jika kalian berpegang teguh kepadanya, kalian tidak akan sesat selama-lamanya: Kitab Allah dan Itrah Ahlul Baytku. Kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga kedua-duanya dikembalikan di Hawd.

Wahai manusia! Telah sesat kebanyakan orang-orang yang terdahulu. Akulah Sirat al-Mustaqim di mana Allah telah memerintahkan kalian supaya berjalan di atasnya untuk mendapat petunjuk-Nya. Ali selepasku, kemudian Hasan, Husain dan sembilan (manusia) imam daripada keturunannya yang menunjuk kebenaran. Sesungguhnya aku telah menerangkan kepada kalian dan memahamkan kalian. Dan inilah 'Ali yang akan memahamkan kalian selepasku. Sesungguhnya aku menyeru kalian supaya berjabat tanganku sebagai tanda membai'ahnya dan memperakuinya. Sesungguhnya aku telah membai'ah Allah dan 'Ali mengikut sama. Sesungguhnya bai'ah kalian kepadanya adalah daripada Allah. Justeru itu sesiapa yang mengingkari bai'ahnya maka dia sesungguhnya mengingkari dirinya sendiri. Dan sesiapa yang menepati apa yang telah dijanjikan Allah SWT maka Dia akan memberi ganjaran yang besar."

Tiba-tiba 'Umar bin al-Khattab berkata kepada 'Ali: Tahniah kepada anda wahai anak lelaki Abu Talib. Anda adalah maulaku dan maula setiap Mukmin dan Mukminat. Di dalam riwayat yang lain pula Umar berkata: Selamat bahagia untuk anda wahai 'Ali. Abu Sa'id al-Khudri berkata: Pada masa itu kami belum pulang sehingga turunnya ayat ikmal al-Din (Surah al-Maidah (5):3) yang bermaksud:

"Pada hari ini telahku sempurnakan bagimu agamamu, dan telahku cukupkan kepadamu nikmatku, dan telahku redha Islam itu agamamu."

Nabi bersabda: Allahu Akbar kerana menyempurnakan agama, menyempurnakan nikmat dan keredhaan Tuhan dengan risalahku dan dengan wilayah 'Ali AS selepasku. Kemudian Hasan bin Tsabit bangun dan berkata: Izinkan aku wahai Rasulullah SAWAW untuk mengemukakan beberapa rangkapan syair mengenai 'Ali supaya anda mendengarnya. Maka Rasulullah SAWAW menjawab: Katakanlah semoga anda di dalam keberkatan Allah. Maka Hasan mengemukakan syair berikut:

“Mereka diseru di hari al-Ghadir oleh Nabi mereka di Khum aku mendengar bersama Rasul seorang penyeru.
Dia berkata: Siapakah maula dan wali kalian? mereka menjawab: Mereka tidak melahirkan di sana sebarang kesamaran.
Tuhan anda ialah maula kami dan anda adalah wali kami hanya penderhaka sahaja yang menentang kami di dalam wilayah.

Maka dia berkata kepadanya: Berdirilah wahai 'Ali, maka sesungguhnya aku meredhai anda selepasku menjadi imam dan petunjuk.
Maka sesiapa yang telah menjadikan aku sebagai maulanya, maka ini adalah walinya maka jadikanlah kalian baginya pembantu-pembantu yang benar
Di sana beliau menyeru: Wahai Tuhanku perwalikanlah walinya dan jadikanlah orang yang menentang 'Ali sebagai musuhnya”.

Al-Allamah al-Kasyani telah menyatakan di dalam Masabih al-Jinan115 bahawa ahli-ahli sejarah Islam dari berbagai mazhab telah menyebutkan pendirian Nabi SAWAW di Hari al-Ghadir dan perlantikan 'Ali sebagai khalifah memadailah di hari yang bersejarah itu satu kehormatan dan kemuliaan telah diberikan oleh pengarang-pengarang penyair-penyair mengenainya. Justeru itu amatlah sukar untuk dikemukakan sekaligus apa yang terkandung di dalam buku-buku Tafsir, Hadis, Musnad, Sirah dan sastera mengenai al-Ghadir. Buatlah rujukan kepada dua buku yang masyhur; al-'Aqabat dan al-Ghadir.

Aku berpendapat sebenarnya para ulama Islam telah bersepakat bahawa ayat al-Tabligh (Surah al-Maidah(5):67) telah diturunkan kepada 'Ali AS secara khusus bagi mengukuhkan khalifah untuknya. Di hari tersebut riwayat Hadis al-Ghadir adalah Mutawatir. Ia telah diriwayatkan oleh semua ahli sejarah dan ahli Hadis dari berbagai golongan dan ia telah diperakukan oleh ahli Hadis dari golongan Sunnah dan Syiah. Ia tidak dapat ditolak kecuali orang yang takbur, degil dan bodoh. Sebahagian meriwayatkannya dengan panjang dan sebahagian yang lain pula meriwayatkannya secara ringkas. Bilangan perawi-perawinya dari kalangan sahabat melebihi satu ratus sepuluh orang termasuk sahabat-sahabat yang terlibat di dalam peperangan Badr.116 Bilangan perawi-perawi dari kalangan tabi'in yang meriwayatkannya ialah lapan puluh empat orang. Sementara bilangan ulama dan Muhaddithin di kalangan Ahlu Sunnah yang meriwayatkan Hadis al-Ghadir ialah sebanyak tiga ratus enam puluh orang yang berdasarkan kepada buku-buku rujukan Ahlu Sunnah wal Jamaah.

Kemungkinan besar bilangan perawi-perawi yang tidak dapat dikesan adalah lebih ramai daripada itu. Sepatutnya bilangan perawi-perawi Hadis tersebut berkali ganda ramai kerana bilangan mereka yang mendengar khutbah Nabi SAWAW adalah melebihi seratus ribu orang. Biasanya mereka menceritakan peristiwa tersebut apabila mereka kembali ke tanah air mereka sebagaimana seorang penyair berkata:

“Dan ketahuilah sesungguhnya tetamu memberitahukan keluarga malam yang dilaluinya sekalipun ia tidak ditanya”.

Ya! Semuanya akan melakukan sedemikian melainkan sebilangan daripada mereka yang mempunyai perasaan dendam kesumat di hati mereka. Lalu mereka menyembunyikannya kerana kemarahan dan hasad dengki mereka.

Adapun Syiah, mereka telah bersepakat tentang kemutawatirannya. Tetapi manakala sabitnya Hadis al-Ghadir sehingga mencapai ke tahap di mana orang yang mempunyai perasaan iri hati tidak dapat menolaknya, lalu ditanamkan perasaan curiga kepada perawi-perawi dan riwayat-riwayat mereka pula. Mereka menakwilkan perkataan al-Maula menurut hawa nafsu mereka. Kadangkala mereka mentafsirkannya dengan pencinta (al-Muhibb), pembantu (al-Nasir) dan dengan perkataan al-Aula (lebih utama).

Demikianlah sekiranya mereka tidak ada jalan lain lagi untuk melakukan kecacatan dan 'kelemahan' di dalam penafsiran ayat dan Hadis. Mereka juga mengatakan bahawa Nabi SAWAW berada di Ghadir Khum, dan berkhutbah bagi menerangkan kepada orang ramai tentang kedudukan 'Ali dan memperkenalkannya ('Ali) kepada orang ramai dan bukan bertujuan untuk menjadikannya khalifah selepasnya.

Adapun orang yang syak tentang perkataan al-Waliyy sebagaimana telah disebutkan, sekalipun ia mungkin memberi pengertian-pengertian tersebut sebagaimana dikatakan oleh lawan yang angkuh, maka ia pasti memberi pengertian 'orang yang lebih berhak dengan khalifah'. Dan tidak harus seorangpun melakukan perkara tersebut selain daripadanya ('Ali AS). Dalil kami ialah ayat al-Wilayah (Surah al-Maidah (5):55). Adapun pendapat lawan yang menyatakan bahawa Rasulullah SAWAW berada di Ghadir Khum adalah untuk menerangkan kepada orang ramai tentang kedudukan 'Ali AS sahaja dan bukan sebagai pengganti Nabi SAWAW adalah rekaan semata-mata. Lantaran itu percakapannya adalah batil, tidak sampai kepada hakikat dan ia tidak dapat diterima.

Kerana seolah-olah 'Ali AS tidak dikenali sebelumnya sehingga Rasulullah SAWAW berada di tempat tersebut dan memperkenalkannya kepada orang ramai pada masa yang mencemaskan dengan suhu yang tinggi. Sebagaimana telah diterangkan kepada kalian sesungguhnya 'Ali lebih dikenali di dalam peperangan-peperangannya, disaksikan oleh peristiwa-peristiwa tersebut dan beliau ('Ali AS)lah yang telah mengukuhkan agama ini dengan pedangnya.

Oleh itu dalil yang paling kuat tentang kebenaran dakwaan kami ialah 'Ali AS sendiri berdiri memberi khutbahnya di atas mimbar di Rahbah sebagaimana telah disebutkan oleh semua ahli sejarah selepas beliau menjadi khalifah.

Dia berkata: Aku menyeru kerana Allah bagi setiap orang yang mendengar Rasulullah SAWAW bersabda di Hari al-Ghadir supaya berdiri dan mempersaksikan apa yang telah didengarinya. Dan tidak boleh berdiri melainkan orang yang melihatnya (Nabi SAWAW) dengan matanya dan mendengar dengan kedua telinganya. Maka tiga puluh sahabat berdiri termasuk dua belas orang yang telah mengambil bahagian di dalam peperangan Badr. Maka mereka telah menyaksikan bahawa beliau SAWAW telah memegang 'Ali dengan tangannya dan berkata kepada orang ramai: “Tidakkah anda mengetahui bahawa sesungguhnya aku lebih aula dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri? Mereka menjawab: Ya. Beliau bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya”.

Pembaca yang budiman tentu seklai tidak akan mengatakan bahawa tiga puluh sahabat itu telah berbohong, kerana ini tidak dapat diterima oleh akal yang waras. Lantaran itu pencapaian tahap kemutawatiran Hadis al-Ghadir yang berlaku semata-mata dengan penyaksian mereka adalah Qat'i. Dan tidak syak lagi bahawa Hadis ini pula diambil oleh semua orang yang berada di Rahbah di dalam perhimpunan tersebut, dan menyebarkannya selepas mereka pulang ke tempat-tempat mereka.

Sebagaimana Sayyid Syarafuddin al-Musawi berkata di dalam bukunya al-Muraja‘at117 (Dialog Sunnah-Syiah); Tidak dapat disembunyikan lagi bahawa hari Rahbah itu berlaku semasa Khalifah Amirul Mukminin. Beliau telah dibai'ah pada tiga puluh lima hijrah. Hari al-Ghadir ialah pada Haji Wida' tahun kesepuluh. Dan jarak masa di antara dua hari tersebut (hari al-Ghadir dan hari Rahbah) ialah dua puluh lima tahun.

Di sepanjang masa tersebut telah menular penyakit taun dan berlaku beberapa peperangan yang telah meragut nyawa sebahagian besar para sahabat yang telah menyaksikan hari al-Ghadir dan pemuda-pemuda mereka yang terlibat di dalam peperangan meninggal dunia. Sehingga tinggal bilangan kecil yang masih hidup dan yang masih hidup pula tinggal di merata-rata tempat. Justeru itu mereka yang menyaksikan hari Rahbah ialah mereka yang tinggal bersama Amirul Mukminin di Iraq. Meskipun begitu tiga puluh sahabat berdiri dan memberikan penyaksian mereka. Dua belas daripada mereka terlibat di dalam peperangan Badr, telah menyaksikan Hadis hari al-Ghadir dan mendengarnya daripada Nabi SAWAW.118 Memang terdapat sahabat-sahabat seperti Anas bin Malik yang enggan memberi penyaksian tersebut di mana 'Ali AS berkata kepadanya: “Kenapa anda tidak berdiri bersama-sama sahabat-sahabat Rasulullah SAWAW untuk memberi penyaksian kepada apa yang telah anda dengari daripadanya pada hari itu?” Dia menjawab: “Wahai Amirul Mukminin. Aku telah tua dan pelupa pula”. Lantas 'Ali AS berkata: “Sekiranya anda berbohong, nescaya Allah akan mengenakan anda dengan penyakit keputihan kulit yang tidak dapat ditutupi serban”. Dia tetap tidak berdiri sehingga mukanya di hinggapi keputihan kanser. Selepas itu dia berkata: Aku ditimpa penyakit ini disebabkan berkat hamba yang soleh ('Ali AS)”.119 Jikalaulah Imam 'Ali AS membuat persiapan bagi menghimpunkan semua sahabat yang masih hidup pada masa itu, kemudian beliau menyeru mereka sebagaimana beliau telah melakukannya di hari Rahbah, nescaya bilangan mereka akan berlipat ganda lagi. Apatah lagi jika beliau membuat persiapan itu di Hijaz sebelum berlakunya Hari al-Ghadir. Lantaran itu, pada hakikat ini nescaya anda akan mendapatinya sekuat-kuat dalil kemutawatiran Hadis al-Ghadir.

Di sini aku akan kemukakan kepada pembaca yang budiman sebahagian daripada pendapat-pendapat ahli Tafsir dan ahli Hadis mengenai ayat al-Tabligh (Surah al-Mai'dah (5):56): "Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu...." dan ayat ikmal al-din dalam (Surah al-Mai'dah(5):3): "Pada hari ini telah aku sempurnakan bagimu agamamu...." dan ayat (Surah al-Ma'arij (70):1): "Seorang telah meminta kedatangan azab...." serta Hadis: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya.....dan lain-lain Hadis yang telah dikaitkan secara khusus mengenai 'Ali AS untuk jawatan khilafah dan Imamah selepas Rasulullah SAWAW secara langsung di Hari al-Ghadir.

Hadis al-Ghadir telah diriwayatkan oleh para ulama besar Muslimin dengan sanad yang mutawatir dan dikhususkan kepada Imam Amirul Mukminin 'Ali AS.

Al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul120 berkata: Sesungguhnya ayat al-Tabligh (Surah al-Mai'dah(5):67) telah diturunkan di hari al-Ghadir pada 'Ali bin Abi Talib RD. Al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur121 berkata: Ibn Abi Hatim, Ibn Mardawaih dan Ibn Asakir telah meriwayatkannya daripada Abu Sa'id al-Khudri bahawa ayat al-Tabligh (Surah al-Mai'dah(5): 67) telah diturunkan ke atas Rasulullah di hari al-Ghadir mengenai 'Ali bin Abu Talib AS.

Fakhruddin al-Razi di dalam Mafatih al-Ghaib122 berkata: Ahli Tafsir telah menyebutkan bahawa sebab turun ayat ini sehingga dia berkata: (kesepuluh) ayat ini telah diturunkan tentang kelebihan 'Ali bin Abi Talib AS. Manakala ayat ini diturunkan, Nabi SAWAW memegang tangan 'Ali AS dan bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya. Hormatilah orang yang mewalikannya dan musuhilah orang yang memusuhinya. Kemudian Umar (RD) memujinya dan berkata: Tahniah kepada anda wahai anak Abu Talib. Anda telah menjadi maulaku dan maula semua mukmin dan mukminah. Ini adalah riwayat Ibn 'Abbas, al-Barra' bin Azib dan Muhammad bin Ali.

Al-Nisaburi di dalam Tafsirnya123 menyatakan bahawa ayat ini telah diturunkan mengenai kelebihan 'Ali bin Abi Talib RD di hari al-Ghadir. Dia menyebutkan sebagaimana telah disebutkan oleh Fakhruddin al-Razi satu demi satu.

Al-Syaukani di dalam Tafsirnya124 menyebutkan bahawa Abu al-Syaikh meriwayatkan daripada al-Hasan bahawa Rasulullah SAWAW bersabda: "Sesungguhnya Allah telah mengutuskan (kepadaku) satu misi yang mencemaskan, aku mengetahui bahawa sesungguhnya orang ramai akan membohongiku. Maka Dia telah menjanjikan aku supaya aku menyampaikannya atau Dia akan menyiksaku. Maka turunlah ayat al-Tabligh (Surah al-Maidah (5):67): "Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu....Dia telah menyebutkan apa yang telah disebutkan oleh al-Suyuti bahawa ia diturunkan di hari Ghadir Khum tentang 'Ali bin Abi Talib AS. Dan mereka membaca ayat tersebut dengan: Inna Aliyyan Maula al-Mukminin (Sesungguhnya 'Ali adalah wali Mukminin).

Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah125 menulis: al-Tha'labi telah meriwayatkan daripada Ibn Salih daripada Ibn 'Abbas daripada Muhammad al-Baqir RD mereka berdua berkata: Ayat ini diturunkan mengenai 'Ali AS.

Al-Alusi di dalam Ruh al-Ma'ani126 berkata: Ibn 'Abbas berkata: Ayat ini diturunkan kepada 'Ali AS. Allah SWT memerintahkan Nabi SAWAW supaya mengisytiharkan kepada orang ramai (para sahabatnya) mengenai wilayah 'Ali AS. Rasulullah SAWAW merasa takut bahawa mereka akan berkata bahawa beliau SAWAW memilih sepupunya. Mereka akan menentang beliau mengenainya. Lantaran itu Allah menurunkan ayat ini, maka beliau melaksanakan wilayahnya ('Ali AS) dan berkata: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya....Dia telah menyebutkannya sebagaimana telah disebutkan oleh al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur hingga ke akhirnya.

Muhammad Rasyid Ridha di dalam Tafsir al-Manar127 menyatakan bahawa Syaikh Muhammad 'Abduh menyatakan bahawa ayat ini diturunkan di hari al-Ghadir mengenai 'Ali bin Abu Talib AS. Dia menyebutkannya daripada Abi Hatim, Ibn Mardawaih dan Ibn Asakir. Kemudian dia menyebutkan riwayat Ibn 'Abbas bahawa ayat yang mulia ini telah diturunkan mengenai ('Ali AS) di Ghadir Khum sebagaimana telah disebutkan oleh al-Alusi mengenai ayat Ikmal al-Din (Surah al-Maidah(5):3): "Pada hari ini telahku sempurnakan bagimu agamamu."

Al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur128 mengaitkan riwayat Ibn Mardawaih daripada Ibn Asakir kepada Abu Sai'd al-Khudri. Dia berkata: Manakala Rasulullah SAWAW melantik 'Ali AS pada hari Ghadir Khum, maka beliau SAWAW mengisytiharkan wilayah 'Ali AS. Lalu Jibra'il AS menurunkan ayat Ikmal al-Din (Surah al-Mai'dah(5):3): "Pada hari ini telah aku sempurnakan agamamu."
Melalui Ibn Mardawaih, Ibn Asakir dan al-Khatib kepada Abu Hurairah, dia berkata: Manakala Hari Ghadir Khum iaitu hari kelapan belas Dhulhijjah, Nabi SAWAW bersabda:"Siapa yang telah menjadikan aku maulanya maka 'Ali adalah maulanya. Maka Allah pun menurunkan ayat Ikmal al-Din (Surah al-Mai'dah(5):3): "Pada hari ini telah aku sempurnakan agamamu...."

Al-Khatib di dalam Tarikh al-Baghdad129 mengaitkan sanad secara langsung daripada Abu Hurairah: Manakala Nabi SAWAW memegang tangan Ali bin Abi Talib AS beliau bersabda: Tidakkah aku wali bagi Mukminin? Mereka menjawab:Ya! Wahai Rasulullah SAWAW. Beliau bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya. Umar bin al-Khattab berkata: Selamat bahagia untuk anda anak lelaki Abu Talib. Anda menjadi maulaku dan maula setiap Muslim. Maka Allah pun menurunkan ayat Ikmal al-Din (Surah al-Mai'dah(5):3): "Pada hari ini telah aku sempurnakan agamamu." Al-Samhudi di dalam Fara'id al-Simtin bab kedua belas dengan sanadnya berhubung dengan Abu Sa'id al-Khudri bahawa Rasulullah SAWAW telah menyeru orang ramai pada hari Ghadir Khum kepada (pimpinan) 'Ali AS. Nabi SAWAW meminta 'Ali AS berdiri. Peristiwa ini berlaku pada hari Khamis. Beliau SAWAW mengangkat tangan 'Ali AS sehingga orang ramai melihat keputihan ketiak Rasulullah SAWAW. Kemudian mereka tidak meninggalkan tempat itu sehingga turunnya ayat (Surah al-Mai'dah(5):3): "Pada hari ini telah aku sempurnakan agamamu." Maka Rasulullah SAWAW bersabda: Allahu Akbar kerana menyempurnakan agama dan menyempurnakan nikmat dan keredaan Tuhan dengan risalahku dan wilayah 'Ali AS selepasku, kemudian beliau bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Alilah maulanya...."

Al-Ya'qubi di dalam Tarikhnya130 berkata: Ada pendapat yang mengatakan bahawa ayat yang akhir sekali diturunkan ialah "Pada hari ini telah aku sempurnakan bagimu agamamu." Ia adalah riwayat yang sahih dan telah diturunkan pada hari perlantikan Amirul Mukmin 'Ali bin Abi Talib AS di Ghadir Khum. Begitu juga mengenai ayat al-Ma'arij, mereka menyatakan bahawa ayat tersebut diturunkan mengenai hak 'Ali AS.

Al-Syablanji di dalam Nur al-Absar131 menjelaskan bahawa al-Tha'labi telah menyatakan bahawa Sufyan bin 'Uyainah ditanya tentang (Surah al-Ma'arij (70):1-2):

"Seseorang telah meminta kedatangan azab yang akan menimpa orang kafir yang tidak seorangpun dapat menolaknya."

Kepada siapakah ayat ini diturunkan? Maka dia menjawab: Anda bertanya kepadaku tentang masalah yang tidak pernah ditanya oleh seorangpun mengenainya. Sebelum anda bapaku telah memberitahukannya kepadaku daripada Jaafar bin Muhammad AS daripada moyangnya bahawa Rasulullah manakala di Ghadir Khum, menyeru orang ramai supaya berhimpun. Maka beliau SAWAW memegang tangan 'Ali AS dan bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya..."

Perkara ini telah tersebar di seluruh negara sehingga sampai kepada al-Harith bin al-Nu'man al-Fihri. Lantas dia mendatangi Rasulullah SAWAW dengan menaiki untanya. Dia berkata: Wahai Muhammad! Anda telah memerintahkan kami supaya kami mengucap tiada tuhan yang lain kecuali Allah dan sesungguhnya anda pesuruh-Nya maka kami menerimanya daripada anda. Anda telah memerintahkan kami berpuasa pada bulan Ramadhan, maka kami menerimanya. Anda memerintahkan kami tentang Haji, maka kami menerimanya. Kemudian anda tidak puas lagi dengan ini semua sehingga anda mengangkat sepupu anda mendahului kami. Kemudian anda berkata: Siapa yang menjadikan aku maulanya, maka Ali adalah maulanya...Adakah ini daripada Allah atau daripada anda? Nabi SAWAW bersabda: Demi Tuhan, tiada tuhan yang lain selain daripada Dia. Sesungguhnya ini adalah daripada Allah 'Azza wajalla. Lantas al-Harith berpaling untuk meneruskan perjalanannya seraya berkata: “Wahai Tuhan, sekiranya apa yang dikatakan oleh Muhammad itu benar 'maka hujanilah ke atas kami batu daripada langit atau datanglah kepada kami siksaan yang pedih”. Maka Allah 'Azza wajalla menurunkan ayat (Surah al-Ma'arij (70:1-2).

Ibn al-Sibagh al-Maliki dalam al-Fusul al-Muhimmah,132 Sibt Ibn al-Jauzi di dalam Tadhkirah al-Khawwas,133 Rasulullah SAWAW bersabda dalam keadaan dua matanya kelihatan merah: “Demi Allah yang tiada tuhan melainkan Dia bahawa ia daripada Allah dan bukan daripadaku”. Beliau mengulanginya sebanyak tiga kali.

Adapun Hadis Nabi SAWAW: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya, Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya134 telah mengambil sanadnya daripada al-Barra' bin 'Azib dia berkata: “Kami bersama Rasulullah SAWAW di dalam satu perjalanan. Maka kamipun sampai di Ghadir Khum. Kami 'diseru' supaya melakukan solat secara berjamaah dan dibersihkan untuk Rasulullah SAWAW satu tempat di bawah dua pokok. Maka beliau mengerjakan solat Zuhur kemudian memegang tangan 'Ali AS sambil bersabda: Tidakkah kalian mengetahui sesungguhnya aku lebih aula dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri? Mereka menjawab: Ya! Beliau bersabda lagi: Tidakkah kalian mengetahui bahawa aku lebih aula daripada setiap mukmin daripada dirinya? Mereka menjawab: Ya! Maka beliau memegang tangan 'Ali AS dan bersabda: “Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya”...Maka 'Umar menemuinya selepas itu dan berkata: “Tahniah kepada anda wahai anak lelaki Abu Talib. Anda adalah maula setiap mukmin dan mukminat”.
Ahmad bin Hanbal juga di dalam Musnadnya135 meriwayatkan Hadis ini daripada 'Atiyyah al-'Aufi dia berkata: Aku bertanya Zaid bin Arqam. Dan aku berkata kepadanya bahawa menantuku telah memberitahukan kepadaku tentang anda mengenai Hadis tentang 'Ali AS pada hari Ghadir Khum. Aku ingin mendengarnya daripada anda sendiri. Maka dia menjawab: Wahai orang-orang Iraq! Kalian telah mengetahuinya. Maka aku berkata kepadanya teruskanlah. Maka dia berkata: Ya! Kami berada di Juhfah. Rasulullah SAWAW memegang tangan 'Ali AS dan berkata: Wahai manusia! Tidakkah kalian mengetahui sesungguhnya aku lebih aula dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri? Mereka menjawab: Ya! Beliau bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya...

Ibn Majah di dalam Sunannya136 telah meriwayatkannya sehingga kepada al-Barra' bin 'Azib. Al-Nasa'i di dalam Khasa'is 'Ali137 meriwayatkan sanadnya kepada Sa'ad, dia berkata: Rasulullah SAWAW bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya...maka 'Ali adalah maulanya....Dia juga meriwayatkan sanadnya sampai kepada Zaid bin al-Arqam, dia berkata: Rasulullah SAWAW berdiri, memuji Allah kemudian bersabda: Tidakkah kalian mengetahui sesungguhnya aku aula dengan setiap mukmin daripada dirinya? Mereka menjawab: Ya! Wahai Rasulullah SAWAW kami menyaksikan bahawa anda adalah aula bagi setiap mukmin daripada dirinya. Maka beliau bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya....Beliau lalu berlalu memegang tangan 'Ali AS.

Ibn 'Abd Rabbih di dalam al-'Iqd al-Farid138 telah meriwayatkan ketika menyebutkan hujah al-Mukmun ke atas fuqaha' mengenai kelebihan 'Ali bin Abi Talib dia berkata di antaranya: Rasulullah SAWAW bersabda: Siapa yang menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya...

Al-Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa'139 berkata al-Tirmidhi telah meriwayatkannya daripada Abu Sarihah atau Zaid bin Arqam daripada Nabi SAWAW beliau bersabda: Siapa yang menjadikan aku maulanya, maka Ali adalah maulanya...Dia juga meriwayatkan perkara yang sama di dalam Kunuz al-Haqa'iq di Hamish al-Jami' al-Saghir140 Hadis: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya.....

Di dalam Is'af al-Raghibin141 di catatan tepi Nur al-Absar menyatakan bahawa Rasulullah SAWAW berada pada hari Ghadir Khum: Siapa yang menjadikan aku maulanya maka 'Ali adalah maulanya....Al-Muhibb al-Tabari di dalam al-Riyad al-Nadirah142 berkata: Daripada 'Umar bahawa dia berkata: 'Ali adalah maula bagi orang yang telah menjadikan Rasulullah SAWAW sebagai maulanya.

Al-Baghawi di dalam Masabih al-Sunnah143 meriwayatkan daripada Nabi SAWAW beliau bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya. Abu Nu'aim Al-Isfahani di dalam Hilyah al-Auliya144 meriwayatkan daripada Nabi SAWAW beliau bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya....Ibn al-Jauzi di dalam Tadhirah al-Huffaz145 menyatakan bahawa Rasulullah SAWAW bersabda: Siapa yang menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya....Al-Khatib di dalam Tarikh Baghdad146 meriwayatkan Hadis al-Ghadir daripada Anas, dia berkata: Aku mendengar Nabi SAWAW bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya...

Demikianlah aku telah kemukakan kepada pembaca yang budiman sebahagian kecil daripada buku-buku rujukan Ahlu Sunnah wal Jamaah. Walau bagaimanapun aku akan kemukakan pula kepada anda nama-nama perawi dengan menyebutkan rujukan mereka bagi menambahkan lagi penjelasan seperti berikut:

Al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul.147 Muhammad bin Talhah al-Syafi'i di dalam Matalib al-Su'ul.148 Fakhruddin al-Razi di dalam Mafatih al-Ghaib.149 Al-Tha'labi di dalam Tafsirnya.150 Al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur. Ibn Sibagh al-Maliki di dalam Fusul al-Muhimmah.151 Al-Tirmidhi di dalam Sahihnya,152 dia berkata: Hadis ini adalah Hasan sahih. Al-Hakim di dalam al-Mustadrak153 berkata: Ini adalah Hadis sahih menurut syarat al-Syaikhain (al-Bukhari dan Muslim) tetapi mereka berdua tidak meriwayatkannya. Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah.154 Al-Ya'qubi di dalam Tarikhnya.155

Ibn Hajar di dalam fasal yang kelima daripada bab pertama bukunya al-Sawa'iq al-Muhriqah berkata: Ini adalah Hadis sahih. Ia telah diriwayatkan oleh golongan yang banyak seperti al-Tirmidhi, al-Nasa'i dan Ahmad dengan cara yang banyak. Kemudian ia diriwayatkan tiga puluh sahabat yang telah mendengarnya daripada Nabi SAWAW dan mempersaksikannya di hadapan 'Ali pada masa pemerintahannya di Rahbah. Kebanyakan sanadnya sahih atau hasan.

Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah156 berkata: Abu Jaafar Muhammad bin Jarir al-Tabari pengarang al-Tafsir dan al-Tarikh telah mengumpulkan dua jilid riwayat dan lafaz-lafaznya. Begitu juga al-Hafiz Abu al-Qasim bin 'Asakir telah meriwayatkan Hadis-Hadis yang banyak di dalam khutbahnya.

Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah157 telah menceritakan daripada Abu al-Ma'ali al-Juwaini yang dikenali dengan Imam al-Haramain, guru kepada al-Ghazali, bahawa dia menjadi hairan dan berkata: Aku melihat satu jilid buku mengenai Hadis Ghadir Khum tertulis di atasnya jilid yang kedua puluh lapan. Ia mengandungi berbagai riwayat tentang sabda Nabi SAWAW: Siapa yang menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya....dan ia akan disusuli dengan jilid yang kedua puluh sembilan.
Sebenarnya Hadis-Hadis mengenai al-Ghadir yang kami telah kemukakan tadi adalah merupakan sebilangan kecil sahaja, jika dibandingkan dengan Hadis-Hadis yang telah diriwayatkan di dalam bab ini yang tidak terkira banyaknya.

Ayatullah al-'Uzma Sayyid Hamid Husain al-Nisaburi RH di dalam 'Abaqat telah menyenaraikan nama-nama perawi yang telah menyebutkan Hadis al-Ghadir. Semuanya daripada ulama-ulama besar Ahlu Sunnah. Ayatullah al-'Uzma Sayyid Syihab al-Din al-Mar'asyi al-Najafi di dalam Ta'liqa 'ala Ihqaq al-Haqa'iq karangan al-Sa'id al-Syahid al-Qadi Nur Allah al-Tastari, al-Allamah al-Amini di dalam bukunya al-Ghadir. Begitu juga al-Imam al-Sayyid bin Tawus RH di dalam bukunya al-Iqbal (hlm. 663) telah menyenaraikan nama-nama ulama besar Ahlu Sunnah bahawa sesungguhnya mereka telah meriwayatkan Hadis al-Ghadir dan memperakukan kesahihannya. Rujuklah kepada buku-buku tersebut wahai pembaca yang budiman!

TAHNIAH PARA SAHABAT KEPADA 'ALI KERANA JAWATAN KHALIFAH

Manakala Rasulullah SAWAW selesai memberi khutbahnya yang penuh bersejarah, beliau memerintahkan orang yang menyaksikan peristiwa itu termasuk Abu Bakar, Umar, syaikh-syaikh Quraisy dan pembesar-pembesar kaum Ansar, isteri-isteri beliau supaya tampil mengucap tahniah kepada Amirul Mukminin AS kerana memegang jawatan al-Wilayah, pelaksanaan, suruhan dan larangan di dalam agama Allah SWT.

Sebilangan besar para ulama Ahlu Sunnah wal Jamaah meriwayatkannya di antaranya:

Al-Tabari di dalam bukunya al-Wilayah158 telah meriwayatkan Hadis dengan sanadnya daripada Zaid bin Arqam dan diakhirnya dia berkata: Orang yang pertama berjabat tangan (salam) dengan Nabi SAWAW dan 'Ali ialah Abu Bakar, Umar, Uthman, Talhah, Zubair, Muhajirin, Ansar, dan lain-lain sehingga beliau mengerjakan solat Zuhur dan 'Asar berjamaah di dalam satu masa dan berpanjangan sehingga beliau SAWAW mengerjakan solat al-'Isya'in (solat Maghrib dan Isyak) di dalam satu masa. Para sahabat meneruskan bai'ah dan bertepuk tangan tiga kali.

Al-Daruqutni: Ibn Hajar telah meriwayatkan daripadanya di dalam fasal kelima, bab pertama al-Sawa'iq al-Muhriqah bahawa Abu Bakar dan Umar manakala kedua-duanya mendengar Hadis al-Ghadir, mereka berkata kepada Imam 'Ali AS: Andalah maula bagi setiap mukmin dan mukminah. Dikatakan kepada Umar: Sesungguhnya anda melakukan sesuatu kepada 'Ali di mana anda tidak melakukannya kepada orang lain daripada sahabat-sahabat Rasulullah SAWAW. Dia menjawab: Sesungguhnya beliau adalah maulaku.

Al-Hafiz Abu Sa'id al-Nisaburi di dalam bukunya Syaraf al-Musfa dengan isnadnya daripada al-Barra' bin 'Azib dengan lafaz Ahmad bin Hanbal dan dengan isnad yang lain daripada Abu Sa'id al-Khudri dan lafaznya. Kemudian Nabi SAWAW bersabda: Kalian ucaplah tahniah kepadaku, kalian ucaplah tahniah kepadaku. Sesungguhnya Allah telah memberi keistimewaanku dengan kenabian, dan memberikan keistimewaan Ahlul Baitku dengan Imamah. Maka Umar bin al-Khattab menemui Amirul Mukminin dan berkata: Alangkah beruntungnya anda wahai Abul Hassan. Anda menjadi maulaku dan maula setiap mukmin dan mukminah.
Pengarang Raudah al-Safa159 selepas menyebutkan Hadis al-Ghadir berkata: Kemudian Rasulullah SAWAW duduk di dalam satu khemah dan menempatkan 'Ali di khemah yang lain. Beliau menyuruh para sahabat supaya memberi tahniah kepada 'Ali di dalam khemahnya. Dan apabila orang lelaki selesai mengucap tahniah, beliau menyuruh isteri-isterinya pergi ke khemah dan mengucapkan tahniah kepada 'Ali AS.

Kuand Amir di dalam Habib al-Siyar160 berkata: Kemudian Amirul Mukminin 'Ali AS duduk di khemah khas. Para sahabat Rasulullah SAWAW datang kepadanya dan mengucap tahniah kepadanya. Di antara mereka ialah Abu Bakar dan Umar. Umar berkata: Alangkah beruntungnya anda wahai anak lelaki Abu Talib. Anda telah menjadi maulaku dan maula setiap mukmin dan mukminah. Kemudian beliau memerintahkan Ummahat al-Mukminin supaya datang kepada 'Ali AS dan mengucap tahniah kepadanya.

Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya,161 al-Tabari di dalam Tafsirnya,162 Ibn Mardawaih di dalam Tafsirnya,163 al-Tha'labi di dalam Tafsirnya,164 al-Baihaqi di dalam Sunan,165 al-Khatib al-Baghdadi di dalam Tarikhnya,166 Ibnu al-Maqhazali di dalam Manaqibnya,167 al-Ghazali di dalam Sirr al-'Alamain,168 al-Syarastani di dalam al-Milal wa al-Nihal,169 Abu al-Faraj Ibn al-Jauzi al-Hanbali di dalam Manaqibnya,170 Fakhruddin al-Razi di dalam Mafatih al-Ghaib,171 al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib,172 Muhibuddin al-Tabari di dalam Riyad al-Nadirah,173 al-Hamawaini di dalam al-Fara'id al-Simtin174 bab ketiga belas.

Abu al-Fida' Ibn Kathir al-Syafi'i di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah,175 al-Maqrizi di dalam al-Khutat,176 Ibn Sibagh al-Maliki di dalam al-Fusul al-Muhimmah,177 al-Suyuti di dalam Jami' al-Jawami',178 Ali al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-'Ummal,179 al-Samhudi di dalam Wafa' al-Wafa bi Akhbar Dar al-Mustafa.180

Ibn Hajar di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah181 dan lain-lain yang terdiri daripada ulama-ulama Hadis, Tafsir, dan sejarah Ahlu Sunnah wal Jamaah di mana kami tidak dapat menyenaraikan kesemua nama-nama mereka di dalam buku kami ini. Mereka semua meriwayatkan Hadis ini di dalam musnad-musnad dan sahih-sahih mereka daripada perawi-perawi yang thiqah yang berakhir bukan hanya kepada seorang sahabat seperti Ibn 'Abbas, Abu Hurairah, al-Barra' bin 'Azib, Zaid bin Arqam dan lain-lain.

Kata-kata yang agak menarik ialah ucapan yang dikatakan oleh al-Ghazali di dalam bukunya Sirr al-'Alamain:182 “Hujah telah terang, jumhur telah sepakat bahawa teks Hadis adalah khutbah Rasulullah SAWAW di Hari al-Ghadir. Beliau bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya....'Umar berkata: Alangkah bahagia anda wahai Abul Hasan. Anda telah menjadi maulaku dan maula setiap mukmin dan mukminat. Ini adalah satu penyerahan, keredaan dan pertimbangan yang waras. Kemudian hawa nafsu lebih mencintai pangkat dan segala-galanya sehingga membawa kepada perselisihan dan pembunuhan. Lantaran itu mereka meninggalkan kebenaran di belakang lalu membelinya dengan harga yang murah. Maka sejahat-jahat apa yang mereka lakukan”.

Segala puji bagi Allah yang telah membuat al-Ghazali bercakap benar di mana ia adalah hujah kami dan ia mengukuhkan dakwaan kami sebagaimana tertulis di dalam bukunya Sirr al-'Alamain. Kerana Allah membuatkan lidahnya bercakap dengan kebenaran dan menjelaskan hakikat yang sebenarnya, meskipun dia seorang yang dikenali dengan fanatik dan keras. Sebagaimana kata seorang pujangga: “Kebenaran membuat orang yang insaf dan degil bercakap”.

Tetapi apa yang mendukacitakan kami ialah sikap Ahlu Sunnah apabila seorang daripada mereka mengemukakan dalil yang mengukuhkan dakwaan Syiah tentang hak 'Ali Amirul Mukminin dan anak-anaknya tentang jawatan khalifah, lantas mereka menuduhnya sebagai seorang Syiah sekalipun kami melihat mereka begitu fanatik kepada mazhab mereka. Mereka menuduh Syiah dengan pembohongan, tetapi Allah SWT membuatkan lidahnya bercakap benar secara sukarela ataupun tidak. Maka dia bercakap benar kerana kebenaran itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.

Syiah adalah orang yang mempunyai ilmu kebenaran dan ijtihad. Mereka memenuhi bumi Allah dengan keilmuan, amalan, dan kebenaran di dalam percakapan meskipun musuh-musuh mereka memperkatakan apa yang mereka mahu dengan penuh pembohongan dan rekaan semata-mata.

Perhatikanlah wahai pembaca budiman. Bagaimana Allah SWT mendedahkan kebenaran Syiah sekalipun lama masanya terpendam, pasti akan terserlah juga sama ada Ahlu Sunnah mahu ataupun tidak. Dan kebatilan pasti pudar juga sama ada mereka mahu ataupun tidak.

Aku pun telah mengemukakan kepada anda di dalam buku ini sebahagian daripada Hadis-Hadis yang berkaitan dengan hari al-Ghadir, sedangkan banyak lagi Hadis-Hadis yang ada kaitan dengannya dipandang sepi oleh Ahlu Sunnah kerana hasad dan kemarahan mereka terhadap Amirul Mukminin AS. Lebih-lebih lagi di masa Muawiyah memegang jawatan khalifah. Sekalipun tekanan-tekanan yang kuat telah dilakukan kepada perawi-perawi Hadis tentang hak Abu Turab ('Ali AS) tetapi Allah menghendaki supaya kebenaran Amirul Mukminin terserlah dan memenuhi bumi ini dengan kelebihan-kelebihannya AS.

Di sini aku cuba meringkaskan apa yang telah aku kemukakan mengenai Hadis al-Ghadir kerana ia sudah memadai bagi orang yang mempunyai fikiran yang waras. Jikalau aku ingin membentangkan kesemuanya, nescaya aku akan menulis buku yang lebih tebal dan berjilid-jilid dan ini adalah bertentangan dengan "buku ringkas" yang aku telah janjikan kepada pembaca yang budiman. Dan sesiapa yang ingin mendapatkan keterangan yang lebih lanjut mengenainya, hendaklah membuat rujukan kepada buku-buku yang telah aku sebutkan terlebih dahulu yang mengandungi dalil-dalil yang jelas tentang keutamaan Amirul Mukminin 'Ali AS menjadi khalifah daripada orang lain.

Kerana apa yang dimaksudkan dengan perkataan al-Maula ialah aula di dalam segala urusan. Pengertian ini telah dikenali dari sudut bahasa dan penggunaannya di dalam al-Quran al-nar aula kum (api neraka itu adalah lebih utama untuk kalian) iaitu aula dengan kalian. Akhtal berkata: Maulanya mengandungi semua manusia.

Rasulullah SAWAW telah menentukan pengertian al-Maula di dalam sabdanya: Tidakkah aku aula dari kalian? Justeru itu beliau mengikutinya terus dengan sabdanya: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya....Iaitu siapa yang aku aula dengannya daripada dirinya maka 'Ali adalah aula dengannya daripada dirinya sendiri. Maka 'Ali AS aula di dalam pengurusan mereka. Dan beliau tidak menjadi aula melainkan apabila beliau menjadi khalifah dan imam. Ini merupakan nas yang terang menghendaki pimpinan ugama dan dunia. Kerana orang yang aula dengan ummat ini ialah Nabi dan Imam AS. sebagaimana urutan ayat terdahulu. Lagipun pengertian tersebut telah difahami oleh orang-orang yang fasih dengan madlul Bahasa Arab seperti Umar bin al-Khattab, Hasan bin Tsabit, Harith bin al-Nu'man al-Fihri sebagaimana anda mengetahui ucapan-ucapan mereka yang lalu. Oleh itu tidak seorangpun harus mendahului Rasulullah SAWAW sebagaimana juga ia tidak harus mendahului 'Ali AS.

Di antara dalil-dalil yang menunjukkan bahawa maula yang dimaksudkan ialah aula yang memberi pengertian imamah dan imarah (pemerintahan), ialah tahniah para sahabat kepada 'Ali AS sebagaimana aku telah menyebutkannya terlebih dahulu. Tidak ada dorongan yang lain bagi Abu Bakar dan Umar mengucap tahniah kepada 'Ali apabila mereka berdua mendengar apa yang disabdakan oleh Nabi SAWAW melainkan mereka berdua memahami perkataan maula iaitu imamah dan imarah. Inilah yang menyebabkan mereka berdua mengucap tahniah kepada 'Ali AS. Bukan dengan pengertian pembantu (al-Nasir) atau pertolongan (al-Nusrah) yang diketahui oleh mereka dan 'Ali AS. Dan tidaklah tepat jika para sahabat mengucap tahniah kepadanya disebabkan perkara-perkara biasa yang dilakukan olehnya ('Ali AS).

Sebagaimana dorongan Umar bin al-Khattab melakukan kepada 'Ali AS apa yang tidak dilakukan terhadap sahabat-sahabat Rasulullah SAWAW yang lain. Dia berkata: Beliau adalah maulaku. Iaitu apa yang dia memahami dan mengetahui pengertian al-imarah dan al-imamah bukan pengertian pembantu(al-Nasir) kerana ia merupakan jawapan yang tidak memberi erti kerana pengertiannya: Beliaulah pembantuku. Dan apabila orang bertanya tadi jahil tentang pertolongan sahahat-sahabat Nabi SAWAW sesama mereka. Umar bin al-Khattab menjawab: Sesungguhnya 'Ali adalah pembantuku. Sekiranya pengertian itulah yang dimaksudkan oleh Nabi SAWAW dan difahami oleh Umar bin al-Khattab, kenapa dia begitu marah kepada dua orang badwi yang sedang bertengkar. Dia berkata kepada 'Ali AS: Adililah mereka berdua wahai Abul Hasan. Salah seorang daripada mereka berkata dengan angkuh: Lelaki inikah yang akan mengadili kamu berdua? Lalu Umar memarahkan badwi itu dan berkata: Celaka anda! Anda tidak mengetahui siapa ini? Ini adalah maulaku dan maula setiap mukmin dan mukminat.

Pada masa yang lain pula Umar bertengkar dengan seorang lelaki di dalam satu masalah. Umar berkata: Lelaki yang sedang duduk itu akan mengadili aku dan anda. Dia mengisyaratkan kepada 'Ali AS. Maka lelaki itu menjawab: Ini hanyalah suku Arab biasa. Manakala Umar mengetahui bahawa lelaki itu merendahkan Ali dan memperkecilkannya, Umar terus berdiri dari tempat duduknya dan memegang pada pakaian lelaki itu sehingga dia mengangkatnya dari tanah. Kemudian dia berkata: Adakah anda mengetahui siapakah orang yang anda memperkecilkannya? Beliau adalah maulaku dan maula setiap mukmin.

Perhatikanlah wahai pembaca yang budiman, manakala dia berkata kepadanya: Adakah anda mengetahui siapakah orang yang anda memperkecilkannya? Beliaulah maulaku dan maula setiap mukmin. Kenyataan ini telah dipindahkan oleh Muhibuddin al-Tabari di dalam al-Riyad al-Nadirah183 dan al-Khawarizmi di dalam Manaqibnya184 dengan beberapa riwayat yang sahih daripada Umar.

Sekiranya Umar tidak memahami perkataan maula sebagai al-imarah dan al-imamah, nescaya dia akan menjawab: Ini adalah pembantuku dan pembantu setiap muslim. Lihatlah betapa Umar begitu terkilan dan marah terhadap sikap lawannya yang memperkecilkan Ali AS. Katakanlah kepadaku sekiranya dia terkilan dan marah kepada badwi tadi disebabkan dia memperkecilkan pembantunya. Lantas dia ingin mengajar lelaki itu mengenainya dengan berdiri? Sekiranya pembantunya bukan Ali maka dia bukanlah mukmin atau muslim. Adakah ini yang merisau dan memarahkan Umar? Atau perkara lain di sebalik itu yang lebih sesuai bagi Umar untuk bangun dari tempat duduknya memarahi lelaki itu dan lebih layak dia memarahinya? Ya! Demi kebenaran. Dia tidak merasa cemas dan marah kepadanya (badwi) melainkan dia mengetahui bahawa Ali AS adalah aula dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri. Justeru itu Umar mengambil tindakan yang serius dan menentang orang yang memperkecilkannya ('Ali).

Dengan ini jelaslah apa yang didengarinya daripada Rasulullah SAWAW kemudian dia memperkuatkannya ke atas dirinya dan Mukminin pada masa itu di mana dia dan Mukminin mengucap tahniah kepadanya ('Ali). Sebagaimana dicintai Allah SWT bahawa sesungguhnya beliaulah maula dan maula setiap muslim. Dan sesiapa orang yang tidak menjadikannya sebagai maulanya, maka dia bukanlah muslim sekalipun tanpa wilayah Nabi SAWAW. Di dalam keadaan demikian tidaklah patut bagi Umar jika maksud maula adalah pembantu. Jikalaulah begitu bagaimana seorang itu boleh berada di dalam kesamaran jika maula dimaksudkan pembantu? Demikianlah percakapan Arab difahami sehingga ia menjadi percakapan yang fasih dan selari dengan keadaan semasa.

Di samping itu juga maula dengan pengertian pembantu membawa kepada pembohongan terhadap sabda Rasulullah SAWAW (wal 'Iyazu bi Ilahi min dhalika) kerana beberapa banyak berlaku penentangan terhadap agama dan perubahan peraturan pada umat ini selepas kematian beliau SAWAW. Kedua-duanya telah dilakukan oleh orang yang zalim dan orang yang dizalimi secara paksa serta orang murtad yang lari, Kesemuanya itu dilihat dan didengari oleh Amirul Mukminin yang tinggal di rumahnya lebih dua puluh empat tahun, tidak pernah berhasrat untuk mendapat pertolongan daripada orang lain sehingga orang yang berada di dalam rumahnya. Sejarah telah memberitahukan kita tentang pertolongannya atau kemenangan ummah dengannya. Oleh itu di manakah sabdanya SAWAW: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya.....iaitu pembantuku dan di manakah bantuan 'Ali AS pada masa itu dan orang yang membantunya? Adapun apa yang telah ditakwilkan oleh orang yang mempunyai tujuan yang jahat dan mempunyai akhlak yang keji seperti Ibn Hajar di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah, pada fasal kelima daripada bab pertama, al-Qausyaji di dalam Syarh al-Tajrid185 dan orang yang seumpama mereka bahawa maksud maula sebagai pencinta, pembantu sebagaimana yang telah disebutkan, adalah terbatal kerana ia bertentangan dengan sabda Nabi SAWAW. Lagipun cinta dan bantuan adalah perkara-perkara yang diketahui oleh semua Muslimin, tanpa memerlukan keterangan kerana ayat al-Quran dan Hadis telah menerangkannya. Sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Hujurat (49): 10:

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara.”

Dan firman-Nya Surah al-Taubah (9): 71:
"Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain."

Dan firman-Nya Surah al-Fath (48):29:

"Dan orang-orang yang bersama dengan dia (Muhammad) adalah keras terhadap orang-orang kafir"

tidak memerlukan keterangan lagi.

Adapun wahyu yang mengancam Rasulullah SAWAW jika beliau tidak menyampaikannya, lalu beliau melaksanakan apa yang diperintahkannya dengan penuh kesulitan, menunjukkan bahawa ia perkara yang besar dan memerlukan kepada keterangan iaitu awaliyyah (keutamaan) di dalam pengendalian urusan manusia. Ia diturunkan di hadapan lebih daripada seratus dua puluh ribu sahabat di padang pasir yang panas. Beliau mengangkat tangan 'Ali AS sambi bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya.

Jikalau maksudnya ialah suatu penerangan cinta dan bantuan, maka kenapa diturunkan ayat Ikmaluddin (Surah al-Maidah (5):3 "Pada hari ini telah-Ku sempurnakan bagimu agamamu....". Ketika turunnya ayat (Surah al-Hujurat (49):10): "Sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara. "Aku berkata: Ini adalah cukup bagi orang yang mempunyai fikiran yang waras, dan juga menjadi hujah yang pemutus ke atas lawan yang menentang dakwaan Syiah mengenai hak Amirul Mukminin 'Ali AS terhadap jawatan khalifah secara langsung selepas Rasulullah SAWAW. Kami mempunyai dalil yang banyak untuk mengukuhkan dakwaan kami tentang hak 'Ali selepas Rasulullah SAWAW secara langsung selain daripada apa yang kami telah kemukakan. Terdapat ramai ulama Sunnah dan Syiah yang telah mengarang buku-buku mengenai al-Ghadir. Mereka menyebutkannya di dalam buku-buku mereka yang tidak terkira banyaknya.

Ketahuilah sesungguhnya aku telah mengemukakan kepada anda enam ayat daripada al-Quran, iaitu:

1. Ayat al-Wilayah [al-Mai'dah(5):55)].
2. Ayat al-Tathir [al-Ahzab (33):33].
3. Ayat al-Mubahalah ['Ali Imran(3):61].
4. Ayat al-Mawaddah [al-Syura'(42):20].
5. Ayat al-Salawat [al-Ahzab(33):56].
6. Ayat al-Tabligh [al-Mai'dah(5):67]

Kesemua ayat ini menunjukkan keistimewaan Amirul Mukminin 'Ali AS terhadap jawatan khalifah sebaik sahaja kewafatan Nabi SAWAW dengan nas yang pemutus. Sehingga tidak ada ruang bagi si penipu untuk menentang dakwaan kami tentang hak 'Ali AS. Lantaran itu jawatan khalifah untuk 'Ali AS telah terserlah dengan enam ayat al-Quran yang telah diriwayatkan oleh ulama Ahlu Sunnah di samping para ulama Syiah.

Oleh itu sayugialah bagi setiap orang yang mempunyai hati yang merdeka dan sejahtera supaya menyerahkan diri mereka kepada kebenaran dan tinggallah pertarungan yang wujud di antara Sunnah dan Syiah. Kerana Syiah tidak membawa sesuatu perkara begitu sahaja malah mereka telah mengukuhkan dakwaan mereka dengan al-Quran dan Sunnah. Justeru itu kenapa orang yang menetapkan dakwaannya dengan al-Quran dan Sunnah Nabi SAWAW dicela, sedangkan banyak pendapat-pendapat ulama besar mereka menyalahi mazhabnya?

Untuk menambahkan apa yang aku kemukakan kepada anda, Sa'id al-Syahid al-Qandhi Nur Allah al-Tastari RH telah mencatat di dalam Ihqaq al-Haq, jilid ketiga, cetakan Iran, lapan puluh dua ayat yang lain di antara ayat-ayat yang turun mengenai Amirul Mukminin 'Ali dan Ahlul Baytnya AS. Dan dia telah menyebutkan rujukan Ahlu Sunnah mengenainya secara terperinci.

Wahai pembaca yang budiman tiadalah alasan lain lagi selepas ini bagi orang yang mengesyaki keutamaan 'Ali AS menjadi khalifah dan wasinya selain daripada orang yang angkuh dan degil kepada hati kecilnya atau tidak ingin melihat kepada apa yang telah kami kemukakan, sekalipun ia terang seperti api di atas menara, matahari di siang hari. Aku tidak mengetahui apakah keuzuran yang telah disediakan oleh Ahlu Sunnah di hari hisab kelak, di mana segala perkara akan diperlihatkan di hari itu dan hati akan sampai ke kerongkong.

Sampai bilakah penentangan mereka terhadap buku-buku Syiah yang baik? Dan sampai bilakah kedegilan dan kebebalan ini? dan sehingga bilakah penentangan mereka terhadap hak Rasulullah SAWAW, wasinya dan menantunya Amirul Mukminin 'Ali. Wahai Tuhanku persaksikanlah sesungguhnya kami telah menyempurnakan hujah dan permudahkanlah jalan untuk saudara-saudara kami Ahlu Sunnah. Wahai Tuhanku! Berikanlah hidayah kepada mereka sebagaimana Engkau telah memberikannya kepada kami. Sesungguhnya Engkau adalah Penunjuk dan Mursyid kepada jalan yang benar. Dan Engkau telah berfirman di dalam al-Quran (Surah al-Insan (76): 3):
"Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus, ada yang bersyukur dan ada yang pula yang kafir."

NOTA AKHIR

1. Al-Durr al-Manthur, II, hlm. 293.
2. Al-Ausat, hlm. 89-90.
3. Kifayah al-Talib, hlm. 106.
4. Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 417.
5. al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 105.
6. Asbab al-Nuzul, I, hlm. 422.
7. al-Kasysyaf, I, hlm. 422.
8. al-Kafi al-Syafi, hlm. 56.
9. Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 543
10. al-Jami' li Ahkam al-Qur'an, VI, hlm. 221.
11. Tafsir al-Manar, VI, hlm. 442
12. Ruh al-Ma'ani, VI, hlm. 149.
13. Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 88.
14. Tadhirah al-Huffaz, hlm. 18.
15. Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 156.
16. Ghayah al-Maram, hlm. 103-107.
17. al-Ghadir, III, hlm. 156
18. Majma' al-Bayan, I, hlm. 148.
19. al-Kasysyaf, I, hlm. 422.
20. Tafsir 'Ali bin Ibrahim, hlm. 531.
21. Hasan AS disemadikan berjauhan dari datuknya SAWAW sebagai menyahuti protes 'Aisyah RD; Sibt Ibnu Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 122.
22. Ihya' 'Ulum al-Din, II, hlm. 20.
23. Muslim, Sahih, VII, hlm. 123; Tirmidhi, al-Sunan, II, hlm. 307; al-Darimi, al-Sunan, II, hlm. 332; Ibn Hanbal, Musnad, III, hlm. 14,17, dan 36.
24. al-Mustadrak, II, hlm. 343.
25. Ghayat al-Maram, hlm. 150.
26. al-Durr al-Manthur, V, hlm. 18.
27. Jami' al-Bayan, XXII, hlm. 198.
28. Ta'liqat 'ala Ihqaq, II, hlm. 502.
29. al-Musnad, II, hlm. 259.
30. Asbab al-Nuzul, hlm. 251.
31. Sahih, hlm. 331.
32. Musnad, VI, hlm. 292.
33. Tafsir Ibn Kathir, III, hlm. 484.
34. Al-Wahidi, op.cit. hlm. 268.
35. Fusul al-Muhimmah, hlm. 8.
36. al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, V, hlm. 198.
37. A'yan al-Syi'ah, II, hlm. 433.
38. Musnad, VI, hlm. 32.
39. Kifayah al-Talib, hlm. 228.
40. Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 21.
41. Kanz al-Ummal, VII, hlm. 103.
42. Tafsir Ibn Kathir, III, hlm. 484.
43. al-Fusul al-Muhimmah, hlm. 7.
44. Sahih, II, hlm. 308.
45. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 78.
46. Nur al-Absar, hlm. 104.
47. As'af al-Raghibin, hlm. 104.
48. Seramai dua puluh lapan orang para ulama Ahlu Sunnah memperakui kesahihan Khutbah al-Syiqsyiqiyyah. Lihat al-Amini, al-Ghadir, I, hlm. 82-85.
49. Nahju al-Balaghah, hlm. 48-50.
50. Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 20.
51. al-Kasysyaf, I, hlm. 482.
52. Sahih, VII, hlm. 120.
53. Musnad, I, hlm. 185.
54. Jami' al-Bayan, III, hlm. 192.
55. al-Durr al-Manthur, II, hlm. 38.
56. Asbab al-Nuzul, hlm. 47.
57. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 43.
58. Nur al-Absar, hlm. 101.
59. Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 25.
60. Kifayah al-Talib, hlm. 54.
61. al-Mustadrak, III, hlm. 150.
62. Dala'il al-Nubuwwah, hlm. 297.
63. Ma'alim al-Tanzil, I, hlm. 302.
64. Mafatih al-Ghaib, VIII, hlm. 85.
65. al-Takhis, III, hlm. 150.
66. Usd al-Ghabah, IV, hlm. 25.
67. Tadhkhirah al-Huffaz, hlm. 17.
68. Jami' li Ahkam al-Qur'an, III, hlm. 104.
69. Anwar al-Tanzil, II, hlm. 22.
70. Al-Isabah, II, hlm. 503.
71. Matalib, al-Su'ul, hlm. 7.
72. Ghayah al-Maram, hlm. 300.
73. Ta'liqat 'ala Ihqaq al-Haq, hlm. 46.
74. al-Nabhan, al-Arba'in, hlm. 90.
75. al-Kasysyaf, II, hlm. 339.
76. Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 25.
77. Matalibal-Su'ul, hlm. 8.
78. Hamisy Mafatih al-Ghaib, VI, hlm. 665.
79. Tafsir al-Nasafi, hlm. 99.
80. Tafsir Abu Hayyan, VII, hlm. 156.
81. Fusul al-Muhimmah, hlm. 12.
82. Majma' al-Zawaid, IX, hlm. 168.
83. Kifayah al-Talib, hlm. 31.
84. Syarh al-Mawahib, VII, hlm. 3 & 21.
85. Nur al-Absar, hlm. 112.
86. al-Sawa'iq al-Muhriqah, hlm. 105.
87. Ihya' al-Mayyit, 101 & 135.
88. Sahih, VI, hlm. 129.
89. Jami' al-Bayan, XXV, hlm. 14-15.
90. al-Kafi al-Syafi'i, hlm. 145.
91. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 106.
92. Rasyfah al-Sadi, hlm. 21...106.
93. al-Mustadrak, III, hlm. 172.
94. al-Talkhis, III, hlm. 172.
95. al-Kasysyaf, III, hlm. 402.
96. Maqtal al-Husain, hlm.1.
97. al-Umdah, hlm. 23.
98. Matalib al-Su'ul, hlm. 3.
99. al-Wadih, XXV, hlm. 19.
100. Kifayah al-Talib, hlm. 31.
101. Ta'liqat 'Ala Ihqaq al-Haqa'iq, III, hlm. 2 & 23.
102. al-Ghadir, II, hlm. 306.
103. Syi'ah mengatakan bahawa Imamah 'Ali AS adalah selepas Rasulullah SAWAW secara langsung tanpa wasitah iaitu tidak didahului oleh orang lain. Sementara Ahlu Sunnah mengatakan Imamah 'Ali AS adalah selepas Rasulullah SAWAW secara wasitah (perantaraan) iaitu telah didahului oleh Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman.











































BAB III

SYIAH DAN SUNNAH NABAWIYYAH

Syiah adalah mereka yang mengambil sunnah nabawiyyah yang dibawa oleh penghulu para Nabi AS. Mereka tidak berganjak sedikitpun dari landasannya semenjak hari pengisytiharan dakwah sehingga hari ini dan selepas hari ini. Mereka terus berpegang kepada al-'Urwah al-Wuthqa berjalan di atas landasannya yang benar. Mereka mengambilnya dari para imam yang suci dari segala kesalahan. Mereka mengikut sunnah tanpa syak padanya. Oleh itu mereka tidak mengambil riwayat selain daripada para imam dengan sanad mereka yang dipercayai; imam maksum daripada imam maksum seumpamanya, daripada Rasulullah daripada Jibra'il daripada Allah Rabul jalil. Dalam ertikata yang lain, mereka mengambil hukum-hukum daripada Hadis-Hadis Nabi SAWAW dan para imam AS, perbuatan dan taqrir mereka sebagaimana tertulis di dalam al-Usul.

Lantaran itu penulis-penulis sirah dan sejarah tidak memberitahu kita bahawa sesungguhnya seorang imam daripada para imam dua belas telah mengambil Hadis daripada seorang sahabat, tabi'in atau orang lain. Sebaliknya orang ramai mengambilnya daripada mereka tetapi mereka tidak mengambilnya daripada orang lain.

Imam Jaafar al-Sadiq AS berkata:"Aneh sekali mereka berkata: Mereka mengambil ilmu mereka semuanya daripada Rasulullah SAWAW. Lantas mereka mengetahui dan mendapat petunjuk daripadanya. Mereka fikir kami Ahlul Bayt tidak mengambil ilmunya dan kami tidak mendapat petunjuk daripadanya. Sedangkan kami keluarganya dan zuriatnya. Di rumah kamilah turunnya wahyu. Dan dari kamilah ia mengalir kepada orang ramai. Adakah anda fikir merekalah yang mengetahui dan mendapat petunjuk sementara kami jahil dan sesat?

Imam Baqir AS berkata: "Sekiranya kami memberitahu kepada orang ramai menurut pendapat dan hawa nafsu kami, nescaya kami binasa. Tetapi kami memberitahu mereka dengan Hadis-Hadis yang kami kumpulkannya daripada Rasulullah SAWAW sebagaimana mereka mengumpulkan emas dan perak." Imam Jaafar al-Sadiq AS berkata: "Hadisku adalah Hadis bapaku. Hadis bapaku adalah Hadis datukku. Hadis datukku adalah Hadis Husain. Hadis Husain adalah Hadis Hasan. Hadis Hasan adalah Hadis Amirul Mukminin. Hadis Amirul Mukminin adalah Hadis Rasulullah SAWAW. Dan Hadis-Hadis Rasulullah SAWAW adalah firman Allah SWT.1

Dan beliau AS berkata: "Siapa yang meriwayatkan Hadis tentang kami, maka kami akan bertanya kepadanya mengenainya di suatu hari. Sekiranya dia meriwayatkan kebenaran terhadap kami, seolah-olah dia meriwayatkan kebenaran terhadap Allah dan Rasul-Nya. Dan sekiranya ia berbohong terhadap kami, seolah-olah dia berbohong terhadap Allah dan Rasul-Nya, kerana kami apabila meriwayatkan Hadis, kami tidak berkata: Fulan bin Fulan yang telah berkata, tetapi apa yang kami katakan: Allah berfirman dan Rasul-Nya bersabda."

Kemudian Syiah tidak mengamalkan mana-mana Hadis yang datang daripada seorang muhaddith, atau riwayat yang datang daripada seorang perawi melainkan ia sejajar dengan riwayat-riwayat yang datang daripada para imam yang suci AS, dan akan diperakukan oleh al-Quran ketika pembentangan dilakukan ke atasnya. Kerana mereka mengetahui dengan jelas apa yang telah berlaku pada masa Bani Umayyah, terutamanya pada masa thagut Muawiyah. Di mana Hadis pada masa itu diperniagakan, perawi diberi upah mengikut kadar keberkesanan Hadis (palsu)nya ke atas orang ramai sama ada dalam bentuk pujian atau cacian sebagaimana satu riwayat yang telah diriwayatkan oleh orang kepercayaan Muawiyah: "Tiga orang yang diamanahkan di dalam agama: Aku, Jibra'il, dan Muawiyah." Sebagaimana juga riwayat yang menjadikannya (Muawiyah) sebagai penulis wahyu dan Khal al-Mukmin, dan Hadis pembukaan Makkah: "Siapa yang memasuki rumah Abu Sufyan adalah aman" seolah-olah dia menjadikannya "haram" sebagaimana Baitul Haram. Dan khutbah-khutbah yang menakutkan dan riwayat-riwayat yang mencela Imam Ali Amirul Mukminin dan keluarganya sehingga 'Ali AS dicela di atas tujuh puluh ribu mimbar masjid.

Justeru itu Syiah tidak menerima riwayat-riwayat daripada perawi-perawi yang memalsukan Hadis seperti mereka itu. Muawiyah telah menamakan dirinya dan orang yang menyokongnya dengan nama Ahlu Sunnah wal Jamaah pada masa itu sebagai penipuan (kaidan) kepada Syiah 'Ali AS. Oleh itu pada hakikatnya, Syiah adalah Ahlu Sunnah (Sunniyyun). Kerana mereka mengambil sunnah dari sumbernya yang asli, yang telah ditapis oleh orang-orang yang baik dan perawi-perawi yang terpilih. Mereka mengambil Hadis dan sunnah nabawiyyah daripada imam-imam, penghulu-penghulu mereka sebagaimana mereka menerimanya daripada penghulu para Nabi AS kerana mereka percaya bahawa Hadis-Hadis mereka adalah daripada Rasulullah SAWAW tanpa ijithad daripada mereka. Lantaran itu mereka mengambil(nya) daripada mereka itu dengan penuh keyakinan tanpa syak dan penentangan. Mereka bertanya kepada mereka yang sebelumnya dalam semua perkara yang mereka perlu. Oleh itu Hadis-Hadis riwayat mereka meliputi segala aspek.

Justeru itu tidak hairanlah jika Imam Jaafar al-Sadiq AS di datangi oleh beribu-ribu cerdik pandai sehingga Abul Hasan al-Wasya berkata kepada penduduk Kufah: Aku dapati masjid Kufah ini lebih daripada empat ribu syaikh yang warak. Semuanya berkata: Haddathani Jaafar bin Muhammad (Jaafar bin Muhammad telah meriwayatkan Hadis kepadaku).

Di sinilah aku akan kemukakan sebahagian daripada Hadis-Hadis dan sunnah nabawiyyah yang menyokong dakwaan Syiah dan kebenaran mereka menurut apa yang dibawa oleh Rasulullah SAWAW dan imam-imam yang suci AS seperti berikut:

1. Hadis al-Dar atau al-Indhar (Hadis jemputan di rumah atau Hadis peringatan)

Sabda Nabi SAWAW: "Ini 'Ali saudaraku, wazirku, wasiku dan khalifahku selepasku."

Hadis ini telah diriwayatkan oleh para penghafal, para ulama Hadis, sirah, dan sejarah dari golongan Sunnah dan Syiah di dalam Sahih-sahih dan Musnad-musnad mereka. Mereka mengakui kesahihan dan kemuliaannya serta perawinya yang ramai. Lantaran itu tidak hairanlah jika ia diterima oleh sejarawan-sejarawan umat Islam kerana ia adalah jelas dan nyata, tidak ada kesamaran lagi bahawa Hadis ini datangnya daripada Rasulullah SAWAW pada permulaan dakwahnya.

Al-Tabari telah menyebutnya di dalam Tarikhnya2 daripada Abu Hamid bahawa dia berkata:"Salmah telah memberitahu kami dan dia berkata: Muhammad bin Ishak telah memberitahu kepadaku daripada 'Abdul Ghaffar bin al-Qasim daripada al-Minhal daripada 'Umar daripada 'Abdullah bin al-Harith bin Naufal bin al-Harith bin 'Abdul Muttalib daripada 'Abdullah bin 'Abbas daripada 'Ali bin Abu Talib AS berkata: Manakala ayat al-Indhar (al-Syuara' (26): 214):

"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"

diturunkan ke atas Rasulullah SAWAW, beliau memanggilku dan berkata: Wahai 'Ali! Sesungguhnya Allah telah memerintahkanku supaya memberi peringatan kepada keluarga anda yang terdekat. Maka akupun merasa cemas, kerana aku mengetahui bahawa apabila aku kemukakan kepada mereka perkara ini, aku akan lihat apa yang aku tidak meyukainya. Maka beliau terus berdiam diri mengenainya sehingga datang Jibra'il dan berkata: Wahai Muhammad! Sekiranya anda masih tidak melaksanakan apa yang diperintahkan kepada anda, nescaya anda akan disiksa oleh Tuhan anda.

Justeru itu sedialah (wahai 'Ali) untuk kami segantang makanan dan letakkan di atasnya satu kaki kambing serta isikan untuk kami satu bekas yang berisi susu. Kemudian kumpulkan untukku Bani Abdul Muttalib sehingga aku sendiri bercakap kepada mereka dan menyampaikan apa yang diperintahkan kepadaku. Maka aku melakukan apa yang diperintahkannya. Kemudian aku menjemputkan mereka untuknya. Bilangan mereka pada hari itu lebih kurang empat puluh orang lelaki. Di antaranya bapa-bapa saudaranya Abu Talib, Hamzah, al-'Abbas dan Abu Lahab. Apabila sahaja mereka berkumpul di tempatnya, beliau memanggilku supaya membawa makanan yang aku sediakan untuk mereka. Manakala aku meletakkanya, Rasulullah SAWAW mengambil sepotong daging dan memecahkannya dengan giginya. Kemudian mencampakkannya di tepi hidangan itu, kemudian beliau bersabda: Ambillah kalian dengan nama Allah. Orang ramai memakannya sehingga kenyang. Aku tidak melihat melainkan tempat tangan mereka. Demi Allah di mana jiwa 'Ali di tangan-Nya. Sekiranya seorang daripada mereka memakannya, nescaya aku tidak dapat mengemukakannya kepada yang lain. Kemudian beliau bersabda: "Berikan minuman kepada mereka semua," maka aku membawa kepada mereka bekas itu. Mereka meminumnya sehingga puas. Demi Tuhan sekiranya seorang daripada mereka meminumnya nescaya ia tidak akan mencukupi untuk orang lain.

Apabila Rasulullah SAWAW ingin bercakap kepada mereka, Abu Lahab mendahuluinya dan berkata: "Sahabat kalian telah menyihirkan kalian. Maka orang ramaipun bersurai tanpa memberikan kesempatan kepada Rasulullah SAWAW untuk memperkatakan sesuatu kepada mereka. Maka beliau bersabda: "Besok wahai 'Ali sesungguhnya lelaki ini telah mendahuluiku sebagaimana anda telah mendengarnya. Maka orang ramaipun bersurai sebelum sempat aku memperkatakan kepada mereka. Justeru tiu sedialah makanan untuk kami sebagaimana anda telah menyediakannya kelmarin. Kemudian kumpulkan mereka untukku. Maka akupun melakukannya. Kemudian aku mengumpulkan mereka. Kemudian beliau memanggilku supaya aku membawa makanan itu. Maka akupun membawanya kepada mereka. Beliau melakukannya sebagaimana beliau telah melakukannya kelmarin. Mereka makan sehingga kenyang. Kemudian beliau bersabda: "Berikan mereka minuman," maka akupun membawa minuman campuran susu itu. Lalu mereka meminumnya dengan sepuas-puasnya. Kemudian Rasulullah SAWAW bercakap dan bersabda: "Wahai Bani Abdul Muttalib! Sesungguhnya demi Tuhan aku tidak mengetahui seorang pemuda Arab yang datang kepada kaumnya dapat mengemukakan apa yang lebih baik daripada apa yang aku kemukankan untuk kalian. Sesungguhnya aku akan membawa kepada kalian kebaikan dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah telah memerintahkanku supaya menyeru kalian kepada-Nya. Maka siapakah di kalangan kalian yang akan membantuku di dalam urusan ini dan dialah yang akan menjadi saudaraku, wasiku, dan khalifahku pada kalian? Dia ('Ali) berkata: Orang ramai mulai merasa cemas mengenainya. Maka akupun berkata: Sesungguhnya aku adalah orang yang paling muda di kalangan mereka, orang yang paling mengidap sakit mata di kalangan mereka, orang yang paling besar perut di kalangan mereka, dan orang yang paling kecil betisnya di kalangan mereka. Aku, wahai Nabi Allah, akan menjadi wazir anda di dalam perkara itu, maka beliaupun memegang tengkukku. Kemudian dia bersabda: "Sesungguhnya ini adalah saudaraku, wasiku dan khalifahku pada kalian. Maka dengarlah kalian kepadanya, dan patuhilah." Beliau berkata: Orang ramai bangun dan ketawa sambil berkata kepada Abu Talib, sesungguhnya beliau telah memerintahkan anda supaya mendengar anak anda dan mematuhinya.

Al-Allamah al-Amini di dalam bukunya al-Ghadir3 berkata: Abu Jaafar al-Iskafi al-Mu'tazili al-Baghdadi di dalam bukunya Naqd al-'Uthmaniyyah4 telah meriwayatkannya dengan lafaz yang sama dan berkata:"Ia telah diriwayatkan di dalam Hadis yang sahih."

Burhanuddin telah meriwayatkannya di dalam Anba' Nujaba' al-Anba'.5 Ibn al-Athir di dalam al-Kamil,6 Abu al-Fida 'Imaduddin Ibn Kathir al-Dimasyqi dalam Tarikhnya7. Syahabuddin al-Khafaji di dalam Syarh al-Syifa'8 (kitab al-Syifa’ karangan Qadi al-'Iyad) berkata:"Ia telah disebutkan di dalam Dala'il oleh al-Baihaqi dan lain-lain dengan sanad yang sahih."

Al-Khazin 'Alauddin al-Baghdadi di dalam Tafsirnya9, Al-Suyuti di dalam al-Jam'u al-Jawami' yang dinukilkan daripada al-Tabari dan para penghafal yang enam10 Abu Ishaq, Ibn Jarir, Ibn Abi Hatim, Ibn Mardawaih, Abu Nu'aim, al-Baihaqi dan Ibn Abi al-Hadid di dalam Syarh Nahj al-Balaghah.11 Ia telah disebutkan juga oleh Jurji Zaidan di dalam Tarikh al-Tamaddun al-Islami.12 Muhammad Husain Haikal di dalam Hayat Muhammad.13 Perawi-perawi sanadnya thiqah selain daripada Abu Maryam 'Abd al-Ghaffar bin al-Qasim yang dianggap lemah oleh Ahlu Sunnah kerana dia adalah seorang Syiah. Tetapi Ibn 'Uqdah memujinya sebagaimana di dalam Lisan al-Mizan.14

Hadis ini telah diriwayatkan oleh para penghafal dan mereka adalah pakar-pakar di dalam Hadis dan tidak seorangpun daripada mereka menganggap Hadis ini sebagai lemah dan cacat disebabkan adanya Abu Maryam di dalam sanad-sanadnya. Malah mereka berhujah dengannya tentang dalil-dalil kenabian dan keistimewaannya. Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya15 menyatakan bahawa semua sanad perawinya adalah thiqah, mereka ialah Syarik al-A'masy, al-Minhal dan 'Ubbad.

Justeru itu tidaklah hairan jika Ibn Taimiyyah menyatakan ia adalah Hadis yang lemah kerana dia adalah seorang yang fanatik, degil dan sudah menjadi kebiasaan baginya menentang perkara-perkara yang boleh diterima akal dan menolak perkara-perkara yang daruriyyat. Pendapat-pendapatnya memang sudah dikenali kerana tidak sahnya hadih di sisinya ialah apabila ia mengandungi unsur-unsur yang berlebihan terhadap keluarga Rasulullah SAWAW.

(Kemudian al-'Allamah al-Amini menyebutnya di dalam bentuk kedua). Sila buat rujukan kepada bukunya al-Ghadir. Dia berkata:"Ahmad bin Hanbal telah menyatakan di dalam Musnadnya16 daripada 'Affan bin Muslim, daripada Abi 'Awanah, daripada 'Uthman bin al-Mughirah, daripada Abi Sadiq, daripada Rabi'ah bin Najid, daripada Ali Amirul Mukminin. Dengan sanad dan teks inilah al-Tabari telah menerangkannya di dalam Tarikhnya,17 al-Nasa'i di dalam Khasa'is,18 al-Kanji al-Syafi'i di dalam al-Kifayah,19 Ibn Abil Hadid di dalam Syarh Nahj al-Balaghah,20 al-Suyuti di dalam Jam'u al-Jawami'.21

(Al-Allamah al-Amini telah menyebutnya di dalam bentuknya yang ketiga). Daripada Amirul Mukminin AS berkata:"Manakala turun ayat al-Indhar (Surah al-Syuara' (26): 214):"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat" beliau menyeru Bani 'Abdul Muttalib." Kemudian dia (al-Amini) berkata:"Hadis ini telah dicatat oleh Ibn Mardawaih dengan sanadnya-sanadnya dan dinukilkannya oleh al-Suyuti di dalam Jam'u al-Jawami',22 sebagaimana di lakukan oleh Ali al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-Ummal.23

(al-'Allamah al-Amini telah menyebutkannya di dalam bentuknya yang keempat). Selepas menyebutkannya permulaan Hadis, kemudian Rasulullah SAWAW bersabda: "Wahai Bani Abdul Muttalib! Sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada semua makhluk dan kepada kalian semua. Maka beliau membaca ayat al-Indhar (al-Syuara' (26): 214):"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat. "Aku menyeru kalian kepada dua kalimah yang ringan di lidah tetapi berat di neraca. Tiada tuhan melainkan Allah dan aku adalah pesuruh-Nya. Sesiapa yang menyahut seruanku di dalam perkara ini dan membantuku, dia akan menjadi saudaraku, wazirku, wasiku, pewarisku, dan khalifahku selepasku." Tidak ada seorang pun daripada mereka menjawabnya. Maka Alipun berdiri dan berkata:"Aku wahai Rasulullah." Beliau berkata: "Duduklah wahai Ali." Kemudian beliau mengulanginya kepada mereka kali kedua. Mereka terus mendiamkan diri. Alipun berdiri dan berkata:"Akulah wahai Rasulullah." Maka beliau berkata: "Duduklah." Kemudian beliau mengulanginya kepada mereka kali ketiga. Maka tidak seorangpun daripada mereka yang menjawabnya. Ali terus bangun dan berkata: "Akulah wahai Rasulullah."Maka Beliau berkata:"Duduklah, maka anda adalah saudaraku, wazirku, wasiku, pewarisku dan khalifah selepasku."

Ibn Abi Hatim dan al-Ya'qubi telah juga telah meriwayatkannya dan dinukilkannya daripada mereka berdua oleh Ibn Taimiyah di dalam kitabnya Minhaj al-Sunnah.24 Al-Halabi juga meriwayatkan daripadanya di dalam kitab Sirahnya.25

(Kemudian al-'Allamah al-Amini menyebutnya di dalam bentuk kelima), tentang Hadis Qais dan Muawiyah menurut apa yang diriwayatkan oleh Sadiq al-Hilali di dalam bukunya daripada Qais.

(Kemudian al-'Allamah al-Amini menyebutnya di dalam bentuk yang keenam). Ia telah dicatat oleh Abu Ishak al-Tha'labi (w.427H.) di dalam tafsirnya al-Kasyf wa al-Bayan.26 Hadis ini juga telah disebutkan oleh al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib.27

(Kemudian al-'Allamah al-Amini menyebutnya di dalam bentuk ketujuh). Abu Ishak al-Tha'labi telah mengeluarkannya dalam al-Kasyf wa al-Bayan daripada Abu Rafi' sebahagian daripada kata-katanya. Hadis ini juga disebutkan oleh seorang Kristian Mesir di dalam al-Ta'liq 'Ala al-'Alawiyyah al-Mubarakah28 dengan lafaz di akhir Hadis: Sesiapa yang menyahuti seruanku untuk melakukan perkara ini. Dia telah menyebutkan Hadis ini dengan begitu teratur. Buatlah rujukan kepada al-Ghadir.29

Sayyid 'abd al-Husayn Syarafuddin RH berkata di dalam bukunya al-Muraja'at30 (Dialog Sunnah dan Syiah). Hadis ini iaitu Hadis al-Dar telah diriwayatkan oleh Muhammad Husain Haikal di dalam cetakan pertama bukunya Hayat Muhammad. Tetapi dia tidak menyebutkannya di dalam cetakan kedua dan ketiga.

Aku berkata:"Telah berlaku keriuhan tentang penetapan Hadis ini. Ia menerangkan kekhalifahan Amirul Mukminin 'Ali AS. Ketika berlakunya keriuhan ini, Muhammad Husain Haikal telah menyiarkan rujukan-rujukan Hadis ini di dalam akhbar politiknya di Mesir pada bilangan 2751 yang dikeluarkan pada 12 Zulkaedah 1350H. Sekiranya anda membuat rujukan kepada bilangan 2985, anda akan dapat merujuk Hadis ini kepada Muslim di dalam Sahihnya, Ahmad di dalam Musnadnya, 'Abdullah bin Ahmad di dalam Ziyadat al-Musnad, Ibn Hajar al-Haithami di dalam Jami' al-Fawa'id, Ibn Qutaibah di dalam 'Uyun al-Akhbar, Ibn 'Abd Rabbih di dalam al-'Iqd al-Farid, al-Jahiz di dalam Risalahnya kepada Bani Hasyim dan al-Tha'labi di dalam Tafsirnya."

Aku berkata:"Hadis yang mulia ini adalah satu dalil yang terang dan hujah yang pemutus bahawa khalifah selepas Rasulullah SAWAW ialah 'Ali bin Abu Talib AS. Kerana Nabi SAWAW telah mengeluarkan perintah ini pada permulaan dakwahnya dan telah menjadikan 'Ali wazirnya kerana tidak ada seorangpun dikalangan orang-orang yang menghadiri masjlis itu setelah tiga kali dilakukannya menyahut seruannya. Malah pada setiap kali 'Ali berdiri sambil berkata: Aku wahai Rasulullah dan pada akhirnya Rasulullah SAWAW bersabda kepadanya: "Andalah saudaraku, wazirku, wasiku, khalifahku selepasku. Oleh itu kalian dengar dan patuhilah beliau."

Demi Tuhan anda wahai pembaca yang budiman. Adakah di sana nas yang lebih terang daripada ini tentang khalifah Ali AS selepas Rasulullah SAWAW secara langsung? Wahai Muslimun! Kenapa fanatik terus berlaku sedangkan wujudnya nas yang terang di dalam buku-buku Ahlu Sunnah sendiri bahawa kekhalifahan 'Ali adalah secara langsung. Dan penangguhannya memerlukan dalil dan tidak ada di sana sebarang dalil pun.
2. HADIS THAQALAIN (HADIS DUA PERKARA YANG BERHARGA)

Sabda Nabi SAWAW:"Sesungguhnya aku tinggalkan pada kalian al-thaqalain (dua perkara yang berharga) Kitab Allah dan itrah Ahlul Baytku. Sekiranya kalian berpegang kepada kedua-duanya nescaya kalian tidak akan sesat selepasku selama-lamanya."

Hadis ini telah mencapai kemuncak kemasyhurannya sehingga sumber-sumber rujukannya tidak dapat dipertikaikan lagi. Hadis ini telah diriwayatkan oleh Sunnah dan Syiah serta mereka mengakui kesahihannya. Malah ia diketahui oleh segenap lapisan masyarakat dan dihafal oleh orang yang tua dan muda, alim dan jahil. Lantaran itu ia hampir sampai darjat kemutawatirannya.

Meskipun perawi-perawinya tidak sepakat mengenai nas Hadis ini, tetapi perselisihan pendapat itu tidak akan menambahkan matlamatnya sehingga ia tidak akan menjadi alasan bagi penakwilannya dan tidak akan menjadi sebab bagi melepaskan diri dari maksud pengertiannya.

Tetapi perselisihan menyaksikan apa yang diperkatakan bahawa Rasulullah SAWAW telah bercakap mengenai pengertian Hadis yang mulia ini di beberapa tempat dengan menjaga penyatuan makna serta matlamatnya.

Sebagaimana bilangan perawi-perawi di dalam Hadis ini dan berbagai cara periwayatannya menggambarkan kepada kita bahawa ia telah berlaku di beberapa tempat. Di antaranya berlaku di Haji Wida', di Hari Wida', di Hari Arafah ketika perhimpunan orang ramai, di Hari Ghadir Khum sebagaimana di dalam khutbahnya. Ia berlaku ketika Nabi SAWAW sedang gering dan ketika berwasiat kepada ummatnya.

Di sini aku kemukakan kepada anda wahai pembaca yang budiman sebahagian daripada nama-nama pemuka Ahlu Sunnah yang meriwayatkan Hadis thaqalain di dalam Sahih-Sahih, Musnad-Musnad, Sunan-Sunan, Tafsir-Tafsir, Sirah-Sirah dan Tarikh-Tarikh mereka seperti berikut:

Muslim di dalam Sahihnya31 mengutip sabda Nabi SAWAW: Aku tinggalkan kepada kalian Thaqalain (dua perkara yang berharga) pertamanya Kitab Allah padanya petunjuk dan cahaya. Oleh itu ambillah kalian dengan Kitab Allah dan peganglah kepadanya. Aku peringatkan kalian kepada Allah tentang Ahlul Baytku ini.

Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya32 daripada Sa'id al-Khudri daripada Nabi SAWAW bersabda: Aku hampir dipanggil (oleh Tuhanku) dan aku segera menyahutinya. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian al-Thaqalain (dua perkara yang berharga) Kitab Allah dan 'Itrahku. Kitab Allah adalah tali yang terbentang daripada langit ke bumi dan 'Itrahku Ahlul Baytku. Sesungguhnya Allah SWT memberitahuku tentang kedua-duanya. Sesungguhnya kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga dikembali kepadaku di Hawd. Maka kalian jagalah baik-baik kedua peninggalanku itu.

Ali al-Muttaqi al-Hindi meriwayatkan Hadis ini di dalam Kanz al-Ummal.33 Sementara al-Tirmidhi di dalam Sahihnya34 daripada Jabir bin Abdullah al-Ansari, dia berkata: Aku melihat Rasulullah SAWAW di Haji Wida' hari Arafah ketika beliau berada di atas unta dan bersabda: Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepada kalian, jika kalian mengambilnya nescaya kalian tidak akan sesat selama-lamanya: Kitab Allah dan 'Itrah Ahlul Baytku. Al-Tirmidhi berkata: Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Dhar, Abu Sa'id, Zaid bin Arqam dan Huzaifah bin Usayd.

Al-Tirmidhi juga meriwayatkannya daripada Zaid bin Arqam bahawa Rasulullah SAWAW bersabda: Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian selama kalian berpegang teguh kepadanya, kalian tidak akan sesat selepasku. Salah satunya lebih besar daripada yang lain: Kitab Allah merupakan tali yang terbentang daripada langit dan bumi dan 'Itrah Ahlul Baytku. Kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga kedua-duanya dikembalikan di Hawd. Kalian jagalah baik-baik dan bagaimana kalian memperlakukan kedua-dua peninggalanku. Al-Tirmidhi selepas mengeluarkan Hadis ini menyatakan bahwa Hadis ini adalah Hadis Hasan.

Al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba,35 al-Hakim di dalam al-Mustadrak36 daripada Zaid bin Arqam, sesungguhnya Nabi SAWAW bersabda semasa Haji Wida': Sesungguhnya aku tinggalkan pada kalian Thaqalain (dua perkara yang berharga) salah satunya lebih besar dari yang lain; Kitab Allah dan Itrahku. Oleh itu jagalah kedua-duanya peninggalanku itu. Sesungguhnya kedua-duanya itu tidak akan berpisah sehingga dikembalikan di Hawd. Al-Hakim37 selepas mengemukakan Hadis ini menyatakan bahawa Hadis ini adalah sahih menurut syarat Bukhari dan Muslim. Juga al-Dhahabi di dalam Talkhisnya.38

Al-Qunduzi al-Hanafi dalam Yanabi' al-Mawaddah39 meriwayatkan daripada Imam al-Ridha AS bahawa beliau berkata tentang itrah: Mereka disabdakan Rasulullah SAWAW: Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang berharga: Kitab Allah dan 'itrah Ahlul Baytku. Sesungguhnya kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga kedua-duanya dikembalikan di Hawd. Dan jagalah baik-baik kedua-dua peninggalanku itu. Wahai manusia, janganlah kalian mengajar mereka kerana mereka lebih mengetahui daripada kalian. Ibn Kathir telah meriwayatkan Hadis ini di dalam Tafsirnya.40

Ibn Hajar di dalam Sawa'iqnya bab kesebelas menyatakan bahawa Hadis ini telah diriwayatkan dengan banyak. Ketahuilah bahawa Hadis Thaqalain telah diriwayatkan oleh lebih daripada dua puluh sahabat. Ada yang menyatakan ia berlaku di Haji Wida' di Arafah, ada yang menyatakan di Madinah ketika Rasulullah SAWAW sedang gering di mana biliknya dipenuhi oleh para sahabat. Ada yang menyatakan ia berlaku selepas beliau pulang dari Taif. Walau bagaimanapun ia tidak menjadi halangan jika beliau mengulangi Hadis tersebut di tempat-tempat yang berlainan kerana penekanan beliau yang serius terhadap Kitab Allah dan 'itrahnya yang suci.

Al-Ya'qubi di dalam Tarikhnya41 menyatakan bahawa Nabi SAWAW bersabda: Aku melintasi kalian ketika kalian dibentangkan di hadapan Hawd. Sesungguhnya aku akan bertanya kepada kalian ketika kalian dikembalikan kepadaku tentang Thaqalain. Dan lihatlah bagaimana kalian memperlakukan kedua-dua peninggalanku. Mereka bertanya: Apakah Thaqalain (dua perkara yang berharga) wahai Rasulullah SAWAW? Beliau menjawab: Yang pertama adalah yang paling besar iaitu Kitab Allah (berada) 'di tangan' Allah dan di tangan kalian. Justeru itu kalian berpeganglah dengannya. Janganlah kalian menjadi sesat, dan janganlah kalian menukarnya dan kedua 'itrah Ahlul Baytku.

Al-Darimi telah menyebutkannya di dalam al-Sunan42, al-Nasa'i di dalam al-Khasa'is43 dan al-Khanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib.44 Abu Nua'im al-Isfahani di dalam al-Hilyah,45 Ibn al-Athir al-Jazari di dalam Usd al-Ghabah,46 Ibn Abd Rabbih di dalam al-Iqd al-Farid,47 Ibn al-Jauzi di dalam Tadhkirah al-Khawwas,48 al-Halabi al-Syafi'i di dalam Insan al-'Uyun,49 Fakhruddin al-Razi di dalam Mafatih al-Ghaib,50 al-Nisaburi di dalam Tafsirnya,51 al-Khazin di dalam Tafsirnya,52 Ibn Abil Hadid di dalam Syarh Nahju al-Balaghah,53 Syablanji di dalam Nur al-Absar,54 Ibn Sibaqh al-Maliki di dalam Fusul al-Muhimmah,55 dan al-Baghawi al-Syafi'i di dalam Masabih al-Sunnah.56

Sayyid Syarafuddin RH menyatakan di dalam bukunya al-Muraja'at57 (Dialog Sunnah-Syiah) bahawa buku-buku sahih yang mewajibkan berpegang kepada Thaqalain (dua perkara berharga) adalah Mutawatir, dan ia telah diriwayatkan oleh lebih dua puluh sahabat. Di mana Rasulullah SAWAW telah bersabda di tempat yang banyak, di hari Ghadir Khum, hari Arafah di Haji Wida', selepas kembalinya dari Taif, di atas mimbar masjidnya di Madinah dan akhirnya di dalam biliknya semasa sakitnya. Bilik di waktu itu dipenuhi oleh para sahabat. Beliau bersabda: Wahai manusia! Hampir nyawaku diambil dengan cepat, dia (Izra'il) sedang datang kepadaku. Dan sesungguhnya aku telah mengemukakan kepada kalian kitab Allah Azza wa Jalla dan 'Itrah Ahlul Baitku. Kemudian beliau mengambil tangan 'Ali lalu mengangkatnya sambil bersabda: Ini 'Ali bersama al-Quran, dan al-Quran bersama 'Ali kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga kedua-duanya kembali kepadaku di Hawd.

Anda mengetahui perkataan khutbah SAWAW di hari itu tidaklah berhenti dengan perkataan ini sahaja, tetapi sayangnya politik telah membelenggukan lidah-lidah pakar-pakar Hadis, dan menahan pena penulis-penulis. Meskipun titisan yang sedikit (ini) dari lautan itu dan serpihan yang kecil dari keseluruhannya adalah memcukupi. Al-hamdulillah.

Sayyid Hasyim al-Bahrani dalam Ghayat al-Maram58 menyatakan bahawa Hadis Thaqalain telah diriwayatkan dengan tiga puluh sembilan cara menurut Ahlul Sunnah dan lapan puluh dua cara menurut Syiah daripada Ahlul Bayt AS.

Ayatullah al-'Uzma Sayyid Mir Hamid Husain al-Nisaburi telah menyebutkan Hadis Thaqalain di dalam bukunya 'Abaqat. Dia telah meriwayatkannya daripada hampir dua ratus para ulama yang besara daripada berbagai mazhab bermula tahun 102 Hijrah berakhir tahun 113 Hijrah, daripada para sahabat lelaki dan perempuan meriwayatkan Hadis yang mulia ini daripada Nabi SAWAW.

Aku berkata: Seorang yang insaf akan membuat kesimpulan bahawa Hadis Thaqalain jelas menunjukkan kekhalifahan Amirul Mukminin dan anak-anak lelakinya semua sebelas orang imam maksum AS kerana Nabi SAWAW telah menyamakan mereka dengan Kitab al-Quran. Al-Quran adalah rujukan yang pertama bagi ummat Islam, tanpa dipertikaikan lagi sejak permulaan dakwah sehingga akhir dunia. Demikian juga 'Ali dan kesebelas orang anak-anaknya AS akan mengakhiri dunia ini sepertilah al-Quran kerana beliau telah menjadikan dua khalifahnya di dunia ini. Dan kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga kedua-duanya dikembalikan kepadanya di Hawd di hari kiamat. Dan beliau telah menjadikan berpegang kepada kedua-duanya sebagai syarat untuk tidak menjadi sesat. Dan sesiapa yang berpaling daripada kedua-duanya akan binasa kerana beliau menyamakan Ahlu Baytnya dengan kitab Allah dan memerintahkan umatnya supaya berpegang kepada kedua-duanya sekali. Lantaran itu seorang itu tidak harus berpegang kepada salah satu daripada keduanya.

Justeru itu setiap mukallaf mesti berpegang kepada Thaqalain. Bukan hanya kepada Kitab Allah sahaja tanpa 'itrah dan bukan al-'itrah sahaja tanpa Kitab Allah. Oleh itu berpegang kepada kedua-dua sekali kerana ia merupakan satu ikatan yang tidak dapat dipisahkan kerana 'itrah adalah lisan yang bercakap untuk kitab yang membisu. Justeru itu kita tidak dinilai sekiranya kita berpegang kepada Kitab Allah tanpa menurut cara mereka. Kerana mengetahui ayat-ayat muhkam, mutasyabih, nasikh dan mansukh serta lain-lain, tidak tepat selain daripada penerangan dan penjelasan mereka. Lantaran itu berpegang kepada kedua-duanya akan menjamin kejayaan seseorang. Dan penentangan terhadap kedua-duanya atau salah satu daripadanya akan membawa kepada kebinasaan dan kerugian. Allah SWT telah memerintahkan orang ramai supaya berpegang kepada kedua-duanya. Rasulullah SAWAW tidak menyuruh orang ramai untuk melakukan sesuatu dengan sia-sia dan tidak menegah sesuatu dengan sia-sia. Nabi SAWAW tidak bercakap dengan hawa nafsunya malah dengan wahyu yang diwahyukan kepadanya. Oleh itu berpegang kepada Kitab Allah dan 'itrah yang suci adalah satu kewajipan bagi menjamin kejayaan manusia seluruhnya dengan nikmat yang abadi.

Sayyid Syarafuddin al-Musawi di dalam Muraja'at59 menegaskan bahawa mafhum sabda Nabi SAWAW: Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian sekiranya kalian berpegang kepadanya, kalian tidak akan sesat selamanya; Kitab Allah dan 'itrahku. Iaitu orang yang tidak berpegang kepada kedua-duanya adalah berada di dalam kesesatan. Sebagaimana diperkuatkan oleh Hadis Nabi SAWAW: Janganlah kalian mendahului kedua-duanya nescaya kalian akan binasa dan janganlah kalian mengabaikan kedua-duanya nescaya kalian juga akan binasa. Dan janganlah kalian mengajar mereka kerana mereka itu lebih mengetahui daripada kalian.

Ibn Hajar berkata tentang sabdanya SAWAW dalam tulisannya al-Sawa'iq:"Janganlah kalian mendahului kedua-duanya, maka kalian akan binasa atau janganlah kalian mengabaikan kedua-duanya, nescaya kalian akan binasa. Dan janganlah kalian mengajar mereka kerana mereka lebih mengetahui daripada kalian,60 adalah dalil ke atas orang yang layak di kalangan mereka untuk memegang jawatan yang tinggi dalam agama. Dan mereka diutamakan daripada orang lain. Aku berpendapat: Rasulullah SAWAW menamakan Thaqalain kerana kedua-duanya mempunyai nilai yang tinggi. Lantaran itu pakar-pakar bahasa mengatakan setiap yang bernilai tinggi itu thiqal. Kerana berpegang kepada kedua-duanya bukanlah perkara yang mudah. Atau kerana beramal dengan kedua-duanya adalah berat sebagaimana telah dinyatakan oleh Ibn Hajar dalam al-Sawa'iq Muhriqah bab wasiat Nabi SAWAW. Ini menunjukkan bahawa khilafah dan imamah adalah untuk mereka Ahlul Bayt AS. Sebagaimana kata seorang penyair:

Mereka menyamai Kitab Allah yang bisu,
sedangkan mereka adalah kitab yang bercakap.

Dari Hadis Thaqalain ini menunjukkan kemaksuman Ahlul Bayt AS sepertilah kemaksuman al-Quran yang tidak syak pada kemaksumannya kerana perintah Nabi SAWAW kepada ummatnya supaya merujuk kepada mereka selepasnya. Oleh itu segala urusan tidak akan diselesaikan melainkan oleh orang yang telah dipelihara dari kesalahan dan dosa. Dan dalil kemaksuman mereka ialah sabitnya kekhalifahan dan imamah untuk mereka. Justeru itu kemaksuman adalah menjadi syarat di dalam Khilafah dan Imamah. Dan orang yang selain daripada mereka tidaklah maksum secara ijmak.
3. HADIS AL-MANZILAH (HADIS MENGENAI KEDUDUKAN 'ALI DAN HARUN)

Sabdanya SAWAW:"Tidakkah anda meredai wahai 'Ali, anda di sisiku seperti Manzilah (kedudukan) Harun di sisi Musa hanya tidak ada nabi selepasku."

Kaum Muslimin bersepakat tentang kesahihan Hadis yang mulia ini dan mencatatnya di dalam Sahih-sahih dan Musnad-musnad mereka yang muktabar. Sebab berlakunya Hadis ini menurut pakar-pakar sejarah Hadih dan Sirah bahawa manakala Nabi SAWAW keluar untuk peperangan Tabuk, beliau melantik 'Ali AS sebagai penggantinya di Madinah ke atas keluarganya. Maka 'Ali AS berkata: Aku tidak suka jika anda keluar tanpa aku bersama anda. Maka beliau bersabda:"Tidakkah anda meredai bahawa kedudukan anda di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa, hanya tiada nabi selepasku."

Aku tidak mampu untuk menyebutkan kesemua nama-nama orang yang meriwayatkan Hadis ini disebabkan perawi-perawinya terlalu ramai dan rujukan yang banyak. Walau bagaimanapun aku akan kemukakan sebahagian daripada perawi-perawi yang masyhur di kalangan ulama Ahlu Sunnah bagi mengukuhkan rujukanku dan menyempurnakan tujuanku:

al-Bukhari di dalam Sahihnya, III, hlm. 54 di dalam 'kitab al-Maghazi,' bab 'Peperangan Tabuk.' Dan di dalam jilid keduanya, hlm. 185, bab 'Bad' al-Khalq' tentang keistimewaan Ali bin Abu Talib AS. Muslim di dalam Sahihnya, II, hlm. 236 dan 237 di dalam kitab 'Fadl al-Sahabah, 'bab fadl Ali AS.' Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, I, hlm. 98, 118 & 119. Al-Hakim di dalam al-Mustadrak, III, hlm. 109, telah memperakui kesahihan Hadis ini menurut syarat Bukhari dan Muslim. Ibn 'Abd al-Barr di dalam al-'Isti'ab, II, hlm. 437, riwayat hidup 'Ali AS. Ali al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-Ummal, VI, hlm. 152-153. Ibn Hajar al-Asqalani di dalam al-Isabah, II, hlm. 507, riwayat hidup 'Ali AS. Ibn Hajar di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah, hlm. 30 dan 74. Al-Syablanji di dalam Nur al-Absar, hlm. 68. Al-Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa', hlm. 65. Ibn 'Abd Rabbih di dalam al-'Iqd al-Farid, II, hlm. 194. Al-Nasa'i di dalam al-Khasa'is, hlm. 7. Abu Nu'aim di dalam Hilyah al-Auliya', VII, hlm. 196. Ibn Hisyam di dalam al-Sirah al-Nabawiyyah, II, hlm. 520. Abu al-Fida' Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, VII, hlm. 339. Al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 63. Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 204. Al-Khawarizmi di dalam al-Manaqib, hlm. 79. Ibn 'Asakir di dalam Tarikhnya, IV, hlm. 196. Ibn al-'Athir di dalam Usd al-Ghabah, IV, hlm. 26. Ibn Abil Hadid di dalam Syarh Nahjul Balaghah, II, hlm. 495. Al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib, hlm. 148. Abu Bakar al-Baghdadi di dalam Tarikh Baghdad, II, hlm. 432. Ibn al-Jauzi di dalam Safwah al-Safwah, I, hlm. 120. Al-Sibt Ibn al-Jauzi di dalam Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 22. Ibn Sa'd di dalam al-Tabaqat al-Kubra, III, hlm. 24.

Dan ia dikutip oleh semua penulis riwayat hidup Imam Amirul Mukminin AS dahulu dan sekarang. Dan ia juga dikutip oleh setiap orang yang menulis tentang kelebihan Ahlul Bayt dan kelebihan sahabat, iaitu Hadis yang diterima oleh orang dahulu dan sekarang.

Aku berkata: Hadis ini menunjukkan keutamaan Amirul Mukminin Ali AS menjadi khalifah selepas Rasulullah SAWAW secara langsung tanpa memberi peluang bagi orang yang mengingkarinya untuk menentang Syiah al-Abrar, Syiah Ahlul Bayt AS.

Sayyid Syarafuddin RH di dalam al-Muraja'at61 berkata: Hadis ini mempunyai hujjah yang kuat bahawa 'Ali AS adalah penggantinya dan khalifahnya selepasnya. Lihatlah bagaimana Nabi SAWAW menjadikannya walinya di dunia dan di akhirat. Dan beliau mengasihinya daripada semua keluarganya. Bagaimana beliau menjadikan kedudukannya seperti kedudukan Harun di sisi Musa. Beliau tidak mengecualikannya selain daripada Nubuwwah. Dan pengecualiannya adalah bukti umum. Dan anda mengetahui bahawa kedudukan yang paling ketara bagi Harun di sisi Musa ialah menjadi wazir ke atas semua ummatnya. Sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Taha (20):29-32:

"Dan jadilah untukku seorang pembantu dari keluargaku iaitu Harun saudaraku, teguhlah dengan dia kekuatanku, dan jadilah dia sekutu dalam urusanku."

dan firman-Nya di dalam Surah al-A'raf (7): 142:

"Dan Musa berkata kepada saudaranya Harun: gantilah aku dalam (memimpin) kaumku, dan perbaikilah, dan janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang membuat kerosakan,"

dan firman-Nya di dalam Surah Taha (20):36:
"Allah berfirman: Sesungguhnya telah diperkenankan permintaanmu, wahai Musa."
Lantaran itu 'Ali, menurut ayat ini, adalah khalifah Rasulullah pada kaumnya, wazirnya pada keluarganya dan rakan kongsinya di dalam urusannya sebagai penggantinya dan bukan sebagai nabi. Beliau adalah orang yang paling layak pada ummatnya semasa hidup dan mati. Oleh itu mereka wajib mentaatinya semasa beliau menjadi pembantunya seperti Harun kepada ummat Musa di zaman Musa.

Ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAWAW di dalam sabdanya:'Ali tidak boleh pergi tanpa anda menjadi khalifahku.' Ini adalah nas yang terang bahawa 'ali adalah khalifahnya. Malah ia menunjukkan bahawa sekiranya Nabi SAWAW pergi tanpa melantik 'Ali sebagai penggantinya, nescaya beliau telah melakukan perkara yang tidak sepatutnya beliau lakukan. Ini adalah disebabkan beliau telah diperintahkan oleh Allah SWT supaya melantik 'Ali AS sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Ma'idah (5):67:
"Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, bererti) kamu tidak menyampaikan amanah-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir."

Kemudian perhatikanlah sabda Nabi SAWAW:"Sepatutnya aku tidak pergi tanpa anda menjadi khalifahku,' nescaya anda dapati kedua-duanya menuju kepada satu tujuan sebagaimana juga sabdanya:'Andalah wali bagi setiap mukmin selepasku.' Maka ia adalah nas bahawa beliau adalah wali al-Amr dan menduduki tempatnya mengenainya sebagaimana al-Kumait RH berkata: Sebaik-baik wali al-Amr selepas walinya dan tempat datangnya taqwa dan sebaik-baik pendidik

Al-Allamah al-Amini di dalam al-Ghadir62 berkata: Sabdanya:'Tidakkah anda meredai bahawa anda di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa.....' mensabitkan setiap sifat yang ada pada Nabi SAWAW dari segi martabat, amal, maqam, kebangkitan, hukum, pemerintahan dan ketuanan pada Amirul Mukminin selain daripada kenabian sebagaimana Harun di sisi Musa. Justeru itu beliaulah khalifahnya SAWAW, pengurniaan kedudukan Ali seperti kedudukan dirinya bukanlah dikurniakan begitu sahaja sebagaimana yang telah disangkakan oleh semua orang. Beliau telah melantik sebelum ini orang-orang tertentu di seluruh negara, dan beliau juga telah melantik beberapa orang dalam ekspedisi tentera, tetapi beliau tidak pernah bersabda sesuatu sebagaimana beliau bersabda kepada Ali AS. Justeru itu ia suatu keistimewaan yang dikurniakan kepada Amirul Mukminin Ali AS.

Aku berkata: Ini menunjukkan bahawa khalifah selepas Rasulullah SAWAW ialah 'Ali AS secara terus dasn kemaksuman Ali AS sebagaimana maksumnya Harun AS selain daripada kenabian sebagaimana anda telah mengetahuinya.

4. HADIS AL-SAFINAH (HADIS BAHTERA)
Sabda Nabi SAWAW:"Umpama Ahlul Baytku samalah seperti bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya berjaya. Dan siapa yang enggan atau terlambat akan tenggelam."

Para ulama Islam telah bersepakat tentang kesahihan Hadis ini. Ia telah diriwayatkan oleh para ulama Sunnah dan Syiah di mana lebih seratus daripada para penghafal, ahli Hadis, Sirah, Sejarah telah mencatatnya di dalam buku-buku mereka, mengakui kepentingannya kerana kepatuhan kepada kebesaran Allah SWT. Mereka menerimanya dengan senang hati.

Nas Hadis

Di sini diperturunkan sebahagian daripada nama-nama ulama Ahlu Sunnah yang meriwayatkan Hadis ini seperti berikut:

Al-Hakim di dalam al-Mustadrak63 dengan sanadnya daripada Hunsy al-Kinani berkata: Aku mendengar Abu Dhar yang sedang berpegang di pintu Ka'bah berkata: Siapa yang mengenaliku, maka akulah orang yang kalian kenali dan siapa yang tidak mengenaliku, maka akulah Abu Dhar. Aku mendengar Rasulullah SAWAW bersabda: Umpama Ahlul Baytku seperti bahtera Nuh siapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang enggan atau terlambat akan tenggelam. Hadis ini adalah sahih menurut pensyaratan Muslim.

Al-Tabrani telah mencatatkan di dalam al-Ausat64 daripada Abu Sa'id, Nabi SAWAW bersabda: Umpama Ahlul Baytku pada kalian sepertilah bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang enggan atau terlambat akan tenggelam. Dan umpama Ahlul Baytku pada kalian sepertilah pintu pengampunan bagi Bani Isra'il. Siapa yang memasukinya akan diampun.

Ibn Hajar dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah mengemukakan beberapa riwayat yang menyokong satu sama lain bahawa Nabi SAWAW bersabda: Sesungguhnya umpama Ahlul Baytku pada kalian sepertilah bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya berjaya. Di dalam riwayat Muslim: 'Dan siapa yang membelakanginya akan tenggelam. Sesungguhnya umpama Ahlul Baytku pada kalian sepertilah pintu pengampunan bagi Bani Isra'il. Siapa yang memasukinya akan diampun.' Dan dalam riwayat yang lain:'Dosa-dosanya akan diampun.'

(Kemudian dia berkata) selepas mengemukakan Hadis ini dan Hadis-Hadis yang seumpamanya dan membentangkan perumpamaan mereka dengan bahtera bahawa sesungguhnya orang yang mencintai mereka, dan menghormati mereka kerana mensyukuri nikmat yang dikurniakan dan berjaya daripada kegelapan perselisihan. Dan sesiapa yang membelakanginya, nescaya akan tenggelam di lautan kekufuran nikmat dan binasa di dalam arus kezaliman. Sehingga dia berkata: Cinta kepada Ahlul Bayt adalah menjadi sebab ummat ini dijadikan.

Al-Hamawaini di dalam Fara'id al-Simtin dengan membuang sanad-sanadnya daripada Sa'id bin Jubair daripada Ibn 'Abbas, dia berkata: Rasulullah SAWAW bersabda kepada 'Ali AS: Wahai 'Ali, aku adalah bandar hikmat, dan anda adalah pintunya, dan tidak akan memasuki bandar melainkan melalui pintunya. Dan berbohonglah orang yang menyatakan bahawa dia mencintaiku sedangkan dia memarahi anda, kerana anda adalah daripadaku, dan aku adalah daripada anda. Daging anda adalah dagingku. Darah anda adalah darahku. Jiwa anda adalah jiwaku. Batin anda adalah batinku. Zahir anda adalah zahirku. Anda adalah imam umatku dan khalifahku ke atasnya selepasku. Berbahagialah orang yang mentaati anda. Celakalah orang yang menderhakai anda. Beruntunglah orang yang mewalikan anda. Rugilah orang yang memusuhi anda. Beroleh kemenanganlah orang yang berada di samping anda. Dan binasalah orang yang menjauhi anda. Anda samalah seperti para imam daripada anak-anak lelaki anda selepasku seperti bahtera Nuh siapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang membelakanginya akan tenggelam. Dan kalian sepertilah bintang-bintang setiap kali satu bintang tidak kelihatan, timbul pula bintang yang lain sehingga ke hari kiamat.

Ibn al-Maghazili al-Syafi'i meriwayatkan tentang kelebihan-kelebihan Ahlul Bayt AS dengan sanadnya daripada Harun al-Rasyid daripada al-Mahdi daripada al-Mansur daripada bapanya daripada datuknya daripada Ibn 'Abbas RD berkata: Rasulullah SAWAW bersabda: Umpama Ahlul Baytku sepertilah bahtera Nuh, siapa yang menaikinya berjaya. Dan siapa yang enggan atau terlambat akan binasa. Tetapi apa yang menghairankan ialah tindakan kekerasan mereka terhadap Ahlul Bayt AS meskipun mereka mempercayai kelebihan 'mereka.'

Al-Syablanji di dalam Nur al-Absar meriwayatkan bahawa sekumpulan pengarang Sunan telah meriwayatkan daripada para sahabat bahawa Nabi SAWAW bersabda: Umpama Ahlul Baytku pada kalian samalah seperti bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang membelakanginya binasa. Di dalam riwayat yang lain lafaz binasa itu disebut dengan 'tenggelam.'

Hadis ini bukan sahaja mutawatir di kalangan Ahlu Sunnah malah ia menjadi mutawatir di kalangan Syiah. Aku berkata: Ini adalah ringkasan tentang Hadis al-Safinah yang banyak. Walau bagaimanapun aku kemukakan sebahagian daripada nama-nama ulama Ahlul Sunnah yang meriwayatkan Hadis al-Safinah di dalam buku-buku mereka:

Muslim di dalam Sahihnya, Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, al-Tabari di dalam Tarikhnya, al-Hakim di dalam al-Mustadrak, Muhibuddin al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba, Abu Nua'im al-Asfahani di dalam al-Hilyah al-Auliya’ dan Dala'il al-Nubuwwah, Ibn 'Abd Barr di dalam al-Isti'ab, al-Khatib di dalam Tarikh Baghdad, Ibn al-Athir al-Jazari di dalam Usd al-Ghabah, Fakhruddin al-Razi di dalam Mafatih al-Ghaib, Ibn Talhah al-Syafi'i di dalam Matalib al-Su'ul, Muhibb al-Tabari di dalam Riyad al-Nadirah, Sibt Ibn al-Jauzi di dalam al-Tadhkirah, Ibn al-Sabagh al-Maliki di dalam al-Fusul al-Muhimmah, al-Suyuti di dalam al-Jami' al-Saghir, Ibn Hajar di dalam al-Sawa'iq, al-Syblanji di dalam Nur al-Absar, al-Siban di dalam al-Is'af, al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah, al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib, dan lain-lain.

Di antara orang yang mengakui kesahihannya ialah Imam al-Syafi'i sendiri. Al-Ujaili telah mengaitkan kata-kata Syafi'i di dalam Dhakhirah al-Mal:

Manakala aku melihat manusia telah berpegang kepada mazhab yang bermacam-macam di lautan kebodohan dan kejahilan
Aku menaiki dengan nama Allah bahtera kejayaan mereka,
itulah Ahlul Bayt al-Mustafa dan penamat segala Rasul.

Wahai pembaca yang budiman, sesungguhnya Hadis yang mulia ini datangnya daripada Nabi SAWAW. Beliau telah menutup jalan-jalan yang banyak. Justeru itu beliau tidak meninggalkan selain daripada jalan Ahlul Bayt yang terang seperti matahari di siang hari. Beliau telah memimpin mereka ke jalan yang benar dengan hujah yang terang yang akan membawa mereka ke syurga.

Dan perumpamaan Ahlul Baytnya dengan bahtera Nuh adalah jelas menunjukkan bahawa wajib mengikuti, mematuhi kata-kata dan perbuatan-perbuatan mereka. Dan untuk mendapat kejayaan adalah dengan menaiki bahtera, nescaya mereka berjaya daripada tenggelam kerana bahtera itu terselamat daripada keaiban. Sekiranya terdapat kecacatan, nescaya binasalah orang yang berada di dalamnya tanpa syak lagi. Kerana ombak-ombak taufan begitu kuat memukul seperti bukit sebagaimana diceritakan oleh al-Quran tentang kesengsaraan yang menakutkan. Nuh menyeru anak lelakinya dari jauh:"Wahai anakku! Naiklah bersama kami dan janganlah anda berada bersama orang yang kafir. Anaknya berdegil tidak mahu menaikinya sambil berkata: Aku akan berlindung di bukit yang dapat memeliharaku daripada air. Maka Nuh menjawab: Tidak ada pemeliharaan di hari ini (sesuatupun) dari suruhan Allah (selama-lamanya) selain daripada orang yang dirahmati Allah (dengan menaiki bahtera). Lantas orang yang ingkar tetap berkeras dengan penuh penentangannya. Maka ombak telah memisahkan di antara keduanya, maka termasuklah dia dari golongan orang yang tenggelam yang berdegil di atas kekufuran mereka. Maka ombak-ombak tadi memukul mereka, lalu mereka pun binasa. Wal-hamdulillah 'ala halaki ahlil kufr.

Demikianlah para imam Ahlul Bayt AS dengan ummat ini. Siapa yang berlindung kepada mereka dan berjalan menuruti jalan mereka yang lurus, berpegang kepada ikatan kukuh yang tidak akan berpisah buat selama-lamanya, mengambil daripada mereka asas-asas agamanya serta cabang-cabangnya, berakhlak dengan akhlak mereka yang mulia, berpegang kepada kewalian mereka, benar-benar mencintai mereka di dalam ertikata orang lain tidak mendahului mereka, nescaya dia akan berjaya dari tenggelam dan akan mendapat ganjaran yang sewajarnya. Selamat daripada siksaan Allah di hari akhirat dan akan mendapat ganjaran daripada Allah dan Nabi SAWAW. Dan sesiapa yang membelakangi mereka adalah seperti orang yang berlindung di hari Taufan kepada bukit untuk menyelamatkannya daripada urusan Allah. Maka dia disambar oleh ombak lalu tenggelam dan binasa. Demikian juga ombak-ombak fitnah telah melanda (mereka) bertubi-tubi samalah seperti ombak-ombak Taufan Nuh. Tidak ada beza di antara kedua-duanya menurut nas Hadis. Ombak mengambilnya dan menenggelamkannya kemudian dia tinggal di neraka. Perbezaan yang pertama tenggelam di air sementara yang kedua tenggelam di neraka jahannam (Wal 'iyadhubillah).

Begitu juga Hadis ini mewajibkan mukmin berpegang kepada Ahlul Bayt AS bagi mendapat kejayaan yang abadi dan menjauhi siksaan di hari hisab.

Al-Sayyid al-Muhsin al-Amin al-'Amili65 berkata: Manakah kata-kata yang lebih jelas daripada sabdanya:"Siapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang membelakanginya binasa atau tenggelam" sebagaimana orang yang menaiki bahtera Nuh berjaya daripada tenggelam. Dan siapa yang tidak menaikinya tenggelam dan binasa. Begitu juga dengan orang yang mengikuti Ahlul Bayt AS berada di dalam kebenaran dan selamat daripada kemurkaan Allah SWT serta mendapat kemenangan dengan keredaan-Nya. Dan siapa yang menyalahi mereka akan binasa dan jatuh ke dalam kemurkaan Allah dan siksaan-Nya. Ini menunjukkan kemaksuman mereka. Jikalau tidak, bagaimana orang yang mengikuti mereka berjaya dan orang yang menyalahi mereka binasa.

Ini adalah secara umum dan khusus sebagaimana telah diterangkan di dalam Hadis Thaqalain. Apa yang dimaksudkan di dalam Hadis itu ialah para imam Ahlul Bayt yang telah disepakati kelebihan mereka. Dikenali dengan keilmuan, kezuhudan dan kewarakan mereka. Dan ummat juga bersepakat selain daripada mereka tidaklah maksum. Orang yang tidak maksum tidak menjamin kejayaan pengikutnya, dan penentangnya pula tidaklah binasa dalam setiap keadaan.

Justeru itu memadailah mereka dinamakan pintu pengampunan kerana kejayaan terletak pada mengikuti mereka dan pelepasan dosa serta kemaksiatan, adalah dengan mengambil jalan mereka.

Aku berkata: Hadis ini yang mulia ini merupakan hujah yang pemutus dan dalil yang kuat terhadap dakwaan Syiah al-Abrar dan pengikut-pengikut Ahlul Bayt AS bahawa khalifah adalah untuk 'Ali Amirul Mukminin AS. Selepas Rasulullah SAWAW secara langsung dan selepasnya adalah zuriatnya yang terpilih berdasarkan kepada nas Hadis bahawa orang-orang yang berpegang kepada 'itrah yang suci akan berjaya. Dan orang yang membelakangi mereka akan binasa. Lantaran itu tidak ada ruang bagi seseorang untuk menentang hujah mereka dan mengambil selain daripada mereka serta mendakwa kejayaan bagi dirinya. Aku memohon kepada Allah supaya menunjukkan Muslimin kepada jalan yang benar dan menyatukan pemikiran mereka bagi mengikuti kebenaran dan mengilhamkan mereka percakapan yang benar.

5. HADIS MADINAH AL-'ILM (HADIS KOTA ILMU)
Sabda Nabi SAWAW:"Aku adalah kota ilmu dan 'Ali adalah pintunya." Hadis ini adalah di antara Hadis-Hadis yang sabit di sisi para ulama Islam secara langsung daripada para penghafal Hadis, pakar-pakar sejarah dan sirah. Dan pemindahannya adalah secara mutawatir daripada para ulama Islam dari berbagai-bagai pihak pada setiap masa.

Adapun para sahabat yang meriwayatkan Hadis ini adalah ramai di antaranya:

Imam Amirul Mukminin Ali AS, Imam Hasan AS, Abdullah bin Abbas, Jabir bin Abdullah al-Ansari, Abdullah bin Mas'ud al-Hazali, Huzaifah bin al-Yaman, Abdullah bin Umar, Anas bin Malik, Amru bin al-'As dan lain-lain.

Adapun para perawi Hadis ini di peringkat Tabi'in ialah: Imam Zain al-'Abidin bin 'Ali bin al-Husain AS. Anaknya Imam Muhammad al-Baqir AS, Asbagh bin Nubatah, Jarir al-Dhubi, Haris bin Abdullah al-Hamdani al-Kufi, Sa'ad bin Tarif al-Hamzali al-Kufi, Sa'id bin Jubair al-Asadi al-Kufi, Salamah bin Kuhail al-Hadrami al-Kufi, Sulaiman bin Mihran al-Asadi al-Kufi, 'Asim bin Hamzah al-Saluli al-Kufi, 'Abdullah bin Uthman bin Khaitham al-Qari' al-Makki, Abdul Rahman bin Uthman, Abdullah bin Usailah al-Muradi Abu Abdullah al-Sinaiji, Mujahid bin Jubair Abu al-Hajjaj al-Makhzumi al-Makki.

Adapun para ulama yang menghukum kesahihannya adalah ramai di antaranya: al-Tabari di dalam Tahdhib al-Athar, al-Hakim di dalam al-Mustadrak,66 al-Suyuti di dalam Jam'u al-Jawami', al-Biruni di dalam Asna al-Matalib, Ali al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-Ummal, Fadlullah bin Ruzabhan al-Syirazi di dalam Abtal al-Abatil, al-Fairuz Abadi di dalam Naqd al-Sahih, Ibn Hajar al-Asqalani di dalam beberapa fatwanya yang diceritakan oleh al-Suyuti di dalam al-Li'ali al-Masnu'ah dan Jam'u al-Jawami', al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah, Muhammad bin Yusuf al-Syammi di dalam Subul al-Huda wa-Rasyad fi Asma' al-'Ibad, Ibn Hajar di dalam Sawa'iq al-Muhriqah, al-Munawi di dalam Fayd al-Qadir Syarh al-Jami' al-Saghir, 'Abd al-Haq al-Dahlawi di dalam al-Luma'at, al-Siban al-Misri di dalam Is'af al-Raghibin dan lain-lain.

Adapun para ulama yang mencatat Hadis ini di dalam buku-buku dan musnad-musnad mereka adalah ramai di antaranya: al-Hakim di dalam al-Mustadrak, dia berkata: Abu al-Abbas Muhammad bin Ya'qub telah memberitahu kami, Muhammad bin Abd al-Rahim al-Harwi telah memberitahu kami di Ramlah, Abu al-Salt Abd al-Salam bin Salih telah memberitahu kami, Abu Muawiyah telah memberitahu kami daripada al-'Amasy daripada Mujahid daripada Ibn Abbas RD dia berkata: Rasulullah SAWAW bersabda: Aku adalah bandar ilmu dan Ali adalah pintunya. Maka sesiapa yang ingin datang ke bandar ilmu, maka hendaklah dia datang melalui pintunya. Sanad Hadis ini adalah sahih tetapi Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya di dalam sahih-sahih mereka.

Al-Khatib al-Baghdadi di dalam Tarikh Baghdad67 berkata: Yahya bin 'Ali al-Daskari Bahlawan telah memberitahu kami. Begitu juga Abu Bakar Muhammad bin al-Muqri, Abu Tayyib Muhammad bin Abd al-Samad al-Daqqaq al-Baghdadi, Ahmad bin Abdullah Abu Jaafar al-Maktab. Abd al-Razzaq. Sufyan al-Thauri telah memberitahu kami daripada Abdullah bin Uthman, dia berkata: Aku telah mendengar Jabir bin Abdullah RD berkata: Aku mendengar Rasulullah SAWAW bersabda di dalam keadaan memegang lengan Ali bin Abu Talib AS: 'Inilah amir orang-orang yang baik, pembunuh orang-orang yang jahat, menolong orang yang menolongnya, menghina orang yang menghinanya. Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya. Maka sesiapa yang ingin datang ke kota ilmu, maka hendaklah dia datang melalui pintunya.'

Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah,68 hlm. 183 berkata: Ibn 'Udayy dan al-Hakim telah meriwayatkan daripada Jabir, dia berkata: Rasulullah SAWAW bersabda:'Aku adalah kota ilmu dan 'Ali adalah pintunya. Dan sesiapa yang ingin datang kepada kota ilmu, maka hendaklah dia datang melalui pintunya.'

Ibn Hajar di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah69 menerangkan bahawa Hadis ini telah diriwayatkan melalui al-'Uqaili dan Ibn 'Udayy daripada Ibn Umar dia berkata: Rasulullah SAWAW bersabda:'Aku adalah kota ilmu dan 'Ali adalah pintunya.' Dalam riwayat yang lain pula menyebutkan: 'Sesiapa yang inginkan ilmu, maka hendaklah datang melalui pintunya.'

Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah70 berkata:'Hadis ini telah diriwayatkan oleh Suwaid bin Sa'id daripada Syarik daripada Salamah daripada al-Sinaiji daripada 'Ali secara marfu':'Aku adalah kota ilmu dan 'Ali adalah pintunya. Maka sesiapa yang inginkan ilmu, maka hendaklah datang melalui pintunya.'

Ali al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-Ummal71 menyatakan bahawa Hadis ini telah diriwayatkan daripada Ali sebagaimana telah disebutkan oleh Ibn Kathir.

Ibn 'Abd al-Barr di dalam al-Isti'ab72 berkata: Hadis ini telah diriwayatkan daripada Nabi SAWAW, beliau bersabda:'Aku adalah kota ilmu dan 'Ali adalah pintunya. Maka sesiapa yang inginkan ilmu, maka hendaklah melalui pintunya.'

Muhibb al-Tabari di dalam al-Riyad al-Nadirah73 menerangkan bahawa Hadis ini telah diriwayatkan melalui Abu 'Umar sebagaimana telah diterangkan di dalam al-Isti'ab dan Dhakha'ir al-'Uqba.74

Ibn Abil Hadid di dalam Syarh Nahjul Balaghah75 berkata: Rasulullah SAWAW bersabda: 'Aku adalah kota ilmu dan 'Ali adalah pintunya. Maka sesiapa yang ingin datang ke kota ilmu, maka hendaklah datang melalui pintunya.' Hadis ini juga telah dicatat oleh Ibn al-Athir al-Jazari di dalam Usd al-Ghabah,76 al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib,77 al-Dhahabi di dalam al-Talkhis,78 Ibn Hajar al-'Asqalani di dalam Lisan al-Mizan79 dan Tahdhib al-Tahdhib,80 al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah, al-Nabhani di dalam al-Fath al-Kabir, al-Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa' dan al-Jami' al-Saghir, Sibt Ibn al-Jauzi di dalam Tadhkirah al-Khawwas dan lain-lain.

Sayyid Najafi' al-Mar'asyi telah menyebutkan Hadis ini di dalam Ta'liqat 'ala Ihqaq al-Haqa'iq karangan Ayatullah 'Uzma Sayyid Qadi Nurullah al-Tastari RH. Kemudian dia menyebutkan nama-nama ulama Ahlu Sunnah yang menyokong Hadis ini di dalam Jilid, V, hlm. 469-514.

Aku berkata: Sekiranya Ahlu Sunnah yang meriwayatkan Hadis ini telah membohongi Rasulullah SAWAW sebagaimana telah disangkakan oleh dajal-dajal yang menjadi kebiasaan mereka melakukan keaiban-keaiban dan berusaha untuk kerosakan serta menentang perkara yang telah diketahui dalam agama, maka mereka akan dipertanggungjawabkan terhadap agama ini di hadapan Allah SWT. Ya! Kita dapati ramai daripada orang yang memalsukan Hadis ke atas Rasulullah SAWAW mengenai 'kelebihan sahabat' telah menerima upah yang lumayan dan ada yang melakukannya secara sukarela. Apabila mereka dapati tidak ada kecacatan pada Hadis ini, kerana ia diakui oleh Sunnah dan Syiah, lalu mereka menambahkan beberapa rangkaian padanya bagi mengalihkannya daripada apa yang sepatutnya. Maka mereka memindahkannya seperti: Aku adalah kota ilmu, Abu Bakar asasnya, 'Umar dindingnya, 'Uthman bumbungnya dan 'Ali pintunya.

Para ulama Ahlu Sunnah mencela sesama mereka. Kerana mereka menjadikan 'Uthman bumbungnya lalu berkata: Kota tidak ada bumbung. Sekiranya mereka berfikir sejenak nescaya mereka mengetahui bahawa madinah al-ilm (Kota ilmu) adalah 'suasananya.' Bagaimana Abu Bakar menjadi asasnya sedangkan dia tidak mengetahui perkataan Abba. Sebagaimana diriwayatkan oleh para ahli Tafsir dari golongan Sunnah dan Syiah bahawa dia pernah ditanya tentang firman-Nya di dalam Surah 'Abasa (80):31:
  
“Fakihatan wa abba (buah-buah dan rumput-rumputan”.
"Fakihatan kami mengetahui maknanya adapun Abba kami tidak mengetahuinya. Bumi manakah yang aku akan pijak dan langit manakah yang aku akan junjung, apabila aku berkata sesuatu tentang kitab Allah dengan fikiranku sedangkan aku tidak mengetahuinya." Dia juga berkata: "Sesungguhnya syaitan selalu menggodaku dan apabila aku melakukan kesalahan, maka perbetulkanlah (kesalahan)ku."

Begitu juga halnya dengan 'Umar. Bagaimana dia boleh menjadi dindingnya sedangkan dia berkata:"Orang ramai lebih mengetahui daripada Umar sehingga gadis-gadis sunti di dalam khemah." Dia berkata:"Sekiranya 'Ali tidak ada, nescaya binasalah Umar." Dia juga berkata:"Semoga Allah tidak meninggalkan aku di dalam permasalahan di mana Abul Hasan tidak ada." Dan banyak lagi contoh-contoh seumpama itu dari pengakuannya sendiri tentang kejahilannya di dalam beberapa perkara termasuk hukum-hukum dan lain-lain. Demi Tuhan Ka'bah, Ahlu Sunnah tidak boleh mengatakan bahawa kata-kata Umar itu sebagai tawaduk (merendah diri).

Keuzuran yang sejuk ini tidak mempunyai kemuliaan lagi kerana dia tidak ada jalan keluar bagi sifat tawaduk yang disangkakan. Kerana maqam yang kita bincangkan sekarang adalah maqam khilafah daripada Nabi SAWAW yang maksum yang membawa syariat yang kuat sehingga berakhirnya dunia ini. Sebagai menunaikan kewajipan tersebut maka tawaduk tidak menjadi alasan lagi. Dan sesungguhnya dakwaan tawaduk memerlukan dalil dan tidak ada dalil bagi Ahlu Sunnah. Kemudian kata-kata 'Umar itu menunjukkan kelebihan 'Ali AS di setiap keadaan. Dan cukuplah itu menjadi dalil bagi Syiah al-Abrar.

Dengan nama Tuhan anda, katakanlah kepadaku wahai Muslim yang budiman! Adakah layak orang seperti Umar yang mengakui kejahilannya sendiri menjadi khalifah kepada ummat yang baru Islam sedangkan ada orang yang disabdakan oleh Rasulullah SAWAW:"Anda wahai 'Ali! Pewaris ilmuku, suami anak perempuanku, pelaksana agamaku dan khalifahku selepasku." Justeru itu Amirul Mukminin telah menunjuk kepada dadanya di suatu hari di atas mimbar Masjid di Kufah sebanyak tiga kali sambil berkata:"Disinilah sifat ilmu. Bertanyalah kepadaku sebelum kalian kehilanganku. Demi Allah sekiranya kalian bertanya kepadaku tentang jalan-jalan langit dan bumi, nescaya aku akan memberitahu kalian mengenainya. Maka sesungguhnya aku lebih mengetahui jalan-jalan langit dan bumi." Hadis-Hadis seumpama ini memanglah banyak, maka di manakah nilainya wahai Muslimun!

Mereka juga telah menjadikan Uthman sebagai bumbung, ia ditertawakan oleh ibu yang kehilangan anaknya. Mereka menjadi Abu Bakar sebagai asas dan Umar sebagai dindingnya. Aku tidak mengerti syaitan, jin dan manusia mana yang membuat tambahan kepada Hadis ini? Kerana apa yang terdapat di dalam Musnad-musnad Ahlu Sunnah menyalahinya. Malah terdapat sanadnya yang tidak boleh dipercayai. Mudah-mudahan mereka akan sedar dari kelalaian mereka dan memerhatikan Hadis yang mulia ini dari segi balaghah dan fasahahnya.

Malah penambahan kepada Hadis tersebut, telah menurunkan darjat ketiga-tiga khalifah dan menghina mereka. Kerana orang yang menuju ke bandar ilmu tidak akan memasuki melalui asasnya, dindingnya dan bumbungnya, malah melalui pintunya.

Hadis (tambahan) seperti ini telah dilakukan pada zaman Tahgut Muawiyah yang telah mengambil Hadis sebagai bahan perniagaan sebagaimana kami telah kemukakannya sebelum ini. Dia telah memerintahkan gabenor-gabenornya supaya memalsukan Hadis tentang kelebihan sahabat dan mencela Ahlul Bayt AS. Apatah lagi tentang hak Amirul Mukminin AS.

Kesimpulan: Tertegaknya khalifah Amirul Mukminin Ali AS selepas Rasulullah SAWAW secara langsung dengan Hadis: Aku adalah bandar ilmu dan Ali adalah pintunya di samping dalil-dalil akal dan naqliyyah kerana Rasulullah SAWAW telah menjadikan Ali sebagai pintu bandar ilmu yang didatangi oleh penuntut-penuntut ilmu dari segenap pelusuk dunia. Dan Nabi SAWAW tidak pernah mewakilkan urusan ini selain daripada Ali, kerana orang lain tidak mempunyai kelayakan untuk memikul bebanan yang berat dan besar di mana kejayaan ummat terletak di atasnya.

Atau kebinasaan jika ia menyalahi dan mendurhakai perintah orang yang memerintah. Sebagaimana sabdanya:'Siapa yang inginkan ilmu, maka hendaklah datang melalui pintunya dan siapa yang datang bukan melalui pintunya dikira pencuri dan dia adalah dari parti 'iblis.'

Sayyid Mir Hamid Husain al-Nisaburi di dalam bukunya al-'Abaqat telah menyebutkan Hadis 'Aku adalah bandar ilmu, maka 'Ali adalah pintunya.' Kemudian dia mengatakan bahawa 'Ali berhak menjadi khalifah selepas Rasulullah SAWAW secara langsung dan mengemukakan dalil yang kuat mengenainya.

Ringkasnya, aku telah mengemukakan di sini lima Hadis ma'thurah daripada Rasulullah SAWAW yang sabit di dalam buku-buku Ahlu Sunnah. Dan yang dipersetujui oleh mereka bagi menunjukkan betapa benarnya dakwaan Syiah tentang keutamaan Amirul Mukminin 'Ali AS menjadi khalifah secara langsung selepas Rasulullah SAWAW:

1. Hadis al-Dar atau al-Indhar.
2. Hadis al-Thaqalain.
3. Hadis al-Manzilah.
4. Hadis al-Safinah.
5. Hadis al-Madinah.

Aku telah mengemukakannya kepada anda wahai pembaca yang budiman, setelah aku memaparkan enam ayat al-Quran:

1. Ayat al-Wilayah [al-Mai'dah(5):55)].
2. Ayat al-Tathir [al-Ahzab (33):33].
3. Ayat al-Mubahalah ['Ali Imran(3):61].
4. Ayat al-Mawaddah [al-Syura'(42):20].
5. Ayat al-Salawat [al-Ahzab(33):56].
6. Ayat al-Tabligh [al-Mai'dah(5):67]

Lantaran itu enam ayat al-Quran dan lima Hadis ma'thurah, maka jumlahnya sebelas yang saling lengkap-melengkapi dan diakui oleh Ahlu Sunnah dan Syiah. Justeru itu tidak seorangpun akan menentangnya kecuali orang yang dikuasai oleh hawa nafsunya. Lantaran itu dia akan dibawa ke jurang yang amat dalam, yang tidak ada batasan dan penentuan baginya. Oleh itu urusan khalifah terserlah secara langsung kepada 'Ali AS.

Sebelas dalil yang sempurna ini telah dicatat oleh para ulama Islam dan telah disahkan oleh pemuka-pemuka ulama Sunnah di samping ulama Syiah al-Abrar. Justeru itu tidak ada jalan (tipudaya) untuk memisahkan Ali AS dari menjadi khalifah secara langsung selepas Rasulullah SAWAW.

Apa yang diharap-harapkan ialah supaya saudara-saudaraku Ahlu Sunnah mematuhi kebenaran dan meninggalkan celaan ke atas saudara-saudara mereka Syiah. Kerana mereka berjalan menurut jalan Ahlul Bayt Rasulullah SAWAW. Mereka tidak berganjak sedikitpun daripada mereka (Ahlul Bayt AS). Oleh itu janganlah mengaitkan mereka dengan pembohongan-pembohongan yang keji dan rekaan-rekaan yang hina serta perkataan yang dibuat-buat. Dan tidak menghubungkaitkan mereka dengan tohmahan-tohmahan yang batil sebagaimana dilakukan oleh sebahagian Ahlu Sunnah seperti Ibn Taimiyah, Ibn Hazm, Ibn Hajar, Ahmad Amin Mesir, Musa Jarullah, Muhammad Thabit al-Misri, al-Hafnawi dan al-Jubhan. Seperti Syaikh Nuh yang telah mengeluarkan fatwa tentang kekafiran Syiah al-Abrar, dan membunuh mereka.....sama ada mereka bertaubat ataupun tidak. Dan orang-orang yang menurut jejak langkah mereka yang jahat. Mereka menjadi kuncu-kuncu Bani Umaiyyah. Aku memoho perlindungan kepada Tuhan Arasy daripada golongan yang melakukan kezaliman dan permusuhan ke atas kami, sama ada secara jahil atau berpura-pura jahil, mengambil upah atau secara sukarela.

Aku juga berharap dari saudara-saudaraku Ahlu Sunnah supaya mengkaji kebenaran yang terdapat di dalam buku-buku mereka sendiri tentang Syiah dan meninggalkan celaan ke atas mereka serta apa yang tidak diredai Allah SWT. Dan janganlah mereka menulis di dalam buku-buku mereka apa yang tidak terdapat di dalam buku-buku Syiah. Apatah lagi jika ia telah menjadi asas mazhab mereka kerana zaman sekarang adalah zaman cahaya. Hakikat kebenaran Syiah telah terserlah kepada kebanyakan orang. Dan orang ramai mulai berpegang kepada mazhab Tasyayu' secara beramai-ramai.

Sesungguhnya aku memberi nasihatku yang berguna ini kerana aku mengetahui celaan-celaan dan cacian-cacian yang menggerunkan jiwa-jiwa yang sejahtera terdapat di dalam buku-buku karangan Ahlu Sunnah. Allah menjadi saksi sesungguhnya aku sebelum berpegang kepada mazhab Ahlul Bayt AS, sentiasa menasihati sahabat-sahabatku dan ulama-ulama yang besar di Qahirah, Damsyiq, Halab, Makkah, Madinah dan lain-lainnya terutamanya penulis-penulis supaya tidak mencela golongan yang berpegang kepada mazhab Ahlul Bayt AS sambil berkata: Sebaik-baik bagi kalian menentang Syiah dengan cara yang lebih baik iaitu dengan dalil akal atau naql bukan dengan cacian dan tohmahan kerana ia tidak sesuai dengan peradaban Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAWAW.

Kalian perhatikanlah buku-buku karangan Syiah, pasti mempunyai hujah-hujah yang mengukuhkan dakwaan mereka dan mereka menahan daripada cacian dan tohmahan yang batil. Malah mereka menyeru kalian (Ahlu Sunnah) dengan kata-kata yang sopan: Mudah-mudahan Allah memperbaiki saudara-saudara kami Ahlu Sunnah. Inilah akhlak mereka yang diambil daripada imam-imam mereka dan buku-buku mereka berada di merata-rata tempat. Justeru itu hendaklah kalian mengkajinya atau menjawabnya jika kalian mampu.

Aku mengkaji banyak buku-buku karangan Syiah, maka aku dapati ia menyalahi apa yang dikatakan kepada mereka. Demi Allah! Mereka adalah golongan yang beriman kepada lima rukun yang datang daripada Allah dan Rasul-Nya dan akan terus beramal dengannya dari hari beliau diutuskan sehingga hari beliau dibangkitkan. Aku tidak mendapati dosa mereka selain dari tidak mengutamakan selain daripada Ahlul Bayt ke atas Ahlul Bayt AS. Dan adakah ini dikira dosa wahai Muslimin?

NOTA AKHIR

1. al-'Allamah Sayyid Muhsin al-Amini, A'yan al-Syi'ah, III, hlm. 34.
2. Tarikh, II, hlm. 216.
3. al-Ghadir, II, hlm. 279.
4. Syarh Nahj al-Balaghah, III, hlm. 263.
5. Anba' Nujaba' al-Anba', hlm. 44-48.
6. al-Kamilfi al-Tarikh, hlm. 24.
7. Tarikh Abu Fida', I, hlm. 116.
8. Syarh al-Syifa’, III, hlm. 37.
9. Tafsir al-Khazin, hlm. 390.
10. Jam‘u al-Jawami', VI, hlm. 302-307.
11. Syarh Nahj al-Balaghah, III, hlm. 254.
12. Tarikh al-Tamaddun al-Islami, hlm. 1, 31.
13. Hayat Muhammad, hlm. 104.
14. Lisan al-Mizan, IV, hlm. 43.
15.Musnad, I, hlm. 111.
16. Ibid, hlm. 78, 86 & 159.
17. Tarikh, I, hlm. 217.
18. al-Khasa'is, hlm. 8
19. Kifayah al-Talib, hlm. 89.
20. Syarh Nahj al-Balaghah, III, hlm. 255.
21. Jam‘u al-Jawami', hlm. 408.
22. Ibid.
23. Kanz al-Ummal, VI, hlm. 401.
24. Minhaj al-Sunnah, IV, hlm. 80.
25. al-Sirah al-Halabiyyah, I, hlm. 304.
26. al-Kasyf wa al-Bayan, I, hlm. 101.
27. Kifayah al-Talib, hlm. 89.
28. al-Ta'liq 'Ala al-'Alawiyyah al-Mubarakah, hlm. 76.
29. al-Ghadir, II, hlm. 284.
30. al-Muraja'at, hlm. 119.
31. Sahih, II, hlm. 238.
32. Musnad, III, hlm. 17, 26, 59, dan IV, hlm. 267.
33. Kanz al-Ummal, VII, hlm. 112.
34. Sahih, II, hlm. 308.
35. Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 16.
36. al-Mustadrak, III, hlm. 109, 148 & 532.
37. Ibid., hlm. 109.
38. al-Talkhis, III, hlm. 109.
39. Yanabi al-Mawaddah, hlm. 25.
40. Tafsir Ibn Kathir, III, hlm. 486.
41. Tarikh al-Ya'qubi, II, hlm. 93.
42. al-Sunan, II, hlm. 432.
43. al-Khasa'is, hlm. 30.
44. Kifayah al-Talib, hlm. 89.
45. Hilyah al-Auliya', I, hlm. 355.
46. Usd al-Ghabah, I, hlm. 12; II, hlm. 147.
47. al-'Iqd al-Farid, II, hlm. 346.
48. Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 332.
49. Insan al-'Uyun, III, hlm. 308.
50. Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 18.
51. Tafsir al-Nisaburi, I, hlm. 349.
52. Tafsir al-Khazin, I, hlm. 257.
53. Syarh Nahj al-Balaghah, VI, hlm. 130.
54. Nur al-Absar, hlm. 99.
55. al-Fusul al-Muhimmah, hlm. 25.
56. Masabih al-Sunnah, III, hlm. 2056.
57. al-Muraja'at, hlm. 22.
58. Ghayat al-Maram, hlm. 211 & 217.
59. al-Muraja'at, hlm. 23.
60. al-Sawa'iq al-Muhriqah, hlm. 153.
61. al-Muraja'at, hlm. 127.
62. al-Ghadir, III, hlm. 199.
63. al-Mustadrak, II, hlm. 343.
64. al-Ausat, hlm. 216.
65. A'yan al-Syi'ah, III, hlm. 265.
66. al-Mustadrak, III, hlm. 126.
67. Tarikh al-Baghdad, II, hlm. 377.
68. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 183.
69. al-Sawa'iq al-Muhriqah, hlm. 37.
70. al-Bidayah wa al-Nihayah, VII, hlm. 358.
71. Kanz al-Ummal, V, hlm. 30.
72. al-Isti'ab, II,hlm. 30.
73. al-Riyad al-Nadirah, II, hlm. 193.
74. Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 77.
75. Syarh Nahj al-Balaghah, II, hlm. 236.
76. Usd al-Ghabah, IV, hlm. 27.
77. Kifayah al-Talib, hlm. 99.
78. al-Talkhis, III, hlm. 126.
79. Lisan al-Mizan, I, hlm. 432.
80. Tahdhib al-Tahdhib, II, hlm. 320.
















BAB IV

HADIS-HADIS YANG MENGHADKAN
PENGGANTI NABI SAWAW KEPADA DUA BELAS ORANG

Hadis-Hadis yang menghadkan pengganti-pengganti Nabi SAWAW kepada dua belas orang, telah diriwayatkan oleh jumhur ulama Muslimin Sunnah dan Syiah di dalam Sahih-sahih dan Musnad-musnad mereka.

Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad1 meriwayatkan Hadis ini daripada Sya'bi daripada Masruq berkata:"Kami berada di sisi 'Abdullah bin Mas'ud yang sedang memperdengarkan bacaan al-Quran kepada kami. Tiba-tiba seorang lelaki bertanya kepadanya: Wahai Abu 'Abdu r-Rahman! Adakah anda telah bertanya Rasulullah SAWAW berapakah ummat ini memiliki khalifah?" Abdullah bin Mas'ud menjawab: "Tiada seorangpun bertanya kepadaku mengenainya semenjak aku datang ke Iraq sebelum anda." Kemudian dia berkata:"Ya! Sesungguhnya kami telah bertanya kepada Rasulullah SAWAW mengenainya. Maka beliau menjawab:"Dua belas (khalifah) seperti bilangan naqib Bani Israil."

Di dalam riwayat yang lain Ahmad bin Hanbal meriwayatkan daripada Jabir bin Samurah, sesungguhnya dia berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAWAW bersabda semasa Haji Wida': "Urusan agama ini masih pada zahirnya di tangan penentangannya dan tidak akan dihancurkan oleh orang-orang yang menyalahinya sehingga berlalunya dua belas Amir, semuanya daripada Quraisy2."

Muslim di dalam Sahih3 meriwayatkan daripada Jabir bin Samurah sesungguhnya dia berkata:"Aku bersama bapaku berjumpa Nabi SAWAW, Maka aku mendengar Nabi SAWAW bersabda:"Urusan 'ini' tidak akan selesai sehingga berlaku pada mereka dua belas khalifah." Dia berkata: Kemudian beliau bercakap dengan perlahan kepadaku. Akupun bertanya bapaku apakah yang diucapkan oleh beliau? Dia menjawab:"Semuanya daripada Quraisy."

Muslim juga meriwayatkan di dalam Sahih4 daripada Nabi SAWAW beliau bersabda:"Ugama sentiasa teguh sehingga hari kiamat dan dua belas khalifah memimpin mereka, semuanya daripada Quraisy. Di dalam riwayat yang lain "Urusan manusia berlalu dengan perlantikan dua belas lelaki dari Quraisy5," "Sentiasa Islam itu kuat sehingga kepada dua belas khalifah daripada Quraisy6" dan "Sentiasa ugama ini kuat dan kukuh sehingga dua belas khalifah daripada Quraisy7"

Al-Tirmidhi di dalam Sunan8 mencatat Hadis tersebut dengan lafaz amir bukan khalifah.

Sementara al-Bukhari di dalam Sahih9 meriwayatkannya daripada Jabir bin Samurah bahawa Nabi SAWAW bersabda:"Selepasku ialah dua belas amir." Maka beliau berucap dengan perkataan yang aku tidak mendengarnya. Bapaku memberitahuku bahawa beliau bersabda:"Semuanya daripada Quraisy."

Ali al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-Ummal,10 meriwayatkan bahawa Nabi SAWAW bersabda:"Selepasku akan (diikuti) oleh dua belas khalifah."

Ibn Hajar di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah11 meriwayatkan daripada Jabir bin Samurah bahawa Nabi SAWAW bersabda:"Selepasku akan (dikuti) dua belas amir semuanya daripada Quraisy."

Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah12 mencatat riwayat daripada Jabir bin Samurah sesungguhnya dia berkata:"Aku bersama bapaku di sisi Nabi SAWAW beliau bersabda:"Selepasku dua belas khalifah." Kemudian beliau merendahkan suaranya. Maka akupun bertanya bapaku mengenainya. Dia menjawab: Beliau bersabda:"Semuanya daripada Bani Hasyim."

Samak bin Harb juga meriwayatkannya dengan lafaz yang sama. Diriwayatkan daripada al-Sya'bi daripada Masruq daripada Ibn Mas'ud bahawa sesungguhnya Nabi SAWAW telah menjanjikan kita bahawa selepasnya dua belas khalifah sama dengan bilangan naqib Bani Isra'il. Dan dia berkata di dalam bab yang sama bahawa Yahya bin al-Hasan telah menyebutkannya di dalam Kitab al-Umdah dengan dua puluh riwayat bahawa khalifah-khalifah selepas Nabi SAWAW adalah dua belas orang. Semuanya daripada Quraisy. Al-Bukhari telah menyebutkannya dengan tiga riwayat, Muslim sembilan riwayat. Abu Daud tiga riwayat, al-Tirmidhi satu riwayat dan al-Humaidi tiga riwayat.

Pengkaji-pengkaji menegaskan bahawa Hadis-Hadis tersebut menunjukkan bahawa khalifah-khalifah selepas Nabi SAWAW ialah dua belas orang. Dan maksud Hadis Nabi SAWAW ialah dua belas orang daripada Ahlul Baytnya. Kerana tidak mungkin dikaitkan Hadis ini kepada khalifah-khalifah yang terdiri daripada bilangan mereka kurang daripada dua belas orang. Dan tidak mungkin dikaitkan dengan khalifah-khalifah Bani Umaiyyah kerana bilangan mereka melebihi dua belas orang dan kezaliman mereka yang ketara selain daripada 'Umar bin Abdul Aziz. Tambahan pula mereka bukan daripada Bani Hasyim. Di dalam riwayat yang lain beliau memilih Bani Hasyim di kalangan Quraisy dan memilih Ahlul Baytnya di kalangan Bani Hasyim.13

Di dalam riwayat 'Abdul Malik daripada Jabir bahawa Nabi SAWAW telah merendahkan suaranya ketika menyebutkan Bani Hasyim kerana 'mereka' tidak menyukai Bani Hasyim. Hadis ini juga tidak boleh dikaitkan dengan khalifah-khalifah Bani 'Abbas kerana bilangan mereka melebihi bilangan tersebut. Dan mereka tidak mengambil berat tentang firman-Nya:
    •  •  
"Katakan!" Aku tidak meminta upah daripada kamu kecuali mencintai keluargaku,"

sebagaimana juga mereka tidak menghormati Hadis al-Kisa'. Justeru itu, Hadis tersebut mestilah dikaitkan dengan dua belas Ahlul Baytnya kerana merekalah orang yang paling alim, warak, takwa, paling tinggi keturunan dan ilmu-ilmu mereka adalah daripada datuk-datuk mereka yang berhubungkait dengan datuk mereka Rasulullah SAWAW dari segi warisan dan hikmah. Mereka pula dikenali oleh para ilmuan. Oleh itu apa yang dimaksudkan oleh Hadis tersebut ialah dua belas Ahlul Bayt Rasulullah SAWAW.14 Ia diperkuatkan oleh Hadis thaqalain, Hadis al-Safinah, Hadis al-Manzilah dan lain-lain.

Al-Qunduzi al-Hanafi15 juga telah meriwayatkan Hadis daripada Jabir dia berkata: Rasulullah SAWAW bersabda:"Akulah penghulu para Nabi dan 'Ali adalah penghulu para wasi. Dan sesungguhnya para wasi selepasku ialah dua belas orang, pertama 'Ali dan yang akhirnya Qaim al-Mahdi."

Hadis-Hadis yang menerangkan bahawa merekalah para wasi Rasulullah SAWAW di dalam buku-buku Ahlu Sunnah adalah banyak, dan ia melebihi had mutawatir. Ini tidak termasuk Hadis-Hadis riwayat Syiah. Umpamanya Hadis daripada Salman RD berkata: Aku berjumpa Nabi SAWAW dan Husain berada di atas dua pahanya. Nabi SAWAW sedang mengucup dahinya sambil berkata:'Anda adalah Sayyid bin Sayyid dan adik Sayyid. Anda adalah imam bin imam dan adik imam. Anda adalah Hujjah bin Hujjah dan adik Hujjah dan bapa hujjah-hujjah yang sembilan. Dan yang kesembilan mereka ialah Mahdi al-Muntazar."

Al-Hamawaini al-Syafi'i di dalam Fara'id al-Simtin16, meriwayatkan daripada 'Ibn Abbas berkata: Aku mendengar Rasulullah SAWAW bersabda:"Aku , Ali, Hasan, Husain dan sembilan daripada anak-anak Husain adalah disuci dan dimaksumkan."

Ibn 'Abbas juga meriwayatkan bahawa Nabi SAWAW bersabda:"Wasi-wasiku, hujjah-hujjah Allah ke atas makhluk-Nya dua belas orang, pertamanya saudaraku dan akhirnya ialah anak lelakiku (waladi)." Lalu ditanya Rasulullah siapakah saudara anda wahai Rasulullah? Beliau menjawab:'Ali. Dan ditanya lagi siapakah anak lelaki anda? Beliau menjawab: al-Mahdi yang akan memenuhi bumi ini dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kerosakan dan kezaliman. Demi Tuhan yang mengutusku dengan kebenaran sebagai kegembiraan dan peringatan, sekiranya dunia ini tinggal hanya satu hari lagi nescaya Allah akan memanjangkannya sehingga keluar anak lelakiku al-Mahdi. Kemudian diikuti oleh 'Isa bin Maryam. Beliau akan mengerjakan solat di belakang anak lelakiku. Dunia pada ketika itu berseri dengan cahaya Tuhannya dan pemerintahannya meliputi Timur dan Barat.

Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah17 bab 95 meriwayatkan bahawa Jabir bin 'Abdullah berkata: Rasulullah SAWAW bersabda: Wahai Jabir! Sesungguhnya para wasiku dan para imam selepasku pertamanya 'Ali kemudian Hasan kemudian Husain kemudian 'Ali bin Husain kemudian Muhammad bin 'Ali al-Baqir. Anda akan menemuinya wahai Jabir sekiranya anda mendapatinya, maka sampailah salamku kepadanya. Kemudian Jaafar bin Muhammad, kemudian Musa bin Jaafar, kemudian 'Ali bin Musa, kemudian Muhammad bin 'Ali, kemudian 'Ali bin Muhammad, kemudian Hasan bin 'Ali. Kemudian al-Qa'im namanya sama dengan namaku dan kunyahnya sama dengan kunyahku, anak Hasan bin 'Ali. Dengan beliaulah Allah akan 'membuka' seluruh pelusuk bumi di Timur dan di Barat, dialah yang ghaib dari penglihatan. Tidak akan percaya kepada imamahnya melainkan orang yang telah diuji hatinya oleh Allah SWT. Jabir berkata: Wahai Rasulullah! Adakah orang ramai boleh mengambil faedah darinya ketika ghaibnya? Beliau menjawab:"Ya! Demi yang mengutuskan aku dengan kenabian sesungguhnya mereka mengambil cahaya daripada wilayahnya ketika ghaibnya, seperti orang mengambil faedah dari matahari sekalipun ia ditutupi awan." Ini adalah di antara rahsia-rahsia ilmu Allah yang tersembunyi. Justeru itu rahsiakanlah mengenainya melain kepada orang yang ahli.

Di dalam Yanabi' al-Mawaddah18 bab 76 daripada Jabir al-Ansari berkata: Junda bin Janadah berjumpa Rasulullah SAWAW dan bertanya kepada beliau beberapa masalah. Kemudian dia berkata: Beritahukan kepadaku wahai Rasulullah tentang wasi-wasi anda selepas anda supaya aku berpegang kepada mereka. Beliau menjawab: Wasi-wasiku dua belas orang. Lalu Jundal berkata: Begitulah kami dapati di dalam Taurat. Kemudian dia berkata: Namakan mereka kepadaku wahai Rasulullah. Maka beliau menjawab:"Pertamanya penghulu dan bapa kepada wasi-wasi adalah 'Ali. Kemudian dua anak lelakinya Hasan dan Husain. Justeru itu berpeganglah kepada mereka dan janganlah kejahilan orang-orang yang jahil itu memperdayakan anda. Kemudian 'Ali bin Husain Zainal Abidin Allah akan mematikan anda ('Ali bin Husain) dan menjadikan air susu sebagai bekalan terakhir di dunia ini."

Jundal berkata: Kami telah mendapatinya di dalam Taurat dan di dalam buku-buku para Nabi AS seperti Iliya, Syibra dan Syabir. Maka ini adalah nama 'Ali, Hasan dan Husain, maka imam selepasnya dipanggil Zainal Abidin selepasnya anak lelakinya Muhammad, dipanggil al-Baqir. Selepasnya anak lelakinya Jaafar dipanggil al-Sadiq. Selepasnya anak lelakinya Musa dipanggil al-Kazim. Selepasnya anak lelakinya 'Ali dipanggil al-Rida. Selepasnya anak lelakinya 'Ali dipanggil al-Naqiyy al-Hadi. Selepasnya anak lelakinya Hasan dipanggil al-Askari. Selepasnya anak lelakinya Muhammad dipanggil al-Mahdi al-Qa'im dan al-Hujjah. Beliau ghaib dan akan keluar memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kefasadan dan kezaliman. Alangkah beruntungnya bagi orang-orang yang bersabar semasa ghaibnya. Dan alangkah beruntungnya bagi orang-orang yang bertaqwa terhadap Hujjah mereka. Dan mereka itulah orang yang disifatkan oleh Allah di dalam firman-Nya (Surah al-Baqarah(2): 2-3:

"Petunjuk bagi mereka yang bertaqwa iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib."

Kemudian beliau membaca (Surah al-Mai'dah(5):56):

"Sesungguhnya parti Allahlah yang pasti menang."

Beliau bersabda: Mereka itu adalah daripada parti Allah (hizbullah).

Al-Hamawaini di dalam Fara'id al-Simtin19 telah meriwayatkan Hadis ini dan dinukilkan oleh al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah bab 76 dengan sanad daripada Ibn 'Abbas dia berkata: Seorang Yahudi bernama Na'thal datang kepada Rasulullah SAWAW dan berkata: Wahai Muhammad! Aku akan bertanya anda beberapa perkara yang tidak menyenangkan hatiku seketika. Sekiranya anda dapat memberi jawapan kepadaku nescaya aku akan memeluk Islam di tangan anda. Beliau SAWAW bersabda:"Tanyalah wahai Abu 'Ammarah.' Dia bertanya beberapa perkara sehingga dia berkata: Beritahukan kepadaku tentang wasi anda siapa dia? Tidak ada seorang Nabi melainkan ada baginya seorang wasi. Dan sesungguhnya Nabi kami Musa bin 'Imran telah berwasiatkan kepada Yusya' bin Nun. Maka Nabi SAWAW menjawab: "Sesungguhnya wasiku ialah 'Ali bin Abi Talib, selepasnya dua anak lelakinya Hasan dan Husain kemudian diikuti oleh sembilan imam daripada keturunan Husain.' Dia berkata: Namakan mereka kepadaku. Beliau menjawab:'Apabila wafatnya Husain, maka anaknya 'Ali apabila wafatnya 'Ali, anaknya Muhammad, Dan apabila wafatnya Muhammad, anaknya Jaafar. Apabila wafatnya Jaafar anaknya Musa. Apabila wafatnya Musa, anaknya Ali. Apabila wafatnya Ali, anaknya Muhammad. Apabila wafatnya Muhammad, anaknya 'Ali. Apabila wafatnya 'Ali anaknya Hasan. Apabila wafatnya Hasan, anaknya Muhammad al-Mahdi. Mereka semua dua belas orang....."Akhirnya lelaki Yahudi tadi memeluk Islam dan menceritakan bahawa nama-nama para imam dua belas telah tertulis di dalam buku-buku para Nabi yang terdahulu, dan ia termasuk di antara apa yang telah dijanjikan oleh Musa AS.

Al-Hamawaini di dalam Fara'id al-Simtin meriwayatkan sanadnya kepada Abu Sulaiman penjaga unta Rasulullah SAWAW, dia berkata:"Aku mendengar Rasulullah SAWAW bersabda:"Di malam aku diperjalankan atau dibawa ke langit, Allah SWT berfirman:"Rasul mempercayai apa yang telah diturunkan kepadanya oleh Tuhan-Nya."Aku bersabda: Mukminun. Dia menjawab: Benar. Allah SWT berfirman lagi: Wahai Muhammad! Kali pertama Aku memerhatikan ahli bumi, Aku memilih anda. Aku menamakan anda dengan salah satu daripada nama-namaku. Oleh itu di mana sahaja Aku diingati, anda diingati bersama. Akulah al-Mahmud dan andalah Muhammad. Kemudian Aku memerhatikannya kali kedua, maka Aku memilih 'Ali. Maka Aku menamakannya dengan nama-Ku. Wahai Muhammad! Aku telah menjadikan anda dari Aku dan menjadikan 'Ali, Fatimah, Hasan, Husain dan imam-imam daripada keturunan Husain daripada cahaya-Ku. Akupun membentangkan wilayah mereka kepada seluruh ahli langit dan bumi. Sesiapa yang menerimanya akan berada di sisi-Ku sebagai Mukminin. Dan sesiapa yang mengingkarinya akan berada di sisi-Ku sebagai kafirin. Wahai Muhammad! Sekiranya seorang daripada hamba-hamba-Ku beribadat kepada-Ku tanpa terhenti-henti kemudian mendatangi-Ku dalam keadaan mengingkari wilayah kalian, nescaya Aku tidak mengampuninya. Allah SWT berfirman lagi kepada Nabi SAWAW: Adakah anda ingin melihat mereka? Beliau menjawab: Ya! Wahai Tuhanku. Dia berfirman: Lihatlah di kanan 'Arasy, maka aku dapati 'Ali, Fatimah, Hasan, Husain, 'Ali bin Husain, Muhammad bin 'Ali, Jaafar bin Muhammad, Musa bin Jaafar, 'Ali bin Musa, Muhammad bin 'Ali, 'Ali bin Muhammad, Hasan bin 'Ali dan Muhammad al-Mahdi bin Hasan. Mereka diibaratkan bintang-bintang yang bersinar di kalangan mereka. Kemudian Dia berfirman lagi: Mereka itulah hujjah-hujjah ke atas hamba-hamba-Ku, mereka itulah wasi-wasi anda. Dan al-Mahdi adalah daripada 'itrah anda. Demi kemuliaan-Ku dan kebesaran-Ku, dia akan membalas dendam terhadap musuh-musuh-Ku."

Muwaffaq bin Ahmad al-Hanafi di dalam Manaqibnya meriwayatkan daripada Salman daripada Nabi SAWAW, sesungguhnya beliau bersabda kepada Husain:"Andalah imam anak lelaki seorang imam, saudara kepada imam, bapa kepada sembilan imam. Dan yang kesembilan daripada mereka ialah Qaim mereka (al-Mahdi AS).

Begitulah juga Syahabuddin al-Hindi di dalam Manaqibnya telah menerangkan sanadnya daripada Nabi SAWAW bahawa beliau bersabda:"Sembilan imam adalah daripada anak cucu (keturunan) Husain bin 'Ali dan yang kesembilan mereka adalah Qaim mereka (imam al-Mahdi al-Muntazar AS).

Al-Hamawaini al-Syafi'e meriwayatkan di dalam Fara'id al-Simtin bahawa Nabi SAWAW bersabda:"Siapa yang suka berpegang kepada agamaku dan menaiki bahtera kejayaan selepasku, maka hendaklah dia mengikuti 'Ali bin Abi Talib, memusuhi seterunya dan mewalikan walinya kerana beliau adalah wasiku, dan khalifahku ke atas ummatku semasa hidupku dan selepas kewafatanku. Beliau adalah imam setiap muslim dan amir setiap mukmin, perkataannya adalah perkataanku, perintahnya adalah perintahku. Larangannya adalah laranganku. Pengikutnya adalah pengikutku. Penolongnya adalah penolongku. Orang yang menjauhinya adalah menjauhiku"

Kemudian Nabi SAWAW bersabda lagi: Sesiapa yang menjauhi 'Ali selepasku, dia tidak akan 'melihatku.' Dan aku tidak melihatnya di hari kiamat. Dan siapa yang menentang 'Ali, Allah haramkan ke atasnya syurga dan menjadikan tempat tinggalnya di neraka. Siapa yang menjauhi 'Ali, Allah akan menjauhinya di hari kiamat. Di hari itu akan didedahkan segala-galanya dan sesiapa yang menolong 'Ali, nescaya Allah akan menolongnya.

Kemudian beliau bersabda lagi: Hasan dan Husain kedua-duanya adalah imam ummatku selepas bapa mereka berdua adalah penghulu-penghulu pemuda syurga. Ibu kedua-duanya adalah penghulu para wasi. Dan sembilan imam adalah daripada anak cucu Husain. Dan yang kesembilan mereka adalah Qaim mereka (imam al-Mahdi). Mentaati mereka adalah ketaatan kepadaku. Mendurhakakan mereka adalah mendurhakaiku. Kepada Allah aku mengadu bagi orang yang menentang kelebihan mereka, dan menghilangkan kehormatan mereka selepasku. Cukuplah bagi Allah sebagai wali dan penghulu kepada 'itrahku, para imam ummatku. Pasti Allah akan menyiksa orang yang menentang hak mereka:

"Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali."(Al-Syuara'(26): 227)

Ayatullah al-'Uzma al-Hulli di dalam bukunya Kasyf al-Haq20 telah menerangkan sebahagian daripada Hadis dua belas khalifah dengan riwayat yang bermacam-macam. Seorang musuh ketatnya bernama Fadal bin Ruzbahan al-Nasibi adalah orang yang paling kuat menentang Ahlul Bayt AS, di dalam jawapan kepadanya mengakui bahawa apa yang disebutkan oleh Allamah al-Hilli mengenai dua belas khalifah adalah Sahih dan telah dicatat di dalam buku-buku Sahih Ahlu Sunnah.

Aku berkata: Riwayat Hadis dua belas imam daripada Nabi SAWAW adalah terlalu banyak. Kami hanya menyebutkan sebahagian kecil daripada buku-buku Ahlu Sunnah wal Jama'ah yang mencatatkan Hadis tersebut. Seperti al-Bayan karangan al-Hafiz al-Khanji, Fasl al-Khittab karangan Khawajah Faris al-Hanafi, Arba'in karangan Syeikh As'ad bin Ibrahim al-Hanbali, Arba'in karangan Ibn Abi l-Fawarith dan lain-lain buku Ahlu Sunnah. Adapun riwayat Syiah mengenainya adalah tidak terhitung banyaknya.

Sayyid Hasyim al-Bahrani di dalam bukunya Ghayah al-Maram21 telah menjelaskan Hadis dua belas imam sebanyak enam puluh riwayat dengan sanad-sanadnya menurut metod Ahlu Sunnah wal Jama'ah. Tujuh riwayat daripada buku Manaqib Amirul Mukminin AS karangan Maghazali al-Syafi'i, dua puluh tiga riwayat daripada Fara'id al-Simtin karangan al-Hamawaini, satu riwayat daripada Fusul al-Muhimmah karangan Ibn al-Sibagh al-Maliki dan satu riwayat daripada Syarh Nahj al-Balaghah karangan Ibn Abil Hadid.

Aku berkata: Sesungguhnya aku telah mengkaji risalah karangan Syaikh Kazim 'Ali Nuh RH berjodol Turuq Hadis al-A'immah min Quraisy, hlm. 14. Dia berkata bahawa 'Allamah Sayyid Hasan Sadr al-Din di dalam bukunya al-Durar al-Musawiyyah Fi Syarh al-'Aqa'id al-Jaafariyyah telah mengeluarkan Hadis dua belas khalifah daripada Ahmad bin Hanbal sebanyak tiga puluh empat riwayat. Hadis ini telah dikeluarkan juga oleh al-Bukhari, Muslim, al-Humaidi, beberapa riwayat Razin di dalam Sahih Sittah, riwayat al-Tha'labi, Abu Sa'id al-Khudri, Abu Bardah, Ibn Umar, Abdul Rahman Ibn Samurah, Jabir, Anas, Abu Hurairah, Ibn 'Abbas, 'Umar bin al-Khattab, 'Aisyah, Wa'ilah dan Abi Salma al-Ra'i.

Adapun riwayat Umar bin al-Khattab yang telah dikaitkan kepadanya oleh 'Ali bin al-Musayyab mengenai sabda Nabi SAWAW ialah: Para imam selepasku di antaranya Mahdi ummat ini. Siapa yang berpegang kepada mereka selepasku, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada tali Allah. Hadis ini juga telah dikaitkan dengan al-Durasti dengan Ibn al-Muthanna yang bertanya kepada 'Aisyah:"Berapakah khalifah Rasulullah SAWAW. 'Aisyah menjawab:'Beliau (Rasulullah SAWAW) memberitahuku bahawa selepasnya dua belas khalifah.' Aku bertanya: Siapakah mereka? Maka 'Aisyah menjawab:'Nama-nama mereka tertulis di sisiku dengan imla Rasulullah SAWAW.' Maka aku bertanya kepadanya: Apakah nama-nama mereka? Maka dia enggan memperkenalkannya kepadaku.'

Sayyid al-Bahrani juga mencatat sebahagian daripada buku-buku Ahlu Sunnah yang menyebutkan dua belas khalifah. Di antaranya Manaqib Ahmad bin Hanbal, Tanzil al-Quran fi Manaqib Ahlul Bayt karangan Ibn Nu'aim al-Isfahani, Faraid al-Simtin karangan al-Hamawaini, Matalib al-Su'ul karangan Muhammad bin Talhah al-Syafi'i, Kitab al-Bayan karangan al-Kanji al-Syafi'i, Musnad al-Fatimah karangan al-Daruqutni, Fadail Ahlul Bayt karangan al-Khawarizmi al-Hanafi, al-Manaqib karangan Ibn al-Maghazali al-Syafi'i, al-Fusul al-Muhimmah karangan Ibn al-Sibagh al-Maliki, Jawahir al-'Aqdain karangan al-Samhudi, Dhakha'ir al-'Uqba karangan Muhibbuddin al-Tabari, Mawaddah al-Qurba karangan Syihab al-Hamdani al-Syafi'i, al-Sawa'iq al-Muhriqah karangan Ibn Hajar al-Haithami, al-Isabah karangan Ibn Hajar al-'Asqalani, Musnad Ahmad bin Hanbal, Musnad Abi Ya'la al-Mausuli, Musnad Abi Bakr al-Bazzar, Mu'jam al-Tabrani, Jami' al-Saghir karangan al-Suyuti, Kunuz al-Daqa'iq karangan al-Munawi dan lain-lain.

Aku berkata: Sesungguhnya riwayat-riwayat yang berbilang-bilang yang datang kepada kita menurut metod Ahlu Sunnah adalah sekuat dalil, dan hujjah yang paling terang bahawa sesungguhnya khalifah selepas Rasulullah SAWAW secara langsung ialah Imam Amirul Mukminin 'Ali bin Abi Talib AS. Dan selepasnya ialah anak-anaknya sebelas imam yang maksum, pengganti Rasul dan para imam Muslimin satu selepas satu sehingga manusia 'berhadapan' dengan Tuhan mereka. Tiada seorangpun yang dapat mengingkari Hadis-Hadis yang sabit yang diriwayatkan menurut riwayat para ulama besar Ahlu Sunnah dan pakar-pakar Hadis mereka, lebih-lebih lagi menurut riwayat Syiah. Kecuali cahaya pemikirannya telah dipadamkan dan dijadikan di hatinya penutup. Justeru itu ia adalah termasuk di dalam firman-Nya di dalam (Surah al-Baqarah (2): 171):

"Mereka itu bisu dan buta, maka (oleh sebab itu) mereka tidak mengerti."

Dan firman-Nya (Surah al-Zukhruf (43):36):

"Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menyesatkan), maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya."

Dan firman-Nya (Surah al-Kahfi (18):57):

"Kami jadikan di hati mereka tutupan (sehingga mereka tidak) memahaminya dan (Kami letakkan) sumbatan di telinga mereka, sekalipun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, nescaya tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya."

Ini adalah disebabkan penentangan mereka kepada dalil yang terang dan nas yang zahir kerana fanatik, kufur, dan kedegilan mereka.

Muhammad bin Idris al-Syafi'i memperakui kesahihan apa yang kami telah menyebutkannya dengan syairnya yang masyhur:

Manakala aku melihat manusia telah berpegang kepada mazhab yang bermacam-macam di lautan kebodohan dan kejahilan Aku menaiki dengan nama Allah bahtera kejayaan mereka itulah Ahlul Bayt al-Mustaffa penamat segala Rasul.

Pengiktirafan Syafi'i bahawa 'Ali adalah imam dan selepasnya sebelas imam merupakan pengiktirafan yang besar daripada seorang imam mazhab empat. Dan ia menjadi hujjah keimamahan dua belas imam maksum daripada keluarga Rasulullah SAWAW.

NOTA KAKI

1. Musnad, I, hlm. 398.
2. Musnad, I, hlm. 406; dan V, hlm. 89.
3. Sahih, II, hlm. 79.
4. Ibid.
5. Ibid.
6. Ibid.
7. Ibid.
8. Sunan, II, hlm. 110.
9. Sahih, IV, hlm. 120 [KItab al-Ahkam].
10. Kanz al-'Ummal, VI, hlm. 160.
11. Al-Sawa'iq al-Muhriqah, bab XI, fasal II.
12. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 444 [Bab 71].
13. Muslim, Sahih, II, hlm. 81 [Fadhl Ahlul Bayt].
14. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 445.
15. Ibid.
16. Fara'id al-Simtin, II, hlm. 26.
17. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 494.
18. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 441-444.
19. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 446-447.
20. Kasyf al-Haq, I, hlm. 108.
21. Ghayah al-Maram, I, hlm. 309.



















BAB V

HADIS-HADIS TENTANG KELEBIHAN
AMIRUL MUKMININ DAN ZURIATNYA YANG SUCI

Para ulama Islam dari semua mazhab telah meriwayatkan Hadis-Hadis Nabi SAWAW tentang kelebihan 'Ali AS dan zuriatnya yang suci di dalam sahih-sahih, musnad-musnad, dan sejarah-sejarah mereka. Di sini aku perturunkan sebahagian daripadanya seperti berikut:

1. Sabda Rasululllah SAWAW:"Hanya orang yang ditulis (namanya) oleh 'Ali sahaja dapat menyeberangi al-Sirat." Hadis ini telah diriwayatkan oleh Ibn Hajar di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah1 daripada Ibn Siman bahawa Abu Bakar berkata kepada 'Ali AS:"Aku mendengar Rasulullah SAWAW bersabda:"Hanya orang yang (namanya) ditulis oleh 'Ali sahaja dapat menyeberangi al-Sirat."Hadis ini juga telah dicatat oleh al-Hamawaini al-Syafi'i di dalam Fara'id al-Simtin2, al-Muhibb al-Tabari di dalam al-Riyad al-Nadhirah3 dan al-Khatib al-Baghdadi di dalam Tarikh4 dan lain-lain.

2. Ali adalah pembahagi Syurga dan Neraka

Al-Khawarizmi telah mencatat di dalam Manaqibnya bab 16, dengan membuang sanad-sanadnya daripada 'Ali bin Abi Talib AS. Beliau berkata: Rasulullah SAWAW bersabda:"Wahai 'Ali! Sesungguhnya anda adalah pembahagi Syurga dan Neraka. Dan sesungguhnya anda akan mengetuk pintu syurga kemudian akan memasukinya tanpa hisab."

3. Sekiranya manusia bersepakat mencintai 'Ali AS necaya Allah tidak menjadikan neraka.

Hadis ini telah dikeluarkan oleh al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah5 daripada al-Hamdani al-Syafi'i daripada Umar bin al-Khattab berkata:"Nabi SAWAW bersabda:"Sekiranya manusia bersepakat mencintai 'Ali AS, nescaya Allah tidak akan menjadikan neraka."Hadis ini juga dikutip oleh al-'Allamah al-Askari di alam Maqam al-Imam Amirul Mukminin 'inda al-Khulafa,'6 daripada Umar bin al-Khattab dan sahabat-sahabat yang lain. Al-Khawarizmi di dalam Maqtal al-Husain7 telah meriwayatkan Hadis ini daripada Ibn 'Abbas. Dan Muhammad Salih al-Hanafi di dalam al-Kuakab al-Duriyy8 daripada Umar bin al-Khattab.

4. 'Ali adalah yang paling akrab kepada Rasulullah SAWAW.'

Hadis ini telah dikeluarkan oleh al-Khawarizmi9 dengan sanadnya daripada Sya'bi berkata:"Abu Bakar melihat kepada 'Ali bin Abi Talib secara berdepan dan berkata: Siapa yang ingin melihat orang yang paling akrab kepada Rasulullah SAWAW, paling tinggi kedudukannya, dan paling tinggi di sisi Allah SWT, hendaklah dia melihat kepada lelaki ini dan dia mengisyaratkan kepada 'Ali bin Abi Talib kerana aku mendengar Rasulullah SAWAW bersabda:'Dia ('Ali) bersifat kasih sayang kepada orang ramai...."

Hadis ini juga telah dikutip oleh al-Muttaqi al-Hindi al-Hanafi di dalam Kanz al-'Ummal10 dan Muhibb di dalam al-Riyad al-Nadhirah.11

5. 'Wahai 'Ali! Tangan anda pada tanganku, anda memasuki syurga bersamaku.'

Al-Muhibb al-Tabari dalam Dhakha'ir al-'Uqba12 telah menerangkan Hadis ini daripada 'Umar bin al-Khattab. Ali al-Muttaqi al-Hindi dalam Kanz al-Ummal,13 al-Khanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib14 dan lain-lain.

6. 'Ali di sisiku sepertilah kedudukanku di sisi Tuhanku.'

Hadis ini telah diriwayatkan oleh Ibn Hajar di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah,15 Muhibuddin al-Tabari al-Syafi'i di dalam Dhakha'ir al-'Uqba,16 dan al-Riyad al-Nadirah17 dan lain-lain.

7. 'Sesungguhnya Allah telah menjadikan untuk saudaraku 'Ali bin Abi Talib kelebihan yang tidak terhitung.'

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib18 dengan sanadnya daripada Imam Jaafar al-Sadiq daripada 'Ali bin Husain daripada bapanya Amirul Mukminin 'Ali AS berkata:"Rasulullah SAWAW bersabda:"Sesungguhnya Allah jadikan bagi saudaraku 'Ali bin Abu Talib kelebihan-kelebihan yang tidak terhitung banyaknya." Dan Umar berkata:"Rasulullah SAWAW bersabda:"Sekiranya laut menjadi dakwat, pokok-pokok menjadi pena, manusia menjadi kitab dan jin menjadi hisab, nescaya mereka tidak dapat menghitung kelebihan anda wahai Abul Hasan."

8. 'Aku berdamai dengan orang yang berdamai dengan penghuni khemah ini ('Ali, Fatimah, Hasan dan Husain).'

Al-Khawarizmi di dalam Manaqib19 telah meriwayatkan Hadis ini dengan sanadnya daripada Yunus bin Sulaiman al-Tamimi daripada bapanya daripada Zaid bin Yathi' dia berkata: Aku mendengar Abu Bakar berkata: Rasulullah SAWAW bersabda: 'Aku berdamai dengan orang yang berdamai dengan penghuni khemah ini, berperang dengan dengan orang yang berperang dengan mereka, memuliakan orang yang memuliakan mereka, dan memusuhi orang yang memusuhi mereka. Tidak mengasihi mereka melainkan orang yang bahagia dan baik peranakannya. Dan tidak membenci mereka melainkan orang yang celaka dan buruk peranakannya.' Hadis ini juga telah dicatat oleh Abdullah bin al-Hanafi di dalam Arjah al-Matalib20. Aku berpendapat: Hadis ini dinamakan Hadis al-Kisa' telah diriwayatkan dengan lafaz-lafaz yang bermacam-macam oleh ulama Ahlu Sunnah.

9. 'Kami Ahlul Bayt tidak boleh dibandingkan dengan orang lain.'

Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah21 daripada Mawaddah al-Qurba karangan al-Hamdani al-Syafi'i. Dia mengeluarkan sanadnya daripada Abu Wa'il daripada 'Ibn Umar dia berkata: Apabila kami berbicara tentang darjat sahabat-sahabat Nabi SAWAW, kami berkata: Abu Bakar, Umar dan Uthman. Seorang lelaki bertanya: Wahai Abu 'Abdu r-Rahman, apakah kedudukan 'Ali? Dia menjawab:'Ali adalah daripada Ahlul Bayt tidak boleh dibandingkan beliau dengan orang lain, kerana beliau bersama Rasulullah SAWAW di dalam ketinggian darjatnya sebagaimana firmanNya (Surah al-Tur (52): 21):

"Dan orang-orang yang beriman dan anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan. Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka."

Justeru itu Fatimah adalah bersama Rasulullah di dalam ketinggian darjatnya dan 'Ali adalah bersama mereka berdua.

Di dalam riwayat yang lain pula 'Abdullah bin Hanbal bertanya bapanya (Hanbal) tentang kedudukan sahabat-sahabat Nabi SAWAW. Dia menjawab:"Abu Bakar, Umar, 'Uthman." Kemudian dia diam. 'Abdullah bertanya lagi:"Wahai bapaku! Di manakah kedudukan 'Ali?" Dia menjawab:"Beliau adalah daripada Ahlul Bayt tidak boleh dibandingkan beliau dengan orang lain.22"

10. 'Ini adalah saudaraku, khalifahku dan pewaris ilmuku.' Al-Tirmidhi al-Hanafi telah meriwayatkan Hadis ini di dalam al-Kuakab al-Duriyy23 daripada Umar dia berkata: Manakala Rasulullah SAWAW menjalinkan persaudaraan di kalangan sahabat-sahabatnya. Beliau bersabda:' Ini adalah 'Ali saudaraku di dunia dan di akhirat, khalifahku pada keluargaku, wasiku pada ummatku, pewaris ilmuku, pembayar hutangku. Hartanya hartaku, menfaatnya adalah menfaatku, kemudaratannya adalah kemudaratanku. Sesiapa yang mengasihinya bahawa sesungguhnya dia mengasihiku. Dia sesiapa yang membencinya maka sesungguhnya dia membenciku.' Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi al-Mawaddah.24

Aku berpendapat: Sesungguhnya 'Umar telah mengakui bahawa 'Ali adalah wasi Rasulullah pada umatnya, dan khalifahnya pada keluarganya. Hadis yang mengandungi pengertian seperti ini telah melebihi dua ratus. Dan aku telah mencatatnya di dalam buku Syiah wa hujjatu hum fi al-Tasyayyu'.

Tetapi apa yang menghairankan ialah sikap 'Umar sendiri yang mengakui Hadis ini dan seumpamanya telah melakukan perkara-perkara yang tidak menyenangkan Nabi dan keluarganya yang disucikan AS seperti mengingkari perintah Nabi SAWAW ketika beliau sedang gering supaya dituliskan wasiatnya. Malah 'Umar mengatakan Nabi SAWAW telah meracau. Serangannya ke atas rumah Fatimah, mengumpulkan kayu api untuk membakarnya, memaksa 'Ali supaya melakukan bai'ah dan lain-lain.

Semuanya dilakukan secara sengaja terhadap orang-orang yang telah diwasiatkan oleh Allah SWT di dalam firman-Nya (Surah al-Syura(42):23):

"Katakan Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun kecuali kasih sayang kepada keluargaku."

Dan sabdanya:'Aku wasiatkan kepada kalian kerana Allah tentang keluargaku kerana mereka adalah 'barang simpananku" pada kalian.' Adakah layak bagi 'Umar melakukan perbuatan-perbuatan yang sedemikian terhadap orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah? La hawla wa la Quwata illa billahi aliyyil ‘azim.

11. 'Ali adalah sebaik-baik orang yang aku tinggalkan selepasku.'

Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah25 daripada Mawaddah al-Qurba karangan al-Hamdani al-Syafi'i berkata: Aku berjumpa Rasulullah SAWAW semasa beliau sedang gering. Aku bertanya kepada beliau: Wahai Rasulullah! Adakah anda telah berwasiat. Beliau menjawab:'Wahai Salman! Adakah anda mengetahui siapakah wasi-wasi itu? Aku menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Beliau berkata: Adam wasinya Thith, beliau adalah sebaik-baik orang selepasnya. Wasi Musa ialah Yusya', beliau adalah sebaik-baik orang selepasnya. Wasi Sulaiman ialah Asif bin Barkhia, beliau adalah sebaik-baik orang selepasnya. Wasi Isa ialah Syam'un, beliau adalah sebaik-baik orang selepasnya. Sesungguhnya aku telah berwasiat kepada 'Ali dan beliau adalah sebaik-baik orang selepasku.'

Aku berpendapat: Hadis ini juga telah diriwayatkan oleh al-Turmudhi al-Hanafi di dalam al-Kaukab al-Duriyy26. Malah ia diriwayatkan dengan banyak di dalam buku-buku Ahlu Sunnah daripada 'Umar dan Ibn 'Umar.

Hadis ini menunjukkan bahawa setiap Nabi adalah pewarisnya yang dilantik oleh Allah SWT. Lantaran itu seorang Nabi tidak akan mati di dalam keadaan beliau tidak berwasiat kepada wasinya dan meninggalkan syariat begitu sahaja. Demikian halnya dengan Rasulullah SAWAW pasti beliau telah berwasiat. Perhatikanlah bahawa beliau telah melantik 'Ali sebagai wazirnya pada Hari al-Indhar dan di Hari al-Ghadir dan lain-lainnya ketika beliau sedang gering. Beliau memanggil orang ramai supaya (beliau) menulis perkara-perkara di mana mereka tidak akan sesat selepasnya selama-lamanya. Tetapi 'Umar menolaknya sambil berkata: Nabi anda sedang meracau, memadailah kitab Allah sahaja. Seolah-olah Rasulullah SAWAW tidak mengetahui kitab Allah berada di kalangan mereka.

Sekiranya Rasulullah SAWAW tidak meninggalkan wasiat, nescaya beliau menyalahi para nabi yang terdahulu. Perhatikanlah Hadis riwayat Salman tadi dan lain-lain. Sesungguhnya menentuan wasi bagi para nabi adalah wajib. Justeru itu mereka menentukan wasi-wasi mereka dengan perintah Allah SWT, dan bukan menurut diri mereka sendiri kerana nabi, wasi dan imam bukan dilantik dengan pilihan seseorang kerana mereka tidak mengetahui orang yang benar-benar layak. Lantaran itu pemilihan nabi, wasi dan imam adalah terserah kepada Allah SWT, dan bukan orang lain. Kerana Dia lebih mengetahui rahsia-rahsia dan apa yang tersirat di hati. Sesungguhnya firmanNya di dalam (Surah al-Qasas (28):68):

"Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka."

12. 'Sebaik-baik lelaki di kalangan kalian ialah 'Ali bin Abu Talib.'

Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah27 daripada Mawaddah al-Qurba karangan al-Hamdani al-Syafi'i dengan sanadnya daripada Ibn Umar daripada Rasulullah SAWAW bersabda:"Sebaik-baik lelaki kalian ialah 'Ali bin Abi Talib. Sebaik-baik pemuda kalian ialah Hasan dan Husain. Dan sebaik-baik wanita kalian ialah Fatimah."

Hadis ini juga telah dikeluarkan oleh Ali al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-'Ummal28 daripada Ibn 'Abbas bahawa Nabi SAWAW bersabda:"Sebaik-baik manusia lelaki ialah 'Ali bin Abi Talib." Di dalam riwayat yang lain: Rasulullah SAWAW bersabda:'Ali adalah sebaik-baik manusia.'

13. Siapa yang mencintai 'Ali, Allah akan menerima solatnya dan puasanya.

Al-Khawarizmi telah mencatat Hadis ini di dalam Manaqib29dengan sanadnya daripada Nafi' daripada Ibn Umar berkata: Rasulullah SAWAW bersabda: Sesiapa yang mencintai 'Ali, Allah akan menerima solatnya, puasanya, ibadahnya dan memperkenankan doanya. Dan siapa yang mencintai keluarga Muhammad, nescaya dia akan terlepas daripada Hisab, Mizan dan Sirat. Dan sesiapa yang mati dalam keadaan cintakan keluarga Muhammad, maka aku menjaminkan baginya syurga bersama para nabi. Dan sesiapa yang membencikan keluarga Muhammad, akan datang Hari Kiamat tertulis di dahinya, orang yang putus asa dari nikmat Tuhan.

Salih al-Hanafi di dalam al-Kaukab,30 meriwayatkan bahawa 'Umar bin al-Khattab berkata: Rasulullah SAWAW bersabda:'Siapa yang mencintai anda wahai 'Ali adalah bersama para nabi di Hari Kiamat dan siapa yang memarahi anda maka dia akan mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani.'

Aku berpendapat: Banyak Hadis-Hadis Rasulullah SAWAW yang menyebutkan faedah-faedah cintakan imam 'Ali AS dan kemudaratan memarahinya di dalam Arjah al-Matalib31. Dia berkata 'Abdullah bin Mas'ud berkata bahawa Rasulullah SAWAW bersabda:'Cinta kepada keluarga Muhammad satu hari adalah lebih baik daripada ibadah setahun. Dan siapa yang mati kerananya, akan memasuki syurga.'

Ketahuilah wahai saudara pembaca budiman! Sesungguhnya cinta yang dimaksudkan di dalam Hadis ini bukanlah cinta kenalan biasa kerana cinta sedemikian boleh berlaku kepada 'Ali dan orang lain. Tetapi apa yang dimaksudkan dengan cinta di sini ialah cinta yang dikuti dengan pengakuan wilayah umum untuknya. Dan jelas sekali orang yang mendahulukan musuhnya daripada kekasihnya, maka cintanya adalah palsu. Ini adalah satu hakikat yang tidak dapat disembunyikan oleh setiap pemikir yang insaf.

Banyak Hadis-Hadis Nabi SAWAW yang menggalakkan cinta kepada Ahlul Bayt AS dan memperwalikan mereka. Justeru itu ia menjadi wajib 'Aini bagi setiap mukallaf mengambil hukum-hukum agamanya daripada orang-orang yang telah dinaskan ke atas mereka oleh Rasulullah SAWAW kerana kemaksuman mereka. Ini kerana orang yang bukan maksum tidak layak untuk memikul tugas yang besar dan berat ini disebabkan kesalahan akan berlaku daripadanya. Dan telah ditetapkan di dalam ilmu al-Usul bahawa apabila kemaksuman tidak ada, maka berlakulah kesalahan atau ketepatan. Mungkin dia memberi fatwa menyalahi nas sebagaimana telah dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman. Justeru itu berpegang kepada mereka adalah tidak harus. Apa yang telah disabitkan di sisi kami bahawa imam wajiblah dinaskan ke atasnya daripada Allah yang mengetahui rahsia dan apa yang tersembunyi. Oleh itu Rasulullah SAWAW yang maksum tidak akan berwasiat kepada orang yang tidak maksum kerana beliau sendiri diperintahkan oleh Allah SWT. Dan beliau tidak bercakap menurut hawa nafsunya.

14. 'Anda adalah saudaraku dan wazirku.'
Hadis ini telah dicatat oleh Ali al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-'Ummal32 dengan sanadnya daripada Ibn 'Umar.

15. 'Bintang-bintang adalah pengaman bagi pengulu langit dan Ahlul Baytku adalah pengaman kepada ummatku.'

Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah.33

16. 'Tutuplah semua pintu kecuali pintu 'Ali.'

Al-Nasa'i telah meriwayatkan Hadis ini di dalam al-Khasa'is34 dengan membuang sanadnya daripada Zaid bin Arqam bahawa dia berkata: Beberapa orang sahabat Rasulullah SAWAW mempunyai pintu-pintu sebagai jalan ke masjid. Maka Rasulullah SAWAW bersabda: Tutup semua pintu kecuali pintu 'Ali. Maka orang ramai mula bising. Lalu Rasulullah SAWAW berdiri memuji Allah dan bersabda:'Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menutup kesemua pintu-pintu kecuali pintu 'Ali. Aku diperintahkan untuk melalukannya, lalu aku mematuhinya.

Hadis ini juga dicatat oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak,35 al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba36 dan lain-lain.

17, 'Ali bersama al-Quran dan al-Quran bersama 'Ali.'

Al-Qunduzi al-Hanafi telah mencatatnya di dalam Yanabi' al-Mawaddah37 dan al-Hamawaini di dalam Fara'id al-Simtin.38

18. 'Ali adalah pintu Muslimin.'

Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah39 meriwayatkan daripada Ibn 'Abbas dia berkata:Rasulullah SAWAW bersabda kepada Ummu Salamah:'Wahai Ummu Salamah! 'Ali adalah daripada aku dan aku adalah daripada 'Ali. Dagingnya adalah dari dagingku dan darahnya daripada darahku. Kedudukan beliau di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa. Wahai Salamah! Dengarlah dan persaksikanlah, ini adalah 'Ali penghulu Muslimin.'

19. 'Ali adalah penghulu 'Arab.'

Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah40 meriwayatkan daripada Anas bin Malik berkata: Rasulullah SAWAW bertanya:'Siapakah penghulu Arab? Anda wahai Rasulullah. Beliau menjawab:'Aku adalah penghulu anak Adam (manusia) dan 'Ali adalah penghulu Arab.'

20. 'Ali adalah makhluk yang paling dikasihi oleh Allah dan Rasul-Nya.'
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah41 melalui sanad Safinah dia berkata: Seorang perempuan Ansar telah menghadiahkan kepada beliau SAWAW dua ekor burung yang dibakar dengan roti. Maka beliau bersabda:'Wahai Tuhanku! Bawa datanglah kepadaku orang yang paling dikasihi oleh Kamu dan Rasul-Nya.' Maka 'Ali pun datang dan makan bersama-samanya.

21. 'Allah memperkuatkan Rasul-Nya dengan 'Ali.'

Hadis ini telah dicatat oleh al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba42 daripada Ibn al-Hamis.

22. 'Siapa yang memarahi 'Ali maka Allah akan memasukkannya ke neraka.'

Hadis ini telah dicatat oleh al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah.43.

23. 'Ali adalah orang yang pertama beriman kepada Nabi SAWAW.

Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah44 meriwayatkan daripada Abu Laila al-Ghifari dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAWAW bersabda: 'Selepasku akan ada fitnah. Dan sekiranya berlaku, maka berpihaklah kepada 'Ali bin Abu Talib AS kerana beliau adalah orang yang pertama beriman denganku, dan orang yang pertama berjabat tangan denganku di Hari Kiamat. Beliaulah al-Siddiq al-Akbar, Faruq al-Ummah dan beliaulah Ya'sub Mukminin.'

24. 'Ali adalah wasi Rasulullah SAWAW.'

Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah45 meriwayatkan daripada Ahmad bin Hanbal dan dikaitkan dengan Anas bin Malik dia berkata: Kami berkata kepada Salman: Tanyalah Nabi tentang wasinya. Salman berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah wasi anda? Maka Rasulullah SAWAW bersabda:'Wahai Salman siapakah wasi Musa?' Beliau menjawab:'Yusya' bin Nun.' Beliau SAWAW bersabda:'Wasiku, pewarisku yang akan membayar hutangku dan melaksanakan janjiku ialah 'Ali bin Abu Talib.'

25. 'Siapa yang mencintai 'Ali akan dicintai Allah.'

Al-Hakim di dalam al-Mustadrak46 telah meriwayatkan daripada Ibn 'Abbas sesungguhnya dia berkata: Nabi SAWAW telah melihat kepada 'Ali AS dan bersabda:'Wahai Ali! Anda adalah penghulu di dunia dan di akhirat. Kekasih anda adalah kekasihku, kekasihku adalah kekasih Allah. Musuh anda adalah musuhku, musuhku adalah musuh Allah. Dan Neraka Wail bagi orang yang memusuhi anda selepasku.'
26. 'Cinta kepada 'Ali adalah satu keimanan dan memusuhinya adalah satu kemunafikan.'

Ahmad bin Hanbal telah meriwayatkan Hadis ini di dalam Musnad47 daripada 'Ali AS beliau bersabda:'Nabi telah menjanjikan kepadaku bahawa anda tidak akan dikasihi melainkan oleh mukmin dan anda tidak akan dibenci melainkan oleh munafiq.'

27. 'Di antara petanda munafiq ialah memarahi 'Ali.'

Al-Hakim di dalam al-Mustadrak48 telah meriwayatkan Hadis ini daripada Abu Dhar RD berkata:'Kami tidak dapat mengenali orang-orang munafiq melainkan pembohongan mereka terhadap Allah, Rasul-Nya, meninggalkan solat dan memarahi 'Ali bin Abu Talib.'

28. Tiga sifat istimewa bagi Amirul Mukminin AS.

Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad49 telah meriwayatkan daripada Ibn 'Umar, dia berkata:'Sebaik-baik manusia pada zaman Nabi SAWAW ialah Rasulullah SAWAW. Kemudian Abu Bakar kemudian Umar. Sesungguhnya 'Ali bin Abu Talib telah dikurniakan tiga sifat istimewa. Sekiranya satu daripadanya dikurniakan kepadaku, adalah lebih aku cintai daripada dunia keseluruhannya. Rasulullah SAWAW telah mengahwininya dengan anak perempuannya. Kemudian anak perempuannya melahirkan anak daripadanya. Beliau SAWAW telah menutup semua pintu-pintu selain daripada pintunya di masjid dan memberikan kepadanya bendera Khaibar.'

29. Allah mewajibkan ke atas makhlukNya supaya mencintai 'Ali.

Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah50 meriwayatkannya daripada al-Khawarizmi dengan sanadnya daripada Imam Muhammad al-Baqir AS daripada Jabir bin 'Abdullah RD dia berkata:"Rasulullah SAWAW bersabda:'Jibra'il datang kepadaku dengan membawa kertas hijau daripada syurga tertulis di atasnya:'Sesungguhnya Aku adalah Allah. Aku mewajibkan kasih sayang makhlukku ke atas 'Ali. Justeru itu sampaikanlah kepada mereka mengenainya wahai Rasulullah."

30. 'Ali bermalam di tempat tidur Rasulullah SAWAW.'

Al-Hakim di dalam al-Mustadrak telah meriwayatkan daripada Ibn 'Abbas bahawa dia berkata:'Ali telah mendedahkan dirinya kepada bahaya, lalu memakai pakaian Nabi SAWAW. Kemudian beliau tidur di tempatnya. Orang-orang Musyrikin mengejar Nabi SAWAW kerana ingin membunuhnya. Lalu beliau SAWAW memakaikan 'Ali burdahnya (kainnya). Lantaran itu mereka mulai mengejar 'Ali kerana menyangka 'Ali adalah Nabi SAWAW. 'Ali mulai mengeliat-geliut (di tempat tidurnya). Mereka berkata: Sesungguhnya andalah yang malang, anda sedang menggeliat-geliut kerana sakit sedangkan sahabat anda tidak mengeliat-geliut. Dan sesungguhnya kami memprotesnya di hadapan anda.

Diriwayatkan bahawa 'Ali mengungkapkan beberapa bait syairnya mengenai peristiwa tersebut:

Aku menjaga diriku sebaik-baik orang yang memijakkan anak-anak batu
Dan sebaik-baik orang yang melakukan Tawaf di Ka'bah dan Hijr (Ismail)
Rasul khuatir mereka melakukan rancangan (pembunuhan)nya maka beliau diselamatkan Allah dari rancangan (jahat) mereka.
Rasul bermalam di gua dengan aman, dijaga dengan jagaan Tuhan secara sembunyi.
Aku telah bermalam menjaga mereka sehingga mereka tidak menuduhku
Sesungguhnya aku telah menetapkan diriku sama ada dibunuh atau ditawan.

31. 'Ali telah memecahkan berhala Quraisy yang paling besar.

Al-Hakim di dalam al-Mustadrak51 telah meriwayatkan Hadis ini dengan membuang sanadnya daripada Ali AS beliau berkata:"Pada masa aku diperintahkan oleh Rasulullah SAWAW supaya aku tidur di atas hamparannya. Aku dan Rasulullah SAWAW datang ke Ka'bah yang dikelilingi berhala-berhala. Lalu beliau memerintahkan aku supaya duduk di tepi Ka'bah, akupun duduk. Kemudian Rasulullah SAWAW menaiki di atas bahuku kemudian beliau berdiri, maka akupun berdiri. Tetapi manakala beliau melihat kelemahanku di bawahnya beliau bersabda:Duduklah. Lalu akupun duduk dan aku menurunkannya dariku. Lalu Rasulullah SAWAW berdiri kemudian beliau berkata kepadaku: Wahai 'Ali! Naiklah di atas bahuku, maka akupun menaiki di atas bahunya. Kemudian Rasulullah SAWAW berdiri. Aku berfikir andainya aku mahu nescaya aku boleh sampai ke langit. Akupun menaiki Ka'bah lalu Rasulullah menjauhkan dirinya. Maka akupun mencampakkan berhala mereka yang paling besar yang dibuat daripada tembaga yang dicampur dengan besi. Dan akhirnya aku memecah-mecahkannya dan akupun turun."

32. 'Ali telah menyampaikan Surah al-Bara'ah kepada penduduk Makkah.

Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad,52 al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba,53 al-Tirmidhi di dalam Sahih,54 al-Hakim di dalam al-Mustadrak,55 Ali al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-Ummal,56 Ibn Hajar al-Asqalani di dalam al-Isabah57 dan Ibn Hajar al-Haithami di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah58 menerangkan bahawa Nabi SAWAW telah memerintahkan Ali AS supaya menyampaikan Surah al-Bara'ah kepada penduduk Makkah. 'Ali terpaksa mengambil tugas ini daripada Abu Bakar kerana ia mesti dilakukan samada oleh Nabi SAWAW sendiri atau seorang lelaki daripada keluarganya.

33. 'Pengakuan 'Umar tentang kelebihan 'Ali AS.'

Al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib,59 al-Tabari di dalam Riyad al-Nadirah,60 Ibn al-Sibbaqh al-Maliki di dalam Fusul al-Muhimmah,61 al-Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa'62 meriwayatkan daripada Sa'id bin Jubair daripada Ibn Abbas daripada Umar dia berkata:'Ali adalah orang yang paling alim di kalangan kami.'

Ibn 'Abd al-Barr di dalam al-Isti'ab63 meriwayatkan daripada Sa'id bin al-Musayyib dia berkata:'Umar sentiasa meminta perlindungan daripada permasalahan di mana Abul Hasan tidak ada (bersamanya).

34. Kata-kata 'Umar bahawa kemuliaan tidak akan sempurna melainkan dengan wilayah 'Ali.

Ibn Hajar di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah64 meriwayatkan bahawa Umar berkata: Ketahuilah kalian bahawa kemuliaan tidak akan sempurna melainkan dengan wilayah 'Ali.

35. Penyaksian Nabi SAWAW tentang keilmuan 'Ali AS.

Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah65 daripada 'Abbas dia berkata: Nabi SAWAW bersabda: 'Manakala aku berjalan di hadapan Tuhanku, Dia berkata-kata dan ‘bermunajat’ denganku. Aku memberitahu kepada 'Ali apa yang aku mengetahuinya. Beliaulah pintu ilmuku. Dan di dalam riwayat yang lain Nabi SAWAW bersabda kepada 'Ali. Siapa yang mahu melihat kepada Adam tentang ilmunya, kepada Nuh tentang kecekapannya, kepada Ibrahim tentang lemah lembutnya, kepada Musa tentang kebijaksanaanya kepada 'Isa tentang kezuhudannya, maka hendaklah dia melihat kepada 'Ali bin Abi Talib.'

Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Hamawaini di dalam Fara'id al-Sumtin, al-Khawarizmi dan al-Maghazali di dalam Manaqib mereka, Kamaludian al-Syafi'i di dalam Matalib al-Su'ul, Ibn Sibagh al-Maliki di dalam Fusul al-Muhimmah, Abu Nu'aim di dalam Hilyah al-Auliya', al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib, Ibn Mardawaih di dalam Manaqibnya daripada Anas bin Malik bahawa Nabi SAWAW bersabda di rumah Umm Habibah:'Sesungguhnya anda ('Ali) akan menyampaikan risalahku denganku, menunaikannya sebagai penggantiku, memperdengarkan kepada orang ramai suaraku, dan mengajar mereka dari kitab Allah apa yang mereka tidak mengetahuinya.'

Aku berpendapat: Ini adalah sebahagian kecil daripada Hadis-Hadis yang banyak yang menunjukkan keilmuan Amirul Mukminin dan Ahlul Baytnya yang telah dijadikan Allah sebagai khazanah ilmunya dan pemegang amanah ke atas hamba-hambanya dengan penyaksian Rasulullah SAWAW, jurucakap yang dipercayai yang tidak bercakap menurut hawa nafsunya malah dengan wahyu yang diwahyukan kepadanya. Oleh itu Hadis ini tdak dapat disembunyikan lagi bahawa ia telah diriwayatkan oleh orang-orang yang thiqah daripada ulama-ulama Ahlu Sunnah wa l-Jama'ah. Dan di sana banyak lagi Hadis-Hadis yang telah dicatat oleh ulama-ulama Syiah al-Abrar. Justeru itu, buatlah rujukan kepada buku-buku mereka, nescaya anda akan mendapati di dalamnya apa yang dihajati oleh anda.

36. Penyaksian para ulama tentang keilmuan 'Ali dan keluarganya yang disucikan.

Amirul Mukminin AS semenjak lahirnya matahari Islam dan permulaan dakwah sehingga hari ini sentiasa menjadi bahan keilmuan dan penghormatan mereka di seluruh dunia pada setiap masa dan tempat. Mereka melihat beliau sebagai contoh yang tinggi bagi manusia sempurna yang mempunyai sifat-sifat kelebihan, kesempurnaan dan gambaran yang indah bagi seorang lelaki muslim yang tertumpu kepadanya ajaran-ajaran Islam yang bernilai dan contoh-contoh kemanusiaan yang tinggi.

Lantaran itu kita dapati pemimpin-pemimpin ummat, pembesar-pembesar mereka, para cendikiawan mereka menyokong kelebihannya dan mengisytiharkan kepada orang ramai tentang kebesarannya yang luar biasa dan kecerdikannya yang unik. Serta kelebihannya di atas semua ummat pada segala sifat-sifatnya yang baik. Justeru itu tiga khalifah (Abu Bakar, 'Umar, 'Uthman) merujuk apa yang mereka perlu kepadanya di dalam pentadbiran hukum. Mereka amat memerlukannya yang menunjukkan bahawa beliau adalah imam kepada semua (imam al-Kull). Perhatikanlah kepada kata-kata Umar bin al-Khattab,"Allah tidak akan meninggalkan aku di dalam permasalahan di mana Abul Hasan tidak ada" dan kata-katanya: Sekiranya 'Ali tidak ada nescaya binasalah Umar dan lain-lain lagi. Rasulullah SAWAW bersabda kepadanya:'Anda sepertilah Ka'bah didatangi dan bukan mendatangi.'

Aku telah mengemukakan, wahai pembaca yang budiman, penyaksian Rasulullah SAWAW tentang keilmuan 'Ali dan Ahlul Baytnya yang disucikan serta hak mereka terhadap jawatan khalifah. Perhatikanlah juga pembesar-pembesar ummat ini dan cerdik pandai mereka dan lain-lain tentang mereka (Ahlu Bayt AS) bahawa merekalah orang yang paling alim, paling baik dan paling berhak daripada orang lain untuk jawatan khalifah menurut al-Quran dan Sunnah Nabawiyyah. Semasa aku menulis buku ini, aku sempat membaca dua risalah yang bernilai berjodol Madhab Ahlu Bayt AS karangan al-'Allamah Sayyid 'Ali Naqiy al-Haidar di Baghdad dan Syiah wa al-'Itrah al-Tahirah AS karangan al-'Allamah Sayyid al-'Abbas al-Kasyani di Karbala. Kedua-duanya menerangkan penyaksian-penyaksian kebanyakan ulama ummah dan pemimpin mereka tentang kelebihan Ahlul Bayt AS. Mereka mengakui keilmuan, kelebihan dan hak mereka terhadap jawatan khalifah daripada orang lain.

37. Penyaksian Abu Bakar RD

Al-Bahrani di dalam Ghayah al-Maram daripada al-Tirmidhi66 bahawa dia berkata: Abu Bakar berkata: Pecatlah aku (dari jawatan khalifah) kerana 'Ali lebih berhak daripada aku. Dia (Tirmidhi) berkata: Dia (Abu Bakar) berkata sedemikian kerana dia mengetahui kedudukan 'Ali dan martabatnya yang tinggi bagi memegang jawatan Khalifah.

38. Penyaksian Umar RD

Ibn Abil Hadid al-Muktazili di dalam Syarh Nahj al-Balaghah67 daripada Umar bin al-Khattab RD sesungguhnya dia berkata:'Demi Tuhan sekiranya pedangnya ('Ali) tidak ada nescaya tidak tegaknya Islam, beliau seorang yang paling alim di kalangan ummat ini, paling awal Islamnya dan mempunyai kemuliaan yang tinggi.'

Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, al-Hakim di dalam al-Mustadraknya daripada 'Umar bin al-Khattab RD sesungguhnya dia berkata:'Sesungguhnya 'Ali dikurniakan tiga perkara, sekiranya aku memiliki salah satu daripadanya lebih aku cintai dari keseluruhan nikmat dunia ini, isterinya Fatimah bin Rasulullah SAWAW, Rasulullah membenarkannya tinggal di masjidnya sebagaimana Rasulullah SAWAW dan bendera di Hari Khaibar.'

39. Penyaksian 'Aisyah RD

Al-Hamawaini di dalam Fara'id al-Simtin68 menyatakan bahawa 'Aisyah telah berkata mengenai 'Ali AS:'Beliau adalah orang yang paling alim di dalam Sunnah Nabi SAWAW.'

Kenyataan ini juga telah diriwayatkan oleh Muhibuddin al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba, Ibn Abd al-Barr di dalam al-Isti'ab, Ibn Hajar di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah dan lain-lain.

40. Penyaksian Ibn 'Abbas RD

Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah69 meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa dia berkata:Sesungguhnya al-Quran telah diturunkan dengan tujuh huruf, setiap huruf mempunyai pengertian zahir dan batin. Sesungguhnya 'Ali bin Abi Talib mengetahui ilmu zahir dan batin.

41. Penyaksian Ibn Mas'ud RD

Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah70 meriwayatkan daripada Ibn Mas'ud bahawa dia berkata: al-Quran telah diturunkan dengan tujuh huruf mempunyai pengertian zahir dan batin. 'Ali mengetahui pengertian al-Quran zahir dan batin.

42. Penyaksian Taghut Muawiyah

Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad71 meriwayatkan daripada Muawiyah bahawa dia berkata:Sesungguhnya 'Ali adalah utusan Allah, beliau diliputi cahaya ilmu; dan dia juga berkata: Apabila 'Umar menghadapi masalah, dia merujuk kepadanya ('Ali).

43. Penyaksian Dhirar di hadapan Taghut Muawiyah.

Ibn al-Sibagh al-Maliki di dalam Fusul al-Muhimmah, Ibn al-Jauzi di dalam Tadhkirah al-Khawwas dan ulama-ulama Ahlu Sunnah yang lain, menyatakan bahawa Dhirar bin Dhumah menemui Muawiyah. Muawiyah berkata kepadanya: Ceritakan kepadaku mengenai 'Ali. Dia menjawab: Adakah anda akan memaafkan aku? Muawiyah menjawab: Aku tidak memaafkan anda. Dhirar berkata: Jika ia satu perkara yang mesti aku perkatakan maka demi Allah beliau ('Ali) menghukum dengan adil, ilmunya terpancar dari segenap pelusuk, hikmah bercakap di sekitarnya, beliau takut kepada kilauan dunia, bermunajat di waktu malam, menangis, banyak berfikir.....beliau seperti kita. Beliau menjawab apabila ditanya dan mendatangi kita apabila kita menjemputnya....Dia berkata: Air mata Muawiyah mengalir di atas janggutnya. Dia cuba mengesatnya dengan tapak tangannya dan orang ramai turut menangis.

44. Penyaksian 'Umru bin al-'As

Al-Khawarizmi al-Hanafi di dalam Manaqib72 menyatakan bahawa Muawiyah telah mengutus surat kepada 'Amru bin al-'As supaya dia melibatkan diri di dalam peperangan menentang Imam Ali AS. 'Umru bin al-'As menjawab surat Muawiyah dengan menyebutkan kelebihan-kelebihan 'Ali bin Abu Talib. Di antaranya: Bagaimana aku akan menolong anda di atas kebatilan dan menghunus pedang ke muka 'Ali. Beliau adalah saudara Rasulullah SAWAW, wasinya, pewarisnya, pembayar hutangnya dan orang yang melaksanakan janjinya. Walau bagaimanapun akhirnya dia melibatkan dirinya di dalam peperangan menentang 'Ali AS selepas mendapat tawaran yang istimewa daripada Muawiyah.

45. Penyaksian Muawiyah Kedua

A-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah73 daripada Ibn al-Jauzi daripada Qadi Abu Ya'la di dalam Kitabnya selepas menyebut jenayah-jenayah Yazid bahawa sesungguhnya Muawiyah bin Yazid manakala dilantik menjadi khalifah, dia menaiki mimbar dan berkata: Sesungguhnya khalifah ini adalah tali Allah Ta'ala. Sesungguhnya datukku Muawiyah telah merebutnya daripada orang lebih berhak menjadi khalifah daripadanya iaitu 'Ali bin Abu Talib.

46. Penyaksian 'Umar bin 'Abdu al-'Aziz

Ibn al-Jauzi al-Hanafi di dalam Tadhkirah al-Khawwas74 daripada Umar bin 'Abdu l-'Aziz sesungguhnya dia berkata: Kami tidak mengetahui seorangpun daripada ummat ini selepas Rasulullah SAWAW lebih zuhud daripada 'Ali bin Abu Talib.

47. Penyaksian Mansur al-Dawaniqi

Al-Khawarizmi di dalam Manaqibnya bab 16 daripada Sulaiman bin Mihran daripada al-Mansur, sesungguhnya dia menceritakan kepadanya tentang kemuliaan kedudukan 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Akhirnya Sulaiman berkata kepada al-Mansur: Berilah jaminan keselamatan kepadaku. Al-Mansur menjawab: Aku beri jaminan keselamatan kepada anda. Maka dia berkata: Apa pendapat anda pada mereka yang membunuh mereka itu? Al-Mansur menjawab: Di neraka tidak syak lagi. Dia bertanya lagi: Apa pendapat anda pada orang yang membunuh anak-anak mereka dan anak-anak cucu mereka? Al-Mansur mengeleng kepalanya sambil menunjukkan sikap kurang senangnya kepada pertanyaan tersebut.

48. Penyaksian Harun al-Rasyid

Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah75 mencatat bahawa al-Makmun telah meriwayatkan daripada bapanya al-Rasyid bahawa dia berkata kepada anak-anaknya tentang hak Musa al-Kazim: Ini adalah imam manusia, hujjah Allah ke atas makhluk-Nya, dan khalifah-Nya ke atas hamba-hambaNya. Aku adalah imam orang ramai pada zahir melalui paksaan dan kekuatan. Demi Allah sesungguhnya beliau lebih berhak dengan maqam Rasulullah SAWAW daripada aku dan daripada semua makhluk. Tetapi demi Allah, sekiranya beliau mempertikaikan aku tentang khalifah, nescaya aku mengungkilkan kedua-dua matanya.

49. Penyaksian Al-Makmun

Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah76 menceritakan tentang surat al-Makmun kepada Bani 'Abbas manakala mereka cuba mengalihkan pandangannya dari perlantikan Imam al-Rida AS sebagai penggantinya. Di antaranya dia berkata: 'Ali adalah orang yang paling alim di kalangan mereka tentang agama Allah. Beliau dilantik oleh Nabi SAWAW sebagai wali Mukminin di-Ghadir Khum. Beliau adalah nafs al-Nabi di Hari Mubahalah. Allah telah mengumpulkan segala kelebihan untuknya dan menurunkan ayat-ayat Qur'an memujinya. Kita dan anak-anak 'Ali AS pada mulanya 'satu tangan' (bekerjasama) sehingga kita menguasai urusan khalifah. Lalu kita mengenakan tekanan ke atas mereka, dan kita membunuh mereka lebih ramai daripada pembunuhan yang dilakukan oleh Bani Umayyah terhadap mereka.

50. Penyaksian Abu Hanifah

Diriwayatkan dari Manaqib 'Ali bin Abi Talib77 tentang Imam Jaafar al-Sadiq AS daripada Musnad Abu Hanifah dia berkata: Husain bin Zaid berkata: Aku mendengar Abu Hanifah ditanya tentang siapakah orang yang paling alim yang anda ketahui? Dia menjawab: Jaafar bin Muhammad. Apabila dipanggil oleh Khalifah al-Mansur, dia berkata kepadaku: Wahai Abu Hanifah! Sesungguhnya orang ramai menabur fitnah tentang Jaafar bin Muhammad. Oleh itu sedialah soalan-soalan anda yang tajam untuknya. Akupun menyediakannya empat puluh masalah. Kemudian aku diutuskan untuk berjumpa Khalifah al-Mansur di Hirah. Maka akupun mendatanginya. Jaafar al-Sadiq berada di kanannya. Manakala aku melihat kepadanya, aku mulai merasa kehebatan Jaafar al-Sadiq melebihi kehebatan Khalifah al-Mansur. Akupun memberi salam kepadanya. Maka dia memberi isyarat kepadaku supaya duduk. Maka akupun terus duduk kemudian dia berkata: Kemukakan soalan-soalan anda kepada Abu 'Abdillah (Imam Jaafar al-Sadiq). Akupun mengemukakannya kepadanya dan beliau memberi jawapan kepada aku dan berkata: Kalian berpendapat begitu, penduduk Madinah mempunyai pendapat yang lain. Tetapi kami berkata begini. Kadang-kadang seorang itu menurut kami, kadang-kadang menurut mereka dan kadang-kadang dia menyalahi kami di dalam semua hal, sehingga aku mengemukakan kepadanya empat puluh masalah, maka beliau menjawab semua masalah itu.

Kemudian Abu Hanifah berkata lagi: Tidakkah orang yang paling alim itu ialah orang yang alim tentang perselisihan (pendapat) orang lain?

51. Penyaksian Malik bin Anas

Diriwayatkan daripada Manaqib 'Ali bin Abi Talib78 daripada Malik bin Anas RD sesungguhnya dia berkata: Mata tidak pernah melihat, telinga tidak pernah mendengar, hati tidak pernah terlintas tentang orang yang lebih baik daripada Jaafar al-Sadiq dari segi keilmuan, ibadah dan kewarakan.

52. Penyaksian Ahmad bin Hanbal

Muhammad bin Talhah al-Syafi'i telah meriwayatkan di dalam Matalib al-Su'ul79 daripada Ahmad bin Hanbal RD sesungguhnya dia berkata: Tidak ada seorangpun daripada sahabat-sahabat Rasulullah SAWAW mempunyai kelebihan-kelebihan seperti 'Ali.

53. Penyaksian Muhammad bin Idris al-Syafi'i RD
Sebilangan besar para ulama Ahlu Sunnah telah meriwayatkan di dalam buku-buku mereka bahawa Syafi'i telah ditanya tentang Imam 'Ali bin Abi Talib. Maka dia menjawab: Apakah aku akan ucapkan kepada seorang lelaki di mana musuh-musuhnya mengingkari kelebihannya kerana hasad dan tamak. Sementara pencinta-pencintanya pula menyembunyikan kelebihannya kerana khuatirkan perpecahan. Justeru itu ia melimpahi di antara dua denyutan jantung.

Di sini diperturunkan beberapa bait syair Imam Syafi'i memuji Ahlul Bayt Rasulullah SAWAW sebagaimana telah dicatat oleh Ibn Hajar di dalam al-Sawaiq al-Muhriqah.80

Wahai Ahlul Bayt Rasulullah cinta kalian satu fardu daripada Allah di dalam al-Quran yang diturunkan
Kebesaran kalian telah memadai sesiapa yang tidak bersalawat ke atas kalian tidak ada solat baginya

Ibn al-Sibagh al-Maliki di dalam Fusul al-Muhimmah telah mencatat syair-syair Syafi'i di antaranya Imam Syafi'i berkata:

Sekiranya seorang itu menjadi Rafidi (Syi'i) kerana cintanya kepada keluarga Muhammad
Maka persaksikanlah wahai jin dan manusia bahawa akulah seorang Rafidi (Syi'i)

Imam Syafi'i berkata:

Sekiranya al-Murtada ('Ali) mendedahkan kedudukannya nescaya manusia akan 'sujud' kepadanya.

Imam Syafi'i juga berkata:

Sayangnya sehingga bila aku dicela kerana mencintai pemuda ini ('Ali)?
Fatimah tidak mengahwini selain daripadanya ('Ali)
Selain daripadanya adakah turun Surah Hal Ata?

Ini adalah sebahagian kecil daripada syair-syair Imam Syafi'i yang menerangkan kelebihan 'Ali dan Ahlul Baytnya AS. Syair-syair tersebut telah dicatat oleh para ulama Ahlu Sunnah di dalam buku-buku mereka. Lantaran itu rujuklah kepada buku-buku tersebut.

Demikianlah dikemukakan sebahagian daripada penyaksian pemuka-pemuka dan pemimpin-pemimpin mereka tentang kelebihan peribadi mulia yang unik di dunia ini selepas Nabi Muhammad SAWAW. Kerana tidak ada seorangpun sahabat yang dapat menandingi kelebihannya dengan penyaksian penentang-penentangnya sendiri sebagaimana anda mengetahuinya. Ini adalah tulisan daripada limpahan yang banyak.
Sekiranya aku mahu menulis tentang kelebihan Imam 'Ali AS dan mencatat kesemua pendapat pembesar-pembesar ummat ini, cerdik pandai dan lain-lain mengenai kelebihan personaliti yang unik ini, nescaya aku akan memenuhinya dengan berjilid-jilid buku dan aku tidak mampu untuk melakukannya. Walau bagaimanapun tulisan ini sudah cukup bagi orang yang ingin mendengar dan menjadikan dirinya sebagai saksi.


NOTA AKHIR

1. Al-Sawa'iq al-Muhriqah, hlm. 78.
2. Fara'id al-Simtin, I, bab 54.
3. al-Riyad al-Nadirah, II, hlm. 73, 177 & 244.
4. Tarikh, III, hlm. 161.
5. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 251.
6. Maqam al-Imam Amirul Mukminin 'inda al-Khulafa', hlm. 45.
7. Maqtal al-Husain, II, hlm. 38.
8. al-Kaukab al-Durriyy, hlm. 122.
9. al-Manaqib, hlm. 17.
10. Kanz al-'Ummal, VI, hlm. 393.
11. al-Riyad al-Nadirah, II, hlm. 163.
12. Dhakha'ir al-'Uqba, I, hlm. 87.
13. Kanz al-Ummal, VI, hlm. 159.
14. Kifayah al-Talib, hlm. 76.
15. al-Sawa'iq al-Muhriqah, hlm. 108.
16. Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 64.
17. al-Riyad al-Nadirah, II, hlm. 163.
18. Kifayah al-Talib, hlm. 124.
19. al-Manaqib, hlm. 206.
20. Arjah al-Matalib, hlm. 309.
21. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 253.
22. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 253; Kanz al-'Ummal, VI, hlm. 218.
23. al-Kaukab al-Durriyy, hlm. 143.
24. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 251.
25. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 253.
26. al-Kaukab al-Durriyy, hlm. 133.
27. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 247.
28. Kanz al-‘Ummal, VI, hlm. 159.
29. al-Manaqib, hlm. 43.
30. al-Kaukab, hlm. 125.
31. Arjah al-Matalib, hlm. 319 dan Kanz al-'Ummal, IV, hlm. 145.
32. Kanz al-‘Ummal, VI, hlm. 117.
33. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 92.
34. al-Khasa'is, hlm. 17.
35. al-Mustadrak, III, hlm. 125.
36. Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 76.
37. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 248.
38. Fara'id al-Simtin, I, hlm. 85.
39. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 55.
40. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 89.
41. Ibid, hlm. 56.
42. Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 69.
43. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 91.
44. Ibid, hlm. 82.
45. Ibid, hlm. 78.
46. al-Mustadrak, III, hlm. 128.
47. Musnad, II, hlm. 102.
48. al-Mustadrak, III, hlm. 129.
49. Musnad, III, hlm. 129.
50. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 78.
51. al-Mustadrak, III, hlm. 5.
52. Musnad, I, hlm. 156.
53. Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 69.
54. Sahih, II, hlm. 461, 55; al-Mustadrak, II, hlm. 51.
55. al-Mustadrak, II, hlm. 51.
56. Kanz al-'Ummal, I, hlm. 246.
57. al-Isabah, II, hlm. 509.
58. al-Sawa'iq al-Muhriqah, hlm. 19.
59. Kifayah al-Talib, hlm. 130.
60. Al-Riyad al-Nadirah, II, hlm. 98.
61. al-Fusul al-Muhimmah, hlm. 17.
62. Tarikh al-Khulafa', hlm. 66.
63. al-Isti'ab, II, hlm. 484.
64. al-Sawa'iq al-Muhriqah, hlm. 109.
65. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 65.
66. Ghayah al-Maram, bab 53.
67. Syarh Nahj al-Balaghah, III, hlm. 89.
68. Fara'id al-Simtin, I, hlm. 399.
69. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 360.
70. Ibid, hlm. 179.
71. al-Musnad, III, hlm. 29.
72. al-Manaqib, hlm. 56.
73. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 318
74. Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 60.
75. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 355.
76. Ibid, hlm. 495.
77. Manaqib 'Ali bin Abi Talib, I, hlm. 80.
78. Manaqib 'Ali bin Abi Talib, I, hlm. 150.
79. Matalib al-Su'ul, hlm. 98.
80. al-Sawa'iq al-Muhriqah, hlm. 81.
















BAB VI

PUJIAN NABI SAWAW KEPADA SYIAH 'ALI DAN AHLUL BAYTNYA AS

Orang yang pertama menggunakan nama Syiah bagi pengikut-pengikut 'Ali Amirul Mukminin AS ialah Rasulullah SAWAW. Beliaulah orang yang meletakkan batu asas dan menyemaikan benihnya yang pertama. Dan orang yang memperkuatkannya ialah Imam Amirul Mukminin 'Ali AS. Pada masa itu Syiah dikenali dengan Syiah 'Ali AS.

Ibn Khaldun berkata di dalam Muqaddimahnya bahawa Syiah dari segi bahasa bererti sahabat dan pengikut. Dan dari segi istilah Fukaha dan Mutakallimun dahulu dan sekarang ialah pengikut 'Ali dan anak-anaknya.

Muhammad Kurdi 'Ali di dalam Khutat al-Syam berkata:"Tidak perlu bagi kita mencari dalil bahawa sebahagian sahabat dikenali dengan Syiah Ali. Dan dia berkata lagi:'Adapun sebahagian penulis mengatakan bahawa mazhab Syiah adalah daripada bidaah Abdullah bin Saba' yang dikenali dengan Ibn Sauda' adalah tidak dikenali di dalam mazhab mereka.' Muhammad Kurdi 'Ali bukanlah seorang Syiah malah seorang yang menentang Syiah. Tetapi 'kebenaran membuatkan orang yang insaf atau degil bercakap.'

Hadis-Hadis yang menyokong hujahku daripada pakar-pakar bahasa Ahlu Sunnah wal Jama'ah lebih-lebih lagi Hadis menurut Ahlu Sunnah sebagai penerangan kepada hujahku seperti berikut:

Ibn Hajar di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah1 meriwayatkan daripada Ibn 'Abbas bahwa dia berkata: Manakala Allah SWT menurunkan (Surah al-Bayyinah (98): 7):

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk."

Rasulullah SAWAW bersabda kepada 'Ali:'Mereka itulah anda dan Syiah anda. Dan Syiah anda datang pada hari kiamat di dalam keadaan rida dan diridai dan musuh anda datang dengan marah dan dibelenggu.' Beliau berkata, siapakah musuhku? Nabi SAWAW bersabda: 'Orang yang melepaskan diri mereka daripada anda dan melaknati anda.'

Al-Hamawaini al-Syafi'i di dalam Fara'id al-Simtin,2 dengan sanadnya daripada Jabir bahawa dia berkata:"Kami berada di sisi Nabi SAWAW maka 'Ali AS pun datang. Rasulullah SAWAW bersabda: 'Saudaraku telah datang kepada kalian.' Kemudian beliau bersabda:'Demi diriku di tangan-Nya. Sesungguhnya ini ('Ali AS) dan Syiahnya, mereka itulah orang yang menang (al-Fa'izun) pada hari kiamat. Sesungguhnya beliaulah orang yang pertama di kalangan kalian beriman bersamaku, orang yang paling setia di kalangan kalian dengan janji Allah SWT, orang yang paling teguh di kalangan kalian dengan suruhan Allah SWT, orang yang paling adil di kalangan kalian tentang orang di bawah jagaannya, orang yang paling adil di kalangan kalian di dalam pembahagian dan orang yang paling tinggi martabatnya di kalangan kalian di sisi Allah SWT.'

Dan dia berkata:(Surah al-Bayyinah (98): 7) diturunkan kepada 'Ali AS. Dia berkata lagi: Sahabat-sahabat Muhammad SAWAW apabila 'Ali AS datang kepada mereka, mereka berkata: Sebaik-baik makhluk telah datang.

Al-Khawarizmi al-Hanafi di dalam Manaqib3 telah meriwayatkannya daripada Jabir daripada Nabi SAWAW. Dia juga meriwayatkannya daripada al-Mansur al-Dawaniqi di dalam Hadis yang panjang daripada Nabi SAWAW mengenainya. Nabi SAWAW bersabda: 'Sesungguhnya 'Ali dan Syiahnya besok merekalah yang mendapat kemenangan di hari kiamat, memasuki syurga.'

Dia juga meriwayatkan daripada Nabi SAWAW, sesungguhnya Nabi SAWAW bersabda:'Wahai 'Ali! Sesungguhnya Allah telah mengampuni untuk anda, keluarga anda, Syiah anda dan pencinta-pencinta Syiah anda.' Di dalam riwayat yang lain Nabi SAWAW bersabda:'Ali adalah orang yang paling alim, paling awal Islam.' Sesungguhnya Syiah beliaulah mendapat kemenangan di hari esok.'

Di dalam riwayat yang lain pula Nabi SAWAW bersabda:'Sekiranya tidak ada golongan yang akan berkata kepada anda sebagaimana diperkatakan oleh Nasara tentang 'Isa AS, nescaya aku akan berkata sesuatu mengenai anda dan mereka akan mengambil tanah di bawah kedua tapak kaki anda, dan dari 'lebihan air basuhan' anda untuk bersyafa'at dengannya. Tetapi cukuplah kedudukan anda di sisiku sebagaimana kedudukan Harun di sisi Musa. Aku adalah daripada anda, anda mewarisiku dan aku mewarisi anda melainkan tidak ada nabi selepasku. Andalah yang membersihkan dhimmahku. Syiah anda akan berada di atas mimbar-mimbar daripada cahaya. Dan sesungguhnya kebenaran berada di atas lidah anda, di hati dan di dahi anda.'

Aku berpendapat: Hadis yang mengandungi pengertian ini juga telah diriwayatkan di dalam Kifayah al-Talib, Tarikh Baghdad, Majma' al-Zawa'id, Wasilah al-Muta'abbidin dan lain-lain buku Ahlu Sunnah Wal Jama'ah.

Al-Khawarizimi al-Hanafi juga meriwayatkan di dalam Manaqib4 Hadis yang panjang dengan sanadnya daripada Ibn 'Abbas secara marfu': 'Sesungguhnya Jibra'il memberitahu bahawa 'Ali dan Syiahnya bergembira bersama Muhammad di syurga.'

Ibn Hajar di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah5 meriwayatkan daripada 'Ali AS. Sesungguhnya beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAWAW bersabda: 'Wahai Ali! Anda akan mendatangi Allah dan Syiah anda di dalam keadaan reda dan diredai. Musuh anda akan mendatangi kemarahanku di dalam keadaan terbelenggu. Kemudian diikat kedua-dua tangannya di tengkuknya. Dan memperlihatkan kepada mereka belenggu-belenggu tersebut.' Ibn Hajar berpendapat bahawa Syiah di dalam Hadis-Hadis tersebut dimaksudkan dengan Ahlu Sunnah. Kerana Syiah menurutnya dilaknati Allah kerana bidaah mereka.6

Al-Qunduzi al-Hanafi meriwayatkan di dalam Yanabi' al-Mawaddah7 daripada Mawaddah al-Qurba karangan al-Hamdani al-Syafi'i di dalam al-Mawaddah al-Thaniah daripada Abu Dhar daripada Nabi SAWAW sesungguhnya beliau bersabda: 'Sesungguhnya Allah melihat ke bumi daripada 'Arasy-Nya lalu memilihku, memilih 'Ali untukku sebagai menantuku, memberikan kepadanya Fatimah dan Dia tidak memberikan kelebihan kepada seorangpun daripada anak-anak lelakinya. Dia memberikan kelebihan kepada Hasan dan Husain dan Dia tidak memberikannya kepada seorangpun seumpamanya. Dia telah memberikan kepadanya mertuanya seumpamanya. Dia telah memberikan kepadaku al-Haud. Dia juga telah menjadikannya ('Ali) sebagai pembahagi syurga dan neraka di mana Dia tidak memberikannya seumpamanya kepada para malaikat. Dia telah menjadikan Syiahnya di syurga. Dia memberikan kepadaku saudaraku seumpama aku dan tidak ada seorangpun 'saudara lelaki' seumpamaku.'

Wahai saudaraku! Sesiapa yang ingin memadamkan kemarahan Tuhan, dan ingin supaya Allah menerima amalannya, maka hendaklah dia mencintai 'Ali bin Abu Talib kerana mencintainya menambahkan keimanan. Dan mencintainya dapat mencairkan segala kejahatan sebagaimana api dapat mencairkan logam.

Dia juga meriwayatkannya di dalam Yanabi' al-Mawaddah8 bahawa Anas bin Malik berkata: Nabi SAWAW bersabda:'Jibra'il memberitahuku bahawa sesungguhnya Allah mencintai 'Ali. Dia tidak mencintai para malaikat sebagaimana Dia mencintai 'Ali. Setiap kali Allah bertasbih. Dia menjadikan beberapa Malaikat yang mengucap istighfar kepada orang yang mencintainya ('Ali) dan Syiahnya sehingga hari kiamat.'

Dan di dalam riwayat yang lain Nabi SAWAW ditanya tentang 'Siapakah yang berteduh di bawah bendera anda? Nabi SAWAW bersabda: 'Mukminun para wali Allah, Syiah yang benar, Syiahku dan Syiah Ali, pencinta-pencintanya, penolong-penolongnya. Alangkah beruntungnya mereka dan sebaik-baik darjat. Dan neraka wail bagi orang yang membohongi aku tentang 'Ali atau membohongi 'Ali keranaku, atau mempertikaikannya mengenai maqamnya yang dikurniakan Allah SWT.9

Ibn al-Maghazali al-Syafi'i di dalam Manaqib10 dengan sanadnya daripada Nabi SAWAW bahawa dia berkata: Nabi SAWAW bersabda:'Ummat aku yang akan memasuki syurga sebanyak tujuh puluh ribu orang tanpa hisab.' Kemudian beliau berpaling kepada 'Ali AS dan bersabda:'Mereka itu adalah Syiah anda dan anda adalah imam mereka.'

Ibn al-Sibagh al-Maliki di dalam al-Fusul al-Muhimmah,11 al-Syablanji di dalam Nur al-Absar12 meriwayatkan daripada Ibn 'Abbas bahawa dia berkata: Manakala turunnya ayat (Surah al-Bayyinah (98): 7):

“Seungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk”.

Nabi SAWAW bersabda kepada 'Ali:'Anda dan Syiah anda datang pada hari kiamat di dalam keadaan reda dan meredai, sementara musuh-musuh anda datang di dalam keadaan marah dan terbelenggu.'

Ibn al-Maghazali al-Maliki di dalam Manaqib13meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa dia berkata: Aku bertanya Rasulullah SAWAW tentang firman-Nya (Surah al-Waqi'ah (56):10-11):

'Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah).'

Beliau menjawab: Jibra'il telah memberitahu kepadaku bahawa maksud ayat itu ialah 'Ali dan Syiahnya yang mendahului ke syurga, dan hampir kepada Allah kerana kekeramatannya.'

Ahmad bin Hanbal di dalam Manaqib14 menerangkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAWAW bersabda kepada Ali AS:'Wahai 'Ali! Tidakkah anda reda, sesungguhnya anda bersamaku di syurga, Hasan dan Husain, zuriat kita di belakang kita, isteri-isteri kita di belakang zuriat-zuriat kita dan Syiah kita yang mempercayai kita mempunyai akhlak yang terpuji.

Dan banyak lagi Hadis-Hadis Nabi SAWAW mengenai pujian beliau terhadap Syiah 'Ali dan Ahlul Baytnya telah diriwayatkan oleh para ulama Ahlu Sunnah di dalam Sahih-sahih, Musnad-musnad, dan karangan-karangan mereka. Al-'Allamah Sayyid al-'Abbas al-Husaini al-Kasyani telah mencatat lebih daripada seratus Hadis yang muktabar semuanya menurut Ahlu Sunnah wal Jama'ah di dalam bukunya berjodol al-Syiah wa al-'Itrah al-Tahirah.

Aku berdoa kehadrat Allah SWT supaya memberkati Sayyid al-Kasyani dan semua ulama kami yang Abrar agar semua karya mereka dapat dicetak bagi faedah kaum Muslimin.

NOTA KAKI:

1. al-Sawa'iq al-Muhriqah, hlm. 128.
2. Fara'id al-Simtin, I, hlm. 87 (Bab 31).
3. al-Manaqib, hlm. 105 & 118.
4. al-Manaqib, hlm. 120.
5. al-Sawa'iq al-Muhriqah, hlm. 25.
6. Ibn Hajar menerima hadith-hadith tersebut tetapi dengan memberi pengertian yang aneh. Semoga Allah membakarnya dengan petir-Nya.
7. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 289 & 305.
8. Yanabi' al-Mawaddah, hlm. 243-246.
9. Ibid.
10. al-Manaqib, hlm. 79.
11. al-Fusul al-Muhimmah, hlm. 105.
12. Nur al-Absar, hlm. 102.
13. al-Manaqib, hlm. 85.
14. al-Manaqib, hlm. 159.



























BAB VII
BENCANA SAQIFAH

Saqifah: Tahukah anda apakah Saqifah itu?

Setiap orang yang membuka lipatan sejarah mengkaji hal ehwal ummat-ummat yang lampau di abad yang silam akan menemui peristiwa Saqifah yang menyedihkan.

Tetapi sedikit sahaja yang terselamat daripada memihak kepada salah satu dari dua golongan yang bertentangan mulai hari tersebut sehingga hari ini dan selepasnya.

Ramai pakar-pakar sejarah telah mengubati peristiwa ini pada setiap abad dengan harapan dapat menghilangkan kekusutan dan halangan yang tidak dapat ditembusi melainkan dengan kecemasan jiwa.

Apatah lagi untuk mendedahkan hakikat yang telah dipalsukan di abad pertama, kedua dan seterusnya. Kerana mereka melakukannya supaya hakikat sebenar tidak dapat dibongkar. Lantaran itu adalah menjadi sukar kepada pengkaji-pengkaji sekalipun mereka berusaha untuk mengkaji hakikat tersebut pada masa itu.

Tetapi Allah SWT yang Maha Berkuasa tidak membiarkan pada setiap zaman orang yang memutarbelitkan kebatilan dengan kebenaran dominan sehingga kebatilan akan hilang juga. Wal Hamdulillah.

Lantaran itu penulisan tentang hari Saqifah dan apa yang berlaku serta kajian di sebalik kesukarannya bukanlah suatu perkara yang senang, kerana ia menjadi sebab utama yang membawa kepada pembahagian ummat kepada dua golongan pada hari itu.

Kemudian kepada 73 golongan tetapi yang berjaya hanya satu, inilah perkara yang besar yang wajib diberi perhatian. Ummah yang besar begini tidak akan berjaya kecuali satu golongan sahaja. Justeru itu adalah wajar bagi seseorang itu berusaha dengan gigih untuk menyelamatkan dirinya, keluarganya dan sahabat-sahabatnya, malah semua umat jika dia mampu, tetapi aku fikir dia tidak akan mampu.

Golongan yang berjaya
Aku berkata:"Sesungguhnya Nabi SAWAW adalah orang yang mempunyai kasihan belas kepada ummatnya. Beliau meriwayatkan kepada kita satu Hadis yang amat penting; menggembirakan dan menakutkan. Tetapi ia mempunyai kesukaran di mana ahli fikir yang masyhur tidak mampu mendedahkan kesukarannya kecuali dia adalah seorang yang maksum. Dia akan membiarkannya begitu sahaja tanpa membuat sebarang komen mengenainya. Justeru itu ummatnya berada di dalam keadaan tidak menentu di mana tempatnya yang akan ditujui sepertilah berjalan di tengah kegelapan malam. Apatah lagi jika dia menyulitkan perkara yang akan menentukan masa depan ummatnya sama ada kejayaan atau kebinasaan."

Maka aku berpendapat bahawa golongan yang berjaya ialah golongan yang berpegang kepada wila' Allah SWT, wila' kepada Rasul-Nya dan wila' kepada imam-imam suci yang telah disucikan oleh Allah daripada segala kekotoran dosa. Dan membersihkan dirinya daripada orang yang memusuhi mereka dengan beramal dengan Hadis yang disepakati oleh Sunnah dan Syiah. Sabdanya:'Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka inilah 'Ali maulanya wahai Tuhanku, tolonglah orang yang mewalikannya, dan musuhilah orang yang memusuhinya. Tolonglah orang yang menolongnya dan hinalah orang yang menghinanya.

Adapun kata-kata yang menyatakan bahawa Nabi SAWAW apabila ditanya tentang golongan manakah yang berjaya? Maka beliau bersabda:"Apa yang aku dan sahabatku di atasnya," tidak boleh diterima kerana bukan semua sahabat berpegang kepada semua sahabat. Malah terdapat di kalangan mereka yang melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak diredhai seperti Marwan bin al-Hakam. Mu'awiyah bin Abu Sufian, 'Umru bin al-'As yang masyhur dengan penipuan dan kelicikan, penjenayah Mughirah bin Syu'bah dan lain-lain.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Taubah (9): 101:

"Di antara orang-orang Arab Badwi yang disekelilingmu itu, ada orang-orang munafik dan (juga) di antara penduduk Madinah mereka keterlaluan dalam kemunafikannya. Kamu (Muhammad) tidak mengetahui mereka tetapi kamilah yang mengetahui mereka."

Aku berpendapat firman-Nya 'Kamu (Muhammad) tidak mengetahui mereka' bahawa Nabi SAWAW pada hakikatnya telah mengetahui mereka dengan sebenarnya. Tetapi ayat tersebut bertujuan menakut-nakutkan mereka kerana keterlaluan mereka di dalam amalan nifak sebagaimana anda berkata mengenai seorang yang paling jahat di dalam semua segi kepada seorang yang mengetahui keadaan lelaki itu. Anda 'tidak mengetahui' apa yang telah dilakukan oleh lelaki itu, sedangkan 'dia' juga mengetahui keadaan lelaki tersebut. Kata-kata ini adalah masyhur di kalangan orang awam dan diketahui oleh orang yang mempunyai ilmu di dalam bidang Balaghah.

Jikalaulah sabdanya:"Apa yang aku dan sahabatku di atasnya" itu betul (tetapi aku tidak fikir ia betul) maka apa yang dimaksudkan dengan sahabat di dalam Hadis tersebut mestilah Ahlul Bayt AS yang telah dijadikan Allah SWT dan Rasul-Nya sebagai ikutan bagi orang-orang yang mempunyai mata hati. Rasulullah SAWAW telah memerintahkan ummahnya supaya berpegang kepada mereka dan melarang dari tidak 'berpegang' kepada mereka.

Sebenarnya aku telah kemukakan kepada anda hadis-hadis yang banyak di dalam buku ini mengenai Ahlu-Bait A.S. Buatlah rujukan danperhatikanlah serta janganlah asabiah menguasai anda. Di sini aku akan mengemukakan kepada anda satu dalil selain daripada dalil ini iaitu sabda Nabi SAWAW:'Siapa yang berkata tiada tuhan melainkan Allah, akan masuk syurga.' Aku menjawab: Ya! Tetapi dengan syarat-syaratnya. Ummah semua mengucap: Tiada tuhan yang lain melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah sama ada Syiah atau bukan Syiah. Sekalipun wujudnya Hadis ini tetapi Rasulullah SAWAW menegaskan hanya satu golongan sahaja yang berjaya.

Oleh itu pendapat yang menyatakan ummah semuanya berjaya adalah tertolak oleh Hadis yang disetujui kesahihannya. Dan pendapat yang menyatakan ummah semuanya binasa juga tertolak. Justeru itu golongan yang berjaya mestilah mempunyai keistimewaan dari golongan-golongan yang lain dengan sesuatu yang tidak dipegangi oleh golongan-golongan lain.

Keistimewaan Syiah daripada yang lain ialah kepercayaan mereka tentang kemaksuman imam-imam dan pengkhususan khalifah untuk mereka dengan dalil-dalil yang dapat mematikan hujah musuh. Lantaran itu khalifah tidak layak selain daripada mereka dan tidak sempurna perlantikan khalifah selain daripada mereka. Sekiranya sahabat-sahabat telah mengambil ajaran-ajaran Nabi mereka, nescaya caci-caci, rompakan, pembunuhan dan sebagainya tidak berlaku. Tetapi sebaliknya mereka keluar dari mentaati Allah dan Rasul-Nya. Ia suatu hakikat yang tidak dapat disembunyikan lagi.
Apa yang telah dikemukakan adalah sudah cukup bagi orang yang mempunyai hati atau mendengar dengan penuh pemerhatian.

Aku mengakhiri kalimah dengan menyatakan bahawa sesungguhnya Syiah adalah golongan mukmin yang telah mengambil semua yang telah dibawa oleh Rasulullah SAWAW daripada Tuhannya. Maka Syiahlah tuan kepada kebenaran yang didakwakannya. Tetapi Ahl al-Fasad (orang yang melakukan kerosakan) melekatkan celaan kepada Syiah tetapi mereka bersih daripada celaan-celaan tersebut seperti bersihnya serigala Yusuf daripada Yusuf. Buatlah rujukan kepada buku-buku mereka dengan ikhlas nescaya anda akan mengetahui kebenaran kami.

Aku berkata:"Sesungguhnya perkataan Syiah adalah satu kemuliaan yang besar kerana al-Quran memujinya di beberapa tempat sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Qasas (28): 15:
            
'Maka orang yang dari golongannya (Syi'ati-hi) meminta pertolongan kepadanya untuk mengalahkan orang yang dari musuhnya lalu Musa meninjunya, dan matilah musuhnya itu'

dan firman-Nya di dalam Surah al-Safat (37): 83:

"Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk golongannya (syi'ati-hi)" iaitu Ibrahim adalah daripada Syiah Nuh.

Dan banyak Hadis-Hadis Rasulullah SAWAW memuji Syiah Ali seperti:'Anda dan Syiah anda akan mendapat kemenangan.' Justeru itu Syiah adalah Hizbullah (Parti Allah), hizb para Nabi dan hizb para wasi AS. Wal Hamdulillah.

MALAPETAKA SYURA

Aku berulangkali mengatakan bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mengutuskan Muhammad dan telah mensyariatkan untuknya agama yang lurus, melalui lidah Jibra'il dan menurunkan ke atasnya al-Quran yang dijaga, tidak di datangi oleh kebatilan di hadapan mahupun di belakang.

Allah dan Rasul-Nya telah melantik (nassa) 'Ali AS sebagai wasinya semenjak hari pertama RAsulullah SAWAW mengiklankan dakwahnya. Allah SWT memerintahkannya supaya memberi peringatan kepada keluarganya yang terdekat dan melantik 'Ali AS sebagai wazir. Beliau sentiasa mengangkat Ali di dalam urusan khalifah mengikut kebijaksanaannya sehinggalah tiba hari yang dikehendaki Allah mewafatkan Rasul-Nya. Di kala itu 'Ali dan orang yang bersamanya sibuk dengan pengurusan jenazah Rasulullah SAWAW, orang-orang Ansar mula berhimpun di Saqifah. Mereka mencalonkan Sa'd bin Ubadah untuk menjadi khalifah.1 Di tengah-tengah mereka sibuk bertukar-tukar pendapat, tiba-tiba tiga orang daripada Muhajirin, Abu Bakar, Umar dan Abu 'Ubaidah memasuki perhimpunan secara mengejut. Lantas dialog berlaku di antara Muhajirin dan Ansar. Perdebatan dan pertengkaran berlaku dengan hebat sehingga hampir berlaku fitnah di antara mereka. Abu Bakar berdiri lalu memberikan ucapan politik dengan gaya bahasa yang menarik yang menyentuh emosi orang-orang Ansar, sehingga dapat mempengaruhi mereka.

Di dalam ucapan tersebut dia menyebutkan kelebihan-kelebihan Muhajirin, pemeluk Islam lebih awal, orang pertama yang menyembah Allah di bumi, beriman dengan Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah wali-walinya, dan keluarganya dan orang yang paling berhak jawatan khalifah selepas Nabi SAWAW. Dan orang-orang Arab terhutang budi kepada kabilah Quraisy. Tidak akan mempertikaikan mereka selain daripada orang yang zalim.

Kemudian dia memberi ucapan kepada orang Ansar tanpa menghina hak mereka, masuk Islamnya mereka dan jihad mereka. Tetapi mereka tidak berhak jawatan khalifah. Dan jikalaulah mereka berhak sesuatu maka ia adalah wazarah (pembantu), selain daripada mereka ialah al-Imarah (khalifah). Dia berkata:"Kamu sekalian wahai kaum Ansar! Tiada seorangpun yang dapat mengingkari kelebihan kalian di dalam agama dan penerimaan Islam kalian. Allah telah meredai kalian sebagai pembantu-pembantu (Ansar) kepada agama dan Rasul-Nya. Beliau telah menjadikan hijrahnya kepada kalian dan di kalangan kalian, isteri-isterinya dan sahabat-sahabatnya yang mulia. Justeru itu tidak ada selepas Muhajirin pertama di sisi kami akan menyamai kedudukan kalian. Maka kamilah umara' (pemerintah-pemerintah) dan kalian adalah wuzara’ (pembantu-pembantu).2

Ucapan Abu Bakar dapat memadamkan emosi mereka yang sedang memuncak menentang Muhajirin, dan dapat memuaskan jiwa mereka, pertolongan mereka dan hampirnya kelebihan mereka dengan Muhajirin.

Ucapannya tidak lebih dari menenangkan emosi mereka dari penentangan. Maka dia memberikan kepada mereka apa yang mereka minta dengan mengakui kelebihan mereka, jihad mereka dan setiap kelebihan yang mereka miliki.

Memang benar mereka mempunyai kelebihan yang tidak dapat dinafikan, tetapi mereka tetap bersalah dengan sangkaan mereka bahawa mereka mempunyai hak al-Imarah (hak menjadi khalifah).

Di sini kita dapati Abu Bakar ingin menukarkan sangkaan mereka dengan berhati-hati agar tidak melukai emosi mereka atau mengurangkan kedudukan mereka tanpa mengatakan secara terang-terang bahawa mereka bersalah, tetapi sebaliknya dia memberi ucapan yang halus "tidak ada selepas Muhajirin pertama di sisi kami akan menyamai kedudukan kalian." Oleh itu kamilah umara' dan kalianlah wuzara’.'

PERBINCANGAN MUHAJIRIN DAN ANSAR
Selepas Abu Bakar mengakhirnya ucapannya, Hubab bin Mundhir menentangnya dengan berkata:"Seorang Amir mestilah daripada kami dan seorang lagi daripada kalian." Di sini tibalah giliran Umar bin al-Khattab bahawa dia berkata:"Dua orang ketua tidak boleh berlaku dalam satu pemerintahan. Demi Allah 'Arab tidak akan meredai kalian menjadi ketua mereka sedangkan Nabi mereka bukan daripada kalian, tetapi mereka tidak akan menentang orang yang mengendalikan urusan mereka jika mereka daripada kelompok di mana "kenabian" datang daripada mereka. Dan kami mempunyai hujah ke atas Arab yang enggan menerimanya."
Hubab bangun dan berucap:"Wahai kaum Ansar, milikilah urusan kalian, dan janganlah kalian mendengar ucapannya dan sahabatnya, kerana mereka akan menghilangkan hak kalian. Sekiranya mereka enggan apa yang kalian minta, maka usirlah sahaja mereka dari negeri ini dan kalian mestilah memerintah mereka. Kerana kalian lebih berhak menguasai perkara ini kerana agama Islam berkembang dengan pedang-pedang kalian.3

KHALIFAH ABU BAKAR
Selepas selesai perlantikan khalifah di Saqifah scara paksaan (jabran)4 dan kebencian (karahah) orang-orang Ansar dan kebanyakan Muslimin terhadap Abu Bakar, orang-orang Ansar telah rugi dan berpecah sesama sendiri. Abu Bakar menjadi khalifah selama dua tahun dua bulan dan beberapa hari, sekalipun bai'ahnya adalah secara tergesa-gesa menurut kata-kata 'Umar sendiri. Dia berkata:"Bai'ah Abu Bakar adalah secara tergesa-gesa (faltah) tetapi Allah telah menjaga kejahatannya.5

Tetapi aku berpendapat:"Tidak! Allah tidak menjaga kejahatannya malah kejahatannya terus menyala, dan kemudaratannya berterusan selama-lamanya sepertilah saudara kembarnya Syura6 kerana ia berasal dari Saqifah.

PERANAN UMAR

Kemudian datang peranan Umar apabila Abu Bakar sakit dan kelihatan petanda-petanda kematian menguasai dirinya, dia berkata kepada penulis ('Uthman bin 'Affan):"Tulislah, ini adalah perjanjian 'Abdullah bin Abi Qahafah (Abu Bakar) perjanjian yang terakhir di dunia ini dan janjinya yang pertama di akhirat pada ketika orang fajir (jahat) menjadi baik dan orang kafir menjadi Islam."

Kemudian dia jatuh pengsan. Lalu penulis tadi menulis 'Umar bin al-Khattab. Kemudian dia sembuh dan berkata:"Bacalah apa yang anda telah tuliskan."Maka dia membaca dan menyebutkan nama Umar. Dia berkata:"Kenapa anda menulis begini? Aku tidak menyuruh anda menulis (namanya)". Kemudian dia berkata: "Tak mengapalah. Apa yang anda lakukan adalah betul." Kemudian dia berkata: "Sempurnakan tulisan anda itu". Dia (penulis) menjawab: "Aku tidak mahu menulis lagi". Dia berkata:"Tulislah...."Manakala selesai menulis, sekumpulan sahabatnya masuk. Talhah berkata kepadanya: "Apakah anda akan berkata kepada Tuhan anda besok kerana anda telah melantik ke atas kami seorang yang sangat kasar, mencemaskan jiwa dan meliarkan hati?"7

UMAR DAN KHALIFAH

Kemudian Umar menjadi khalifah selama lebih sepuluh tahun. Di dalam pemerintahannya, dia banyak melakukan pembaharuan dan ijtihad yang menyalahi nas. Lantaran itu tidak hairanlah jika pakar-pakar sejarah telah mencatat apa yang telah berlaku semasa pemerintahannya dengan terperinci.8

Walau bagaimanapun tujuan utamaku di sini ialah untuk menerangkan penyerahan urusan khalifah kepada enam orang. Salah seorang daripada mereka ialah 'Ali bin Abu Talib AS.

Apa yang harus kita perhatikan ialah adakah Umar betul di dalam masalah ini ataupun tidak. Manakala Abu Lu'Lu' menikamnya di masjid, mereka membawanya ke rumahnya. Orang ramai berkumpul di rumahnya lalu dia bermesyuarat dengan para hadirin tentang siapakah yang mereka akan lantik bagi mengendalikan urusan selepasnya.

Mereka bermesyuarat dengan anaknya 'Abdullah dengan izin 'Umar. Dia berkata:"Sesungguhnya Rasulullah SAWAW wafat dalam keadaan reda kepada enam orang Quraisy; 'Ali, 'Uthman, Talhah, Zubair, Abdul Rahman dan Sa‘ad. Sesungguhnya aku fikir untuk mengadakan syura di kalangan mereka supaya mereka memilih untuk mereka sendiri". Kemudian dia berkata:"Sekiranya aku melantik (seseorang) maka sesungguhnya telah dilantik orang yang lebih baik daripadaku iaitu Abu Bakar9. Dan sekiranya aku meninggalkannya (perlantikan) maka sesungguhnya orang yang lebih baik daripadaku telah meninggalkannya10 iaitu Nabi SAWAW."

Kemudian dia berkata:"Jemputlah mereka." Lalu mereka dijemput. Merekapun masuk berjumpa dengan 'Umar yang sedang terbaring di atas hamparannya, bermegah dengan dirinya. Dia melihat kepada mereka dan dia berkata:"Adakah kalian semua tamak kepada khalifah selepasku?" Mereka semua diam kerana protes. Dia berkata kepada mereka kali kedua. Lalu Zubair menjawab:"Apakah yang menghalang kami dari menjadi khalifah? Sesungguhnya anda telah melakukannya. Dan kami tidak kurang dari anda dari segi suku Quraisy serta di kalangan pemeluk-pemeluk Islam yang terawal."

'Umar berkata:"Demi Allah, tidak ada halangan bagiku untuk melantik anda menjadi khalifah wahai Sa‘ad, hanya anda adalah seorang yang kasar (ghalazah) kerana anda adalah ahli peperangan. Abdul Rahman, hanya anda adalah Fir'aun ummat ini (fir'aun hadhihi al-Ummah), al-Zubair hanya anda adalah seorang mukmin pada waktu reda dan kafir pada waktu marah (kufr 'inda al-Ghadab), Talhah, hanya seorang yang angkuh dan Rasulullah memarahi anda kerana kata-kata anda ketika turun ayat Hijab (Surah al-Ahzab (33): 53) (kata-kata Talhah: Muhammad tidak boleh membuat apa-apa sekalipun mengenakan hijab ke atas isteri-isterinya. apabila beliau wafat, kami akan mengahwini isteri-isterinya) dan anda jika dilantik, akan menyarungkan cincin mohornya ke jari isteri anda, begitu juga Uthman, anda adalah seorang yang asabiyyah cinta kepada kaum dan keluarga anda. Justeru itu sekumpulan serigala Arab akan menyembelihkan anda dan jika ia berlaku, ingatlah kata-kataku ini. Dan anda wahai 'Ali, sekiranya anda bukan seorang yang suka 'berkelakar'11 nescaya aku melantik anda, dan anda akan membawa kaum muslimin kepada kebenaran yang jelas dan hujah yang bersih.12

Kemudian Umar berkata: "Jemputlah untukku Abu Talhah al-Ansari", maka merekapun menjemputnya. Dia berkata kepadanya:"Perhatikanlah wahai Abu Talhah apabila anda kembali dari pengkebumianku anda kumpulkan lima puluh orang lelaki Ansar lengkap dengan senjata. Kemudian ambillah mereka untuk melakukan perlantikan dan kumpulkan mereka di dalam satu rumah. Anda dan sahabat-sahabat anda berdiri di pintu rumah supaya mereka bermesyuarat dan memilih. Sekiranya lima bersepakat dan satu menentang maka potong tengkuknya. Dan sekiranya empat orang bersepakat dua menentang, maka potonglah tengkuk mereka berdua. Dan sekiranya tiga bersepakat, dan tiga menentang maka perhatikanlah kepada tiga yang ada 'Abdul Rahman. Dan rujuklah kepada apa yang disepakati oleh tiga orang tersebut. Dan sekiranya tiga lagi terus menentang, maka potonglah tengkuk mereka. Dan sekiranya berlalu tiga hari dan mereka masih tidak bersepakat (di atas perlantikan khalifah) maka potonglah tengkuk keenam-enam tersebut. Dan biarlah kaum muslimin memilih (khalifah) untuk mereka.13

Aku berkata:"Kami memohon pertolongan dengan Allah daripada hukum yang zalim ini yang keluar daripada khalifah yang "adil", dia meredai mereka lantas dia menjemput mereka dan berkata: Jemputlah mereka untukku. Maka mereka dijemput. Manakala mereka semua hadir, dia menyebutkan setiap orang daripada mereka dengan keaiban-keaiban yang tidak melayakkan mereka menjadi khalifah. Maka syahadah (penyaksian) merekapun mestilah ditolak apatah lagi untuk menjadi khalifah. Meskipun mereka mempunyai keaiban-keaiban tersebut mereka dimasukkan oleh Umar di dalam Syura."

Sekiranya mereka tidak bersepakat dalam masa tiga hari, nescaya Abu Talhah al-Ansari akan memotong tengkuk-tengkuk mereka. Sedangkan mereka, menurut sangkaan mereka, di kalangan sepuluh orang yang diberikan khabar gembira dengan syurga. Ya Allah manakah justifikasi bagi Umar mengharuskan darah enam orang dari sahabat-sahabat yang besar sedangkan di sana terdapat nas-nas yang terang di tempat yang bermacam-macam tentang khalifah 'Ali Amirul Mukminin AS? Kenapakah dia tidak mengembalikan terus jawatan khalifah kepada 'Ali AS dan dengan ini dia dapat menyelamatkan kaum Muslimin daripada masalah ini?

Perhatikanlah kepada hukumnya dengan penuh keinsafan. Adakah hukum ini keluar daripada lelaki yang takutkan Allah dan Rasul-Nya? Tentu sekali tidak! Sayang sekali, tidakkah lebih baik jika dia meninggalkan ummat ini memilih sendiri tanpa mengadakan syuranya, jika difardukan mereka tidak bersepakat?

Dan perhatikan kata-katanya: Sekiranya tiga bertentangan dengan tiga, maka rujuklah perlantikan di pihak Abdul Rahman bin 'Auf. Kata-kata ini jelas menunjukkan permusuhannya yang terang terhadap 'Ali AS? Kenapa dia tidak merujuk kepada 'Ali secara langsung? Tetapi perkara ini telah diatur dengan rapi selepas kembalinya mereka di hari al-Ghadir (perisytiharan perlantikan 'Ali AS). Kerana mereka membuat perjanjian untuk mengeluarkan 'Ali dari khalifah. Dan sekiranya anda ingin mengkaji dengan lebih mendalam tentang hakikat ini, sila rujuk kepada buku Ihqaq al-Haq dan al-Sawarim al-Muhriqah karangan Imam Qadi Nurullah al-Tastari, Tasyyid al-Mata'in, Aqabat al-Anwar, Ghayah al-Maram, al-Ghadir, karangan Imam Syarifuddin al-Musawi dan lain-lain.

KEMUDIAN DATANG PERANAN 'UTHMAN

Aku telah mengemukakan kepada anda sebentar tadi bahawa 'Umar telah menjadikan urusan khalifah pada enam orang dan menyampaikannya kepada 'Uthman secara halus. Dia berkata kepada 'Uthman bahawa dia akan membawa Bani Umayyah dan Bani Mu'it menguasai orang ramai, dan akan datang satu kumpulan dari serigala Arab menyembelihnya. Dia berkata lagi:"Sekiranya ia berlaku.14 Maka ingatlah kata-kataku ini, dan memang benar firasat 'Umar terhadap 'Uthman."

Pada hari dia mengambil alih jawatan khalifah, Bani Umayyah berkumpul di rumah 'Uthman, Abu Sufyan juga ikut sama. Dia berkata: "Adakah pengintip ke atas kita?" Mereka menjawab:"Tidak". Dia berkata: "Jagalah jawatan khalifah sebagaimana kalian menjaga kanak-kanak yang buas. Demi Allah! Tidak ada syurga dan tidak ada neraka." Kemudian dia pergi ke kubur Hamzah dan menendangnya dengan kakinya seraya berkata:"Wahai Abu 'Ammarah (Hamzah)! Sesungguhnya perkara yang kita telah bertengkar kerananya dahulu telah jatuh ke tangan kami.15 Ini adalah ucapan yang pertama yang diluahkan oleh ketua al-Ahzab, Abu Sufyan.

Sekarang kita perhatikan pula bid'ah-bid'ah16 yang dilakukan oleh khalifah ketiga 'Uthman. Dia mengembalikan Marwan bin Hakam yang telah diusir oleh Rasulullah SAWAW. Pada masa pemerintahan Abu Bakar dan 'Umar, 'Uthman telah cuba untuk membawa dia pulang ke Madinah tetapi kedua-duanya membantah. Tetapi apabila dia menjadi khalifah, dia mengembalikannya dengan mengatakan bahawa aku memaafinya kerana dia adalah darah dagingku.

Dia mulai memecat orang-orang yang telah dilantik oleh 'Umar dan menggantikan mereka dengan Bani Umayyah. Kemudian berlakulah perkara-perkara lain yang menyebabkan pembunuhannya.
Dia membelanjakan harta Baitul Mal kepada Bani Umayyah. Dia memberi kepada Abdullah bin Khalid 4,000 dirham, Abu Sufyan 1,000 dirham dari harta Baitul Mal. Hari pembebasan Marwan 100,000 dirham kemudian mengahwinkan anak perempuannya dengan Marwan dan menjadikannya wazir. Zaid bin Arqam penjaga Baitul Mal membawa anak-anak kunci Baitul Mal di hadapan 'Uthman sambil menangis.'Uthman berkata kepadanya:"Adakah anda menangis kerana aku menyambungkan silatur rahmiku?" Dia menjawab:"Tidak. Tetapi aku menangis kerana aku menyangka anda mengambil harta Baitul Mal sebagai ganti dari apa yang anda belanjakan fisabillah pada masa Rasulullah SAWAW. Jika anda memberi 100 dirham pun sudah banyak."

'Uthman menjadi marah dan berkata:"Campakkan anak-anak kunci itu. Wahai Ibn al-Arqam kerana kami akan dapatkan orang lain daripada anda." Dia telah membahagi-bahagikan harta yang banyak yang dibawa oleh Abu Musa dari Iraq di kalangan Bani Umayyah. Dia telah memberi 100,000 dirham kepada Harith bin Hakam kemudian mengahwinkan anak perempuannya dengan Harith. Dia telah memukul sehingga patah tulang rusuk 'Abdullah bin Mas'ud kerana tidak mahu menyerahkan mushafnya kepadanya ('Uthman). Dia juga mengusir Abu Dhar ke Rabzah kerana mengkritik kesalahan-kesalahannya yang menyalahi al-Quran dan Sunnah Nabi SAWAW.17 Dan banyak lagi perkara-perkara bid'ah yang telah dilakukan oleh 'Uthman. Semuanya tercatat di dalam buku-buku sejarah yang ditulis oleh ulama-ulama besar Ahlu Sunnah.

Aku berkata:"Adakah begini gerangan khalifah Muslimin, Khalifah 'Uthman dan orang yang mengikuti jejak langkahnya akibat peristiwa Saqifah sebagai natijah mereka tidak mahu menerima ayat-ayat al-Quran dan menyalahi suruhan-suruhan Rasulullah SAWAW. Jikalaulah mereka mendengar dan mentaati Allah dan Rasul-Nya, nescaya mereka tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak layak dengan syariat Nabi SAWAW. Sedangkan Nabi SAWAW telah menerangkan segala sesuatu sama ada yang mendekatkan mereka ke syurga ataupun yang menjauhkan mereka dari neraka. Tetapi jiwa yang kotor tidak akan menerima kebenaran."

PEMBERONTAKAN RAKYAT TERHADAP KHALIFAH
Rakyat telah memberontak terhadap khalifah 'Uthman kerana mereka melihat 'Uthman telah melampaui hukum-hukum Allah. Mereka mengepung rumahnya dan menuntut supaya dia meletakkan jawatan atau menyerahkan Marwan.

Pemberontakan ini berlaku kerana gabenornya 'Abdullah bin Abu Sarah telah menindas rakyatnya di Mesir. 'Ali menjadi orang tengah untuk menyelesaikan perkara ini. 'Uthman bersetuju memecat gabenornya dan menggantikannya dengan Muhammad bin Abu Bakar. Dia mengutus surat kepada gabenornya 'Abdullah bin Sarah:"Apabila sampai sahaja suratku, maka letaklah jawatan anda." Muhammad bin Abu Bakar dan rombongannya berjalan menuju ke Mesir selepas tiga hari perjalanan, tiba-tiba mereka ternampak seorang penunggang unta sedang menuju ke satu jalan dari jarah jauh. Lalu mereka melintasinya dan mendapati lelaki itu adalah hamba 'Uthman dan untanya. Mereka bertanya:"Kemana arah anda?" Dia menjawab:"Mesir." Lalu mereka memaksanya dan mendapati surat padanya yang mengatakan:"Apabila Muhammad bin Abu Bakar datang kepada anda, maka bunuhlah dia."

Oleh itu mereka terus pulang ke Madinah dan membentangkan surat itu kepada orang yang sedang mengepung rumah 'Uthman. Manakala 'Ali mengambil surat itu dan membacanya, beliau menjadi marah dan terus berjumpa 'Uthman. Beliau bertanya:"Apakah ini arahan 'Uthman?" Dia mengingkarinya dan bersumpah bahawa dia tidak tahu menahu tentang surat itu. Mereka berkata:"Tulisan adalah tulisan anda, cop adalah cop anda dan unta adalah unta anda".18 Dia tetap mengingkari perkara itu. Mereka berkata:"Letakkanlah jawatan anda." Dia enggan dan menolak untuk menyerahkan Marwan. Di sinilah serigala Arab memberontak sebagaimana telah diramalkan oleh 'Umar.

Walaupun keadaan masih genting, 'Uthman datang ke masjid dan memberitahu kepada orang ramai untuk memberi penyaksian tentang penukaran gabenor-gabenornya. Justeru itu semua orang berazam untuk pulang ke rumahnya, tiba-tiba Marwan sedang menunggunya dan berkata:"Apakah mesyuarat tadi?" Dia menceritakannya kepadanya. Lalu Marwan berkata kepadanya:"Mati lebih baik dari kehinaan. Anda adalah khalifah dan kami adalah kaum anda. Hantarlah surat kepada sepupu anda Muawiyah dan mintalah pertolongannya." Maka khalifah membatalkan taubatnya, lalu mengambil pendapat Marwan, menantunya dan wazirnya. Pada masa itu isteri 'Uthman, Na'ilah, mendengar apa yang diperkatakan oleh 'Uthman dan sikap yang akan diambil olehnya untuk membatalkan janjinya kepada rakyatnya. Dia (Na'ilah) berjumpa Marwan dan berkata:"Tanpa syak lagi sesungguhnya andalah pembunuhnya ('Uthman) dan membuatkan anak-anaknya yatim." Marwan menjawab:"Diam sahajalah, sesungguhnya bapa anda tidak pandai mengambil wuduk". Dia menjawab kepada Marwan dengan jawapan yang tidak menyenangkannya, kemudian berpaling kepada suaminya sambil berkata:"Sekiranya anda masih lagi mengambil Marwan, maka ketahuilah anda bahawa sesungguhnya anda tidak mustahil akan dibunuh."

Pemberontak-pemberontak di kalangan sahabat-sahabat dan tabi'in menunggunya begitu lama, maka mereka mendapati Uthman tidak menunaikan janji-janjinya. Malah dia mengutus surat kepada Muawiyah supaya menolongnya menentang pemberontak-pemberontak. Justeru itu Muawiyah menghantar bala tenteranya dan memerintahkan pemimpinnya supaya jangan memasuki Madinah dan berkata:"Jangan sekali-kali menyalahi apa yang aku perintahkan kepada anda".19

Aku berkata:"Inilah tindak tanduk seorang khalifah, dan beginilah kelakuan seorang wazir. Begitu juga sikap "kerjasama" keturunan Umayyah sesama mereka sendiri."

Tujuan perintah Muawiyah kepada pemimpin tenteranya ialah untuk memberitahu kepada pemberontak-pemberontak tentang kedatangan bala tenteranya adalah untuk menolong Khalifah 'Uthman. Justeru itu mereka akan mempercepatkan pembunuhannya. Pemberontak-pemberontak berkumpul dan mengepung rumahnya dengan memutuskan bekalan air. Dia mengutus Abul Hasan ('Ali) supaya masuk campur di dalam soal air. Maka beliau menguruskan pengangkutan air kepada khalifah, tetapi beliau tidak datang sendiri kerana khalifah 'Uthman tidak mahu mendengar nasihatnya.

Ahli-ahli sejarah telah mencatat bahawa Amirul Mukminin AS telah menghantar Hasan, Husain, dan Qanbar supaya tidak membenarkan seorangpun memasuki rumah 'Uthman. Manakala keadaan demikian berlarutan, pemberontak-pemberontak mendapat tahu bahawa bantuan ketenteraan dari pihak Muawiyah telah datang, mereka memanjat dinding dan memasuki rumah 'Uthman lalu membunuhnya. Isterinya merebahkan diri di atasnya, lantas dipotong anak-anak jarinya, maka khalifahpun dibunuh. Dan tentera Muawiyah tanpa memasuki Madinah kembali menurut perintah.20

FITNAH PEMBUNUHANNYA

Pemberontakan Muawiyah tercetus. Dia mulai menghasut penduduk-penduduk Syam supaya memberontak dan meminta 'Ali supaya menyerahkan pembunuh-pembunuh Khalifah 'Uthman. Muawiyah membawa baju 'Uthman dan isterinya, lalu mereka mengangkatkan baju yang berlumuran darah di masjid supaya dilihat oleh orang yang datang ke masjid.

Adapun jenazah Khalifah 'Uthman tinggal tiga hari tanpa dikafan sehingga anjing memakan pahanya. Dan mereka menanamnya di waktu malam di kubur orang Yahudi bernama Hasy Kawkab.21

PENENTANGAN 'AISYAH TERHADAP 'UTHMAN
Aku telah menyebutkan bahawa 'Aisyah telah menggalakkan orang ramai supaya membunuh 'Uthman. Dia berkata:"Bunuhlah na'thalan ('Uthman) kerana dia telah kafir (kafara)." Dia berkata lagi:"Sekiranya aku mampu nescaya aku akan campakkan Marwan dan 'Uthman ke laut".22 Tetapi apabila 'Uthman dibunuh, 'Aisyah berpura-pura membela 'Uthman bagi menentang 'Ali AS.


KHALIFAH YANG HAK ADALAH IMAM AMIRUL MUKMININ 'ALI AS

Manakala 'Uthman dibunuh maka selesailah peranannya. Dan dikembalikan khalifah kepada Imam Amirul Mukminin 'Ali bin Abi Talib AS, saudara Rasulullah dan menantunya, pewaris ilmunya dan bapa kepada zuriatnya, pelaksana agamanya, dan khalifah selepasnya yang telah dinaskan oleh Allah dan Rasul-Nya ke atasnya beberapa kali di tempat yang banyak. Maka orang ramai membai'ahnya. Dan Talhah adalah orang yang pertama membai'ahnya kemudian dikuti oleh Zubair kemudian orang ramai.23

Imam 'Ali AS mengisytiharkan supaya setiap orang tidak dipaksa bai'ah kepadanya. Ini adalah tepat kerana beliau adalah imam sekalipun tidak dibai'ah oleh seorangpun. Kerana wasi adalah seperti Rasul menjalankan tugasnya kecuali kenabian. Justeru itu beliau adalah dinaskan oleh Allah dan Rasul-Nya ke atasnya dan maksum. Lantaran itu khalifah tidak terbentuk melalui persetujuan Ahlul Hill wal 'Aqd kerana mereka tidak tahu siapakah yang layak untuk menjadi khalifah dan mereka tidak mempunyai pertimbangan yang tepat meskipun melalui syura atau pemilihan.

Jika kita perhatikan zaman kita sekarang, banyak perkara-perkara yang berlalu menunjukkan manusia adalah manusia dan zaman adalah zaman juga, sama ada zaman dahulu atau zaman sekarang. Kerana kita dapati ramai daripada sahabat-sahabat yang anda mengenali mereka telah melakukan sesuatu yang sebaik sahaja kewafatan Rasulullah SAWAW. Mereka telah meninggalkan jenazah Nabi SAWAW terbujur di atas hamparannya, kerana merebut jawatan khalifah seolah-olah ia barang yang dapat dimiliki oleh sesiapa yang cepat, dialah yang dapat sedangkan mereka mengetahui, meriwayat dan mendengar nas-nas perlantikan 'Ali Amirull Mukminin AS.

Ini adalah dalil tidak sahnya dakwaan Ahlul Sunnah yang mengatakan semua sahabat adalah adil. Kami berpendapat sahabat ada yang adil dan ada yang tidak adil.

Ringkasnya apabila 'Ali AS telah dilantik menjadi khalifah, maka beliau ingin melaksanakan keadilan di kalangan rakyatnya. Beliau jadikan yang lemah menyamai yang kuat di dalam keadilan. Melaksanakan hudud yang telah diturunkan Allah di dalam kitab-Nya. Tetapi sayangnya Bani Umayyah dan Marwaniyyah telah menyalakan api Perang Jamal, kemudian Perang Siffin dan Perang Khawarij demikianlah seterusnya. Amirul Mukminin bekerja keras untuk melaksanakan hukum-hukum al-Qur'an di dalam masyarakat, menegakkan kebenaran, menentang kebatilan dan menghidupkan hukum-hukum yang telah dimatikan oleh orang-orang sebelumnya. Tetapi beliau tidak berdaya melaksanakan semua yang beliau kehendaki sehinggalah beliau dibunuh oleh orang yang paling celaka.24

NOTA KAKI:

1. Kebanyakan orang-orang Ansar telah mengetahui bahawa satu perencanaan untuk memisahkan 'Ali dari jawatan khalifah yang dinaskan oleh Rasulullah SAWAW pasti akan berlaku selepas kewafatan Rasulullah SAWAW. Lantaran itu jika 'Ali disisihkan dari jawatan khalifah, maka adalah lebih baik seseorang daripada mereka dilantik untuk menjadi khalifah. Di dalam ertikata yang lain jika 'Ali tidak menjadi khalifah, maka di kalangan merekalah yang lebih berhak untuk memegang jawatan tersebut.
2. al-Tabari, Tarikh, III, hlm. 208.
3. Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 9.
4. Lihat Lampiran C.
5. Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 6; Ibn Hajar, al-Sawa'iq al-Muhriqah, hlm. 7.
6. Syura yang direncanakan oleh 'Umar untuk melantik penggantinya.
7. Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 18-19.
8. Lihat Lampiran C.
9. Abu Bakar melantik Umar tanpa syura.
10. 'Umar terang-terang menafikan hadith al-Ghadir walaupun dia sendiri mengakuinya semasa hidup Nabi SAWAW.
11. 'Ali AS telah menafikannya di dalam Nahj al-Balaghah.
12. Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 24; al-Tabari, Tarikh, V, hlm. 2778.
13. Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 24.
14. Lihat umpamanya Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, i, hlm. 25.
15. al-Tabarsi, al-Ihtijaj, I, hlm. 275.
16. Lihat Lampiran C.
17. Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 28.
18. Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 27.
19. al-Tabari, Tarikh, IV, hlm. 2985.
20. Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 43-44.
21. Ibid, hlm. 45.
22. Ibid, hlm. 152.
23. Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 48-49.
24. Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 160-161.














BAB VIII

DIALOG DENGAN ULAMA BESAR

Selepas perisytiharanku menjadi Syiah, seorang daripada ulama besar mazhab Syafi'i dari Halab datang menemuiku, dan bertanya kepadaku dengan lembut:"Kenapa anda berpegang kepada mazhab Syiah dan meninggalkan mazhab anda? Apakah sebab yang mendorong anda berpegang kepadanya? Dan apakah dalil anda bahawa 'Ali lebih berhak menjadi khalifah daripada Abu Bakar?" Aku berdialog dengannya berkali-kali dan akhirnya dia berpuashati.1

Di antara dialognya dia bertanya kepadaku tentang siapakah yang lebih berhak menjadi khalifah. Adakah Abu Bakar lebih berhak dari 'Ali atau 'Ali lebih berhak? Maka aku menjawab:"Ini adalah perkara yang jelas sekali bahawa orang yang lebih berhak menjadi khalifah ialah Amirul Mukminin 'Ali AS sebalik sahaja wafatnya Rasulullah SAWAW, kemudian selepas beliau ialah Hasan Mujtaba' AS, kemudian Syahid Karbala' AS, kemudian Ali bin Husain Zain al-Abidin AS, kemudian Muhammad bin Ali al-Baqir AS, kemudian Jaafar bin Muhammad al-Sadiq AS, kemudian Musa bin Jaafar Kazim AS, kemudian Ali bin Musa al-Redha AS, kemudian Muhammad bin Ali Jawad AS, kemudian Ali bin Muhammad al-Hadi AS, kemudian Hasan 'Askari AS, kemudian al-Hujjah bin Hasan (Imam al-Mahdi al-Muntazar AS). Dalil Syiah di dalam perkara ini ialah al-Quran dan Sunnah yang sabit daripada Rasulullah dari dua sumber; Sunnah dan Syiah. Sumber-sumber Syiah penuh dengan hujah-hujah dan bukti-bukti yang kuat. Syiah memperkuatkan dakwaan mereka dengan sumber-sumber rujukan kalian. Tetapi kalian enggan membuat rujukan kepada sumber-sumber Syiah dan mengkajinya. Dan inilah sebahagian daripada fanatik buta.

Adapun dalil daripada al-Quran ialah firman-Nya yang bermaksud:

"Sesungguhnya wali kamu ialah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan memberi zakat dalam keadaan rukuk." (Surah al-Mai'dah (5): 55).

Sesungguhnya ayat ini telah diturunkan kepada 'Ali tanpa syak lagi dengan ijmak Syiah dan kebanyakan ulama Sunnah di dalam kitab-kitab Tafsir seperti al-Tabari, al-Razi, Ibn Kathir dan lain-lain. Mereka berkata bahawa ayat ini diturunkan kepada 'Ali bin Abu Talib AS.

Di antara apa yang tidak dapat disembunyikan lagi kepada orang yang waras fikirannya bahawa apabila Allah SWT mengutuskan rasul-Rasul-Nya kepada ummat manusia, Dia tidak akan menghentikan urusan mereka semata-mata kerana inginkan keredhaan manusia. Begitu juga wasiat adalah daripada Allah SWT dan bukan melalui Syura, dan bukan melalui Ahl al-Hilli wal-Aqdi dan bukan pula melalui pilihanraya. Kerana wasiat adalah satu rukun daripada rukun-rukun agama. Allah SWT tidak akan meninggalkan satu rukun daripada rukun-rukun agama kepada ummat, kerana ia akan dikuasai oleh hawa nafsu mereka kerana setiap orang akan cenderung kepada puaknya.

Justeru itu orang yang menjalankan urusan Allah al-Qaim bi amrillah selepas kewafatan Nabi SAWAW ialah orang yang dinaskan ke atasnya. Beliau tidak kurang dan tidak lebih daripada para rasul, maksum daripada kesalahan.2 Oleh itu ayat al-Wilayah adalah nas yang terang tentang wilayah 'Ali AS.

Syiah dan kebanyakan ahli Tafsir Sunnah telah bersepakat bahawa orang yang telah memberi zakat dalam keadaan rukuk ialah 'Ali tanpa khilaf. Justeru itu khilafahnya adalah sabit selepas Rasulullah SAWAW dengan ayat ini.

Dia membentangkan kepadaku satu hujah untuk menyokong khalifah Abu Bakar. Dia berkata:"Abu Bakar lebih berhak menjadi khalifah kerana dia telah membelanjakan harta yang banyak yang dikemukakan kepada Rasulullah SAWAW. Dan dia telah mengahwinkan anak perempuannya dengan Rasulullah SAWAW. Dia telah menjadi imam salat jama'ah di masa Nabi SAWAW sedang gering." Aku menjawab:"Adapun perbelanjaan harta-hartanya adalah satu dakwaan yang memerlukan dalil bagi membuktikan kebenarannya.

Dan kami tidak memperakui perbelanjaan tersebut. Di manakah dia mendapatkan wang yang begitu banyak? Siapakah yang menyuruhnya untuk melakukan perbelanjaan tersebut? Adakah perbelanjaan tadi di Makkah atau di Madinah?

Sekiranya anda menjawab di Makkah, maka Nabi SAWAW tidak memperlengkapkan angkatan tentera, tidak membina Masjid lebih-lebih lagi orang yang memeluk Islam pula berhijrah ke Habsyah. Nabi SAWAW dan semua Bani Hasyim tidak menerima Sedekah. Apatah lagi Nabi SAWAW adalah seorang yang kaya dengan harta Khadijah sebagaimana mereka dakwakan.

Sekiranya anda berkata 'perbelanjaan' itu di Madinah. Maka Abu Bakar berhijrah tidak memiliki harta selain daripada enam ratus dirham dan sebahagiannya dia tinggalkan untuk keluarganya dan membawa bakinya bersamanya. Dia pula tinggal bersama orang Ansar. Malah setiap 'orang' menjadi beban kepada orang Ansar. Selain daripada itu Abu Bakar bukanlah seorang peniaga yang besar. Dia hanya menjual barang-barang yang dipikulnya di hari-hari perhimpunan. Kadang-kadang menjadi pengajar kepada kanak-kanak dan kadang-kadang menjadi tukang kayu membaiki pintu dan seumpamanya.

Adapun mengahwinkan anak perempuannya dengan Rasulullah SAWAW, (ini) tidaklah menyebabkan dia berhak menjadi khalifah. Mengenai menjadi imam salat jama'ah, jika ia betul tidaklah juga menyebabkan dia menjadi khalifah. Kerana salat jama'ah bukan khilafah (jawatan khalifah). Kerana-sahabat-sahabat yang lain telah menjadi imam di masa musafir dan hadar (tidak musafir). Jikalaulah ini boleh menyokong hujah anda nescaya semua sahabat yang telah menjadi imam salat berhak menjadi khalifah, dan mereka menuntutnya di Saqifah untuk mereka. Tetapi hujah tersebut tidak berlaku, malah ia berlaku di dalam pemerintahan Muawiyah yang kejam terutamanya manakala Hadis dipalsukan dengan banyak. Kemudian Hadis salat jama'ah datangnya daripada anak perempuannya 'Aisyah RH sahaja.

Dan janganlah kita lupa bahawa Nabi SAWAW apabila mendengar takbir salat, beliau bertanya:"Siapakah yang sedang mengimamkan salat itu?" Mereka menjawab:"Abu Bakar." Beliau berkata:"Bawalah aku." Lalu beliau dipapah oleh 'Ali dan Fadal sehingga beliau memasuki masjid. Lalu beliau memecat Abu Bakar dan beliau sendiri mengimamkan salat. Dan beliau tidak meninggalkan Abu Bakar meneruskan salatnya. Oleh itu jikalaulah salat Abu Bakar dengan izin Nabi SAWAW atau dengan keredaan beliau, maka kenapa beliau keluar sedangkan beliau sedang gering lalu mengimamkan salat.

Adalah menghairankan sekali saudara-saudara kami Ahlu Sunnah berhujah dengan perkara-perkara yang tidak boleh menjadi dalil dan mereka lupa dalil-dalil banyak yang menyokong 'Ali AS. Seperti Hadis hari indhar di mana Rasulullah SAWAW mengumpulkan kaum keluarganya yang terdekat dengan perintah Tuhan 'dan berilah peringatan kepada keluargamu yang terdekat'. Bilangan mereka lebih kurang empat puluh orang. Beliau menyediakan makanan untuk mereka di mana makanan itu hanya mencukupi seorang sahaja daripada mereka, tetapi hadirin memakannya sehingga mereka kenyang. Selepas mereka selesai makan, Nabi SAWAW bersabda:"Wahai Bani Hashim! Siapakah di antara kalian yang akan membantuku di dalam urusanku ini?" Tidak seorangpun menjawab. Maka 'Ali AS menjawab:"Aku wahai Rasulullah akan membantu anda." Beliau bersabda sebanyak tiga kali. Dan setiap kali 'Ali menjawab:"Akulah wahai Rasulullah." Lalu beliau memeluknya sambil berkata:'Andalah wasiku, khalifahku selepasku. Maka kalian dengarlah kepadanya dan patuhilah.'

Hadis al-Ghadir yang masyhur, Hadis Thaqalain, Hadis Manzilah, Hadis al-Safinah, Hadis bab Hittah, Hadis Madinah al-'Ilm, Hadis al-Mu'akhat (persaudaraan), Hadis Tabligh (Surah al-Bara'ah), Hadis penutupan semua pintu selain daripada pintu 'Ali, Hadis mencabut pintu Khaibar, Hadis pembunuhan 'Amru bin 'Abd Wuddin, Hadis perkahwinannya dengan Fatimah al-Zahra' AS dan lain-lain.

Adakah semua riwayat-riwayat yang disepakati oleh Sunnah dan Syiah masih lagi tidak mensabitkan 'Ali sebagai khalifah? Dan riwayat-riwayat yang tidak disepakati dan dipalsukan itu yang mensabitkan jawatan khalifah kepada Abu Bakar? Inilah perkara yang aneh dan menghairankan.

Kemudian dia berkata kepadaku:"Anda tida mengiktiraf Khalifah Abu Bakar?"

Aku menjawab:"Bukan begitu, ia tidak dipertikaikan lagi. Tetapi apa yang masih dipertikaikan ialah tentang siapakah yang lebih berhak dan lebih aula. Adakah Abu Bakar lebih berhak atau Amirul Mukminin? Maka di sinilah berlakulah perselisihan. Kami melihatnya sebagai satu bala dan perpecahan ummat bermula di Saqifah kepada dua golongan malah kepada empat golongan. Orang-orang Ansar terbahagi kepada dua golongan. Satu golongan menghendaki 'Ali (iaitu selepas hancurnya Basrah) dan yang kedua menyokong Abu Bakar. Demikian halnya orang Muhajirin. Sebahagian daripada mereka menyokong Abu Bakar dan sebahagian lain menyokong 'Ali kemudian sampai kepada 73 golongan, dan setiap golongan menyokong golongannya sahaja.

Lantaran itu ummat Islamiyyah sentiasa di dalam perselisihan dan pertengkaran yang kuat. Sebahagian mengkafirkan sebahagian yang lain. Ummat sentiasa bermandi di lautan darah semenjak hari itu sehingga hari ini dan berterusan sehingga datangnya hari kemenangan dan inilah yang kami usahakan. Syiah menghukumkan sesuatu berdasarkan dalil-dalil al-Quran, Sunnah dan Sejarah. Mereka berhujah dengan buku-buku Ahlu Sunnah di samping buku-buku mereka tentang Khalifah 'Ali dan anak-anak cucunya sebelas imam yang dipegangi oleh Syiah.

Demikianlah aku telah membentangkan beberapa dalil yang lain kepada syaikh itu. Maka dia mendengarnya dan berpuas hati. Kemudian dia keluar daripada rumahku di dalam keadaan syak kepada mazhabnya dan dia ucapkan terima kasih kepadaku di atas dalil-dalil yang aku telah kemukakan kepadanya. Dia meminta daripadaku beberapa buah buku Syiah, maka aku memberikan kepadanya buku-buku karangan Sayyid Abdul Husain Syarafuddin.

Aku fikir tidak keterlaluan jika aku meminta saudara-saudaraku Ahlu Sunnah supaya mengkaji buku-buku karangan Syiah seperti buku al-Ghadir oleh al-'Allamah al-Amini, Ihqaq al-Haq, dan al-Sawarim al-Muhriqah oleh al-Syahid al-Sa'id al-Imam Qadi Nurullah RH, 'Aqabat al-Anwar oleh Imam Sayyid Hamid Husain al-Hindi, Ghayah al-Maram oleh Imam al-Bahrani, al-Saqifah oleh al-Muzaffar, Dalil al-Sidq oleh al-Muzaffar, Asl al-Syiah wa Usuluhu oleh Kasyif al-Ghita' dan lain-lain. Kerana itu sudah cukup bagi orang yang mempunyai hati yang bersih dan ikhlas daripada fanatik mazhab. Wa billahi al-Tawfiq.

SEORANG SUNNAH DAN SYIAH BERDIALOG DI SISIKU

Pada suatu hari dua orang lelaki datang menziarahiku di Halab, seorang Syiah dan seorang lagi Sunnah. Perbincangan telah berlaku di antara mereka berdua tentang keutamaan 'Ali menjadi khalifah. Lelaki Syiah berkata kepadaku:"Sahabatku ini daripada Ahlu Sunnah dia berkata:"Tidak ada nas untuk 'Ali AS sebagai khalifah selepas Rasulullah SAWAW secara langsung". Lelaki Sunnah tadi bertanya kepadaku:"Adakah di sana nas yang jelas?" Maka aku menjawab:"Ya, malah banyak nas yang jelas di dalam buku-buku dan rujukan anda." Maka akupun membuka Tarikh al-Tabari, Tarikh Ibn al-Athir, dan Tafsir-tafsir yang lain mengenai ayat wa andhir asyiratakaal-Aqrabin (Berilah peringatan kepada kerabat anda yang terdekat) dan Hadis yang panjang telah diriwayatkan oleh Ibn al-Athir dengan penambahan kepada beberapa lafaz yang diriwayatkan oleh al-Tabari sehingga aku mengakhiri kepada sabda beliau SAWAW:"Siapakah di kalangan anda yang akan membantuku di dalam urusan ini, dia akan menjadi akhi (saudaraku) dan khalifahku selepasku." Maka 'Ali AS menjawabnya manakala tidak ada seorangpun yang menjawabnya. Maka Rasulullah SAWAW bersabda:"Hadha akhi wa waziri wa wasiyyi wa khalifati min ba'di fasma'u lahu wa iti'u (inilah saudaraku, wazirku, wasiku dan khalifahku selepasku. Maka dengarlah beliau dan taatilah kepadanya).

Kemudian aku berkata kepadanya:"Adakah anda menghendaki nas yang lebih terang daripada ini?" Dia menjawab:"Jikalau begitu apakah mereka telah melakukannya (sana‘u)". Maka aku memahami daripada kata-katanya ma sana‘u menunjukkan mesyuarat mereka di Saqifah, dan pertengkaran mereka tentang siapakah yang menggantikan Rasulullah SAWAW adakah orang Muhajirin atau orang Ansar? Aku berkata: "Itu adalah apa yang telah berlaku." Maka dia menjawab: "Aneh sekali telah berlakunya perkara tersebut, tetapi aku tidak mahu menyebutkannya." Kemudian dia dapat memahami hakikat tersebut sejurus kemudian dia pergi dan mengucap terima kasih kepadaku. Kemudian aku menerima berita mengenainya daripada orang yang boleh dipercayai bahawa dia terus aktif di dalam dakwah mazhab al-Haq dan ramai telah menerima mazhab Ahlul Bayt melaluinya.


DIALOGKU DENGAN SEKUMPULAN AHLU SUNNAH
Pada malam kelima bulan Ramadan al-Mubarak tahun 1371 Hijrah (1951M) manakala aku sibuk menulis bukuku al-Syiah wa-hujjatu-hum fi al-Tasysyayu‘ di perpustakaanku, tiba-tiba datang kepadaku satu kumpulan seramai lebih kurang lima belas orang terdiri daripada ulama dan bukan ulama. Maka aku mengalu-alukan kedatangan mereka dengan penuh kegembiraan. Selepas duduk seketika, mereka mendesakku untuk perbincangan akademik; mereka mahu keterangan dariku tentang mazhab Syiah dan iktiqad mereka mengenai khilafah dan apa yang berlaku di sekitarnya. Aku segera menjawabnya dan mereka berdiam diri sambil mencari dalil-dalil yang terang dan hujah-hujah pemutus yang terdapat di dalam buku-buku Syiah dan Sunnah sehingga berlarutan kepada dua pertiga malam.

Selepas perbincangan selesai, ada di kalangan mereka yang berterima kasih dan ada yang ingkar. Pada keseluruhannya aku berkata kepada mereka:"Tidak syak lagi sesungguhnya Nabi SAWAW telah mengetahui ummatnya yang baru dengan zaman Islam, dan cinta mereka kepada jawatan khalifah. Beliau juga mengetahui kebanyakan sahabatnya akan berpaling ke belakang dan mereka tidak akan selamat kecuali sebilangan unta Hamalu al-Na'am yang tersesat daripada pengembalanya, sebagaimana telah dicatat oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam Sahih mereka berdua.

Nabi SAWAW mengetahui dengan yakin sesungguhnya sahabat-sahabatnya telah menyembunyikan kejahatan al-Syirr terhadap pewarisnya, khalifahnya selepasnya, 'Ali AS dan selepas kewafatannya mereka segera melakukan bid'ah. Justeru itu beliau telah meletakkan penyelesaian kepada jawatan khalifah dan menegah orang lain mendakwa dirinya khalifah.

Begitu juga tentang sahabat Nabi SAWAW telah mengenali mereka yang baik dan yang jahat kerana beliau bersabda kepada mereka:"Kalian akan mengikuti sunnah orang yang sebelum daripada kalian sejengkal demi sejengkal, hasta demi hasta (satu persatu). Jika mereka masuk ke lubang biawak sekalipun, kalian akan memasukinya".3

Syaikh kami Syaikh Ahmad Afandi al-Tawil al-Antaqi selepas menerangkan Hadis tersebut kepada kami di masa kuliahnya dan juga di atas mimbar masjid berkata:"Jika seorang daripada mereka menjimakkan isterinya di pasar nescaya kalian akan melakukannya."

Dan Nabi SAWAW juga bersabda:"Siapa yang tidak mengetahui imam zamannya, dia akan mati sebagai seorang jahiliyyah (iaitu menjadi kafir)." Justeru itu beliau telah meletakkan penyelesaian bagi jawatan khalifah dan memberhentikan mereka di sempadannya.

Selama kami beriktiqad bahawa beliau seorang Nabi yang diutuskan daripada Allah SWT beliau mengetahui bahawa beliau adalah Nabi terakhir yang berterusan risalahnya sehingga akhir dunia. Justeru itu tidak harus baginya meninggalkan ummatnya di dalam keadaan huru-hara. Lebih-lebih lagi beliau telah mengetahui bahawa ummatnya akan berpecah kepada 73 golongan sebagaimana yang disebutkan di dalam Hadis ini. Lantaran itu dakwaan yang mengatakan urusan khalifah diserahkan kepada ummat ini adalah dakwaan yang batil di antaranya:

1. Ahlul Hilli wal 'Aqdi, pemilihan atau ahli syura tidak dapat menyempurnakan apa yang telah diwakilkan kepada mereka sepanjang masa, malah ia membuatkan ummat di dalam keadaan huru-hara yang menjatuhkan mereka ke dalam jurang yang jauh yang tidak ada batasan dan penetapan. Justeru itu ummat masih berada di lautan darah semenjak hari Saqifah sehingga ke hari kita ini dan berakhirnya kehidupan manusia di Hari Akhirat.

2. Suatu perkara yang tidak dapat disembunyikan bahawa manusia berselisih tentang akidah-akidah mereka dan berlainan pendapat-pendapat mereka. Dan kita lihat dua orang tidak boleh bersatu di dalam satu pendapat. Malah seseorang itu sendiri tidak boleh berterusan dengan satu pendapat. Malah fikirannya berubah setiap saat. Oleh itu bagaimana urusan khalifah diwakilkan kepada Ahlul Hilli wal 'Aqdi. Ini tidak boleh diterima oleh akal dan naluri insan.

3. Adalah mustahil mendapat persetujuan dengan mewakilkan urusan khalifah kepada Ahlul Hilli wal 'Aqdi kerana penentangan yang kuat di kalangan rakyat, pembunuhan, rampasan dan lain-lain pasti berlaku iaitu satu hakikat yang sering berlaku di setiap masa dan tempat. Dan ketua negara tidak dapat melaksanakan sendiri peraturan kehidupan manusia melainkan dengan menggunakan kekuatan tentera. Ini adalah kekuatan sementara yang akan hilang dan apabila ia hilang, setiap orang kembali kepada kerja-kerja lampau yang merosakkan orang ramai.

Justeru itu kami berkali-kali menyatakan bahawa Allah tidak meninggalkan sesuatupun daripada urusan agama kepada ummat di mana hawa nafsu akan menguasai mereka. Oleh itu ia mestilah diwakilkan kepada orang yang mempunyai keilmuan yang tinggi di sisi Rasulullah SAWAW. Keberanian, kebijaksanaan, kekeramatan, kezuhudan, ketakwaaan, keperwiraan dan yang paling penting ialah al-'Ismah (kemaksuman). Sehingga menjadikan wasi seorang yang layak untuk menduduki tempat Rasulullah SAWAW bagi melaksanakan kehalusan hukum Allah SWT. Pilihan seperti ini tidak dapat dilakukan selain daripada Allah SWT kerana Dia mengetahui segala rahsia yang tersembunyi. Dan Rasul SAWAW pula telah menerangkannya dengan jelas pada setiap munasabah: "Sesungguhnya wasi dan khalifah selepas beliau ialah 'Ali bin Abu Talib.' Sebagaimana di sana terdapat dalil-dalil yang banyak yang boleh menunjukkan anda kepada hujah yang anda pertahankan. Ia terdapat di dalam dua sumber; Sunnah dan Syiah. Kemudian mereka berkata:"Apa yang aku sampaikan kepada mereka adalah baik." Mereka meminta daripadaku sebahagian daripada buku-buku karangan Syiah. Maka aku berikan kepada mereka sebahagian daripada buku-buku yang ada di sisiku. Maka merekapun berdiri dan memohon diri dariku untuk pergi.

Beberapa hari selepas itu sampai berita kepadaku bahawa sebahagian daripada mereka telah berpegang keapda mazhab Ahlul Bayt AS. Maka aku memuji Allah di atas nikmatNya.

DIALOG DENGAN SEORANG SYAIKH AL-AZHAR

Pada hari ketujuh bulan Zulkaedah tahun 1371H (1951M) sebelum masuk waktu zuhur, seorang pemuka Halab bernama Ustaz Sya'ban Abu Rasul memberitahuku bahawa seorang Syaikh al-Azhar pengarang yang masyhur ingin menziarahiku. Bilakah dia boleh datang menziarahi anda? Maka aku menjawab:"Selamat datang, pada hari ini dia mesti dihormati." Maka dia menziarahiku selepas waktu 'Asar. Setelah menyambutnya dalam satu majlis, dia bertanyaku: "Maksudku datang kemari ialah untuk meminta penjelasan tentang sebab yang mendorongkan anda berpegang kepada mazhab Syiah dan meninggalkan mazhab Sunni Syafi'i?" Maka aku menjawabnya dengan sopan:"Sebab-sebab yang mendorongku adalah banyak di antaranya: Aku melihat perselisihan mazhab empat sesama mereka." Akupun menyebutkan sebab-sebab yang mendorongku berpegang kepada Syiah.

Kemudian aku berkata:"Yang paling utama sekali ialah urusan khalifah yang menjadi sebab yang besar berlakunya khilaf di kalangan Muslimin. Kerana tidak terfikir oleh akal bahawa Rasul SAWAW meninggalkan umatnya tanpa wasi (pengganti) ke atas mereka bagi melaksanakan urusan syariah yang datang daripada Allah SWT. Kerana setiap Nabi ada wasi atau ausiya' yang maksum yang melaksanakan syariatnya. Sesungguhnya telah tetap padaku bahawa kebenaran adalah bersama Syiah kerana iktikad mereka bahawa sesungguhnya Nabi SAWAW telah berwasiat kepada 'Ali AS sebelum wafatnya. Malah dari permulaan dakwah dan selepasnya anak-anak lelakinya sebelas imam AS. Dan sesungguhnya Syiah mengambil hukum-hukum agama mereka daripada mereka. Mereka itulah imam-imam yang maksum di dalam iktikad mereka dengan dalil-dalil yang tertentu bagi mereka.

Oleh sebab itulah aku berpegang kepada mazhab yang mulia ini. Kemudian aku tidak pernah berjumpa mana-mana dalil yang mewajibkan aku berpegang kepada salah satu daripada empat mazhab. Malah tidak ada pilihan lain lagi kerana aku dapati dalil-dalil yang banyak yang mewajibkan aku berpegang kepada mazhab Ahlul Bayt AS. Dan dalil-dalil tersebut akan membawa muslim kepada jalan yang lurus.

Kemudian aku membentangkan kepadanya dalil-dalil Qat'i yang mewajibkan berpegang kepada mazhab Ahlul Bayt AS. Semuanya menanti-menanti sehingga aku berkata:"Wahai Fadilah Syaikh! Anda daripada ulama yang disegani, adakah anda dapati di dalam kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya satu dalil sahaja yang menunjukkan anda supaya berpegang kepada salah satu mazhab yang empat." Lantas beliau menjawab:"Sekali-kali tidak."

Kemudian aku berkata kepadanya:"Tidakkah anda mengetahui bahawa mazhab empat setiap satu daripada mereka menyalahi yang lain di dalam kebanyakan masalah. Dan mereka pula tidak boleh mengemukakan dalil dan hujah yang kuat bahawa ia sahaja yang benar bukan orang lain. Sebaliknya apa yang disebutkan oleh orang yang berpegang kepada salah satu daripada mazhab empat ialah dalil-dalil yang tidak kuat, tidak disokong oleh al-Quran dan Sunnah. Mereka adalah seperti pokok yang buruk Khabithah yang bertunjang di atas bumi tanpa kekuatan.

Umpamanya jika anda bertanya seorang yang bermazhab Hanafi kenapakah anda memilih mazhab Hanafi dan bukan mazhab lain? Kenapakah anda memilih Abu Hanifah sebagai imam untuk diri anda selepas seribu tahun kematiannya? Dan kenapa anda memilih Maliki atau Syafi'i atau Ahmad bin Hanbal berserta kelebihan-kelebihan mereka, maka dia tidak akan memberi jawapan yang memuaskan anda.

Rahsia ialah setiap orang daripada mereka bukanlah Nabi atau wasi Nabi dan tidak diwahyukan kepada mereka. Mereka pula tidak diilhamkan malah mereka sepertilah orang lain yang ada kaitan dengan ilmu. Dan orang seumpama mereka begitu ramai sekali.

Kemudian mereka pula bukanlah daripada sahabat Nabi SAWAW. Malah kebanyakan mereka atau semua mereka tidak pernah berjumpa dengan Nabi SAWAW dan sahabat-sahabatnya. Oleh itu berpegang kepada salah seorang daripada mereka dan menjadikan mazhab untuk dirinya serta iltizam dengan pendapat-pendapatnya yang mungkin salah atau betul tidak akan diakui oleh akal, al-Quran dan Sunnah malah ia tidak boleh dijadikan hujah di hadapan Allah di Hari Kiamat. Tetapi bagi Allah hujah yang kuat ke atasnya sehingga jikalau Allah bertanya kepadanya di Hari Kiamat:"Apakah dalil anda berpegang kepada mazhab ini?" Nescaya tidak ada jawapan baginya selain daripada firman-Nya di dalam Surah al-Zukhruf (43): 22:

"Sesungguhnya kami mendapati bapa-bapa kami menganut suatu agama sesungguhnya kami orang-orang yang mendapat pentunjuk dengan (mengikuti) jejak mereka."

Atau dia akan menjawab: sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Ahzab (33): 67:

"Sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin kami dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar."

Oleh itu dengan nama Allah SWT wahai Syaikh yang mulia! Adakah kedapatan satu hujah bagi orang-orang yang berpegang kepada salah satu daripada mazhab empat di Hari Kiamat di hadapan Allah Yang Maha Perkasa?" Syaikh mengangguk kepalanya, kemudian dia mengangkat kepalanya dan berkata:"Tidak." Aku bertanya lagi kepadanya:"Adakah seorang itu dimaafkan dengan jawapan tersebut?"Dia menjawab:"Tidak."Maka aku berkata:"Adapun kami berpegang dengan 'itrah Tahirah Ahlul Bayt Rasulullah SAWAW, beramal dengan fiqh Jaafari. Maka akan berkata di Hari Hisab ketika kami berdiri di hadapan Allah al-Aziz al-Jabbar: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kamulah yang menyuruh kami berpegang kepada mazhab Ahlul Bayt kerana kamu berfirman di dalam Surah al-Hasyr (59):7:

'Apa yang diberikan oleh Rasul kepadamu maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.'

Dan sabda Nabi Muhammad SAWAW yang disepakati oleh semua Muslimin: 'Sesungguhnya aku tinggalkan pada kalian dua perkara:"Thaqalain Kitab Allah dan itrahku selama kalian berpegang kepada kedua-duanya kalian sekali-kal tidak akan sesat selama-lamanya. Sesungguhnya kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga kedua-duanya dikembalikan di Haud.' Dan sabdanya: Umpama Ahlul Baytku pada kalian sepertilah bahtera Nuh sesiapa yang menaikinya berjaya dan sesiapa yang enggan menaikinya akan tenggelam.'

Tidak seorangpun meragui bahawa Imam Jaafar al-Sadiq AS adalah daripada itrah al-Tahirah. Ilmunya adalah ilmu bapanya. Ilmu bapanya adalah ilmu datuknya Rasulullah SAWAW. Ilmu Rasulullah SAWAW adalah ilmu Allah SWT. Lebih-lebih lagi Imam Jaafar al-Sadiq AS telah disepakati oleh semua Muslimin tentang kebenaran dan thiqahnya. Dan di sana terdapat golongan yang ramai yang mengakui kemaksumannya dan imamahnya. Beliau adalah wasi yang keenam bagi Rasulullah SAWAW. Beliau adalah hujah Allah ke atas ummat manusia. Sesungguhnya Imam Jaafar al-Sadiq meriwayatkan Hadis-Hadis daripada bapanya yang suci. Beliau tidak memberi fatwa dengan pendapatnya sendiri.

Lantaran itu Hadisnya adalah Hadis bapanya dan datuknya. Kerana mereka adalah tempat terpancarnya ilmu dan hikmah yang berupa galian wahyu. Justeru itu mazhab Imam Jaafar al-Sadiq AS adalah mazhab bapanya dan datuknya yang diambil daripada wahyu di mana ia tidak berganjak walaupun sebesar rambut. Dan bukan secara ijtihad sebagaimana orang lain telah melakukannya. Justeru itu orang yang berpegang kepada mazhab Jaafar bin Muhammad AS dan mazhab datuk-datuknya adalah orang yang berpegang kepada kebenaran, berpegang kepada al-Quran dan Sunnah."

Selepas aku membentangkan kepadanya dalil-dalil tersebut, dia bertakbir dan memuliakan kedudukanku dan berterima kasih kepadaku. Aku menjawab:"Sesungguhnya Syiah tidak mencaci semua sahabat malah mereka memberi setiap sahabat haknya yang sewajar. Kerana sahabat ada yang adil dan ada yang tidak adil. Ada yang alim dan ada yang jahil. Ada yang baik dan ada yang jahat dan begitulah seterusnya. Perhatikanlah apa yang mereka telah melakukannya ahdathu di Saqifah? Mereka telah meninggalkan Nabi mereka terbaring di atas hamparannya. Mereka mulai berlumba-lumba untuk jawatan khalifah. Setiap orang melihat jawatan khalifah untuk dirinya seolah-olah ia barang sil'ah yang boleh dimiliki oleh sesiapa yang cepat. Sedangkan mereka melihat dengan mata mereka, mereka mendengar dengan telinga mereka nas-nas yang terang dari Rasulullah SAWAW bermula di hari beliau mengisytiharkan dakwah sehingga di hari beliau menghembuskan nafasnya.

Walhal penyempurnaan Rasulullah SAWAW adalah lebih penting dari urusan khalifah jika difardukan bahawa Nabi tidak berwasiat. Oleh itu ia menjadi wajib ke atas mereka melaksanakan hak Rasulullah SAWAW. Dan selepas selesai tajhiz (penyempurnaan) mereka mengucapkan takziah kepada keluarga beliau dan diri mereka sekiranya mereka mempunyai keinsafan. Lantaran itu di manakah keadilan dan perasaan hati kecil? Di manakah kemuliaan akhlak? Di manakah kebenaran dan kasih sayang al-Mahabbah?

Dan apa yang menyayatkan hati ialah serangan ke atas rumah Fatimah al-Zahra' oleh lima puluh orang sahabat. Mereka mengumpulkan kayu api untuk membakar rumahnya bersama penghuni-penghuninya sehingga seorang berkata kepada 'Umar:"Di dalamnya ada Hasan, Husain dan Fatimah." Umar menjawab:"Sekalipun mereka berada di dalamnya." 4 Peristiwa ini telah disebutkan oleh pakar-pakar sejarah Ahlu Sunnah dan Syiah.

Dan telah diketahui oleh orang yang baik mahupun jahat dan semua penulis sejarah bahawa Nabi SAWAW bersabda:"Fatimah adalah sebahagian daripadaku, sesiapa yang menyakitinya maka sesungguhnya dia telah menyakitiku. Dan sesiapa yang memarahinya, maka sesungguhnya dia telah memarahiku. Dan sesiapa yang memarahiku, maka dia memarahi Allah. Dan sesiapa yang memarahi Allah maka Dia akan mencampakkannya ke neraka."5

Lantaran itu hakikat sahabat tidak menunjukkan bahawa mereka semuanya adil. Rujuklah kepada al-Bukhari dan Muslim tentang Hadis al-Haud, nescaya anda akan mengetahui kebenaran pendapat Syiah tentang sahabat dan Ahlu Sunnah tentang sahabat dan Ahlu Sunnah yang sependapat dengan mereka. Oleh itu apakah dosa Syiah apabila mereka berkata ketidakadilan kebanyakan sahabat? Kenapa sahabat sendiri telah memperlihatkan hakikat kedudukan mereka. Peperangan Jamal dan Siffin adalah sekuat-kuat dalil bagi menyokong dakwaan Syiah. Begitu juga al-Quran sendiri telah mendedahkan keadaan kebanyakan sahabat. Surah al-Bara'ah adalah cukup bagi kita sebagai dalil, perhatikanlah apa yang telah dilakukan oleh Muawiyah yang kejam, 'Amru bin bin 'As, Marwan, Ziyad, Ibn Ziyad, Mughirah bin Syu'bah, dan Umar bin Sa'ad6 di mana bapanya di kalangan sepuluh yang digembirakan dengan syurga menurut sangkaan mereka. Dan Talhah yang membai'ah 'Ali kemudian menarik bai'ah lalu memerangi Imam mereka berdua bersama 'Aisyah di Basrah. Mereka telah melakukan ahdathu jenayah-jenayah yang tidak akan dilakukan oleh orang-orang yang mempunyai maruah.

Beritahukan kepadaku adakah kewujudan Nabi SAWAW di kalangan mereka mewajibkan nifaq pada kebanyakan mereka? Kemudian selepas beliau wafat, semua sahabat menjadi adil? Aku tidak pernah mendengar seorang Nabipun yang datang kepada ummatnya, kemudian mereka semua menjadi adil. Malah apa yang berlaku sebaliknya, al-Quran dan Sunnah telah menerangkan kepada kita mengenainya. "Apakah pendapat anda wahai saudaraku yang dihormati?" Dia menjawab: "Benar sesungguhnya anda telah mengemukakan dalil yang menyakinkan. Semoga Allah memberikan ganjaran kepada anda di atas kebaikan yang anda lakukan kepadaku." Aku berkata:"Di dalam kitab al-Jawharah fi al-Aqa'id karangan Syaikh Ibrahim al-Laqani al-Maliki terdapat kata-kata berikut: Ikutilah orang salih daripada salaf dan jauhilah bidaah daripada orang khalaf." Dia menjawab:"Ya! Ia terdapat di dalam buku tersebut."

Aku bertanya:"Beritahukan kepadaku siapakah salaf (orang yang terdahulu) yang wajib kita ikuti? Dan siapakah khalaf (orang yang terkemudian) yang wajib kita tentangi?"Dia menjawab:"Salaf adalah sahabat Rasulullah SAWAW. Aku berkata:"Sebahagian sahabat menentang sebahagian sahabat yang lain. Dan telah berlakulah apa yang telah berlaku di kalangan mereka sebagaimana ia telah menjadi terang kepada orang yang seperti anda."Dia berhenti sekejap, kemudian dia berkata:"Khalaf adalah orang-orang yang hidup pada awal abad ketiga."Aku berkata kepadanya:"Jikalau begitu jawapannya, anda telah menolak sebahagian daripada imam-imam empat mazhab kerana sebahagian mereka terkeluar daripada awal abad ketiga." Maka dia berhenti seketika kemudian dia bertanya:"Apakah anda mahu dari pertanyaan ini?"Aku menjawab:"Perkara itu adalah jelas iaitu wajib ke atas kita mengikuti orang yang telah dinaskan oleh Rasulullah SAWAW ke atas mereka dan mereka menjadi ikutan kepada ummat." Dia bertanya:"Siapakah mereka?"Aku menjawab:"Ali bin Abu Talib, kemudiannya Hasan, Husain, dan sembilan anak-anak lelaki Husain AS dan akhir mereka ialah Imam al-Mahdi (AJ)."

Dia bertanya lagi:"Khalifah yang tiga?"Aku menjawab:"Khilaf telah berlaku tentang mereka. Ummat tidak sepakat ke atas mereka kerana mereka telah melakukan perkara-perkara yang wajib dikritik." Dia menjawab:"Ia menghairankan, ini adalah pendapat Syiah."Aku berkata:"Adakah berlaku kepada sahabat-sahabat apa yang telah aku sebutkan kepada anda atau tidak?"Dia menjawab:"Ya." Aku berkata:"Jikalau begitu, maka wajiblah ke atas kita mengambil orang yang disepakati ummat dan meninggalkan orang yang tidak disepakati oleh mereka."

Syiah adalah golongan yang besar lebih daripada 100 juta di seluruh dunia. Mereka mempunyai para ulama yang besar lagi ahli (dalam bidangnya), ahli-ahli Hadis yang disegani. Oleh itu mereka tidak mengiktiraf ketiga-tiga khalifah. Tetapi Ahlu Sunnah wal Jamaah telah mengakui khalifah Amirul Mukminin 'Ali AS. Oleh itu khalifah 'Ali AS adalah disepakati oleh semua pihak dan ketiga-tiga khalifah itu tidak disepakati ke atas mereka. Khalifah selepas Amirul Mukminin ialah Hasan kemudian Husain, kemudian anaknya sembilan imam dan yang terakhir ialah Imam al-Mahdi (AJ).

Nas-nas mengenainya terdapat di dalam buku-buku anda dengan banyaknya. Banyak riwayat menurut saluran Ahlu Sunnah tentang kelebihan Ahlul Bayt AS dan keistimewaan mereka daripada orang lain. Dan yang paling penting ialah 'ismah (kemaksuman). Dia menjawab:"Kami tidak percaya dengan 'ismah (kemaksuman)." Aku berkata:"Akupun mengetahui perkara itu. Tetapi dalil berada di pihak Syiah sebagaimana aku telah memperkatakannya. Aku akan memberikan anda sebuah kitab yang akan menyakinkan dan menggembirakan anda."Dia menjawab:"Apabila kemaksuman mereka sabit di sisiku, selesailah kemusykilan di antara aku dan anda." Lalu aku memberikan kepadanya sebuah buku yang berjudul al-Alfain karangan al-'Allamah al-Hulli. Dia mulai membuka buku tersebut di hadapanku dan ia mengkagumkannya.

Kemudian dia berkata kepadaku:"Adakah anda mengetahui bahawa sesungguhnya anda telah memasukkan syak wasangka padaku mengenai empat mazhab dan aku telah cenderung kepada mazhab Ahlul Bayt AS. Tetapi aku mahu anda membekalkanku dengan sebahagian daripada buku-buku Syiah. Maka aku memberikan kepadanya beberapa buah buku. Di antaranya buku-buku karangan Sayyid Syarafuddin al-Musawi berjodol al-Muraja'at (Dialog Sunnah-Syiah), Abu Hurairah dan al-Fusul al-Muhimmah (isu-isu penting ikhtilaf Sunnah-Syiah.).

Aku juga memberi kepadanya buku Dalail al-Sidq dan al-Ghadir. Aku telah menyenaraikan kepadanya nama-nama buku Syiah. Kemudian dia mengucapkan selamat tinggal lalu dia berdiri mengucapkan terima kasih dan pulang ke tempat tinggalnya. Kemudian selepas beberapa hari aku menerima surat terima kasihnya dari Universiti al-Azhar dan memberitahuku bahawa dia telah berpegang kepada mazhab Ahlul Bayt AS dan berjanji kepadaku bahawa dia akan menulis buku tentang kebenaran mazhab Syiah Imamiah Ithna Asyariyyah (Mazhab Jaafari).

DIALOGKU DENGAN ULAMA AHLU SUNNAH
YANG MASYHUR MENGENAI TURBAH HUSAINIYYAH YANG TA'ZIYAH

Pada empat belas hari bulan Muharram tahun 1374 Hijrah (1954M) sekumpulan ulama Ahlu Sunnah termasuk beberapa orang sahabatku di Universiti al-Azhar datang kepadaku dengan penuh perasaan hasad dengki di dalam dada mereka kerana aku berpegang kepada mazhab Ahlul Bayt AS dan meninggalkan mazhab Sunnah. Perbincangan di antara kami telah mengambil masa lebih kurang sepuluh jam di dalam berbagai-bagai masalah. Di antaranya kritikan mereka terhadap Syiah kerana mereka sujud kepada turbah husainiyyah. Lantaran itu mereka adalah musyrikun. Dan juga mereka melakukan ta'ziyah ke atas Imam Husain AS. Amalan itu dianggap sebagai bidaah.

Aku berkata kepada mereka, bahawa kedua-duanya adalah digalakkan oleh Allah SWT. Adapun kata-kata kalian bahawa Syiah sujud kepada turbah husainiyyah, maka mereka adalah musyrikun, ini tidaklah benar kerana Syiah sujud 'di atas turbah' bukan 'kepada turbah.'

“Oleh itu sujud Syiah di atas turbah tidaklah syirik.” Maka seorang yang paling alim mereka berkata:"Anda telah memberi penyelesaian yang baik wahai yang mulia! Tetapi kami ingin bertanya kepada anda apakah sebab Syiah meneruskan sujud di atas turbah dan kenapa mereka tidak sujud di atas semua benda sebagaimana mereka sujud di atas turbah?" Aku menjawab:"Ini adalah kerana beramal dengan Hadis yang disepakati oleh semua golongan Muslimin. Sabda Nabi SAWAW:'Dijadikan bagiku tanah (bumi) sebagai tempat sujud dan bersih.'

Hanya tanah yang bersih sahaja boleh dibuat sujud di atasnya. Lantaran itu kami sentiasa sujud di atas tanah yang disepakati oleh semua Muslimin tentang kebersihan sujud di atasnya."Maka dia bertanya kepadaku lagi:"Bagaimana Muslimin bersepakat mengenainya?" Aku menjawab:"Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAWAW di Madinah ialah pembinaan masjidnya. Adakah masjid itu diletakkan hamparan?" Dia menjawab:"Tidak, ia tidak diletakkan hamparan." Aku bertanya:"Di atas apakah Nabi SAWAW dan Muslimin sujud?"Dia menjawab:"Di atas tanah masjid yang dihamparkan dengan tanah." Aku berkata lagi:"Selepas Nabi SAWAW, pada zaman Abu Bakar, 'Umar, Uthman dan Amirul Mukminin 'Ali AS adakah masjid dilengkapkan dengan hamparan?"Dia menjawab:"Tidak." Aku bertanya:"Di atas apakah Muslimin sujud di dalam salat mereka di masjid?" Dia menjawab:"Di atas tanah bumi yang diliputi tanah." Aku berkata:"Jikalau begitu semua salat Rasulullah SAWAW adalah di atas tanah. Demikian juga Muslimin pada zamannya, selepasnya mereka sujud di atas tanah.

Justeru itu sujud di atas tanah hukumnya sah secara qat'i. Dan Syiah apabila mereka sujud di atas tanah adalah kerana mengikuti Rasulullah SAWAW. Maka salat mereka adalah sah." Dia berkata lagi:"Syiah hanya sujud di atas tanah yang mereka bawa bersama mereka sahaja?" Aku menjawab: "Pertama, Syiah mengharuskan sujud di atas semua tanah yang bersih sama ada yang berbatu atau tanah biasa (turab).

Kedua, syarat tempat sujud ialah bersih daripada segala najis. Oleh itu sujud tidak harus di atas tanah yang najis atau tanah yang tidak bersih. Lantaran itu mereka mengutamakan membawa bersama mereka seketul tanah kering yang bersih dari bersujud di atas sesuatu yang tidak diketahui kebersihannya.

Dia bertanya lagi:"Sekiranya Syiah ingin sujud di atas tanah yang bersih, kenapa mereka tidak membawa bersama mereka tanah biasa supaya mereka sujud di atasnya?" Aku menjawab:"Membawa tanah biasa akan menyebabkan pakaian menjadi kotor kerana apabila ia diletakkan di atas kain, maka pasti ia akan mengotorinya. Justeru itu kami mencampurkannya dengan sedikit air kemudian kami biarkan ia kering sehingga membawanya tidaklah mengotorkan pakaian. Sesungguhnya sujud di atas seketul tanah yang kering lebih menunjukkan khusyuk dan tawaduk kepada Allah SWT kerana matlamat sujud adalah khusyuk.

Sekiranya tujuan sujud ialah khusyuk kepada Allah SWT, maka 'suasana sujud' yang mendatangkan lebih banyak kekhusyukan itu adalah lebih baik. Lantaran itu disunatkan tempat sujud itu lebih rendah dari tempat letak kedua-dua tangan dan kaki. Kerana ia lebih banyak menunjukkan kekhusyukan kepada Allah SWT. Demikian juga disunatkan hidungnnya disentuhkan dengan tanah di dalam keadaan sujud, kerana ia lebih menunjukkan tawaduk dan khusyuk kepada Allah SWT.
Lantaran itu sujud di atas tanah atau di atas ketulan tanah yang kering lebih baik daripada sujud di atas selain daripada kedua-duanya yang harus dilakukan sujud di atasnya. Kerana dia meletakkan anggotanya yang paling mulia iaitu dahi di atas tanah kerana khusyuk kepada Allah SWT dan merasa kecil (hina) di hadapan kebesaran-Nya.

Adapun jika seorang itu meletakkan dahinya di atas sajadah yang berharga, atau di atas galian-galian seperti emas dan perak atau seumpamanya atau di atas kain yang mahal harganya, ia boleh mengurangkan khusyuk dan tawaduk. Dan kadang-kadang ia tidak membawa kepada perasaan rendah diri di hadapan Allah SWT.

Justeru itu adakah sujud yang menambahkan tawaduk dan khusyuk seseorang di hadapan Tuhannya itu dikira syirik dan kafir? Atau sebaliknya sujud di atas apa yang menghilangkan khusyuk kepada Allah SWT itu sebagai taqarrub kepada-Nya? Lantaran itu ia merupakan percakapan yang sia-sia."

Kemudian dia bertanya kepadaku:"Apakah tulisan yang dituliskan di atas turbah itu?" Aku menjawab:"Tidak semua turbah dituliskan di atasnya. Sebahagiannya dituliskan (di atasnya) Subhana rabbiya l-A'la wa bihamdihi dan sebahagiannya ditulis turbah ini diambil dari tanah Karbala' al-Muqaddasah lillah. Aku ingin bertanya kepada anda:"Adakah ia dikira syirik? Atau ia tidak dikira sebagai turbah yang harus dibuat sujud di atasnya?"Dia menjawab:"Sekali-kali tidak."

Kemudian dia bertanya kepadaku:"Apakah keistimewaan turbah karbala' kerana kebanyakan Syiah menggunakannya? "Aku menjawab:"Rahsia telah diterangkan oleh Hadis yang mulia 'Sujud di atas turbah husainiyyah mencairkan tujuh langit....7 iaitu sujud di atasnya membuat salatnya diterima dan naiknya ke langit. Ia dilakukan untuk mendapatkan afdaliyyah yang tidak ada pada turbah selain daripada Karbala' al-Muqaddasah.' Dia bertanya lagi:"Adakah sujud di atas turbah husainiyyah menjadikan solat diterima di sisi Allah SWT sekalipun solat itu batal?" Aku menjawab:"Syiah berpendapat bahawa salat yang tidak cukup syarat adalah batal, tidak diterima. Tetapi salat yang cukup segala syaratnya boleh jadi diterima oleh Allah SWT dan boleh jadi tidak dterima oleh-Nya. Dan apabila salat yang cukup syarat di atas turbah husainiyyah, maka ia diterima dan diberi pahala ke atasnya. Oleh itu sahnya salat itu adalah suatu perkara dan penerimaannya (di sisi Tuhan) adalah suatu perkara yang lain pula."

Dia bertanyaku:"Adakah tanah Karbala' lebih mulia dari tanah Makkah dan Madinah sehingga sujud di atasnya menjadi lebih afdal?" Aku menjawab: "Apakah yang menghalangnya?"Dia menjawab:"Tanah Makkah semenjak turunnya Adam AS ke bumi adalah (tanah) Ka'bah. Dan tanah Madinah Munawwarah pula mengandungi jasad Rasul al-A'zam. Kedua-duanya mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada kedudukan tanah Karbala'." Dia menambah:"Ini adalah suatu perkara yang aneh. Adakah Husain bin 'Ali afdal daripada datuknya Rasulullah SAWAW?"Aku menjawab:"Sekali-kali tidak! Sesungguhnya kebesaran Husain adalah daripada kebesaran Rasulullah SAWAW. Kemuliaan Husain adalah daripada kemuliaan Rasulullah SAWAW. Dan kedudukan Husain di sisi Allah SWT adalah kerana beliau seorang imam yang berjalan di atas agama datuknya Rasulullah SAWAW, sehingga beliau mati syahid kerananya. Kedudukan Husain adalah merupakan sebahagian daripada kedudukan Rasulullah SAWAW. Tetapi Husain AS, keluarganya dan pembantu-pembantunya dibunuh kerana menegakkan Islam, memperkukuhkan asas-asasnya serta menjaganya daripada permainan pengikut-pengikut hawa nafsu. Maka Allah menggantikan kesyahidannya dengan tiga perkara:-

■ Memperkenankan doanya di bawah Qubbah-Nya.
■ Sembilan imam adalah daripada keturunannya.
■ Penyembuhan (penyakit) adalah pada turbahnya.

Allah memuliakan turbah Husain AS kerana beliau telah dibunuh di jalan Allah dengan begitu kejam sekali. Turut terbunuh ialah anak-anak beliau, saudara-saudara beliau dan sahabat-sahabat beliau. Di samping penderitaan-penderitaan yang diterimanya kerana agama. Adakah di sana halangan? Adakah melebihkan turbah Karbala' dari tanah-tanah di bumi ini sehingga tanah Madinah bererti bahawa Husain AS lebih daripada datuknya Rasulullah? Malah perkara tersebut adalah sebaliknya. Oleh itu memuliakan turbah husainiyyah adalah memuliakan Husain. Dan memuliakan Husain AS adalah memuliakan Allah dan datuknya Rasulullah SAWAW."

Lantas salah seorang daripada mereka bangun dari tempat duduknya dengan penuh kegembiraan, memberi pujian kepadaku. Dia meminta daripadaku beberapa buah buku karangan Syiah dan berkata kepadaku:"Wahai Maulaya! Ia adalah betul. Dahulu aku pernah berkhayal bahawa Syiah mengutamakan Husain sehingga melebihi daripada datuknya Rasulullah SAWAW. Dan sekarang aku mengetahui hakikatnya. Aku berterima kasih kepada anda di atas dialog yang berguna di mana anda telah melengkapkan kami dengannya. Aku akan sentiasa membawa bersamaku ketulan tanah Karbala' al-Muqaddasah supaya aku dapat sujud di atasnya di mana sahaja aku mengerjakan solat. Aku akan sujud di atas turbah khususnya turbah husainiyyah." Kemudian aku berkata:"Kata-kata kalian bahawa Syiah melakukan takziah terhadap Imam Husain AS adalah bid'ah", maka ia merupakan kata-kata yang batil.

Aku tidak mengetahui kenapa kalian mendendamkan Syiah disebabkan mereka melakukan takziah ke atas syahid yang benar imam bin imam, cucu Rasulullah. Keturunan al-Zahra' al-Batul, penghulu para syuhada.' Imam Abu 'Abdillah Husain AS di dalam menghadapi penderitaan yang besar yang menggoncangkan bayangan Arasy bersama bayangan makhluk. Dan peristiwa yang menyayatkan yang belum pernah berlaku di dunia Islam. Di kalangan kalian mengkritik Syiah dengan alasan bahawa Husain AS telah dibunuh sejak 14 abad yang lalu. Lantaran itu apakah gunanya menangis-nangis untuknya, menepuk-nepuk dada dan memukul-mukulkannya dengan rantai sehingga mengalir darah. Ketahuilah kalian sesungguhnya amalan Syiah itu ialah kebenaran itu sendiri.

Pertama, sekiranya mereka tidak meneruskan majlis peringatan penghulu para syuhada', nescaya mereka mengingkarinya sebagaimana kalian mengingkari Hari al-Ghadir. Sekalipun ia diriwayatkan oleh lebih seratus sepuluh para sahabat. Di kalangan mereka telah terlibat dalam Perang Badar. Lantaran Syiah tidak mengemukakan sesuatu tanpa bukti.

Kedua, Syiah mengikut jejak langkah imam-imam mereka di dalam memperingati majlis Abu 'Abdullah Husain AS. Sekiranya kalian mengkaji buku-buku Syiah nescaya kalian tidak mengkritik Syiah. Perhatikanlah, umpamanya buku Muqaddimah al-Majalis al-Fakhirah karangan Sayyid Syarafuddin al-Musawi dan buku Iqna' al-La'im 'Ala Iqamah al-Ma'tam karangan Sayyid Muhsin al-'Amili RH. Kedua-dua karangan tersebut akan menyakinkan semua dan perhatikan juga buku Masabih al-Jinan karangan Sayyid al-Kasyani halaman 576. Dia menulis:"Sayugia bagi Muslimin apabila masuk bulan Muharram merasai dukacita dan sedih, mengadakan majlis ma'tam (majlis kematian) bagi memperingati kezaliman dan permusuhan yang dilakukan kepada penghulu para syuhada', keluarganya, dan sahabat-sahabatnya yang terpilih.

Ia adalah sunat dan digalakkan kerana ia membesarkan syi'ar Allah SWT, mengambil contoh suruhan Rasulullah SAWAW dan mengikuti imam-imam maksum. Imam Reda AS iaitu imam kelapan daripada wasi-wasi Rasulullah berkata:"Bapaku iaitu Imam Musa Kazim, imam ketujuh daripada wasi-wasi Rasulullah SAWAW apabila masuk bulan Muharram, tidak kelihatan gembira dan kesedihannya menguasai percakapannya." Ini bererti sesuatu yang membawa kesedihan dan dukacita adalah harus tanpa melakukan perbuatan yang diharamkan. Kemudian beliau (Imam Musa AS) berkata lagi:"Disunnatkan menangis dan melakukan takziah ke atas penghulu para syahid, mengalirkan air mata untuknya apatah lagi pada sepuluh pertama bulan Muharram. Kerana menangis ke atasnya adalah di antara yang baik, disunnatkan dan di antara perkara-perkara yang menjamin kebahagian abadi dan menghampiri diri kepada Allah SWT."

Banyak Hadis daripada imam-imam suci yang menceritakan tentang keharusannya. Imam Reda AS meneruskan kata-katanya:"Adapun orang-orang yang menghina Syiah, kata-kata mereka tidak boleh diambil kira kerana mereka telah jauh daripada keinsafan dan kebersihan jiwa. Mereka telah menyeleweng dari jalan yang benar."

Walau bagaimanapun semua mazhab bersepakat tentang harusnya melahirkan kesedihan kerana kehilangan orang yang dikasihi. Dan ini telah berlaku di dalam sejarah. Adalah diriwayatkan bahawa Imam 'Ali Zainal Abidin bin Husain apabila sampai di Karbala' selepas pulang dari Syria, beliau menangis dan meratapi Husain AS.

Apakah salahnya jika Syiah melakukannya? Sedangkan kalian mengambil bidaah Yazid bin Muawiyah yang telah menjadikan sepuluh Muharram sebagai pesta bersukaria. Dia menamakannya 'Aid al-Nasr (Hari Kemenangan)."

Apabila perbincangan sampai di sini mereka mengucapkan terima kasih kepadaku. Mereka berkata:"Kami tidak mengetahui mazhab Syiah sedemikian. Ini disebabkan kami mendengar tentang Syiah bahawa mereka tidak berada di atas kebenaran, malah mereka adalah kafirun, musyrikun." Aku menjawab: "Tidak! Malah mereka sebagaimana aku telah menceritakan kepada kalian. Kalian akan mengetahui mazhab Syiah apabila kalian mengkaji buku-buku mereka. Dosa adalah dosa kalian kerana kecuaian kalian (taqsir) mengkaji buku-buku Syiah."

Kemudian aku menerangkan kepada mereka bahawa tuduhan-tuduhan yang ditujukan kepada Syiah yang baik, tidaklah benar. Ia adalah pembohongan yang diciptakan oleh orang-orang yang berdosa, terdiri daripada musuh-musuh yang menamakan diri mereka Muslimin. Justeru itu hendaklah kalian mengkaji hakikat sebenar dan janganlah kalian berpegang setiap apa yang kalian dengari dengan menentang Syiah. Kemudian mereka berdiri dan mengucapkan selamat tinggal. Mereka pulang ke tempat mereka dengan gembira. Dan akhirnya aku diberitahukan oleh orang yang aku percayai bahawa sebahagian mereka telah berpegang kepada mazhab Ahlul Bayt AS. Wal Hamdulillah.

PERISTIWA PEMBOHONGAN

Pada hari kelima bulan Rabiuawal 1379 Hijrah (1969M) aku berada di perpustakaan yang terletak di rumahku di bandar Halab, tiba-tiba dua orang lelaki meminta izin masuk ke perpustakaanku. Maka aku mengizinkan mereka masuk.

Selepas salam dan ucapan selamat datang, aku menjemput mereka duduk. Tetapi jelas kelihatan dukacita terbayang di wajah mereka. Aku bertanya:"Apa keadaan anda berdua?"Seorang daripada mereka berkata kepada sahabatnya:"Ceritakanlah kepada yang mulia Syaikh."Lalu dia memberitahuku:"Aku adalah seorang pelajar di sebuah universiti. Dan aku telah berpegang kepada mazhab Ahlul Bayt AS semenjak dua tahun yang lalu. Ini disebabkan aku mengkaji buku-buku Syiah terutamanya al-Muraja'at (Dialog Sunnah-Syiah) karangan Sayyid Syarafuddin al-Musawi RH. Kelmarin kami menghadiri kuliah seorang profesor di universiti tempatku belajar. Dia mula menentang Syiah dan mencaci mereka. Dia mengkritik mazhab Ahlul Bayt AS dan menentang Syiah dengan kuat tetapi dia tidak mengetahui aku seorang Syiah. Di antara kata-katanya:"Hadis-Hadis Syiah semuanya bohong dan suatu rekaan ke atas Rasulullah SAWAW. Dia berkata lagi: Syiah mengharuskan pengumpulan sembilan isteri dengan dalil al-Quran (Surah al-Nisa'(4): 3: "Maka kahwinilah wanita (lain) yang kamu senangi mathna (dua), thulatha (tiga), atau ruba' (empat)."

Dan mereka menyapu kaki ketika berwuduk selepas basuh. Justeru itu salat mereka adalah tidak sah. Mereka menuduh 'Aisyah berzina, mereka mempertikaikan sahabat kerana mereka berani menentang Allah dan Rasul-Nya. Tuduhan-tuduhannya membuat aku menggeletar dan aku berkata: Subhanallah! Apakah taksub buta daripada Ahlu Sunnah, dan kenapa mereka menghalakan pembohongan ini terhadap Syiah yang baik. Justeru itu mereka mendedahkan keburukan diri mereka sendiri.

Kemudian aku menghantar surat kepada profesor yang jahil dan ingkar itu. Aku menulis: Wahai profesor, seorang pendidik (mursyid) yang melaung-laungkan untuk mendidik generasi baru. Bagaimanakah anda mendidik pelajar-pelajar anda? Anda mengajar mereka dengan pembohongan-pembohongan, dan anda mengajar mereka dengan akhlak yang buruk yang menyeru kepada perpecahan di kalangan Muslimin.

Telah sampai kepadaku berita bahawa anda kelmarin, bertempat di universiti, telah mengkritik di dalam kuliah anda di hadapan pelajar-pelajar anda tentang Syiah yang baik, pengikut-pengikut Rasul-Nya SAWAW dan wasinya 'Ali Amirul Mukminin AS. Anda berkata: Hadis-Hadis Syiah semuanya bohong dan diada-adakan ke atas Rasulullah SAWAW. Anda telah menuduh Syiah dengan pembohongan, anda berkata:Syiah mengharuskan pengumpulan sembilan isteri berdalilkan firman-Nya yang bermaksud:"Maka kahwinlah....", Mereka menyapu di atas kaki di dalam wuduk sebagai ganti basuh; maka sembahyang mereka tidak sah. Mereka menuduh 'Aisyah berzina. Mereka mempertikaikan sahabat kerana berani menentang Allah dan Rasul-Nya.

Apa yang menghairankan ialah kata-kata tersebut datangnya daripada anda seorang profesor. Anda mendakwa bahawa anda seorang pendidik! Apakah tuduhan yang melulu dan celoteh yang jahat ke atas lebih seratus juta Muslimin daripada pengikut-pengikut Rasulullah dan Ahlul Baytnya AS? Apakah jawapan anda di sisi Tuhan anda ketika bertemu dengan-Nya di akhirat nanti? Kenapa anda mengumpat dan menuduh Muslimin dengan pembohongan-pembohongan tersebut? Kenapa anda mendedahkan keburukan diri anda dengan khurafat-khurafat anda ini? Zaman sekarang zaman cahaya. Semua mengetahui sesungguhnya anda telah berbohong dan mengada-adakan perkara-perkara tersebut.

Lantaran itu terimalah jawapan ini akibat dari kebodohan anda secara ringkas. Adapun kata-kata anda bahawa Hadis-Hadis Syiah semuanya bohong ke atas Rasulullah, jawapannya tentu tidak, wahai profesor! Perkara itu tidaklah sebagaimana anda sangkakan. Malah perkara itu adalah sebaliknya kerana Syiah mengambil ilmu daripada tempat yang bersih; daripada Nabi SAWAW dan imam-imam Ahlul Bayt AS yang telah disucikan oleh Allah SWT dari segala kekotoran dosa. Tidak ada unsur luar masuk di dalam mazhab mereka. Justeru itu setiap kali anda mencaci mereka pada hakikatnya cacian itu adalah pada anda sendiri. Kerana perawi-perawi kalian memang terkenal di kalangan umum sebagai pembohong-pembohong. Mereka itu adalah Abu Hurairah, 'Umran bin Hattan, Samurah bin Jundab, ketua Khawarij, 'Amru bin 'As, Marwan, Mughirah bin Syu'bah dan lain-lain lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pembohongan mereka, sila rujuk kepada Kitab al-Ghadir karangan Syaikh al-Amini.

Adapun kata-kata anda Syiah mengharuskan nikah sembilan perempuan kerana beramal dengan zahir ayat, maka jawapannya ialah Syiah lebih mulia dan lebih tinggi kedudukan mereka dari mengotorkan fikiran mereka yang bercahaya dengan khurafat tersebut. Lantaran itu mereka beramal dengan hukum ayat mulia yang mengharuskan bagi ummat berkahwin empat perempuan ketika mampu melakukan keadilan di kalangan isteri-isteri. Dan jika tidak mampu, maka tidak harus baginya berkahwin lebih daripada satu. Dan sekiranya dia dapat melakukan keadilan, maka tidak mengapa dia mengahwini dua sehingga empat. Oleh itu pengertian ayat kahwinlah....mathna, iaitu dua, thulatha iaitu tiga, dan ruba' iaitu empat. Maka dia tidak boleh kahwin kelima melainkan apabila seorang daripada isterinya mati atau ditalakkan, itupun selepas tamat 'iddahnya.

Adapun kata-kata anda: Bahawa Syiah menyapu kaki mereka di dalam wuduk adalah betul. Ia adalah perkara yang wajib dikehendaki oleh Allah SWT daripada hamba-hamba-Nya yang Mukallafin. Dan diamalkan oleh Rasulullah SAWAW dan imam-imam Ahlul Baytnya AS. Di atas dasar inilah Syiah mengamalkannya dari masa dahulu hingga hari ini dan sehingga hari yang mereka akan dibangkitkan, tanpa meninggalkan imam-imam mereka AS, dan beramal dengan al-Quran yang kudus yang tidak akan didatangi kebatilan di hadapannya dan di belakangnya kerana ia diturunkan daripada Tuhan Yang Maha Bijaksana.

Ayat wuduk (Surah al-Mai'dah (5):6): adalah Muhkamah. Oleh itu ia tidak ada khilaf selama-lamanya, melainkan bagi orang yang mempunyai di hatinya dua ilmu yang bertentangan satu dengan yang lain.

Kerana hukum Allah SWT yang diturunkan tidak ada khilaf padanya. Sesungguhnya orang yang melakukan khilaf ialah orang yang mengambil ilmunya daripada sesiapa sahaja. Syiah mengambil ilmu mereka daripada lautan ilmu Ahlul Bayt AS yang maksum. Perhatikanlah firman-Nya di dalam Surah al-Maidah (5):6:

"Wahai orang-orang yang beriman apabila kamu bangkit untuk mendirikan solat, maka basuhlah (Faghsilu) muka (muka)mu dan tangan (tangan)mu kepada (bersama) siku dan sapulah (imsahu) kepala (kepala)mu dan kaki (kaki)mu sampai kepada kedua mata kaki (al-Ka'bain)."

Ayat ini dengan terang memerintahkan supaya membasuh dua anggota iaitu muka dan dua tangan. Begitu juga ia menyuruh menyapu dua anggota iaitu kepala dan dua kaki. Ia merupakan dua jumlah tiap-tiap satu daripada kedua-duanya berdiri dengan sendiri dan tidak ada hubungan dengan yang lain.

AL-'I'RAB

Ighsilu terdiri daripada fi'lun (kata kerja) dan fa'il (pelaku) (basuhlah) wujuhakum adalah maf'ul dan mudafu ilaihi (muka-muka kamu) wa aidi-kum (tangan-tangan kamu adalah 'ataf ke atas wujuhakum (muka-muka kamu) wam sahu (dan sapulah) fi'lun amar dan fa'il bi ru'usi kum (di kepala-kepala kamu). Al-Ba' adalah huruf jar dan bi ru'usi kum adalah jar dan majrur (dibaca baris bawah) al-arjul adalah 'ataf kepada ru'usi kum (kepala-kepala kamu).

Sekiranya ia dibaca baris bawah, ia menjadi 'ataf kepada lafaz. Atau dibaca baris nasb (baris di atas) 'ala al-Mahal. Di dalam erti yang lain ia dibaca baris di atas sekiranya ia dibuang huruf jarr. Syaikh Ibrahim al-Halabi mengatakan ayat ini dibaca dengan nasb dan jarr. Tetapi yang masyhurnya dibaca dengan nasb kerana ia 'ataf kepada ru'us (kepala-kepala) di dalam dua bacaan.

Walau bagaimanapun Tafsir al-Razi, al-Tabari, Khazin dan lain-lainnya menyokong wajib 'sapu kaki' bukan 'basuh kaki' di dalam wuduk. Ini adalah cukup untuk membuktikan wajib sapu kaki dan bukan basuh kaki di dalam berwuduk. Ibn 'Abbas meriwayatkan bahawa wuduk ialah dua basuh dan dua sapu. Dan dia juga berkata: Allah SWT mewajibkan wuduk dua basuh dan dua sapu. Tidakkah anda berfikir bagaimana Dia menyebutkan tayammum, maka Dia jadikan tempat dua basuh itu (muka dan tangan) dua sapu dan Dia meninggalkan dua sapu (kepala dan kaki).8 Dan dia berkata lagi di tempat yang lain:9 Orang ramai enggan selain dari membasuh. Tetapi apa yang kami dapati di dalam al-Quran adalah al-mashu (sapu).

Daripada Sya'bi10 dia berkata: Jibrail menurunkan ayat tersebut dengan sapu di atas dua kaki. Dan daripada dia11 juga: Qur'an diturunkan dengan sapu di atas dua kaki. Dan daripada Ibn 'Abbas, dia menceritakan tentang wuduk Rasulullah SAWAW bahawa beliau menyapu di atas dua kakinya.

Al-Tabari meriwayatkan12 daripada 'Ubbad bin Tamim daripada ayahnya berkata: Aku melihat Rasulullah SAWAW mengambil wuduk, dia menyapu di atas dua kakinya.

Adapun riwayat-riwayat imam-imam Ahlul Bayt AS tentang sapu amatlah banyak. Di antaranya daripada Husain bin Sa'id al-Ahwazi daripada Fadalah daripada Hammad bin 'Uthman daripada Ghalib bin Huzail dia berkata: Aku bertanya kepada Abu Jaafar al-Baqir AS tentang sapu di atas dua kaki. Maka dia menjawab: Itulah yang dibawa turun oleh Jibra'il.

Daripada Ahmad bin Muhammad dia berkata: Aku telah bertanya kepada Abul Hasan Musa bin Jaafar AS tentang sapu di atas dua kaki bagaimana? Maka beliaupun meletakkan tapak tangannya di atas jari-jarinya, kemudian menyapukan kedua-duanya sehingga ke mata kakinya. Riwayat-riwayat tentang penyapuan kaki daripada para imam Ahlul Bayt AS adalah banyak. Dan nas-nas Hadis Thaqalain adalah jelas, wajib sapu di atas dua kaki. Dan di atas dasar inilah Syiah Imamiah melakukan wuduk sehinggalah pada hari ini.

Syiah tidak mengambil riwayat daripada pemalsu-pemalsu Hadis dan orang-orang jahil seperti Abu Hurairah, 'Amru bin 'As, Muawiyah dan orang yang tidak thiqah (tidak boleh dipercayai) kerana imej mereka yang buruk. Dan mereka tidak terpedaya dengan dakyah keadilan sahabat daripada awal hingga ke akhir kerana kerana mereka bukan kesemuanya adil.

Sekiranya anda merujuk kepada buku-buku Syiah yang abrar dan mengkajinya dengan insaf serta menjauhkan diri anda daripada 'asabiyah buta, nescaya anda akan mengetahui sesungguhnya Syiah berjalan di atas jalan yang lurus. Lantaran itulah banyak cacian-cacian ke atas mereka oleh orang-orang yang tamak kepada dunia.

Adapun tentang Hadis-Hadis 'basuh' di dalam wuduk maka ia sama ada suatu pembohongan ataupun kurang kefahaman mengenainya. Kerana Rasulullah SAWAW mengambil wuduk dan menyapu kemudian mencurahkan air ke atas dua kakinya kerana ingin menyejukkan keadaan kakinya. Dan tidak sabit bahawa beliau membasuh dua kakinya di dalam wuduk selama hidupnya.

Apabila kami memberikan hujah kepada musuh-musuh kami, mereka memberikan sebab-sebab basuh kerana kebersihan atau umum dan khusus. Mereka berkata: Setiap basuh itu sapu dan tidak sebaliknya. Ia adalah hujah yang lemah seperti rumah labah-labah.

Adakah Rasulullah SAWAW menyuruh manusia menyapu di atas kaki yang kotor dan najis? Kami meminta pertolongan Allah daripada kejahilan. Atau Rasulullah SAWAW tidak mengetahui umum dan khusus? Sehingga datang kepada kita satu kaum (Ahlu Sunnah) selepas tiga abad. Mereka mencipta mazhab-mazhab yang bertentangan sesama mereka. Mereka menunjukkan ummat bahawa Nabi SAWAW adalah seorang yang bersalah (kami meminta perlindungan dengan Allah). Atau beliau meninggalkan ugama ini tidak sempurna sehingga mereka menyempurnakannya. Atau mereka menambahkan padanya sesuatu, maka mereka memperbaikinya (kami meminta pertolongan dengan Allah) La hawla wala kuwata illa billahil 'Aliyyil 'Azim.

Adapun Hadis wailun lil A'qab minan Nar, jika ia betul (dan ia memang tidak betul) adalah menjadi hujah 'ke atas mereka' dan bukan 'untuk mereka.' Kerana ia berbunyi: Wailun lil A'qab minan Nar (Neraka wail bagi mata kaki) dan bukanlah berbunyi: Wailun liman lam yaghsiul (neraka wail bagi orang yang tidak membasuhnya). Lantaran itu beliau telah menunjukkan mereka bahawa sesungguhnya sapu tidak harus dilakukan ke atas kaki yang terkena najis.

Aku ingin bertanya kepada perawi Hadis ini iaitu 'Abdullah bin 'Amru bin al-'As yang terkenal dengan keburukannya dan keburukan bapanya, maka anda berkata kepadanya: Di manakah anda mengetahui 'sapu' jikalau ia tidak (dilakukan) dahulu? Dia meriwayatkan "kami berperang bersama Rasulullah SAWAW, maka kami mendahului. Salat 'Asr telah menyusahkan kami, lalu kami mengambil wuduk dan kami menyapu. Maka dapati Rasulullah SAWAW bersabda: Wailun lil A'qab minan Nar sehingga tiga kali. Riwayat ini ternyata palsu sebagaimana berikut:

1. Sesungguhnya Nabi SAWAW mempunyai akhlak yang mulia sebagaimana telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam firman-Nya (Surah al-Qalam (68):4):

"Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung"

Baginda dan tidak kasar. Oleh itu bagaimana beliau mengancamkan mereka dengan neraka sedangkan mereka tidak mengetahui ilmu nasakh? Kerana mereka berkata: Jibra'il telah membawa turun ayat itu dengan 'basuh.' Pendapat ini adalah tidak kuat kerana hadis ini hanya diriwayatkan oleh seorang perawi sahaja dan hadis ahad tidak boleh memansuhkan al-Quran apatah lagi ayat wuduk adalah muhkamah.

2. Perawi mengatakan dia berperang bersama Rasulullah SAWAW dari Mekah ke Madinah. Dan dia sendiri meriwayatkan hadis tersebut. Ini menunjukkan bahawa riwayat tersebut adalah diada-adakan sahaja.

3. Ijmak Ahlul Bayt A.S. di atas 'sapu' dan ramai ulama Ahlu Sunnah bersepakat bahawa al-Quran diturunkan dengan 'sapu'. Oleh itu kami terus beramal dengan al-Quran dan amalan Ahlul Bayt A.S. kerana itu hadis tersebut dipertikaikan malah ia hadis palsu.

Adakah apa yang aku kemukakan kepada anda wahai profesor, memuaskan? Dan maafkan aku kerana ingin bertanya:

1. Adakah anda daripada orang yang mengerjakan salat atau orang yang meninggalkan salat?

2. Adakah anda mengetahui mazhab anda dan anda beribadat dengannya? Sekiranya anda ahlinya, adakah anda mengetahui hadis-hadis Sahih dan palsu? Adakah anda mengetahui ilmu nasikh dan mansukh?

Adapun kata-kata anda bahawa Syiah menuduh 'Aisyah berzina adalah tohmahan anda semata-mata dan bukan daripada Syiah. Oleh itu Syiah tidak menuduhnya berzina sehingga mereka membersihkan diri mereka. Kajilah buku-buku Syiah dan di dalam buku Syiah manakah anda telah dapati tuduhan itu wahai profesor, dan dari ulama manakah anda mendengarnya? Allahumma! Ini dan lain-lainnya adalah suatu pembohongan yang besar terhadap Syiah yang abrar.

Adapun kata-kata anda bahawa Syiah mempertikaikan sahabat kerana itu mereka berani terhadap Allah dan Rasul-Nya. Maka ini adalah kata-kata yang bohong. Kerana Syiah telah memberikan setiap sahabat haknya dan mereka ada yang alim, jahil, adil dan zalim malah ada yang munafik.

Kemudian wahai profesor, sekiranya anda seorang yang alim tentang sejarah Syiah dan tasyasyu', maka apakah pembohongan-pembohongan ini keluar daripada anda dan orang seumpama anda yang mempunyai maruah dan keinsafan. Dan sekiranya anda jahil di dalam masalah ini, bagaimana anda menentang golongan mukminin yang berpegang kepada mazhab Ahlul Bayt Rasulullah SAWAW. Kerana di kalangan mereka terdapat ulama-ulama, fuqaha' yang besar, failasuf dan lain-lain. Mereka telah memenuhi bumi Allah dengan keilmuan dan amalan. Tetapi kami berkata: Pembohong tidak akan menyedarinya.

Akhirnya aku mengemukakan kepada anda nasihat yang ikhlas wahai profesor, Samahakallah, bertakwalah kepada Allah tentang diri anda dan berhentilah daripada melampaui kehormatan Muslimin. Dan tinggallah mereka beramal dengan mazhab mereka kerana hisab mereka di atas Allah SWT. Kami pada masa ini amat memerlukan kepada perpaduan lantaran kami berdiam diri di hadapan kebanyakan orang yang tidak mempunyai ilmu dan sejarah, malah mereka tidak berguna. Tidak ada pada mereka damir yang bebas, maruah dan keinsafan. Mereka itulah yang menghalakan kepada kami cacian-cacian, pembohongan-pembohongan, dan tohmahan-tohmahan....Diamnya kami adalah kerana ingin menjaga perpaduan Islam. Dan salam ke atas mereka yang mengikuti petunjuk.

Sekian,
Muhammad Mar'i al-Amin al-Antaki.
Pencinta mazhab Ahlul Bayt As.
Halab - Syria.
25hb. Rabi'ul al-Thani, 1379H (1969M).

Aku telah memberi suratku ini kepada dua lelaki tersebut dan berkata: Sampaikan surat ini kepada profesor itu. Maka mereka berduapun menyampaikannya.

Dan pada 27hb. Rabi'ul al-Thani 1379 Hijrah, profesor tersebut datang untuk menziarahiku dengan malu-malu di atas apa yang telah berlaku dan meminta maaf kerana tidak mengkaji mazhab Ahlul Bayt AS. Dia meminta daripadaku beberapa buku karangan Syiah. Ini adalah selepas berlakunya dialog di antara kami. Maka akupun memberikan kepadanya buku-buku karangan Sayyid Syarafuddin al-Musawi RH. Dia meminta maaf, dan mengucap selamat tinggal kepadaku dan pulang ke tempatnya. Selepas satu minggu dia datang kembali kepadaku. Kali kedua memujiku dan berterima kasih kepadaku dan memberitahukan kepadaku bahawa dia kini berpegang kepada mazhab Ahlul Bayt AS. Dia berkata: Aku menyembunyikan perkara ini dan tidak mengisytiharkan tasyayyu' disebabkan perkara tertentu tetapi aku akan berdakwah dan mengajar mengikut apa yang diredai Allah, Rasul-Nya dan 'itrahnya yang suci. Lalu aku menghadiahkan kepadanya sebuah al-Quran, tulisan tangan yang berharga.

PERINGATAN
Aku tidak menulis nama-nama orang yang berdialog denganku kerana sebab-sebab tertentu sebagaimana dimaklumi oleh dhawi al-Albab. Allah SWT mengetahui keadaannya yang sebenar.
PENUTUP
Apa yang aku kemukakan kepada pembaca-pembaca bukuku ini sama ada ayat-ayat al-Quran, Hadis-Hadis Nabi SAWAW adalah diriwayatkan di dalam buku-buku Ahlu Sunnah. Buku-buku merekalah yang mensabitkan hak 'Ali Amirul Mukminin AS sebagai khalifah secara langsung selepas Rasulullah SAWAW.

Kajilah dengan halus dan hujah-hujah yang aku kemukakan kepada anda di dalam buku ini. Bagaimana kebenaran itu terserlah, jalan menjadi terang bagi orang yang ikhlas, bersih diri mereka daripada 'asabiyah mazhab untuk melaluinya.

Adapun orang yang masih berdegil dengan kedegilannya, maka riwayat-riwayat dan dalil-dalil yang banyak tidak akan memberi faedah kepada mereka sekalipun aku mengemukakan kepada mereka seribu dalil. Adapun orang yang mempunyai fikiran yang rasional, bukuku ini sudah cukup baginya untuk menilainya kerana ia dikutip daripada sumber-sumber yang diakui oleh Sunnah dan Syiah.

Apa lagi yang akan diperkatakan oleh penentang-penentang selepas ini? Kemudian aku ingin berkata kepada mereka sekiranya Nabi SAWAW datang sendiri memberitahu mereka mengenainya, nescaya mereka akan meneruskan penentangan tersebut. Sebagaimana seorang penentang berkata kepada saudaraku: Sekiranya Jibra'il datang bersama Muhammad dan 'Ali, aku tidak akan mempercayai kata-kata anda. Ini berlaku manakala dia memintaku berdialog dengannya dan memberikan kepadanya buku al-Muraja'at (Dialog Sunnah-Syiah) supaya dia mengkajinya. Buku itu berada di sisinya selama lebih daripada satu bulan kemudian dia memulangkannya dan berkata: Aku tidak suka membaca buku-buku Syiah kerana itu aku tidak akan membacanya selama-lamanya.

Akupun memohon perlindungan dengan Allah dari apa yang diucapkan oleh lelaki ini13 yang masih meneruskan kedegilanya. Lalu aku meninggalkannya dengan keadaannya kerana penentangannya adalah disebabkan kejahilannya.

Kemudian aku berkata; Bukuku ini akan tersebar di seluruh dunia yang penuh dengan penduduknya dan ia akan dibaca oleh Arab dan bukan Arab, Muslim dan bukan Muslim yang berlainan fahaman, pendapat dan citarasa kerana manusia seumpama galian-galian; ada yang berharga, ada yang pertengahan, dan ada yang buruk. Oleh itu adalah menjadi sukar untuk mendapatkan keredaan daripada semua manusia, malah ia sukar dan hampir-hampir mustahil. Sebagaimana berkata seorang penyair Palestin 'Ali al-Kailani:

“Apabila Tuhan makhluk tidak meredai makhluknya
Maka bagaimana dengan makhluk, reda mereka diharapkan”.

Ringkasnya bukuku ini akan berada di sisi pembaca-pembaca yang mulia. Tentu sekali ada yang memujinya dan ada yang mengkritiknya. Aku berharap kepada pembaca yang budiman supaya tidak jemu dan bacalah sehingga selesai. Kemudian menilainya selepas itu dengan penuh keinsafan sama ada menyokong kami atau menentang kami.

Aku tidak menjangka sekiranya dia seorang yang cerdik dan mengambil berat terhadap agamanya, akan menentangku. Kerana apa yang telahku kemukakannya di dalam buku ini adalah diambil daripada buku-buku Ahlu Sunnah secara khusus. Jika dia tidak berpuas hati dengan apa yang ada di dalamnya, maka dia harus memarahi kaumnya; Ahlu Sunnah kerana aku hanya memindahkan kata-kata mereka sahaja. Dan jikalau dia seorang yang mempercayai keadilan para imam dan para ulama Ahlu Sunnah, maka dia harus menerima hakikatnya kerana aku telah mengambil rujukan tersebut daripada buku-buku mereka.

Lantaran itu wajiblah baginya berpegang kepada pendapat-pendapat mereka. Oleh itu dia tidak akan menentangku lagi; jikalau tidak, tinggalkan dia dengan keadaannya.

Akhirnya aku mengemukakan ucapan terima kasihku kepada orang yang menyebabkan perubahan pemikiranku terutamanya Ayatullah al-'Uzma Sayyid Akha Husain al-Tabataba'i, al-Burujurdi dan Ayatullah al-'Uzma Sayyid Abdul-Husain Syarafuddin. Semoga Allah mengurniakan ganjaran kepada mereka berdua kerana Islam dan Muslimin dan kepada hamba ini sebaik-baiknya ganjaran orang-orang yang baik. Maka aku mengakhiri buku ini dengan beberapa bait syair berikut:

Kenapa aku memilih mazhab Ali Taha
aku memerangi kerabatku untuk menegakkannya.
Aku telah meninggalkan rumah-rumah moyangku dan keluargaku dan kehidupan yang penuh kemewahan
Kerana aku telah melihat kebenaran suatu kenyataan tuan rumah tidak meliputi selain daripadanya
Berpegang kepada Thaqalaini menjamin awalnya dan akhirnya kejayaan
Ia menjadi makhluk yang paling mulia mewarisi kemuliaan dan pangkat ketinggian
Aku tidak peduli kehinaan selepas aku mengetahui
sesungguhnya Allah kerana kebenaran memilihnya
Aku tidak pentingkan dunia ini sesuatupun apabila jiwa melaksanakan petunjuknya
Mazhabku tasyayyu' adalah satu kemegahan bagi orang yang mencari kebenaran dan menyebarkannya
Cabangku daripada 'Ali, dia adalah permata kemurnian dan masa padanya telah melindunginya
Tidak selamat di padang mahsyar seorangpun yang berjalan pada selain mazhab 'Ali Taha

Aku selesai menulis buku ini pada 29hb. Dhulhijjah 1380 Hijrah (1970M) di perpustakaanku di Bandar Halab, Syria.

Nota Kaki:

1. Dia berpegang kepada mazhab al-Haq iaitu mazhab Jaafari. Kami tidak menyebutkan namanya kerana sebab-sebab tertentu.
2. Beliau tidak menyalahi walaupun satu hukum daripada hukum-hukum Allah SWT.
3. Ibn Kathir, Mukhtasar Tafsir, III, hlm. 554
4. Al-Tabari, Tarikh, III, 198 dan Abu al-Fida', Tarikh, hlm. 156.
5. Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 14 dan al-Bukhari, Sahih VI, hlm. 196.
6. Umar bin Sa'ad adalah pembunuh Imam Husain AS di Karbala'
7. Al-'Allamah al-Kasyani menyebutnya di dalam Masabih al-Jinan yang diambil daripada al-Kamil karangan Ibn Quliyah seorang ulama masyhur di abad ketiga Hijrah.
8. Ali al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, V, hlm. 320.
9. Kanz al-Ummal, V, hlm. 320.
10. Ibid, hlm. 103.
11. Ibid.
12. Muhammad Jamaluddin, Kitab al-Mash 'ala Jaurabain, hlm. 19.
13. Lelaki yang mendakwa berilmu ialah seorang profesor di Universiti al-Amawi di Halab.



Wa l-Hamdulillah awwalan wa akhiran zahiran wa batinan.





















LAMPIRAN A
ISTIFA' (PILIHAN) ADALAH AHLUL BAYT AS

Imam Rida AS adalah putera kepada Imam Musa al-Kazim AS bin Jaafar al-Sadiq AS bin Muhammad al-Baqir AS bin Ali Zainal Abidin AS bin Husayn AS bin Ali AS bin Abi Talib telah menghadiri satu majlis yang diadakan oleh al-Makmum di Marvi yang dihadiri bersama oleh sekumpulan ulama Iraq dan Khurasan.

Al-Makmum berkata: "Beritahukan kepadaku tentang pengertian ayat....:

'Kemudian kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih di antara hamba-hamba kami.....' [Surah al-Fatir (35):32]

Ulama tersebut menjawab: "Allah Azza Wajalla menghendaki dengan pengertian tersebut 'semua ummah'.

Lalu al-Makmun berkata: " Apakah pandangan anda wahai Abul Hasan?"

Maka Imam al-Rida AS menjawab: "Saya tidak akan berkata sebagaimana mereka itu berkata.

Tetapi saya berkata: "Allah menghendaki al-Itrah al-Tahirah [keluarga yang suci]."

Al-Makmun berkata lagi: "Kenapa ia dimaksudkan dengan al-Itrah bukan al-Ummah?"

Imam Rida AS menjawab: "Jikalau ia dimaksudkan dengan al-Ummah nescaya semuanya akan berada di syurga kerana Firman Allah Tabaraka wa Taala:

'Lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada pula yang lebih cepat berbuat kebaikan dengan izin Allah, yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar.' (Surah al-Fatir (35) :32)

Kemudian dia mengumpulkan semua di syurga. Dia berfirman:

'[Bagi mereka] Syurga Adn, mereka masuk kedalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas dan dengan mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah sutera.' (Surah al-Fatir: 33)

Oleh itu al-Warithah [warisan] adalah untuk al-Itrah al-Tahirah dan bukannya orang lain."

Al-Makmun bertanya: "Siapakah al-Itrah al-Tahirah?"

Imam Rida AS menjawab: "al-Itrah al-Tahirah ialah orang yang telah disifatkan oleh Allah Azza wa Jalla di dalam kitab-Nya: "

Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlul Bayt dan menyucikan kamu dengan sebersih-bersihnya."[Surah al-Ahzab:33]

Mereka itulah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAWAW dan keluarganya: "Aku tinggalkan kepadamu: Thaqalain [dua perkara berharga] Kitab Allah dan Ahlul Baytku, sesungguhnya keduannya tidak akan berpisah, hingga bersama-sama bertemuku di al-Haud. Dan perhatikanlah bagaimana kalian perlakukan terhadap kedua-duanya sepeninggalanku itu. 'Wahai manusia! Anda tidak dapat mengajar mereka kerana mereka lebih alim daripada kalian."

Ulama berkata: "Beritahukan kepada kami wahai Abul Hasan tentang al-Itrah, adakah mereka ali [keluarga] atau bukan ali [keluarga]?"

Imam Ridha AS menjawab:" Mereka adalah ali [keluarga]"

Ulama berkata: "Di sana terdapat riwayat daripada Rasulullah SAWAW bahawa beliau bersabda: "Umatku adalah keluargaku dan mereka itu adalah sahabatku." Riwayat tersebut adalah banyak dan ia tidak boleh dinafikan lagi, keluarga Muhammad adalah umatnya."

Abul Hasan AS menjawab: "Beritahukan kepadaku, adakah sedekah itu diharamkan ke atas keluarga Rasulullah SAWAW?"

Mereke menjawab: " Ya". Beliau berkata: " Oleh itu ia diharamkan ke atas ummah?"

Mereka menjawab:"Tidak"
Beliau berkata: "Inilah perbezaan di antara ali (keluarga) dan Ummah." Sayang sekali! Dimanakah kedudukan kalian?

Maka apakah kami akan berhenti menurunkan al-Quran kepadanya, kerana kamu adalah kaum yang melampaui batas?" (al-Zukhruf (43): 5).

Tidakkah kalian megetahui bahawa al-Wirathah [warisan] dan al-Tahirah [kesucian] telah berlaku di atas orang yang terpilih [istafaina] yang mendapat petunjuk dan bukan orang yang selain daripada mereka?"

Mereka berkata: "Daripada manakah anda mengambilnya wahai Abul Hasan?"

Dia menjawab: " Ia daripada firman Allah Azza wa Jalla:

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nuh dan Ibrahim dan kami jadikan kepada keturunan keduanya kenabian [al-Nubuwwah] dan al-Kitab, maka di antara mereka ada yang menerima petunjuk dan banyak di antara mereka yang fasiq. ( Surah al-Hadid (57): 26).

Maka jadilah Wirathah al-Nubuwwah dan al-Kitab bagi al-Muhtadin [orang yang mendapat petunjuk] dan bukan orang-orang yang fasiq. Tidakkah anda mengetahui bahawa apabila Nuh memohon kepada Tuhannya, "Beliau berkata:

"Ya Tuhanku, sesungguhnya anakku termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji Engkau itulah yang benar. Dan Engkau adalah Hakim yang seadil-adilnya." (Surah Hud (11): 45)

Allah Azza wa Jalla telah berjanji kepadanya supaya beliau sendiri melepaskan dirinya dan keluarganya. Maka Allah berfirman:
"Hai Nuh, dia bukanlah termasuk keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan), sesungguhnya ia perbuatan perbuatan yang tidak baik. Sebab itu janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak mengetahui (hakikat)nya. Sesungguhnya Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan " (Surah Hud (11): 46).

Kemudian al-Makmun berkata: " Adakah Allah melebihkan al-Itrah ke atas sekalian manusia?"

Lantas Abul Hasan AS menjawab: " Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah melebihkan al-Itrah ke atas sekalian manusia di dalam Kitab-Nya."

Al-Makmun bertanya: " Ayat manakah di dalam Kitab Allah itu?"

Imam al-Rida AS menjawab:

"Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga Imran melebihi segala ummat (di masa mereka masing-masing), (iaitu) satu keturunan yang sebahagiannya (turunan) dari yang lain " (Surah al-Imran (3): 33-34)

Dan Allah Azza wa-Jalla berfirman di tempat yang lain:

'Ataukah mereka dengki kepada (sebahagian) manusia (Muhammad dan keluarganya) lantaran kurnia yang Allah telah berikan kepada mereka itu? Sesungguhnya Kami telah memberikan kitab dan hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya mulkan aziman (Surah al-Nisa (4): 54):

Kemudian Dia berfirman kepada seluruh Mu'minin:

“Hai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan ulil amri di antara kamu”. (Surah al-Nisa (4): 59)

Iaitu orang-orang yang disertakan oleh Allah dengan al-Kitab dan al-Hikmah, tetapi mereka (orang ramai) dengkikan mereka (al-Itrah). (Muhammad dan keluarganya) lantaran kurnia yang Allah telah berikan kepada mereka itu? Sesungguhnya kami telah memberikan Kitab dan hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah berikannya mulkan aziman ( al-Nisa: 54) iaitu taat kepada orang-orang yang terpilih dan disucikan. Lantaran al-Mulk di dalam ayat tadi ialah taat kepada mereka."
Ulama berkata: "Beritahukan kepada kami adakah Allah Azza wa Jalla telah mentafsirkan al-Istifa' (pemilihan) di dalam Kitab-Nya?"

Imam al-Ridha AS menjawab: "Dia telah mentafsirkan al-Istifa' secara zahir selain batin pada dua belas tempat."

PERTAMA
Firman Allah Azza wa Jalla:

"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat (Surah al-Syu'ara (26): 214)"

Ini adalah kedudukan yang tinggi, kelebihan yang besar, dan kemuliaan yang tidak ada bandingnya, kerana Allah Azza wa Jalla maksudkan dengan ali [keluarga], maka Dia menyebutkannya untuk Rasulullah SAWAW."

KEDUA
Firman-Nya mengenai al-Istifa':

"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlul Bayt, dan menyucikan kamu sebersih-bersihnya". [Surah al-Ahzab (33):33].

Kelebihan ini tidak boleh diingkari oleh sesiapa pun. Kerana ia adalah kelebihan yang jelas."

KETIGA
Manakala Allah membezakan al-Tahirin (orang yang disucikan) daripada makhluk-Nya, maka Dia memerintahkan Nabi-Nya bermubahalah. Dia berfirman:

"Maka katakanlah [kepadanya] kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, wanita-wanita kami dan wanita-wanita kamu "diri kami" dan diri kamu, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta."(Surah ali Imran (3):61).

Maka Nabi SAWAW telah menjadikan Ali, Hasan, Husayn dan Fatimah AS sebagai pertaruhan. Dia telah mengiringi diri mereka dengan dirinya (Nabi SAWAW). Adakah kalian mengetahui pengertian firman Allah Azza wa Jalla 'Anfusa-na wa anfusa-kum [diri kami dan diri kamu]"

Ulama menjawab: "Allah maksudkan diri-Nya."

Abul Hasan AS berkata: "Kalian telah silap. Sesungguhnya ia dimaksudkan dengan Ali bin Abi Talib AS. Buktinya sebuah Hadis telah menerangkan maksud yang sama, seperti berikut:" ...aku akan mengutuskan kepada mereka seorang lelaki seperti diriku (ka-nafsi). "Iaitu Ali bin Abi Talib. Ini adalah suatu keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain, kelebihan yang tidak boleh dikaitkan dengan orang lain dan kemuliaan yang tidak dapat didahului oleh sesiapa pun kerana diri Ali seperti dirinya sendiri."

KEEMPAT
"Nabi SAWAW telah mengeluarkan orang ramai selain daripada al-Itrah dari masjidnya sehingga mereka merungut mengenai perkara tersebut. Al-Abbas RA berkata:" Wahai Rasulullah! Anda telah mengizinkan Ali bersama Anda dan mengeluarkan kami! Maka Rasulullah SAWAW bersabda:"Aku bukanlah membiarkannya dan mengeluarkan kalian. Tetapi Allah yang telah mengizinkannya bersamaku dan Allah mengeluarkan kalian." Ini adalah penjelasan, sabdanya kepada Ali AS," Kedudukanmu disisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa."

Ulamak berkata: "Di manakah ayat al-Quran mengenai perkara ini?" Abul Hasan AS menjawab:" Aku akan membacakan kepada anda al-Quran."

Mereka menjawab:" Kemukakanlah kepada kami."

Beliau berkata:" Firman Allah Azza wa Jalla:

"Dan kami wahyukan kepada Musa dan saudaranya:" Ambillah olehmu berdua beberapa buah rumah di Mesir untuk tempat tinggal bagi kaummu dan jadikanlah olehmu rumah-rumahmu itu tempat bersembahyang." [Surah al-Yunus (10):87].

Ayat ini menerangkan kedudukan Harun di sisi Musa AS dan kedudukan Ali AS di sisi Rasulullah SAWAW. Di samping itu terdapat dalil yang zahir dalam sabda Rasulullah SAWAW manakalah beliau bersabda: "Sesungguhnya masjid ini tidak halal bagi orang yang mempunyai janabah dan haid, selain daripada Muhammad dan keluarganya."

Ulama berkata:" Wahai Abul Hasan, penerangan dan penjelasan ini tidak boleh didapati selain daripada kamu Ahlul Bayt Rasulullah SAWAW."

Imam al-Rida AS menjawab:" Siapakah yang mengingkari kami di dalam hal ini sedangkan Rasulullah SAWAW bersabda:"Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya maka sesiapa yang ingin ke kota itu, maka hendaklah ia memasukinya melalui pintunya."

Daripada apa yang telah kami terangkan mengenai kelebihan, kemuliaan, istifa' [pilihan] dan al-Taharah [kesucian] ia tidak boleh diingkari oleh sesiapa pun. Dan bagi Allah segala kepujian di atas perkara tersebut."

KELIMA:

"Firman Allah Azza wa Jalla:

"Dan berikanlah kepada keluarganya yang dekat akan haknya." [Surah al-Isra' (17):26].

Satu keistimewaan yang dikurniakan Allah SWT bahawa Dia telah memilih mereka untuk ummah. Manakala ayat ini diturunkan kepada Rasulullah SAWAW beliau telah bersabda:"Jemputlah Fatimah kepadaku," maka ia datang, lalu dia bersabda:"Wahai Fatimah!' Fatimah menjawab:" Labbai-ka wahai Rasulullah. Maka beliau bersabda:"Ini adalah Fadak yang tidak dikerahkan seekor kuda dan seekor unta pun [bagi mendapatkannya], ia adalah untukku sahaja bukan untuk orang lain. Dan sesungguhnya aku jadikannya untukmu manakala Allah memerintahku berbuat demikian. Maka ambillah untukmu dan anak-anakmu".

KEENAM:
"Firman Allah Azza wa Jalla:

'Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang kepada keluarga[ku]...'(Surah al-Syura (42):23).

Keistimewaan ini adalah untuk Nabi SAWAW di Hari Kiamat dan Al [keluarganya] sahaja dan bukan untuk orang lain. Lantaran itu Allah SWT telah menceritakan mengenai Nuh AS di dalam kitab-Nya:

'Dan [dia berkata]: Hai kaumku, aku tiada meminta harta benda kepada kamu [sebagai upah] bagi seruanku. Upahku hanyalah dari Allah dan aku sekali-kali tidak akan mengusir orang-orang beriman. Sesungguhnya mereka akan bertemu Tuhannya, akan tetapi aku memandangmu satu kaum yang tidak mengetahui.' [Surah Hud (11):29]

Dan Allah Azza wa Jalla telah menceritakan megenai Hud AS. Dia berfirman:

"Hai kaumku, aku tidak meminta upah kepadamu bagi seruanku ini. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah yang telah menciptakanku, maka tidakkah kamu memikirkannya? "[Surah Hud 11:51]

Dan Allah Azza wa Jalla berfirman kepada Nabi-Nya:

'Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang kepada keluarga[ku]".[Surah al-Syura (42):23).

Allah tidak mewajibkan kasih sayang kepada mereka melainkan Dia telah mengetahui sesungguhnya mereka [al-Itrah] tidak akan berpaling daripada Islam selama-lamanya. Mereka tidak akan kembali kepada kesesatan selama-lamanya. Dan jikalaulah seorang itu mengasihi seorang tertentu tetapi sebahagian keluarganya menjadi musuh kepadanya, maka hati lelaki tadi tidak akan tenteram untuknya. Oleh itu Allah mencipta supaya tidak akan berlaku "sesuatu" di hati Rasulullah SAWAW terhadap orang-orang Mukminin. Lantaran itu Dia mewajibkan kasih sayang kepada keluarganya. Sesiapa mematuhi-Nya, mencintai Rasulullah SAWAW tidak boleh memarahinya. Dan sesiapa yang meninggalkannya dan tidak mematuhinya dan memarahi Ahlul Baytnya, maka berhak bagi Rasulullah SAWAW memarahinya. Kerana beliau telah meninggalkan satu fardhu dari fardhu-fardhu Allah. Oleh itu manakah kelebihan, dan kemuliaan yang mendahului kelebihan ini? Allah menurunkan ayat ini ke atas Nabi-Nya SAWAW:

'Katakanlah Aku tidak seruanku kecuali kasih sayang kepada keluarga[ku].' (Surah al-Syura (42):23)
Lantaran itu Rasulullah SAWAW berdiri di hadapan para sahabatnya lalu beliau memuji Allah SWT dan bersabda:

Wahai manusia sesungguhnya Allah telah memfardukan satu fardu ke atas kalian dan adakah kalian akan melaksanakannya?" Tidak seorang pun menjawab. Maka beliau bersabda lagi: "Wahai manusia, ia bukannya emas, perak, makanan dan minuman." Mereka menjawab: Kemukakanlah wahai Rasulullah. Lalu beliau membacakan ayat tersebut kepada mereka. Mereka berkata: Ada pun perkara ini, Ya. Tetapi kebanyakan mereka tidak melaksanakannya. Allah tidak akan mengutus Nabi melainkan Dia wahyukan kepadanya bahawa beliau tidak akan meminta upah daripada kaumnya kerana Allah Azza wa jalla akan menyempurnakan ganjaran para Nabi, Muhammad dan keluarganya. Allah telah mewajibkan kasih sayang kepada kerabatnya dengan megetahui kelebihan mereka yang diwajibkan oleh Allah Azza wa Jalla ke atas mereka kerana kasih sayang akan berlaku apabila mengetahui kelebihan mereka. Manakala Allah mewajibkan perkara tersebut, maka ia wajib ditaati. Lantas sebahagian lain menentangnya. Lalu mereka menjadi kufur kerana memalingkannya dari hadnya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Mereka berkata:"Kerabat itu adalah semua Arab dan yang mengikuti seruannya. Di dalam kedua-dua keadaan ini, kita telah mengetahui bahawa al-Mawaddah [kasih sayang] ialah kepada kerabat. Oleh itu orang yang paling akrab kepada Nabi SAWAW adalah lebih layak untuk dikasihi. Kasih sayang hendaklah diberi mengikut pertalian kerabat.

Orang yang menilai Rasulullah SAWAW dari segi budi pekertinya dan apa yang dikurniakan Allah ke atasnya untuk kebaikan umatnya di mana lidah menjadi lemah untuk melahirkan kesyukuran kepadanya, tidak akan memusuhinya melalui keturunannya dan Ahlul Baitnya. Mereka tidak menjadikan Ahlul Baytnya setaraf dengan mereka seperti kedudukan mata di sisi kepala, kerana menjaga hati Rasulullah SAWAW dan kasih sayang kepada anak cucunya. Kenapa tidak, al-Quran telah menjelaskannya dan menyeru orang ramai kepadanya. Hadis-Hadis menetapkan bahawa merekalah Ahlul Mawaddah. Merekalah orang yang Allah mewajibkan kasih sayang terhadap mereka dan berjanji ganjaran kebaikan ke atas orang yang mencintai Ahlul Bayt kerana sekiranya seorang melakukan al-Mawaddah terhadap mereka secara ikhlas, dia berhak syurga kerana firman Allah Azza wa Jalla:
"Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh [berada] di dalam taman-taman syurga, mereka perolehi apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhan mereka. Yang demikian itu adalah kurniaan yang besar." (Surah al-Syura (42):22).

“Demikianlah Allah memberi berita gembira kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dan melakukan amal soleh.” (Surah al-Syura (42):23).

"Katakanlah Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang kepada keluarga[ku]" (al-Syura 42:23)

Kemudian Abul Hasan AS berkata: "Bapaku telah menceritakan kepadaku daripada datukku dari Husayn bin Ali AS, beliau berkata: Telah berkumpul orang-orang Muhajirin dan Ansar di hadapan RAsulullah SAWAW. Mereka berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya anda berhak pertolongan untuk perbelanjaan anda, terutamanya daripada rombongan-rombongan yang datang kepada anda. Inilah harta-harta kami bersama 'darah-darah' kami, maka hukumlah padanya dengan sewajarnya. Berilah apa yang anda mahu dan simpanlah apa yang anda mahu dengan senang hati. Maka Allah Azza wa Jalla menurunkan wahyu-Nya melalui malaikat-Nya dan berfirman:

"Katakanlah :Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang kepada keluarga[ku].'

Iaitu hendaklah anda mengasihi kerabatku selepasku. Kemudian mereka pun keluar.

Berkatalah orang munafiqin: "Apakah yang mendorongkan Rasulullah SAWAW menolak apa yang kita bentangkan kepadanya, selain dari menggalakkan kita supaya mengasihi kerabatnya selepasnya! Ini adalah suatu perkara yang direkakan atau diada-adakan sahaja. Kenyataan mereka itu besar pengertian. Oleh itu Allah menurunkan Jibra'il dengan ayat:

"Bahkan mereka mengatakan: 'Dia [Muhammad] telah mengadakan-adakannya, maka kamu tidak mempunyai kuasa sedikit pun mempertahankan aku dari [azab] Allah itu.Dia lebih mengetahui apa-apa yang kamupercakapkan tentang al-Quran itu. Cukuplah Dia menjadi saksi antaraku dan antaramu dan Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang'. (Surah al-Ahqaf (46):8).

Oleh itu Nabi SAWAW datang kepada mereka dan bersabda:' Siapakah yang melakukan sesuatu?' Mereka menjawab: Wahai Rasulullah! Sebahagian dari kami telah mengatakan perkataan yang kasar dan kami membencinya. Maka Rasulullah SAWA membaca kepada mereka Surah al-Syura 26:22, lantas mereka menangis. Maka Allah Azza wa Jalla berfirman:
'Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.' [Surah al-Syura (42):25]

KETUJUH:

"Firman Allah Tabaraka wa Taala:

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi, Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah [doa] salam kepadanya."[Surah al-Ahzab 33:56]

Orang-orang yang ingkar telah mengetahui bahawa manakala ayat ini diturunkan, para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAWAW: "Ya Rasulullah! Sesungguhnya kami telah mengetahui mengenai salam ke atas anda. Dan bagaimanakah salawatnya pula? Maka Rasulullah SAWAW menjawab: "Katakanlah: Ya Allah limpahkanlah rahmat-Mu atas Muhammad dan keluarga Muhammad." Adakah kamu berselisih faham [khilaf] mengenai perkara ini?" Mereka menjawab:"Tidak."

Al-Makmun menjawab:"Ini adalah perkara yang tidak ada khilaf lagi. Malah ia perkara yang dipersetujui umum [ijmak].

Al-Makmun menambah:"Adakah anda mempunyai sesuatu yang lebih jelas mengenai Al di dalam al-Quran?"

Abul Hasan AS menjawab:" Ya!". Lalu berkata kepada mereka: "Beritahukan kepadaku mengenai firman Allah Azza wa Jalla:
"Yasin. Demi al-Quran yang penuh hikmah, sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, [yang berada] di atas jalan yang lurus." [Surah Yasin 36:1-4].

Apakah yang dimaksudkan dengan Yasin?"

Ulama menjawab:"Yasin adalah Muhammad SAWAW dan ia tidak boleh diragukan oleh sesiapapun."

Abul Hasan AS berkata:"Sesungguhnya Allah telah mengurniakan Muhammad SAWAW dan keluarga Muhammad suatu kelebihan yang tidak boleh dicapai oleh sesiapa pun selain daripada orang yang benar-benar menggunakan akalnya. Maka Allah Tabaraka wa Taala berfirman:
"Salam dilimpahkan atas Nuh di seluruh alam.[al-Safat 37:79]

Dan berfirman:
'Salam dilimpahkan atas Musa dan Harun.[al-Safat 37:120]

Dan Dia tidak berfirman: Salam dilimpahkan atas keluarga Nuh!. Dan Dia tidak berfirman: Salam dilimpahkan atas keluarga Musa dan salam ke atas keluarga Ibrahim! Tetapi dia berfirman:

"Salam dilimpahkan atas ali Yasin [keluarga Yasin]" [al-Safat:37:130].

Al-Makmun berkata;" Aku telah mengetahui bahawa galian kenabian mempunyai penerangan dan penjelasan di dalam perkara ini."



KELAPAN
"Firman Allah Azza wa Jalla:

"Ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu perolehi sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, kerabat Rasul....".(Surah al-Anfal (8):41)

Dia telah menjadikan bahagian kerabat bersama bahagian-Nya dan bahagian Rasul-Nya. Ini adalah perbezaan di antara Al dan Ummah. Kerana Allah telah menjadikan mereka di satu tempat dan menjadikan orang lain di tempat yang lain pula. Dan Dia telah meredhai mereka apa yang Dia reda untuk diri-Nya. Dan Dia telah memilih mereka untuk-Nya. Justeru itu Dia memulakan dengan diri-Nya, Rasul-Nya, kemudian dhil Qurba (kerabat Rasul) di dalam masalah al-Fai', harta rampasan (al-Ghanimah) dan lain-lain yang diredai untuk diri-Nya, Dia reda untuk mereka pula.

Dia berfirman:

"Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang kamu perolehi sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul dan kerabat Rasul......"[Surah al-Anfal (8): 41]

Ini adalah suatu pengukuhan dan bukti yang jelas bagi mereka sehingga hari Qiamat di dalam kitab Allah yang tidak didatangi kebatilan dari segenap segi kerana ia datang dari Yang Maha Bijaksana Lagi Terpuji.

Adapun pengertian firman-Nya:
"....anak-anak yatim dan orang-orang miskin...."[Surah al-Anfal (8):41]

akan berakhir. Kerana seorang anak yatim apabila berakhir keyatimannya, dia tidak berhak menerima al-Ghanimah. Begitu juga seorang yang miskin apabila berakhir kemiskinannya, maka dia tidak berhak menerima al-Ghanimah, malah haram baginya menerimanya. Berlainan halnya dengan bahagian kerabat Rasul SAWAW, kerana ia berterusan sehinggalah hari Qiamat. Ia menjadi hak mereka sama ada mereka kaya atau miskin kerana tidak seorang pun yang lebih kaya daripada Allah Azza wa Jalla dan Rasul-Nya SAWAW. Lantaran itu Dia menjadikan untuk diri-Nya satu bahagian dan Rasul-Nya satu bahagian. Dan apa yang Dia redai untuk Diri-Nya, Dia pula meredhai untuk mereka (kerabat Rasul SAWAW).
Begitulah halnya dengan al-Fai'. Apa yang Dia telah meredai untuk diri-Nya dan Rasul-Nya, Dia juga meredainya untuk kerabatnya (dhil-Qurba). Sebagaimana Dia melakukan kepada mereka di dalam masalah al-Ghanimah. Dia memulai dengan diri-Nya, kemudian Rasul-Nya dan kemudian Dhil-Qurba. Bahagian mereka diiringi dengan bahagian Allah dan bahagian Dhil Qurba. Begitu juga halnya mengenai "ketaatan" (al-Ta‘at). Dia berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman,taatilah Allah, taatilah Rasul-Nya dan ulil-Amri di antara kamu." (Surah al-Nisa (4): 59)

Dia telah memulainya dengan diri-Nya, kemudian Rasul-Nya dan kemudian Ahlul Bayt. Demikian juga dengan ayat al-Wilayah:

"Sesungguhnya pemimpin (wali) kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat seraya mereka rukuk.''...(Surah al-Maidah (5):55)

Justeru itu Dia telah menjadikan ketaatan kepada mereka berserta ketaatan kepada Rasulullah SAWAW yang diikuti dengan ketaatan-Nya. Sebagaimana Dia menjadikan bahagian mereka bersama bahagian Rasulullah SAWAW yang dikuti dengan bahagian-Nya di dalam al-'Ghanimah dan al-Fai'.

Alangkah besarnya nikmat-Nya ke atas Ahlul Bayt! Apabila datang persoalan mengenai sedekah, Dia membersihkan diri-Nya, diri Rasul-Nya dan Ahlul Baytnya, maka Dia berfirman:
"Sesungguhnya zakat sadaqah itu hanyalah bagi orang-orang yang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat (amil), para muallaf yang dijinakkan hatinya, untuk (memerdekan) hamba, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." [Surah al-Taubah (9):60]

Tidakkah anda mendapati sesuatu mengenai ayat tersebut apabila Dia menjadikan satu bahagian untuk Diri-Nya, seterusnya untuk Rasul-Nya, satu bahagian untuk Dhil-Qurba? Kerana apabila membicarakan tentang sedekah, Dia membersihkan Diri-Nya, diri Rasul-Nya dan Ahlul Baytnya. Malah Dia mengharamkannya ke atas mereka kerana sedekah adalah haram ke atas Muhammad SAWAW dan Ahlul Baytnya. Kerana sedekah adalah kekotoran (ausakh) tangan manusia dan ia tidak halal bagi mereka. Kerana mereka telah dibersihkan daripada segala kekotoran. Manakala Allah SWT membersihkan mereka dan memilih mereka, Dia meredai mereka untuk diri-Nya, Dia membenci mereka apa yang Dia benci untuk diri-Nya."

KESEMBILAN:
"Kamilah Ahlul Zikr, yang dimaksudkan Allah di dalam kitab-Nya:

"Maka tanyalah kepada Ahlul Zikr (Ahlul Bayt AS) jika kamu tidak mengetahui." (Surah al-Anbiya (21):7)

Ulama berkata:"Apa yang dimaksudkan dengan Ahlul Zikr ialah Yahudi dan Nasara."

Abul Hasan AS menjawab:"Maha Suci Allah! Adakah harus sedemikian itu? Jikalau begitu halnya Dia menyeru kita kepada agama mereka (Yahudi dan Nasara)! Ini bermakna agama mereka lebih baik daripada agama Islam."

Al-Makmun berkata:"Adakah kamu sekalian mempunyai penerangan yang lebih jelas untuk menolak pendapat mereka (ulama) wahai Abul Hasan?"

Abul Hasan AS menjawab:" Ya al-Zikr ialah Rasulullah dan kami adalah keluarganya (Ahlul Baytnya). Ia diterangkan di dalam kitab-Nya:

Maka bertaqwalah kepada Allah kepada wahai orang yang berakal sempurna dari kalangan orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu peringatan - (dengan mengutuskan) seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang menerangkan kebenaran, supaya Allah mengeluarkan orang-orang (yang sedia diketahui-Nya akan) beriman dan beramal soleh - dari gelap-gelita (kesesatan) kepada cahaya (hidayah petunjuk). (Surah al-Talaq (65):10-11)
Al-Zikr adalah Rasulullah SAWAW dan kami adalah ahlinya (keluarganya)."

KESEPULUH:
"Firman Allah Azza wa Jalla:

"Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu, anak-anakmu yang perempuan...."(Surah al-Nisa (4):23)

Beritahukan kepadaku adakah layak bagi Rasulullah SAWAW sekiranya beliau masih hidup, mengahwini anak perempuanku, cucu cicit perempuanku.?" Mereka menjawab:"Tidak".

Imam al-Rida AS berkata:"Beritahukan kepadaku adakah anak perempuan salah seorang daripada kalian layak bagi Rasulullah SAWAW mengahwininya sekiranya beliau masih hidup?"

Mereka menjawab:"Ya."

Imam al-Rida AS berkata: "Ini adalah satu penjelasan bahawa sesungguhnya aku daripada Ahlinya (keluarganya) dan kalian bukanlah daripada Ahlinya. Sekiranya kalian daripada ahlinya nescaya anak-anak perempuan kalian adalah haram untuk dikahwini dengannya, sebagaimana anak-anak perempuanku diharamkan ke atasnya. Kerana kami daripada Ahlinya sedangkan kalian adalah umatnya. Maka ini adalah perbezaan di antara ali (keluarga) dan Ummah. Kerana ali adalah daripada Rasulullah SAWAW dan Ummah apabila ia bukan daripada ali, maka ia bukanlah daripada Rasulullah SAWAW."

KESEBELAS:

"Firman Allah Azza Wa-Jalla:

"Dan seorang lelaki yang beriman di antara keluarga Fir'aun yang menyembunyikan imannya berkata: Apakah kamu akan membunuh seorang lelaki kerana dia mengatakan:"Tuhanku ialah Allah," padahal dia telah datang kepadamu dengan membawa keterangan-keterangan dari Tuhanmu." [Surah al-Mukmin:28]

Lelaki Mukmin di dalam ayat tersebut adalah sepupu Fir'aun dari sebelah bapanya. Maka Allah menisbahkannya kepada Fir'aun dari segi keturunannya, tetapi Dia tidak mengaitkannya dengan Fir'aun dari segi agamanya. Demikianlah Dia telah mengkhususkan kami dengan Nabi SAWAW kerana kami adalah dari ali (keluarga) Rasulullah SAWAW. Dan dari segi keturunan, kami daripadanya dan Dia telah mengumumkan kami dengan orang lain dari segi agama. Maka inilah perbezaan di antara ali dan Ummah."

KEDUA BELAS:
"Firman Allah Azza wa Jalla:

"Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan salat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya." (Surah al-Taha (20):132).

Allah telah memberi pengkhususan kepada kami apabila Dia memerintahkan kami berserta Ummah supaya mendirikan salat. Kemudian Dia mengkhususkan kami dari Ummah. Selepas turun ayat tersebut, Rasulullah SAWAW datang di pintu rumah Ali dan Fatimah AS selama sembilan bulan dan beliau bersabda:"Kerjakan salat, nescaya anda dirahmati Allah." Allah tidak memuliakan seseorang dari zuriat para Nabi dengan kemuliaan yang dikurniakan kepada kami."

Lalu al-Makmun dan para ulama berkata:"Allah memberi kebaikan kepada anda Ahlul Bayt. Kami tidak mendapat penerangan dan penjelasan mengenai apa yang kami kabur selain daripada anda, Ahlul Bayt AS..